KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 18 January 2013

GAMIS MEMBISU PRO M TERKEDU!!!


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang dan keputusan Majlis Syura hanya terikat untuk ahli-ahli Pas sahaja.

“Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden PAS mengesahkan kedudukan PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (PAS) tidak berkaitan dengannya, “tegas Azmin seperti dilaporkan FMT pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu sepakat dan bersetuju bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ia ‘tidak disalahgunakan’.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Bagaimanapun, Majlis Syura PAS dalam mesyuaratnya Ahad lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam bible Bahasa Malaysia atau mana-mana bahasa kerana ia tidak mencapai makna sebenar perkataan Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Mengulas perkara itu, Azmin yang dianggap orang kanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura Pas hanya untuk ahli-ahlinya sahaja.

“Kami menghormati pandangan Majlis Syura. Kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercakap dan kita mempertahankan hak demokratik setiap individu.

“Tetapi keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahlinya (sahaja),” katanya.

Walaupun keputusan Majlis Syura membuat keputusan berbeza, namun ia tidak boleh mengubah polisi PR yang telah disepakati bersama.

“Kami, PKR, DAP dan PAS terikat dengan dasar umum yang telah dipertimbangkan, dibincangkan, diluluskan dan disahkan. Dan mesyuarat yang paling terkini adalah pada 8 Jan.

“Kami tidak boleh menukar pendirian setiap hari. Jadi, walaupun isu ini dibincangkan sekali lagi, pendirian PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah berubah, ” katanya lagi.



Sebelum ini jika mahasiswa masih ingat betapa Persatuan Mahasiswa membela Pakatan Rakyat di dalam isu khalimah ALLAH. Point yang digunakan ialah PAS golongan ulama-ulama terpilih telah membenarkan penggunaan Khalimah Allah ini kepada bukan Islam. Kini Majlis Syura telah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan perkara ini berlaku. Sepatutnya Persatuan Mahasiswa Islam juga harus menarik kenyataan mereka sebelum ini bagi memastikan mahasiswa tidak terpesong akidahnya.


DIMANA KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM YANG LANTANG MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI KINI MENYEPI DARIPADA MEMPERKATAKAN ISU KHALIMAH ALLAH INI???

BUDAK PONDOK BELASAH HADI AWANG


Di dalam post sebelum ini telah MB tunjukkan video yang mana Hadi Awang memperlekehkan kelulusan Cikgu Non ini. Disini MB mendesak supaya Hadi Awang menjawab setiap isu yang dibangkitkan oleh cikgu Non ini. Jangan hanya tahu tersengih sahaja dalam memutarkan isu.

HINANYA ADAM ADLI DI MATA HADI AWANG!!!

Sengaja MB nak bantai si Adam Tiang ini untuk isu kali ini. Sedar atau tidak sebenarnya PAS hanya mempergunakan Adam Tiang and the geng sahaja untuk timbulkan ketegangan dan mencemarkan negara Malaysia tercinta. Untuk pengetahuan Adam Tiang budak mentah dan bodoh sahaja orangnya kerana hanya ada kelulusan SPM sahaja. itu pun result punya la mangkuk. Yang paling bodoh dan banggang adalah mahasiswa yang tunduk pada setiap tindakan Adam Tiang ini. 

Apa yang MB nyatakan tadi sebenarnya pandangan dan kenyataan Hadi Awang yang boleh di kategorikan sama macam si Adam Tiang ni. Budak bodoh bahasa mudahnya. Ikuti video di bawah.




*REVOLUSI BUNGA RAYA*

DAP TETAP MENERUSKAN AGENDA MURTADKAN MELAYU!!!




Majlis Gereja Malaysia (CCM) seperti dilaporkan portal Malaysiakini mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walaupun Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya.
Rev Hermen Shastri
Setiausaha agungnya Rev Hermen Shastri berkata para ketua gereja CCM, membuat keputusan itu semasa perbincangan di Ipoh.
“Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Pandangan CCM itu disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
“Masyarakat Kristian di Malaysia telah menggunakan perkataan” Allah” dalam Alkitab Bahasa Malaysia dan kepercayaan kita sebagai ‘god’ dan kami akan terus berbuat demikian,” tegas Pengerusi Bishop Datuk Ng Moon Hing dalam satu kenyataan.
Menurut portal Malaysian Insider, CCM yang merupakan Kumpulan gereja Protestan di Malaysia mendakwa mereka telah menggunakan “Allah” dalam Alkitab bahasa Melayu sejak berabad-abad lamanya.
Mereka juga turut mendakwa komuniti orang asli di Malaysia telah menjadikan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab itu sebagai sebahagian daripada bahasa harian mereka.
“Jika begitu kesnya, kami akan meneruskan amalan ini, hak yang dijamin kepada kami dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini,” katanya.
Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010, (Sel. P.U. 6).
Malah baginda pernah mengeluarkan titah yang sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun yang lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan.
Namun, Tuanku amat kesal kerana titah baginda telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula.
Berikutan dengan itu, Tuanku juga telah menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau dalam kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peraturan undang-undang yang sedia ada di negeri Selangor.
Di negeri Selangor terdapat undang-undang yang telah digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah Allah iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Enakmen ini telah diwujudkan selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 9, Enakmen berkenaan telah dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.
Tuduhan dan hukuman boleh dijatuhkan bagi mereka yang melanggar peraturan ini.
Baginda juga menitahkan agar orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham dalam kalangan kaum di negara ini.
Selanjutnya Tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali daripada menggunakan atau memperalatkan agama Islam sebagai modal politik mereka kerana ia akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di negara ini.

sumber diperolehi di sini.

SEHINGGA SAAT INI PAS TIDAK PERNAH MENGENCAM KENYATAAN PIHAK GEREJA INI!!!

PAS DIAM BILA DAP HINA AL-QURAN!!! BUKTI!!!


Ungkapan PAS itu Islam dan Islam itu PAS adalah ungkapan keramat bagi puak-puak taksub pada PAS ini termaksud menjadi pegangan Ustazah Mee Segera. MB pelik sangat apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah tetapi bila ISLAM atau orang ISLAM dihina mereka membisu 1001 bahasa mahupun jikalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung. 

Masih teringat MB bila mana pemimpin DAP mengutuk keras tindakan orang ISLAM berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah S.A.W., PAS dengan tersengihnya membela puak DAP ini atas alasan DAP ini bukan ISLAM dan tidak memahami ISLAM. Wahh... begitu mudah jawapan PAS.

Beberapa hari lepas perkara yang lebih teruk telah dilakukan oleh Patrick Teoh yang mana parasit ini telah menyumpah dan menghina Al-Quran di sebabkan kemarahan larangan yang dikenakan PAS dalam persembahan hiburan di Kedah. Dek ketakutan kehilangan dana dari DAP, PAS menarik balik larangan tersebut.


MB secara peribadi menganggap kebencian Patrick Teoh terhadap ISLAM itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati. Jika benar, berkemungkinan seluruh penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam? 

Kenyataan Patrick Teoh yang bercakap tidak berlapik dan berfikir panjang adalah bukti bahawa DAP semakin biadap kerana sengaja mencabar umat ISLAM agar berhadapan dengan mereka. Harus diingatkan bahawa perkara ini terjadi kerana lemahnya umat ISLAM kini. MB menegaskan bahawa semua ini terjadi kerana PAS yang dengan BONGKAHnya menyatakan mereka simbol ISLAM itu sendiri asyik bercakap putar alam dan tersengih-sengih membontoti DAP celaka dan Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Harus direnungi bahawa tiada satu pun kenyataan daripada PAS mendesak Patrick Teoh memberi pencerahan secara terbuka kenapa parasit ini boleh begitu lantang menghina ISLAM. Walaupun Parasit DAP ini telah memohon maaf, tetapi APAKAH JAMINAN IA TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI???
Jika PAS masih mengambil sikap mendiamkan diri terhadap isu ini, MB percaya DAP akan semakin naik tocang kerana mereka tahu yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun SEKIRANYA mereka memijak-mijak AL-QURAN di hadapan mata PAS. Kepimpinan DAP dengan bongkah dan lantang sangat yakin serta pasti bahawa akan ada pemimpin PAS yang akan bersama mereka dengan memberi alasan setiap tindakan DAP itu adalah kerana mereka bukan ISLAM dan tidak memahami ISLAM. 

MB dengan tegasnya menyatakan Patrick Teoh tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun berkemungkinan besar PAS akan berdemo bagi membela parasit ini. Kejahilan Patrick Teoh terhadap Islam bukan alasan kerana parasit ini berada di negara ISLAM dengan majoritinya umat ISLAM. Permohonan maaf Patrick Teoh haruslah disertakan dengan JAMINAN bahawa perkara ini tidak akan berulang kembali.



Agama ini adalah ibu segala-galanya dalam diri manusia. Bila agama berjaya dimusnahkan, rosaklah diri kita ini. DAP sedar perkara ini. Disebabkan itu DAP sentiasa melakukan provokasi dengan mempermainkan agama ISLAM. Percayalah tindakan BIADAP DAP ini merupakan revolusi bagi menghapuskan ISLAM tanpa sedar.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Thursday, 17 January 2013

TUGAS PAS MASIH BELUM SELESAI!!!


Ikatan Pakatan Rakyat mula rapuh setelah PAS menarik balik kenyataannya membenarkan Kristian menggunakan Khalimah ALLAH. Pelbagai tohmahan dilakukan DAP terhadap kesetiaan PAS memenuhi permintaan mereka. MB melihat PAS perlu menjernihkan balik perjuangan dalam memartabatkan ISLAM. Penarikan kebenaran tersebut tidak cukup untuk menebus segala kesalahan dan kemungkaran yang di lakukan PAS. MB mencabar PAS mendesak Majlis Kristian menarik balik kenyataan yang pernah di buat sebelum ini.

MalaysiaKini pula telah melaporkan kenyataan Majlis Gereja Malaysia (CCM) tentang kalimah Allah dengan kesemua gereja. 
Majlis Gereja Malaysia (CCM) mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walau Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya. 
Setiausaha agungnya Rev Hermen Shastri berkata para ketua gereja CCM, semasa permukiman di Ipoh, mengambil maklum berhubung perbincangan mengenai penggunaan kalimah berkenaan untuk golongan bukan Islam. 
"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.

 sumber di perolehi di sini.




AWAS!!!TANGAN-TANGAN GHAIB KUASAI PLKN!!!



Sebelum ini MB pernah dedahkan bahawa PLKN telah menjadi tempat Bang Anwar Bin Ibrahim melatih kader-kadernya malah merosakkan pemikiran para pelatih. Anda boleh membacanya di sini.


Cerita pasal monyet ini telah hampir sebulan MB dedahkan. MB mengikuti jejak dan merisik setiap gerakan monyet ini. MB sangat kecewa dengan pihak pentadbiran atasan PLKN kerana setelah apa yang MB dedahkan bersama bukti-bukti bergambar tidak langsung di ambil tindakan. Malah monyet ini semakin aktif dan berani merekrut askar-askar Bang Anwar Bin Ibrahim di kem PLKN. Malah habuan yang di terima semakin besar nilainya.

Sumber MB mengatakan Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengarahkan ke semua parasit-parasit yang berada di Kem PLKN sebagai jurulatih mempertingkatkan lagi gerakan mereka dalam merekrut jentera-jentera bagi memastikan mereka mempunyai tenaga kerja dalam menghuru-harakan negara malah mencemarkan imeh negara tercinta. 


Ini antara bukti-bukti yang MB perolehi. Habuan yang di perolehi mencecah RM100k. Gerakan yang terancang ini bakal membinasakan negara sekiranya tidak dibendung secepat mungkin. 

MB benar-benar kecewa dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.Di saat Dato Sri Najib berpenat lelah ke serata tempat bekerja dan memberi kepercayaan penuh kepada JLKN untuk membentuk anak-anak muda yang berjiwa Alif, Ba dan Taa, tetapi malangnya JLKN telah mengambil sikap sambil lewa dengan membenarkan parasit-parasit Bang Anwar Bin Ibrahim meresapi Kem-kem PLKN.


Pelatih-pelatih dijadikan perniagaan. Setiap kem PLKN ada mastermind yang menjalankan gerakannya. MB mengharapkan JLKN menjalankan tanggungjawab membendung gerakan mereka ini. 

Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.



Mungkinkah satu hari nanti demontrasi yang diadakan dihadiri oleh peserta PLKN yang dilatih khas oleh gerakan Bang Anwar Bin Ibrahim ini???

Ancaman tangan Ghaib lain di sini. dan sini.


*Revolusi Bunga Raya*

DAP SEMAKIN BIADAP DENGAN MENGHINA AL-QURAN!!!


Kecoh di utara tanah air apabila DAP tidak setuju dengan garis panduan yang dikeluarkan PAS bagi sambutan Tahun Baru Cina. Kemarahan DAP yang masih belum pudar selepas Majlis Syura PAS tidak membenarkan Kristian menggunakan khalimah ALLAH di dalam bible dihangatkan lagi dengan isu ini. 


Terbukti kemarahan DAP memuncak setelah kenyataan memaki hamun AL-Quran. Perasaan umat Islam tidak pernah dijaga. Inilah yang PAS mahukan?


Biar gambar menceritakan segala-galanya. MB mencabar PAS untuk buktikan bahawa PAS memperjuangkan ISLAM yang sebenar dengan mengeluarkan kenyataan tegas terhadap kata-kata biadap DAP ini.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*


BEDAH SIASAT DALANG ANCAMAN TANGAN GHAIB UUM!!!



MB dapati isu "LISTEN" ini sudah menjadi virus di seluruh negara di saat ini di sebabkan oleh provokasi dan prepsepsi yang di mainkan oleh media pembangkang. Tercetus di fikiran MB beberapa persoalan yang timbul berhubung isu ini yang MB ingin mengajak anda semua berfikir bersama MB.

Forum ini telah hampir sebulan berlalu iaitu berlangsung pada 8 Disember 2012. Kebiasaannya kumpulan mahasiswa Pro Pembangkang ini tidak akan menunggu lama untuk mencetuskan provokasi untuk sebarang isu. Tetapi untuk isu ini sudah sebulan baru di wujudkan provokasi. Tidak logik sepanjang risikan MB ia dibiarkan begitu lama. Kenapa dan Mengapa???

Dari risikan dalaman MB membawa kemungkinan berlaku unsur sabotaj di kalangan mahasiswa Aspirasi sendiri untuk menjatuhkan seseorang yang lebih berkredibiliti. MB dapati isu ini sebelum ini telah lama terlepas atau di abaikan di media maya. Cuma kini video ini di upload semula dengan menggunakan tajuk-tajuk yang lebih panas bagi mengemparkan negara. Hasil penyelidikan dan risikan MB mendapati terdapat satu akaun youtube yang di upload video ini mendapat view lebih daripada setengah juta. Jika ia daripada akaun youtube mahasiswa pro pembangkang, mungkin tidak menjadi persoalan di fikiran MB. Malangnya ia daripada akaun Pro Aspirasi sendiri.


 Malah kualiti video yang diuploadkan sangat berkualiti berbanding video yang di upload dari akaun lain. Rakaman yang di buat di dapati sangat profesional dan bukannya menggunakan kamera biasa. Fokus zooming in dan out, fokus panel di atas pentas dan pelbagai sudut juga berkualiti tinggi.

Adakah ini sebuah PROVOKASI atau KONSPIRASI yang terancang??? MENJATUHKAN atau MENAIKKAN???

Pakatan Rakyat menyedari sokongan masyarakat India telah menjunam turun. Apabila isu ini di mainkan semula, mereka terus menyahut isu ini bagi mendapatkan sokongan masyarakat INDIA. Pelbagai kemungkinan sokongan terhadap BN boleh berlaku kini jika tidak ditanggani dengan segera.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Wednesday, 16 January 2013

AGENDA TANGAN GHAIB BERJAYA DI UUM!!!

Fenomena Listen melanda tanah air. Di sana sini isu ini diperkatakan. Akhirnya agenda Sosialis berjaya mempergunakan mahasiswa dalam merosakkan dan menghuru harakan negara ini. Kesan daripada tangan-tangan ghaib ini, MB percaya selepas ini mereka akan melakukan demotrasi terancangan disebabkan isu ini. 


Benar puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini berjaya mempergunakan mahasiswa ini dalam menyebarkan agenda   mereka. VC UUM sendiri telah mengeluarkan kenyataannya seperti di dalam fb di atas.

Fikir-fikirkan akibat tindakan Sosialis ini.


BUKTI JELAS HADI TAKUT KEPADA ANWAR!!!


DAP tetap bertegas untuk menggunakan Khalimah ALLAH di dalam kitab Bibble. Bahkan dengan lantang berkara itu bukan masalah mereka. Adakah Pas akan menarik balik pendirian yang di keluarkan Majlis Syuranya selepas ini???


Bagaimana pendirian PAS dengan isu Nurul Izzah ini???


Berapa lamakah pendirian Majlis Syura PAS ini akan bertahan??? Sehingga bila ia akan diguna pakai?



Kenyataan Hadi ini dikeluarkan beberapa hari sebelum Majlis Syura PAS mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan Khalimah Allah oleh Bukan Islam. Jelas di dalam video ini kelihatan betapa takutnya Hadi Awang kepada Bang Anwar Bin Ibrahim. Ketakutan Hadi terserlah dengan suaranya yang bernada tidak seperti kebiasaannya sebelum ini. Malah MB di fahamkan text ucapan yang dibaca Hadi turut disediakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim.

MB merasakan sudah sampai masanya PAS menarik diri daripada Pakatan Bang Anwar Bin Ibrahim ini kerana ternyata jelas bahawa Bang Anwar Bin Ibrahim ini hanya mempergunakan PAS demi agenda zionisnya bersama DAP.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

USTAZ BERKHALWAT BERKAWHIN JUA!!!


Masihkah anda ingat ‘Ustaz’ PKR Selangor, Badrol Amin Baharom yang pernah ditangkap khalwat bersama Zati Iwani di sebuah hotel mewah di Kuantan, Pahang pada Februari 2012.

Kepopularan Badrol Amin mula mendapat perhatian rakyat apabila sangup memberikan kaunseling secara percuma di sebuah hotel di Kuantan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia sedang tidur dan dibuai mimpi tatkala Badrol Amin memberikan kaunseling. Lebih dingin lagi apabila kaunseling itu diadakan secara berdua-duaan tanpa ditemani orang ketiga.

Lebih mengejutkan Badrol Amin, serbuan JAIP itu turut ditemani suami kepada wanita yang bersamanya, Zati Iwani. Bagi mengelak dirinya disiasat lebih lanjut dan cuba melepaskan dirinya, Badrol Amin menyatakan dirinya telah ditampar dan diterajang. Lebih mengejutkan juga hasil siasatan ke atas fizikal Badrol Amin, tiada sebarang kesan-kesan lebam dan luka.

MB ucapkan tahniah kepada ustaz kerana mengambil tanggungjawab menikahi gadis tersebut setelah diceraikan oleh suaminya.

sumber di perolehi di sini.


Blog pilihan MB di sini dan sini.

TIPS PEMILIHAN CALON UMNO UNTUK PRU


Apabila DS Najib mengumum kan bahawa beliau hanya akan memilih mereka yang boleh menang sahaja atau pun “winabble candidate” maka keraguan melanda ahli UMNO khas nya dan rakyat sekelian yang menyokong UMNO khusus nya. Keraguan ini bukan lah atas sebab DS Najib tetapi keraguan terhadap ahli UMNO itu sendiri.

Ada kah di kalangan ahli UMNO yang sedang menyandang jawatan parti di bahagian masing masing mahu istihar diri tidak lagi berada di dalam kategori layak di golongan kan sebagai calon boleh menang? Tentu sekali yang sudah tidak lagi di perlukan pun masih kuat berpolitik untuk mengukuhkan kedudukan masing masing.Pendek kata tetap menganggap diri masih releven dan “winnable candidate”.

Setakat ini hanya YB Tajol Rosli sahaja yang sudah faham maksud pucuk kepimpinan dan telah pun memberi laluan untuk kepimpinan memilih siapa sahaja kerana telah istihar tidak akan menerus kan memegang jawatan yang sedia di sandang nya .ADUN Pengkalah Hulu ini dapat membaca kehendak parti.Ini pasi nya memudah kan kerja pemilihan yang di tanggung oleh pucuk kepimpinan UMNO.

Jika di Sabah beberapa ahli yang senior yang sudah dapat menghidu diri tidak akan di calon lagi untuk PRU 13 telah pun membaca situasi ini dengan membuat tindakan keluar parti dan menganggotai parti lawan.Ini jalan terbaik bagi mereka.Siapa pun akan berbuat demikian jika walau pun sudah usang usia nya tetapi ada peluang di tawar kan pihak lain tentu tidak akan lepas kan peluang ini.

Transformasi di jalan kan oleh DS Najib sebenar nya bukan sahaja kepada kerja pembangunan Negara tetapi juga kepada parti UMNO.UMNO mesti di lihat releven dengan rakyat dan keadaan semasa.Maka menukarkan mereka yang sudah lama memegang jawatan ada lah salah satu dari tranformasi parti UMNO.Tetapi amat malang kerana jawatan dalam parti bukan lah seperti jawatan dalam pekerjaan, di mana cukup tempoh kakitangan harus bersara

UMNO kini menghadapi musuh kedua bila berhadapan PRU 13, selain musuh sedia ada , musuh kedua ini bakal datang dari dalam UMNO sendiri.Apa tidak nya ahli ahli UMNO yang sudah menanam benih begitu dalam di akar umbi tetapi enggan undur diri pasti nya akan datang kan masalah jika tidak di calon kan.
Malah, ada di antara mereka seperti sudah menghidu diri tidak akan di calon tetapi masih bercita cita mahu di calon kan telah bekerja semakin gigih dan kuat untuk merapat kan diri dengan ahli UMNO supaya kesan mereka itu tidak di pilih pasti nya memudarat kan.Pasti ada protes kecil kecilan jika tidak besar besaran.

Di PAU yang lalu ahli ahli UMNO telah berikrar akan setia bersama pucuk kepimpinan walau apa pun terjadi,kini kita bakal saksi kan sejauh mana ikrar sumpah setia itu akan di patuhi atau janji hanya akan tinggal janji. Amat ramai mereka yang sandang jawatan dan masih berkuasa di bahagian terasa diri di perlu kan , walau hakikat nya tidak, malah siapa sahaja pasti akan merasa diri mereka lah yang sebenar nya calon boleh menang.Ini Tentu merumitkan kepimpinan UMNO.Jika mereka kata akan akur dan terima sahaja kehendak pucuk kepimpinan walau tidak di calon kan, pasti sahaja kerja belakang tabir oleh pengikut mereka akan terjadi.Ketika di PRU 12 lalu pembangkang menang hasil dari kerja sabotaj oleh mereka mereka ini.Kesilapan pentadbiran Pak Lah yang terlalu menonjol kesilapan nya membuat kan UMNO kehilangan banyak kerusi.tentu sekali pengalaman ini tidak akan mahu lagi di lalui UMNO.

Kini ada bahagian bahagian tertentu UMNO yang di lihat sebagai potensi bakal terjadi perkara sabotaj ini.Apa tidak nya bila yang lama tidak mahu turun dan yang baru tidak sabar lagi maka pasti lah terjadi petembunganini.Dan yang tersepit ada la parti UMNO itu sendiiri kerana ahli di bahagian tertentu terbagi dan berpihak di dalam memberi sokongan.

Segera lah mereka yang sudah lama memegang jawatan itu istihar mengundur kan diri supaya UMNO tidak berada di dalam keadaan bahaya jika mereka tidak lagi di pilih.Ini dengan jelas boleh membuat ahli di bahagian mereka sudah awal awal faham dan menerima nya.Jangan UMNO terpelusok di dalam keadaan sama ketika PRU 12 lalu kerana DS Najib telah berkerja keras untuk memulih kan UMNO yang tercedera di zaman Pak Lah.

Kepada mereka mereka itu segera lah undur diri dan istihar tidak mahu di calon kan lagi, kepada pengikut akur sahaja lah jika orang yang di sokong selama ini tidak lagi berkuasa.belajar lah melihat gambaran yang luas dari sudut Negara dan orang Melayu Islam dan jangan hanya berpolitik sekadar menyokong ketua bahagian atau pun individu tertentu, kerana UMNO lebih utama dan penting dari seorang individu.



Artikel sahabat MB yang harus di baca di sini dan sini.

Tuesday, 15 January 2013

AWAS!!!UUM DIANCAM TANGAN-TANGAN GHAIB


AWAS MAHASISWA UUM!!! Hasil maklumat yang diperolehi oleh MB menyatakan gerakan secara halus sedang dijalankan di UUM bagi merosakkan mahasiswa-mahasiswa yang datang ke UUM untuk belajar. Gerakan ini bakal meracuni para mahasiswa untuk gagal dari pembelajaran yang diikuti di UUM. Selepas pelajar terbabit Gagal, gerakan ini akan menarik pelajar tersebut untuk meruntuh dan menghancurkan negara tercinta ini.


Bawani salah seorang mahasiswi di UUM telah di latih dan di kaderisasikan oleh puak DAP dan PSM bagi meracuni para pelajar di UUM dengan pendekatan yang sangat halus dan tanpa sedar yang mana bertujuan mewujudkan ketegangan di dalam kampus UUM serta menghancurkan negara tercinta ini. Malah sumber MB menyatakan tugasnya juga adalah bagi menarik undi bagi menghalalkan agenda kepentingan Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Mahasiswa UUM harus sedar betapa bahayanya gerakan PSM ini. Apa itu PSM??? Sila baca di sini.

Ini bukti-bukti keterlibatan Bawani di dalam gerakan PSM.


Buat sahabat-sahabat Bawani di UUM. Pasti ada yang berkata sepanjang berkawan dengan Bawani ini, dia seorang yang baik. AWAS!!! Pendekatan gerakan-gerakan ini memang sangat terancang dan halus. Bak kata orang Pijak semut pun tidak mati. Untuk pengetahuan mahasiswi-mahasiswi, kecenderongan golongan yang mengerakkan agenda ini adalah tidak percaya pada tuhan, mengamalkan seks bebas, menjatuhkan pemerintahan ISLAM dan sebagainya. Jadi berhati-hati takut nanti anda terhasut.


Isu Bawani ini tercentus di sebabkan satu forum. Mari lihat sendiri penjelasan daripada penyelaras program ini.


Malah bawani ini telah mendapatkan bantuan dari seorang mamat ini untuk buat satu video bagi mengejek dan mencetuskan provokasi.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*



KHAS UNTUK MAHASISWA!!!


ANDA LIHAT DAN DENGAR... ANDA NILAI SENDIRI...

AMARAH ISLAM KEPADA DAP


Mari kita kaji kesan kenyataan Presiden Pas sebelum ini yang menyokong Kristian menggunakan Khalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu :

  1. Umat Islam berpecah-belah disebabkan ada yang menyokong dan tidak menyokong hingga bermasam muka walaupun duduk bersama.
  2. Umat Islam mula goyah pendirian agamanya khususnya golongan muda yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.
  3. Menjadikan Kristian dan Islam bermusuhan kerana sering bertukar pendapat membenarkan dan tidak membenarkan,

Hasil risikan MB menyatakan Majlis Syura menarik balik kenyataan Presiden Pas menyokong penggunaan khalimah ALLAH ini dalam kitab Bible ini adalah kerana umat Islam di akar Umbi sangat marah dengan PAS kerana menyokong penggunaan Khalimah Allah dalam kitab Bible.

Secara peribadi MB nyatakan penarikan ini bukan sebab AQIDAH,tetapi disebabkan ingin menarik balik undi umat Islam kepada PAS. 

Malah sumber risikan MB menyatakan Bang Anwar Bin Ibrahim sangat marah dengan Majlis Syura Pas khususnya Dato Harun Din kerana penarikkan ini. MB menyeru seluruh umat ISLAM memikir di luar kotak samada PR layak di beri undi atau tidak?





*REVOLUSI BUNGA RAYA*


JAHILNYA PAS DALAM MENJILAT DAP



Isu Khalimah Allah ini benar-benar mengecewakan ramai pihak. Secara jujur bilamana isu ini dibangkitkan oleh DAP untuk menggunakan khalimah Allah di dalam kitab bible oleh penganut Kristian, dengan lantangnya puak-puak keji di dalam PAS menyokong permintaan tersebut bagi menjaga hati puak-puak DAP ni. Baik daripada kepimpinan atas hingga ke bawah mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan ini dari Nik Aziz, Hadi Awang dan pencacai jalanan bawahan. 

Pelbagai episod cerita dikeluarkan menyebabkan umat Islam di Malaysia khususnya di dalam PAS bergaduh dan bergolak sesama sendiri demi menjaga hubungan baik dengan DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim hingga lupa pada perjuangan untuk memartabatkan Syariat Islam. 


Pergolakkan demi Pergolakkan berlaku disebabkan Presiden Pas sendiri menjadi lembu yang ditarik oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Di peringkat akar umbi PAS bergaduh demi mempertahankan pegangan masing-masing. MB kecewa melihat ini berlaku bilamana ini terjadi, Lim Guan Eng dengan rakus dan bongkahnya menyatakan ini bukan masalah DAP sedangkan ia disebabkan permintaan DAP sendiri.


Disebabkan perpecahan dan desakan umat ISLAM terhadap isu penggunaan Khalimah Allah ini, Majlis Syura Pas telah mengadakan perjumpaan tergempar membincangkan isu ini. Lantas menarik balik keputusan membenarkan khalimah Allah ini kepada bukan Islam. 

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, hampir hancur umat Islam di Malaysia ini. Apa yang MB boleh katakan bahawa Nik Aziz berakalkan emosi, sama juga dengan Azizan Razak dan sekutunya bilamana diasak oleh DAP dan erdogan Bang Anwar Bin Ibrahim lagi bertambah emosi mereka ini. Jika tidak di turuti arahan Bang Anwar Bin Ibrahim, dana tidak sampai jawabnya.



Bila Majlis Syura keluarkan kenyataan, pelbagai pihak dari DAP mula menyerang kepimpinan PAS dengan ketidak pendirian PAS untuk menyokong DAP.DAP langsung tidak menghormati pendirian PAS. Masihkah PAS mahu bersekutu dengan DAP ini??

DIMANA MARUAH PAS SEKARANG??? 


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Sunday, 13 January 2013

TAZKIRAH KHAS BUAT PAS-DAP



Buat keluarga Islam di atas, MB sediakan sedikit tazkirah ringkas khas buat kamu. Sila fahami.


ABANG PERLEMBAGAAN DIKANTOIKAN!!!



Masih ingatkah wahai rakyat semua tentang Abg Perlembagaan yang membuat kecoh semangat demo PTPTN tempoh hari??? Di sini MB hendak dedahkan perbincaraan Abg Perlembagaan ini semasa mamat ni mengisi perutnya yang buncit tu di sebuah restoran ayam kampung di cheras.

Gambar ini di ambil pada jam 2petang di mana masa itu penyokong PR malah kumpulan anak muda sedang sibuk berdemotrasi berarak menuju ke stadium merdeka. Sepanjang hampir 2jam disini merisik Abg Perlembagaan ini, 1001 cerita yang diperolehi. Antara butir-butir perbualan Abg Perlembagaan ini adalah membayar sejumlah wang upahan kepada kumpulan anak muda yang di kepalai oleh Adam Tiang dan Safwan Chair.

Abg Perlembagaan bersama beberapa orang tali barut Bang Anwar Bin Ibrahim ini makan begitu mewah di sini. Siap cakap makan jer... Aku bayar... Perghh.... terbaik kan..

Inilah ciri-ciri otai PR. Berbicara tentang duit yang diperolehi untuk membayar anak muda berdemotrasi dan menimbulkan kekecohan dalam negara. Sepatutnya Abg Perlembagaan ini kena berada bersama-sama dengan mereka di Stadium Merdeka mendengar amanat Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Terdengar juga perbualan Abg Perlembagaan ini yang mengatakan Demotrasi kali ini Gagal disebabkan pihak PDRM berada jauh dari kawasan dan buat tidak kisah. Nak lakukan provokasi pun tidak boleh. Dari nadanya menyuarakan rasa geram sebab tidak dapat melakukan provokasi seperti sebelum ini. Awas Abg Perlembagaan. Anda di perhatikan. 


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

JAHIL ATAU TIDAK PAS? APA KATA HADI???




MB pelik kenapa perkara ini terjadi di dalam PAS??? Ada MB suarakan pada sahabat PAS tentang perkara ini. Keadaan ramai macam ini mana nak tahu arah kiblat. Dalam bijak pandai PAS tidak orang pun yang tahu arah kiblat? Sepatutnya penganjur harus memainkan peranan memaklumkan awal-awal arah kiblat. 
Di tempat yang sama tetapi terdapat pelbagai jemaah dan iman? Anda nilai sendiri.

Video di bawah ini pun boleh anda nilai.




Artikel pilihan MB tentang isu ini ada juga di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...