KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #ANWAR. Show all posts
Showing posts with label #ANWAR. Show all posts

Monday, 4 January 2016

MENGAPA DAP KECUT?


Mendukacitakan hari ini apabila terdapat cahaya penyatuan umat Islam di Malaysia ini, orang Islam sendiri menentang. Mengapa jadi begitu?

Hari ini dapat dilihat orang Islam yang menjadi talibarut DAP telah mula menyerang kepimpinan ulamak PAS tentang perpaduan antara PAS dan UMNO. Malah ada diantara orang UMNO dan sendiri yang menentang.

Apakah orang-orang yang taksub ini berjuang demi individu sehingga lupa pada ajaran ISLAM atau mereka ini mereka ini sayangkan ISLAM?

Monday, 14 October 2013

DAP GAGAL SEMBAH ANWAR DI MAHKAMAH!!!

MB yakin DAP telah mengadap Brader Anwar Bin Ibrahim dan meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menggunakan khalimah Allah dalam kitab Kristian. Sumber MB juga menyatakan Brader Anwar Bin Ibrahim tidak menjangkakan keputusan ini memihak kepada umat ISLAM kerana jika dilihat dalam pola keputusan Mahkamah sebelum ini, umat ISLAM selalu tewas.

Dalam penghakimah sebentar tadi di Mahkamah Istana Kehakiman Putrajaya, Hakim bg kes kalimah ALLAH :

1. Dato' Haji Mohd Zawawi
2. Dato' Abdul Aziz Bin Abd Rahim
3. Dato' Seri Hj Mohamed Apandi

Hakim sebulat suara mengarahkan pihak roman katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dlm akhbar terbitannya.

Thursday, 10 October 2013

RAFIZI RAMLI LATIH PRO M MENJADI MUNAFIK

Tahniah brader Kamarul StopAli kerana telah menarik minat MB untuk mempromosikan brader ke seluruh tanahair. MB tidak sanggup melihat mahasiswa saban hari di tipu dan diperkotak katikkan oleh kumpulan mahasiswa yang di gelarkan nama sebagai Pro Mahasiswa. Setiap tahun mereka melakukan sandiwara dan konspirasi terancang dalam memenangi Pilihanraya Kampus secara jijik.


Pada tahun 2013 ini, sandiwara yang Pro Mahasiswa lakukan ialah mengaitkan pentadbiran dan kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan mereka serta memfitnah mereka ini berkomplot dengan UMNO. Begitu jahil permainan Pro Mahasiswa ini. Pro Mahasiswa ini terlupa untuk mencerminkan diri sendiri. 

Mungkin ramai mahasiswa tidak sedar bahawa kumpulan Pro Mahasiswa ini telah di taja oleh Brader Anwar Bin Ibrahim dan kepimpinan PKR, PAS, DAP dan Komunis bagi mengucar kacirkan kampus-kampus di seluruh Malaysia khususnya di Lembah Klang. MB tidak gemar bila mereka ini berbicara tanpa bukti yang SAH. Segala dokumen-dokumen yang dinyatakan mampu di buat sendiri. MB yakin dan amat yakin segala dokumen yang konon-kononnya bocor itu sebenarnya dicetak sendiri bagi memfitnah pentadbiran universiti serta segelintir mahasiswa.

Jahil permainan mereka ini. Dalam artikal ini MB dedahkan Video konspirasi PRO MAHASISWA dan kepimpinan tertinggi PKR. Adakah konspirasi mereka ini dihalalkan? Anda ada jawapannya.



Lebih mengemparkan, MB telah memperolehi rakaman yang dipercayai kepimpinan tertinggi PMIUM yang sedang melaksanakan ibadat seiras-iras SYIAH. MB masih dalam proses menganalisis dan memperincikannya. Tunggu pendedahan MB nanti. Malah yang paling menarik sumber risikan MB ialah skandal diantara Pro Mahasiswa dan PMIUM yang menyebabkan perpecahan antara dua kumpulan ini yang menanti menjadi bom nuklear. 


Tuesday, 1 October 2013

ENDIKOUP DIPUKUL DAN DIPAKSA??? PRO M HILANG TARING!!!


MB mendapat maklumbalas daripada sahabat MB di UPM menyatakan puak komunis di sana memainkan isu bahawa banner "ini wilayah pro M" bersama bendera komunis itu adalah dibuat oleh geng Aspirasi. MB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana MB ada gambar mereka yang memasang bendera tersebut. Tetapi MB tidak dapat untuk menyiarkan gambar tersebut atas faktor keselamatan orang yang menyalurkan kepada MB.

Beberapa perkara MB hendak timbulkan disini ialah jenis dan kualiti banner tersebut merupakan daripada punca yang sama. Hasil risikan MB ia di beli daripada tempat yang sama. Persoalan yang bermain juga difikiran MB ialah kenapa kepala Endikoup berbenjol? Mungkinkah dia dipukul oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar tersebut? Mungkinkah Endikoup dipaksa dan diugut untuk keluarkan kenyataan tersebut? 1001 persoalan boleh timbul di sini.


Thursday, 16 May 2013

2MINIT 12 SAAT MAMPU AMANKAN MALAYSIA!!!

Keyakinan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memenangi Pilihanraya ke 13 ini lenyap begitu sahaja. Ternyata PKR sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat. Sejak Brader Anwar Bin Ibrahim bebas dari penjara, pelbagai kekecohan dan rusuhan berlaku. Ini semua di dalangi oleh tangan-tangan asing yang memegang Brader Anwar Bin Ibrahim ini.

Rata-rata masyarakat inginkan keamana dipulihkan kembali di Malaysia ini. MB menyeru kepada Brader Anwar Bin Ibrahim ini supaya berpegang kepada kata-katanya untuk berundur secara aman. Laksanakan sekarang Brader Anwar Bin Ibrahim. Jangan anda jadi munafik. 



Wednesday, 15 May 2013

TERBAYANG WAJAH KETAKUTAN PR PADA DUA PANGLIMA INI!!!

Sekitar jam 5.00petang tadi telah di umumkan senarai penuh barisan kabinet Barisan Nasional oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Barisan Kabinet ini telah digabungkan kepimpinan lama dan baru. MB tertarik dengan penegasan Perdana Menteri tentang rasuah. MB dapat dirumuskan di sini betapa seriusnya Perdana Menteri dalam membasmi gejala rasuah.

Di kesempatan ini, MB ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. MB yakin dengan kepimpinan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Wilayah-wilayah Persekutuan akan berkembang pesat dan terjaga kebajikan penduduknya.


MB juga ucapkan beribu-ribu Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan kerana telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. MB yakin dengan kepimpinan dan ketelusan yang Datuk Ahmad Maslan laksanakan sebelum ini mampu membawa negara tercinta ini pergi lebih maju dan stabil.









BARISAN TENTERA YANG DITAKUTI ANWAR!!!



Perdana Menteri & Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 


Tan Sri Muhyiddin Yassin 

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)


MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)



MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)


MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)


MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)


MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)


MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)


MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)

Tahniah di ucapkan. Info yang terkini di sini.

Tuesday, 30 April 2013

BUKTI RAFIZI SEORANG GAY DI DEDAHKAN!!!!


MB difahamkan bahawa email ini didedahkan oleh PAS Pandan tentang seorang pemimpin PKR. Sehingga saat ini tidak ada kenyataan balas daripada Brader Rafizi. Yang menjadi persoalan, kebiasaannya respon yang pantas dilakukan oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Tapi kali ini sangat lambat pula responnya. Adakah sedang mencari jalan menyelamatkan diri? Sumber di sini.




PENDEDAHAN TERANCANG GERAKAN DAP!!!


Jika di dengar dalam pendedahan ini, di sesuatu tempat markas DAP sebagai contohnya di komtar ada 20orang cybertroopers full time kerja mereka mengadap fb. Satu hari mereka ini mampu membuat 5 fake acc fb baru dan setiap orang berkemungkinan mempunyai 50 akaun fb. Hampir 1000 fake acc diwujudkan oleh suatu bilik gerakan ini. Malah mereka ini telah beroperasi sudah lama dan hampir 5tahun. Bagi MB ini satu gerakan yang benar-benar terancang.

Perancangan bagaimana gerakan serangan mereka berpusat ini memang sangat terancang. Begitu nekad puak DAP ini ingin menguasai negara Malaysia tercinta ini. Bagaimana gerakan mereka mereka fitnah turut di dedahkan. Hati-hati dengan mereka ini.

PANDA BANTAI ANWAR ISU POLIS!!!


Benarkah polis malaysia ini sangat keja, seperti yang di gembar gemburkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim? Fikir-fikirkan semua.

Monday, 29 April 2013

AYAH DAN ANAK SAMA-SAMA LACURKAN ISLAM!!!


Lihat sendiri dan nilai. Dalam video tersebut secara terang Brader Anwar Bin Ibrahim membenarkan Lina Joy murtad. Ini temubual Internasional. Bukan di dalam Malaysia. Sepatutnya Brader Anwar Bin Ibrahim menjelaskan Islam tidak membenarkan umatnya menukar agama. Inikah pemimpin yang PAS agungkan? Sanggupkah umat Islam di Malaysia menyokong Brader Anwar Bin Ibrahim ini? Tidak jelas lagikah wajah sebenar Brader Anwar Bin Ibrahim ini?



Bagaimana dengan Nurul Izzah pula? Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Daripada mana pegangan anaknya jika bukan daripada ayahnya yang mengasuh. Sebagai rakyat, anda jangan biarkan Parti Keadilan rakyat ini menang walaupun 1kerusi. Ayuh Bangkit katakan TIDAK PADA BRADER ANWAR BIN IBRAHIM!!!


TANDA-TANDA 13MEI SUDAH BERLAKU!!!

Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.

Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.
Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat 'peluang' untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.

Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya.
Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.
Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.

Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.

Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin 'menyapu bersih' Melayu dari bandar itu. Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu.

Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.

Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina.

Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka.

Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak. Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis. Keadaan pulih secara perlahan-lahan.

Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya.Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu.

Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai 'ibu kepada semua pilihanraya', diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan. Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969.

Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan. Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. 

sumber : disini 

Saturday, 27 April 2013

DISEBALIK WAJAH SEORANG PELACUR NURUL IZZAH ANWAR!!!


Tahniah MB ucapkan kepada Nurul Izzah. Rupa-rupanya pelacur murahan yang di belanya. Ini kalau kata salah umno juga, tidak tahu mahu kata apa lagi. Fikirkan wahai orang MELAYU!!!

 Sebelum ini kecoh mengatakan orang BN ini porno atau gila seks berikutan seorang amoi ini bertelanjang dan memakai bendera BN. Bila disiasat, rupa-rupanya orang kuat Nurul Izzah.



Di dalam page ini penuh dengan kenyataan LGBT. Mereka ini menyokong Nurul Izzah kerana kebebasan agama yang diperjuangkan Nurul Izzah. Boleh tengok satu persatu komen di page tersebut. Tahniah kepada mereka yang memilih atau mengundi Nurul Izzah nanti keran sudah pasti anda terlibat menyokong kebebasan beragama dan LGBT. 

Fikir-fikirkan.


Thursday, 25 April 2013

MELAYU MEMANG TIDAK SEDAR DIRI DGN DAP!!!


Masih berjiwa ke sebenarnya Melayu ini? 

KAWALAN KETAT DAN PADAT TERHADAP WAN AZIZAH!!!


Tahniah MB ucapkan kepada minaq Jinggo berjaya merakamkan gambar ini. MB rasa Brader Anwar Bin Ibrahim ini benar-benar sayangkan Datin Wan Azizah. Lantas arahan diberikan supaya mengawal ketat ke mana sahaja Wan Azizah pergi. Pengawal Brader Anwar Bin Ibrahim kawal ketat tak?

Tahniah pengawal Brader Anwar Bin Ibrahim kerana berjaya mengetatkan dan memadatkan kawalan ke atas Wan Azizah. Jangan di lupai anugerah yang telah di berikan oleh ABIM tempoh hari. Layakkan anugerah tersebut diberikan kepada Wan Azizah ini? Jawapan di tangan anda... Atau mungkinkah Wan Azizah sudah berkahwin dengan pegawal Brader Anwar Bin Ibrahim ini? Apapun MB yakin gambar ini di ambil secara tidak sengaja.

NO KOMEN ABOUT PR!!!

SHAH ALAM, 24 April - Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu. Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan DAP tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian mereka untuk menolak perlaksanaan Hudud.

Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.



DAP DI JOHOR CUBA MENJILAT DENFAN CARA MENIPU!!!

Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi. Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam. Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut. 



Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut. Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya. Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali. Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti 'ultra kiasu' tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS. 
Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan 'air mata palsu' Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri. 

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19. Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian. Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian. Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan 'orang suruhan' DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat. Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab. 


Lagi berita sensasi pasal Husam di sini.

Sunday, 21 April 2013

KEMPEN PERTAMA INI DAH PASTI ANWAR GERUN!!!


BN HARUS DI UNDI!!! BOHONG KE?

Negara perlu kerajaan stabil, pencapaian mantap, ada pengalaman memerintah

Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.

 
Pertama, Malaysia memerlukan kerajaan stabil dan kuat bagi mempertahankan apa yang sudah dicapai dan meneruskan kesinambungan usaha kerajaan BN untuk kemakmuran negara. Kerajaan yang kukuh perlu untuk melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju.
Selain itu, kerajaan BN terbukti berkhidmat untuk rakyat dan percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani, meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

Kedua, pencapaian kerajaan selama 55 tahun tidak boleh dinafikan dengan rekod BN sebagai parti yang mempunyai pencapaian mantap dengan menunaikan segala janji.Hasilnya, kerajaan diterajui BN membawa kemakmuran kepada setiap masyarakat dan rekod kecemerlangan ini akan diteruskan. Sehubungan itu sekarang bukan masa untuk membuat uji kaji demi masa depan rakyat.


Penambahbaikan 


Selain itu, BN sudah membuktikan keupayaan dengan sentiasa melakukan penambahbaikan dengan sepanjang empat tahun lalu banyak kemajuan besar dicapai untuk meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian. Ketiga, BN berpengalaman menguruskan masyarakat pelbagai kaum agama dan budaya menerusi politik perpaduan yang diamalkan.

BN juga sudah membuktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran dan berkali-kali berjaya keluar daripada kegetiran itu dengan lebih gagah. Parti gabungan dinamik ini berjaya menyesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip.

Keempat, BN mengamalkan perkongsian kuasa yang efektif dengan menolak politik benci membenci dan pecah-belah. BN menghormati dan menerima kepelbagaian agama. BN membina jambatan dan tidak merobohkannya. BN menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik. Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan.

Kelima, BN adalah gabungan pelbagai parti yang telah teruji. Selepas 55 tahun ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia. BN percaya kepada kesinambungan. Walaupun pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh. Parti ini juga mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman yang mengambil kira semua pendapat, semua suara didengar.

Keenam, BN berkongsi harapan dan aspirasi dan untuk itu, berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua. BN memperkasa rakyat. Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.

BN menepati Janji Membawa Harapan. Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...