KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label KOMANDO69. Show all posts
Showing posts with label KOMANDO69. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KEMENTERIAN PERTAHANAN AMBIL ALIH #PrayForLahadDatu




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kementerian Pertahanan akan mengambil alih tugas di dalam
kes Lahad Datu daripada Kementerian Dalam Negeri. Angkatan Tentera Malaysia akan memulakan operasi pada malam ini (waktu Malaysia) bagi membanteras
penceroboh di sana. Sama-samalah kita doakan kepada
Bridge Komando ATM kita yang akan memulakan operasi selepas ini.



PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KENAPA POLIS BUKAN TENTERA?

Kenapa Polis BUKAN Tentera?

Persoalan seperti ini sepastinya akan muncul, apatah lagi rentetan kejadian yang tidak diingini semalam. Persoalan menarik untuk dikupas berbanding membuat sebarang provokasi dan melontar hujah sembrono. Contohnya, meminta agar pihak Polis menggunakan peluru getah dalam menangani penceroboh-penceroboh di Lahad Datu ini.
  
1.      Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu
2.      Ini juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai Kerajaan yang sah yang mengisytiharkan perang ke atas kita.
3.      Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Dalam menyelesaikan isu pencerobohan ini, khidmat pihak polis sebagai pemerintah operasi telah digunakan. Ini bermakna:

1.      Kita masih menganggap mereka itu penjenayah dan penceroboh. Bukannya combatant perang.
2.      Polis kita akan menangkap dan menahan. (Perkataannya untuk polis ialah menahan bukannya menawan. Menawan adalah perkataan untuk Tentera dan terdapat perbezaan antara keduanya).
3.      Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka, tuduhan di Mahkamah Awam boleh dilakukan. Situasi ini sama seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita pernah tahan sedikit masa lalu. Mereka ini tidak dianggap sebagai tawanan perang.
4.      Boleh diekstradisikan dengan mudah ke Filipina. Jika tindakan ketenteraan digunakan atau kita anggap sebagai perang,  ini akan menyebabkan mereka sukar dibicarakan. Mana nak tempatkan mereka dan apakah klasifikasi mereka? Maka jadilah umpama kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Oleh itu, kita perlukan pihak Polis dahulu. Bukannya tentera. Jika pihak tentera yang ambil alih, ini sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh lagi dikawal, maka LOCAL AREA EMERGENCY (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan.

Dengar cerita, darurat telah diisytiharkan dan curfew dikuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu rebut banjir New Orleans dahulu. Tentera USA ambil alih dabn bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini, bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang antara Kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan dan LOCAL AREA sahaja.

 

Friday, 1 March 2013

TERKINI DARIPADA LAHAD DATU #PrayForLahadDatu



Apakah yang sebenarnya berlaku?

Sekitar jam 0959am, 1 Mac 2013.
- Operasi bermula & pihak polis memperketatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan yang dikepung.
- Dalam tempoh itu, polis terserempak penceroboh & berlaku tembak menembak.
- Anggota polis di kampung tersebut telah diserang oleh kumpulan bersenjata dan menyebabkan 2 anggota terbunuh.
- Ekoran itu, pihak polis telah melancarkan serangan bagi menangkap kesemua anggota kumpulan ini dan pertempuran masih berterusan.




Dalam situasi yang dilaporkan ini, MB ingin rakan-rakan pembaca menilai bagaimana pihak polis telah berusaha menangani masalah pencerobohan oleh kumpulan ini sebaiknya sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan.

Rundingan telah dibuat semenjak mereka menceroboh pada 12 Februari yang lalu. Bekalan makanan juga turut diberikan kepada mereka.

Sudah menjadi harapan pihak polis, kerajaan dan semua pihak agar perkara ini dapat diselesaikan secara aman tanpa mengakibatkan sebarang kematian. Apakan daya, usaha ini tidak menjadi kenyataan.

Hingga ke saat ini, pihak polis sedang berusaha bagi menahan semua yang terbabit.

3 orang pihak polis dilaporkan terkorban manakala 2 orang lagi pihak polis cedera. Mereka semua adalah skuad 69 Komando. Mereka adalah:
1. Insp 17992 Zulkifli B. Mamat (Meninggal dunia)
2. Kpl 113088 Sabarudin B. Daud (Meninggal dunia)
3. Kpl 135383 Azman B. Ampong (Meninggal dunia)
4. Konst 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (Cedera)
5. Kpl 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera)

Seramai 12 orang penceroboh juga dilaporkan terbunuh.

Antara senjata yang dirampas ialah M16 2, SLR 2, Pistol 2, N193 3, Bandung 10, Magazine 2, Peluru, beg pakaian dan lain-lain lagi.

Tidak ada curfew yang dikeluarkan. Pihak polis masih mengepung dan mengawasi kawasan berkenaan. Operasi diteruskan.

 Takziah buat keluarga perajurit. AlFatihah.

MB berharap agar tidak dipolitikkan tragedi ini.  
Ini soal keselamatan dan kedaulatan negara.

2 DISAHKAN MATI DALAM PERTEMPURAN DI LAHAD DATU


DISAHKAN 2 KOMANDO VAT69 PDRM TELAH MENINGGAL DUNIA.

Pertempuran yang berlangsung selama hampir sejam itu telah mengorbankan Inspektor Zulkifli bin Mamat dan anggota Sabaruddin. Insiden bermula semasa VAT69 yang menjalankan rondaan terserempak dengan sekumpulan penceroboh dan mula melepaskan termbakan. Pihak Komando Vat69 terpakasa membalas serangan tersebut bagi mempertahankan diri.

Keadaan masih panik di sana. Segala aktiviti harian tidak dapat dijalankan.Sama-sama kita doakan semoga ia selesai dengan baik.

Al-Fatihah....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...