KENYATAAN RASMI HIJRAH MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
29 OKTOBER 2013
10.30 PM
Bismillahirrahmanirrahim.
1)Pada 28 Oktober 2013, Hijrah Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memenangi 6 (enam) kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di dalam Pilihanraya Kampus UUM 2013. Kerusi-kerusi tersebut adalah 1 kerusi Kawasan Umum, 2 kerusi Kawasan Pusat Pengajian Undang-Undang, 1 kerusi Kawasan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, 1 kerusi kawasan Pusat Pengajian Komunikasi dan Teknologi Media dan 1 kerusi kawasan Pusat Pengajian Pengkomputeran.
2)Sejak keputusan diumumkan semalam, Hijrah Mahasiswa tidak pernah bersetuju untuk bergabung dengan mana-mana entiti sama ada Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Oleh itu kami menafikan sebarang berita atau tohmahan mengenai penggabungan Hijrah Mahasiswa dengan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa UUM.
3)Kami mohon dan menggesa semua pihak yang mendakwa kami telah bergabung dengan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa UUM supaya mengharmonikan semula kenyataan berkenaan demi nama baik Hijrah Mahasiswa. Kami menghormati dan menghargai rakan-rakan mahasiswa dalam Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa UUM namun setiap entiti mempunyai nilai dan prinsip berbeza, tetapi kita tetap mempunyai matlamat yang sama untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa.
4) Kami hanya memenangi 6 kerusi di dalam PRK UUM 2013 berbanding 15 kerusi oleh Pro-Aspirasi, Pro-Mahasiswa (13) dan kerusi Bebas (2). Oleh itu,jika ada kenyataan bahawa PRK UUM 2013 telah dimenangi oleh Pro-Aspirasi sebanyak 22 kerusi adalah tidak benar kerana kami belum membuat apa-apa persetujuan dengan mana-mana pihak untuk bergabung
5)Diharap kenyataan rasmi ini dapat membersihkan nama baik Hijrah Mahasiswa.
