KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday, 6 April 2013

KHAS BUAT GM13, MAHASISWA USIM DAN UIA!!!HAYATI!!!




Haram jatuhkan kerajaan negara Islam kata Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram...

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Program selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari tokoh itu ke negeri ini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.

Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.

"Demonstrasi hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.

"Justeru, jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.

Ujarnya, cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.

"Dalam perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

"Pemimpin perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang baik kepada pemimpin mereka," katanya.

P/S : Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah kerana kesannya yang amat merugikan. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.


KEJI ANWAR PERGUNAKAN ANAK MUDA DI JALANAN LAGI!!!!


Semakin menghampiri kemuncak PRU13 ini semakin rancak Brader Anwar Bin Ibrahim menjalankan strategik mengolakkan negara. Benar seperti yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim dengan dana Yahudi akan mengadakan rusuhan di seluruh Malaysia bagi menghancurkan Malaysia Tercinta ini.

Beberapa hari sebelum ini mereka telah mengadakan Demotrasi di depan Sogo di waktu rakyat sedang sibuk bekerja. Ini telah menjejaskan kegiatan-kegiatan harian di sekitar itu. Namun ternyata demontrasi masa itu gagal kerana jumlah yang datang bersama tidak sampai 22orang.

Cerita demo di Sogo ini boleh baca di sini.

Dalam artikal ini MB nak cerita pasal kegagalan demotrasi TOLAK yang diadakan hari ini. Demo ini tetap dikategorikan sebagai GAGAL. Dakwaan menyatakan mereka mensasarkan jumlah kehadiran seramai 5000orang Malah baju yang disediakan hampir 1000helai seperti tidak diusik. Oppss... banyak dana mereka ini dapat bikin baju.


Hanya sekitar kurang daripada 53orang sahaja yang datang. Pengurangan yang sangat banyak. Jika dilihat di page mereka ini, mereka masih tetap dengan cara Brader Anwar Bin Ibrahim dengan memfitnah UMNO. Mereka telah ditahan polis dan mengatakan UMNO punya kerja. Penjelasan sebenar mereka ditahan dan di periksa Kad Pengenalan kerana terdapat aduan mereka menganggu pengguna komuter serta membuat bising serta kecoh di dalam komuter dan di sekitar perhentian komuter.


MB menemubual beberapa pengguna di dalam komuter tentang demotrasi mereka ini. Rata-rata jawapannya pengguna menjawab mereka terasa terancam, tidak selesa, terasa gangguan seksual (kerana ada daripada mereka merenung tajam seperti inginkan sesuatu), mencerminkan imej buruk kepada negara, tidak beradap dan lain-lain lagi. Lihatlah di dalam gambar tersebut gerak-geri mereka umpama komuter itu mereka yang punya dan tidak menghormati hak penggunaan yang lain.


Mereka bertekad untuk mengumpulkan 100k tandatangan sebagai sokongan menolak BN. Malangnya yang menandatangani kain rentang ini puak-puak mereka juga. Ada yang ditugaskan sain hingga penuh kain tersebut umpama mereka mendapat sokongan. MB nak bocorkan lagi rahsia. Gadis-gadis yang sain di kain rentang itu bukannya boleh mengundi. Apa cerita???

*Pst : Kenapa sekarang ini bila demotrasi, gadis-gadis mereka sudah pandai menutup muka??? Risau MB ambil gambar buat poster ke??? 

Sambutan masyarakat setempat dan pengguna komuter juga SANGAT-SANGAT tidak mengalakkan. MB dapati mereka ini telah melaporkan kepada "seseorang" bahawa demontrasi mereka ini gagal. Dan arahan daripada "seseorang" itu mengarakkan mereka meneruskan perjalanan ke Melaka dan bergabung dengan kumpulan disana kerana dakwaan mengatakan demotrasi di Melaka turut gagal disebabkan bilangan yang hadir sangat kurang.

Pesanan MB kepada anak-anak muda ini, jangan cemarkan imej negara. Biarkan kami yang LAYAK mengundi ini menentukan masa depan negara. Anda masih muda. Fokus pada pembelajaran.

 

Satu lagi DEMOTRASI DI KOTARAYA KUALA LUMPUR boleh lihat di sini.





KUMPULAN CALON JAHIL BAKAL CENTUSKAN PROVOKASI DI PEKAN!!!!


Seperti yang MB centuskan di artikal di sini, kali ini MB nak dedahkan pula betapa Jahilnya puak-puak ini bila agama di persendakan. Sikap kurang ajar dan biadap mereka tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai provokasi dan demotrasi dilakukan mereka. 


Ini salah satu adengan yang berlaku di dalam demotrasi yang sangat GAGAL oleh puak-puak ini. Nanti MB akan dedahkan pula kaitan mereka dan bukti mereka bersama Puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim.

CALON TANGAN ZIONIS BERTANDING DI PEKAN!!! DIKESAN!!!


Tahniah kepada GM13 yang telah berani meletakkan calon Mohamed Bukhary untuk bertanding di Parlimen Pekan bertanding dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Menarik untuk MB dedahkan siapa mamat Bukhary ni. Jika di lihat pendedahan oleh dirinya sendiri, mamat ni mempunyai latar belakang pendidikan agama. Tetapi persoalan di sini adakah pendidikan agama itu di semai dalam dirinya??? Mari kita lihat gerakan kumpulan mamat ni.

Gerakan puak mamat ni memang cukup dihina dan dikritik hebat di Universiti Malaya. Mereka ini mempunyai dana yang besar yang disalurkan oleh tangan-tangan ghaib bagi menimbulkan huru-hara di dalam kampus IPTA dan negara. Sepanjang Pilihanraya Kampus yang di adakan setiap tahun,pelbagai provokasi dilakukan mereka ini.


Gerakan mereka ini sanggup meletakkan kepala babi di dalam Masjid bagi mendapatkan undi simpati mahasiswa.Malah pernah menculik salah seorang calon yang bertanding semasa Pilihanraya Kampus bagi mendapatkan simpati mahasiswa juga.


Terbaru semasa Pilihanraya kampus 2012 yang berlangsung tempoh hari, mereka sanggup memukul Pengerusi mereka sendiri dan menuduh UMNO yang lakukan. Tapi perancangan mereka tetap berjaya MB gagalkan setelah MB mendapat maklumat awal perbuatan keji mereka ini. 

Layakkah mahasiswa biadap seperti ini dibiarkan? Semasa puak-puak ini dipukul di pekan baru-baru ini, sebenarnya ia adalah strategi JAHAT mereka memprovok penduduk setempat supaya memukul mereka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan simpati masyarakat setempat dan membesar-besarkan pergerakan mereka ini. Semasa kejadian berlaku, persoalan yang timbul KENAPA SAFWAN ANANG TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN SEDANGKAN KEMPEN DI SANA DIA YANG LEAD???

Banyak lagi pendedahan yang MB akan dedahkan. MB tekad untuk gasak mereka habis-habisan.
Video dibawah khas di pertontonkan kepada rakyat untuk menilai mereka ini!!!

Lagi cerita puak mahasiswa Biadap ini di sini.


ULAMA AKHIR ZAMAN BEGINIKAH?


MB terkilan bilamana agama dipermainkan. Kerana kepentingan politik, pelbagai fatwa dikeluarkan. Nabikah Nik Aziz ini?


Hari ini kalau di peringkat mahasiswa ramai cerdik pandai bab agama. Tetapi masing-masing takut untuk menegur Nik Aziz. Yang mereka tahu menghina dan mengutuk kerajaan BN.


Malah calon GM13 yang di angkat tinggi menghafal 30 Juzu' Al-Quran secara terang-terangan biadap dan bersikap kurang yang merosakkan imej ISLAM mendiamkan diri segala fatwa-fatwa palsu yang dikeluarkan oleh Nik Aziz. Mengapa takut menegakkan kebenaran agama?




JANGAN TERUJA DENGAN JANJI ANWAR INI!!!


Dalam manifesto mereka, Pakatan telah janji pendapatan setiap isi rumah di Malaysia akan naik sampai 4 ribu sebulan dalam 5 tahun pertama pemerintahan mereka.

Ini bermakna pendapatan isi rumah di Malaysia mesti naik hampir 22% dalam lima tahun. Dengar memang hebat tapi bila dirujuk kepada negara yang lain, baru kita tahu ini satu janji yang tak masuk akal.

Contohnya di China, negara yang membangun dengan paling pesat di dunia. Mereka hanya dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 10%. Ini negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam dunia. Macam mana Pakatan nak dapat 22%?
Jangan percaya pada janji bulan dan bintang Pakatan. Kalau tak jadi, mereka akan kata, "Oh, manifesto bukan janji."

PLZ ALERT THIS VIDEO!!! PAS OR UMNO MUST SEE THIS!!!


Jika benar puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim melakukan taktik keji ini, nescaya US akan masuk campur bagi membela Brader Anwar Bin Ibrahim. Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut, sila maklumkan segera kepada pihak Berkuasa. Kita harus bersatu dalam menyelamatkan negara tercinta ini.


Friday, 5 April 2013

LELAKI SEJATI BAKAL LAWAN ANWAR DIBOCORKAN!!!


Sah. Individu yang dituduh sebagai pengadili blog papagomo akan bertanding di parlimen yang mana Brader Anwar Bin Ibrahim bertanding. Keputusan ini diambil bagi membersihkan nama beliau yang telah difitnah.

MB berikrar akan membantu brader ini sekiranya beliau bertanding. Jangan kentar perut brader. MB dan rakan-rakan pasti berjuang bersama brader!!!

maklumat lanjut lihat di sini.

Thursday, 4 April 2013

PENDEDAHAN DEMI RAKYAT!!!




Banyak analisa dibuat oleh pelbagai pihak termasuk di luar negara merumuskan Barisan Nasional akan menang dalam PRU kali ini. Pihak pelabur juga menaruh keyakinan tinggi terhadap Barisan Nasional. Buktinya, pasaran saham tidak terjejas walau sedikit pun apabila Dato' Seri Najib Tun Abd Razak umumkan pembubaran Parlimen pada pagi tadi. Kebiasaannya, di mana-mana negara pun, jika pembubaran dibuat ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pasaran saham. Para pelabur juga cenderung mengambil langkah berhati-hati. Tp hal ini tak berlaku di Malaysia sekaligus membuktikan keyakinan tahap tinggi pelbagai pihak terutamanya para pelabur asing terhadap demokrasi cara Malaysia yg kita amalkan di sini.

Namun begitu, jika kita telitikan corak permainan pembangkang, strategi perang psikologi mereka begitu berimpak. Sejak dari awal lagi mereka menyebarkan propaganda bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dan Putrajaya akan jatuh. Barisan Nasional kononnya akan kalah teruk. Terbaru, kenyataan oleh Tuan Guru Nik Aziz kononnya UMNO berada dalam keadaan yg amat tenat. Permainan-permainan sebegini pastinya akan memujuk psikologi rakyat yg kurang berfikir dan mengkaji sehingga menjadi persepsi kekal bahawa Pakatan Rakyat akan menang. Lebih dahsyat dari itu, mereka sudah pun berasakan Pakatan Rakyat sudah menang sebelum PRU 13 berlangsung lagi. Inilah salah satu bentuk perang psikologi ampuh yg dilancarkan oleh pembangkang ke atas rakyat Malaysia. Tanpa sebarang ukuran yg absah, mereka menanam persepsi tersebut hingga akhirnya menjadi satu kepercayaan dan keyakinan.





Permainan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Dlm satu kenyataan oleh YB Nurul Izzah yg perlu kita berikan perhatian, beliau menyatakan sama ada Pakatan Rakyat menang atau kalah, revolusi tetap akan berlaku. Kenyataan ini diterbitkan ketika negara sedang kalut dgn cubaan melancarkan BERSIH 3.0 dahulu. Apakah ertinya? Kita juga perlu ambil berat dgn kenyataan Anwar Ibrahim yg sering menyeru dalam siri ceramahnya supaya rakyat berhimpun di Kuala Lumpur selepas menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing. Kononnya, beliau mendakwa, SPR akan mengumumkan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang jam 7 malam pada hari 
pengundian dan seluruh penyokong diminta berhimpun di Kuala Lumpur utk meraikan kemenangan tersebut.



Apakah muslihatnya?

Pada malam sebelum tanggal 9 Januari 2012, Anwar pernah mengumpulkan sejumlah anak muda di rumahnya. Dlm pertemuan itu, Anwar telah meniupkan semangat revolusi sempena gerakan kebangkitan rakyat yg berlaku di Timur Tengah. Anwar turut membacakan puisi khususan membangkitkan semangat juang anak-anak muda di hadapannya. Malam itu diibaratkan sebagai malam keramat yg amat penting kpd Anwar sendiri. Kenapa? Ini kerana, keesokan harinya, iaitu pd 9 Januari 2012, Anwar akan hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Liwat 2 membabitkan bekas pembantunya, Saudara Saiful Bukhari Azlan. Pd malam tersebut, perancangan sudah diatur dgn anggapan Anwar akan didapati bersalah dan akan dihantar ke penjara sekali lagi. Justeru, bg memastikan perkara tersebut gagal, satu gerakan revolusi akan dilancarkan dgn nama Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 yg bertujuan membebaskan Anwar secara revolusi.

Dgn kuasa Allah, segala perancangan jahat tersebut akhirnya gagal dan Anwar tidak berjaya menggunakan jalan pintasnya untuk berkuasa.

Hal ini mendedahkan kpd kita akan muslihat Anwar pada hari pengundian kelak. Tujuan utama Anwar menyeru rakyat berhimpun di Kuala Lumpur sebenarnya bukanlah untuk meraikan kemenangan. Anwar tahu Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang dlm PRU kali ini. Justeru bg memastikan Barisan Nasional tidak kembali ke Putrajaya, satu operasi huru-hara akan dijalankan. Rakyat yg telah dihasut mempercayai bahawa Pakatan Rakyat akan menang pasti dgn mudah juga boleh dihasut utk memberontak sekiranya keputusan yg diumumkan oleh SPR kelak tidak memihak kpd mereka. Inilah strateginya.





Pertama, kita kena lihat secara logik. Adakah SPR mampu menyelesaikan pengiraan undi dgn begitu cepat bg membolehkan keputusan diumumkan seawal jam 7 petang? Tidak pernah berlaku sedemikian hal dalam sejarah negara kita. Kedua, kenapa mesti berkumpul di Kuala Lumpur, tetapi bukan Putrajaya? Jawapannya, kerana Kuala Lumpur ialah pusat tumpuan baik dlm kalangan rakyat Malaysia mahupun dunia. Jika demonstrasi, rusuhan atau revolusi dijalankan, seluruh dunia akan melihat kpd Malaysia dan ini akan membantutkan usaha Barisan Nasional utk kembali berkuasa.

Adakah kita masih boleh percaya dgn setiap kata yg terbit dari mulut Anwar Ibrahim!

Wednesday, 3 April 2013

HAKIKAT YANG CUBA DISEMBUNYIKAN PADA ORANG MUDA!!!


Dulu Nik Aziz cakap kalau Tun M letak jawatan, esok dia akan letak jawatan. Tetapi dah 9tahun masih gilakan kuasa lagi. Kenapa???

Perjuangan Rasulullah SAW bukan untuk mendapatkan sebuah negara tetapi mengajak manusia mengEsakan Allah SWT. Baginda berdakwah siang dan malam, bukan berdakyah 24 jam dan mengkafirkan orang itu orang ini. Sebaliknya, Baginda mengIslamkan orang-orang kafir melalui kebijaksanaan strategi dakwah yg amat-amat-amat komprehensif. Malangnya kita hari ini ada parti yg menggunakan Islam untuk dapatkan negara. Dikafirkan orang itu dan ini. Didoakan hancur dan KO! Org beginikah yg kita nak angkat sebagai pewaris Nabi?


Ni sorang lagi. Pusing satu dunia kempen suruh TUKAR, tapi sampai hari ini tidak mahu letak jawatan. Kenapa?




CONTOH KEGAGALAN JANJI PRU SEPERTI PR DI SEBUAH NEGARA!JANGAN BACA!!!


Prof Madya Chong Fatt Seng : Padah daripada pengalaman Jepun dalam p'raya

Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman politik Jepun sebelum membuat keputusan tentang parti yang akan dipilih pada pilihan raya umum akan datang, kata seorang ahli akademik Jepun.

Prof Madya Chong Fatt Seng dari Shobi University berkata sesebuah parti politik yang mengemukakan terlalu banyak manifesto populis, tidak akan mampu menunaikannya dan tidak akan lama berkuasa.

Ahli akademik kelahiran Malaysia ini menetap di Jepun sejak lebih 20 tahun lepas.

"Kami ada cerita yang sama di Jepun tiga tahun lepas. Dalam manifesto mereka, parti pembangkang, Parti Demokratik Jepun (DPJ), menjanjikan pendidikan percuma, lebuh raya tanpa tol dan penurunan harga petrol.

"Mereka juga menunjukkan cara yang akan digunakan untuk mendapatkan hasil. Mereka menang dalam pilihan raya pada Ogos 2009. Dalam pilihan raya Dewan Perwakilan pada 2009, mereka menang 308 daripada 480 kerusi.

"Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengotakan janji yang ditabur. Mereka hanya mampu bertahan tiga tahun lebih apabila rakyat Jepun kembali memberi kepercayaan kepada parti yang berkuasa sejak sekian lama sebelum itu, Parti Demokratik Liberal (LDP)," katanya kepada Bernama.

DPJ adalah sebuah parti politik pertengahan kiri yang ditubuhkan pada 1998 hasil gabungan beberapa parti pembangkang.

Selepas mencapai kemenangan besar pada 2009, parti itu disingkirkan daripada kerajaan oleh LDP pada pilihan raya umum 2012.

Ketika memerintah, DPJ melaksanakan beberapa langkah seperti memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah tinggi dan menambah subsidi untuk saraan membesarkan anak.

"Itulah pengajaran yang didapati rakyat Jepun tiga tahun lepas apabila parti itu gagal menunaikan janji- janji lain.

"Tujuan saya menceritakan kisah ini ialah untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa rakyat Jepun telah tersilap membuat pilihan. Walaupun mereka kemudiannya memilih semula parti sebelum itu (DPJ), tapi mereka telah 'rugi' tiga tahun.

"Saya selalu memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh mencuba, tetapi pilihan raya tidak boleh diperjudikan. Anda boleh kata 'kalau mereka tidak baik, kami boleh tunggu pilihan raya akan datang, tapi anda terpaksa menanggung kerugian akibat tahun-tahun yang telah anda lalui," kata Chong.

Beliau berkata untuk melaksanakan manifestonya, parti politik perlu mencari wang melalui pelbagai cara seperti mengenakan cukai, mengurangkan subsidi dan mengeluarkan bond kerajaan.

"Tetapi, jika bond dikeluarkan setiap tahun, Malaysia boleh jadi muflis.

"Sekiranya mereka (pembangkang) tidak mahu memilih mana-mana langkah itu, mereka perlu memastikan pertumbuhan ekonomi mencapai tahap yang kukuh untuk membawa hasil kepada negara," kata Chong.

"Sekiranya mereka memilih cara keempat (memastikan pertumbuhan kukuh ekonomi), mereka perlu mencari dan melaksanakan dasar ekonomi yang mantap.

"Di Malaysia ada Program Transformasi Ekonomi. Setakat ini, saya tidak nampak atau tahu ada dasar lain yang lebih baik daripada itu.

"Sekiranya anda boleh perkenalkan dasar lain yang lebih baik daripada itu, sudah tentu orang akan menyokongnya. Tapi, untuk waktu ini, saya tidak fikir begitu," katanya.

Ditanya sama ada "kerajaan baharu" mungkin menghentikan projek pembangunan yang dilaksanakan ketika ini, beliau berkata: "Pentadbiran baharu tidak memberi kesan terhadap pembangunan atau pertumbuhan ekonomi, tapi sekiranya mereka melaksanakan dasar baharu atau mengubah dasar sebelumnya dengan berpandukan hasil analisis yang cukup baik, maka ia akan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

"Tetapi, jika mereka melakukannya hanya kerana tidak bersetuju dengan perkara yang telah dilaksankan kerajaan terdahulu, maka ia merupakan suatu perbuatan yang amat berbahaya," kata Chong.

Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya membuat keputusan tentang parti yang hendak dipilih bukan berdasarkan emosi, tetapi dengan 'akal yang bijak' dan 'pemerhatian yang teliti'.

PAS HARUS SEDAR AKAN INI!!! KHUSUS UNTUK PAS!!!


DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya.

Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu.(Tanya Karpal Singh)

Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP atau org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam?

VIDEO SEMPENA PEMBUBARAN YANG HARUS DISEBARKAN!!!


Jom sebarkan dan perang habis-habisan puak Brader Anwar Bin Ibrahim!!!

Sunday, 31 March 2013

RAKYAT HARUS TAHU PASAL ANWAR-LAHAD DATU!!!


Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.
Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.

Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara. Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah danmerampas kuasa politik.
Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.

Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.

Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.

Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.

Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka. Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.

Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.

Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara. Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu melalui teknik photoshop, ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.

Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.

Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan luhur.

Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat, pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.

Umpamanya, Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.

Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.Ini termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.

Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.

Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.

Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.

Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.


JURULATIH PLKN "MOTHERFUCKER" PEKIDA!!!

Masih ingatkah artikal MB pasal mamat jurulatih PLKN ini? Telah banyak artikal pasal mamat ni di sini, sini, dan sini. Selepas  artikal yang MB tulis tentang mamat ini, terdapat ramai talibarutnya yang telah PM MB dan mengecam pendedahan MB. Dan 2,3 minggu lepas MB telah menerima kencaman yang hebat di artikal-artikal mamat ini. Bermula daripada situ, sudah beberapa kali blog dan fb-fb serta twitter rakan MB telah cuba di hack dan di flagkan. Alhamdulillah perjuangan kami masih di lindungi-Nya. MB serta rakan-rakan masih dapat bertahan. Disini MB baru memperolehi no telefon mamat jurulatih PLKN ini daripada junior-junior yang dilatih mamat ini. Boleh lihat no telefon di poster di bawah.


Dalam poster ini yang paling MB marah bila mamat ini "motherfucker" kan PEKIDA yang selama ini mempertahankan MELAYU!!! Malah jika di kaji gerakan mamat ini ada tangan asing di sebaliknya. Lihat video di bawah : 


Paling MB terkejut, ada kenyataan di fb mamat ini yang harus di siasat segera.


Jika benar kenyataan mamat ini di fb yang berkemungkinan bekerja di bilik gerakan UMNO, ia sangat berbahaya!!! mohon kawan-kawan siasat segera.

Sahabat MB ada maklumat lanjut dan sedang menyiasat lebih lanjut tentang mamat ini yang berkemungkinan mamat komunis ini terlibat dengan isu Lahad Datu diblog :


Malah gerakan mamat ini telah masuk ke ipta-ipta di Malaysia ini. Boleh di lihat di sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...