KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

TERBAYANG WAJAH KETAKUTAN PR PADA DUA PANGLIMA INI!!!

Sekitar jam 5.00petang tadi telah di umumkan senarai penuh barisan kabinet Barisan Nasional oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Barisan Kabinet ini telah digabungkan kepimpinan lama dan baru. MB tertarik dengan penegasan Perdana Menteri tentang rasuah. MB dapat dirumuskan di sini betapa seriusnya Perdana Menteri dalam membasmi gejala rasuah.

Di kesempatan ini, MB ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. MB yakin dengan kepimpinan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Wilayah-wilayah Persekutuan akan berkembang pesat dan terjaga kebajikan penduduknya.


MB juga ucapkan beribu-ribu Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan kerana telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. MB yakin dengan kepimpinan dan ketelusan yang Datuk Ahmad Maslan laksanakan sebelum ini mampu membawa negara tercinta ini pergi lebih maju dan stabil.









Thursday, 14 March 2013

NAJIB MENGADAP YDPA. PETANDA PARLIMEN BUBAR, PRU13 BERMULA



Perdana Menteri, YAB DS Najib Razak dilaporkan telah mengadap Yang Dipertuan Agong harini apabila kenderaan rasmi Perdana Menteri didapati keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.30 tengahari semalam (13 Mac 2013).

Ramai menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan bagi membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini. Jika ini benar, bermakna PRU13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari daripada tempoh pengumuman.

Puak pembangkang pasti berasa gementar mengenangkan manifesto bukan janji mereka apatah lagi dalam berdepan situasi ketua mereka, Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.

Sudah bersediakah rakyat Malaysia?

Tuesday, 12 March 2013

MESTI TONTON #Conversation RAKYAT TANYA, NAJIB JAWAB



Bual bicara bersama PM dalam slot khas Conversation With The PM. Slot khas 1 jam ini dianjurkan oleh NST. Banyak soalan daripada pelbagai aspek khususnya mengenai isu-isu panas menjelang PRU13 dikupas dalam slot ini.

Selamat menonton.


Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3

"I have never worked so hard, it's because I believe we can do so much. 
We can bring Malaysia to greater heights". - DS Najib



Boleh juga klik di SINI


Apa pula kata anda? Malaysia?

BUKAN GULA-GULA PRU BAGI PENJAWAT AWAM


Kerajaan kita Malaysia sangat mengiktiraf penjawat awam khususnya anggota polis dan juga tentera. Buktinya, mereka dinaikkan gred dan pelbagai lagi insentif menarik di bawah Sistem Saraan Transformatif (SST).

Mungkin ada pihak yang menyifatkan ini sebagai gula-gula Najib kepada penjawat awam pada musim menjelangnya PRU13. Insentif ini diumumkan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (MAPPA XIII) yang juga merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Tuduhan ini juga telah dinafikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Sr Ali Hamsa.



Moga semakin ramai rakyat Malaysia khususnya muda-mudi untuk menyertai polis mahupun tentera. Buat penjawat-penjawat awam lain, moga termotivasi untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam menyampaikan aspirasi kerajaan.

Panas je lah mereka dan keluarga mereka yang duk maki hamun polis dengan tentera kita ni.
Bukan sekadar dosa, habuk pun tak ada.

Tuesday, 5 March 2013

INSIDEN #LahadDatu: PIKET MILITAN DI KEDUTAAN MALAYSIA , FILIPINA


Laporan daripada akhbar Filipina, GMA News

Piket yang dilakukan oleh Kumpulan Bagong Alyansang Makabayan di Kedutaan Malaysia di Filipina.

Tindakan membakar gambar Jalur Gemilang & Perdana Menteri






Ketekadan mereka ini membuktikan bahawa usaha murni Malaysia mengadakan rundingan agar tiada tumpahan darah berlaku tidak berjaya dan sudah masanya untuk kerajaan Malaysia bertindak. Kita bukannya terus mengangkat senjata. Rundingan telah dilaksanakan, budi bicara telah diberikan. Tindakan pihak keselamatan ini jelas perlu bagi terus memastikan keamanan & kedaulatan negara.

Lagi entry berkaitan di SINI

KEDUTAAN MALAYSIA DI FILIPINA BERGEGAR! GAMBAR @NAJIBRAZAK DIBAKAR


GEMPAR apabila dilaporkan warga Filipina menunjukkan protes
dengan membakar gambar PM.

 




Tindakan ini sebagai bantahan akibat serangan yang dilancarkan oleh 
Malaysia ke atas pemberontak Sulu pagi tadi.

Polis Anti Suruhan juga telah dikerahkan untuk mengepung Kedutaan Malaysia di Filipina 
bagi mengatasi penunjuk perasaan.

Thursday, 21 February 2013

SESUATU YANG ANWAR TIDAK BERANI LAKUKAN!!! FOR PR ONLY



PUTRAJAYA 20 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam  memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
Di bawah seksyen 'Maklumat Lanjut', selepas ayat - 'Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana:' Najib menulis "Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu memberikan teladan yang baik. Hanya calon yang dianggap telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada sebuah kerajaan yang amanah, dihormati oleh rakyat".
Presiden TI-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan menandatangani dokumen itu sebagai saksi. Turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di bangunan Perdana Putra ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Dipetik Bernama, ikrar itu menetapkan calon perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah.
alt
Calon juga perlu mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh, mengamalkan tadbir urus baik dan ketelusan; dan mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia.
Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata sebaik sahaja nama calon-calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon akan menandatangani ikrar itu.
"Calon-calon Barisan Nasional dan parti komponennya telah melalui proses semakan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kini sewajarnya mereka menunjukkan komitmen mereka bagi pilihan raya yang bersih dan adil dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya.
"Tanggungjawab memenuhi ketetapan ikrar ini terletak dengan langkah menandatangani ikrar ini dan adalah merupakan hak mutlak semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka berpegang kepada ikrar ini.
"Mari kita berusaha bersama-sama ke arah menambahbaik proses pilihan raya," katanya.
Beliau berkata butiran mereka yang telah menandatangani ikrar itu akan dimuatkan dalam laman web Transparency International, dan tanggungjawab orang ramai ialah menjadi 'mata dan telinga untuk memantau pematuhan wakil rakyat mereka terhadap standard berkenaan.
Sementara itu ketika ditemui selepas majlis itu, Paul Low berkata orang ramai boleh berkomunikasi dengan calon menerusi maklumat diberikan mereka dalam laman web TI di http://timalaysia-electionpledge.org.my.Foto: Bernama.
Beliau berkata ikrar itu bukan mengenai parti tetapi individu; beliau menjangkakan semua calon dan pemimpin parti, daripada parti kerajaan, pembangkang dan mana-mana calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang, akan tampil dan menandatangani ikrar itu.
"Kerana saya percaya demi Malaysia, kita perlu mengubah budaya politik ini, untuk memastikan integriti dan memerangi rasuah menjadi keutamaan setiap pengubal undang-undang," katanya. 

SUMBER DISINI.

Thursday, 5 July 2012

ANCAMAN KEPADA BN!!!AWAS!!!




Banyak faktor penyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 yang akan datang.  Bukan setakat winnable candidate tetapi elemen-elemen lain juga yang perlu disusun mengikut keutamaannya dan diselaraskan dengan mengambil kira peri pentingnya setiap satu undi. Jangan ambil mudah dengan satu dua undi yang mungkin tercicir.  Selain faktor calon, faktor pengundi atas pagar, pengundi Cina, kesepaduan jentera parti, faktor logistik, kewangan dan banyak lagi amat perlu diberikan perhatian serius. 

Begitu jugalah banyaknya faktor yang mungkin menyumbang kepada kekalahan BN pada PRU 13 yang akan datang (Na'uzubillahuminzalik).  Musuh dalam selimut yang masih berbaki dalam UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP serta parti komponen BN yang lain juga seharusnya di kala ini sudah dikenalpasti dan jalan penyelesaian sudah diambil.  Ejen-ejen pembangkang dan kadernya dalam UMNO jika ada, harus dibunuh terus, dimatikan agar tidak menyebabkan kerosakan yang lebih besar.  Budaya cah keting jika masih bersarang pastinya mensia-siakan kerja keras jentera sepenggal, menghampakan pucuk pimpinan yang tidak tidur malam lantas menghasilkan keputusan yang lebih buruk dari 2008.

Kerosakan lebih besar yang mungkin menghalang kesinambungan kerajaan Barisan Nasional adalah pembelotan oleh kakitangan awam yang kini berjumlah lebih sejuta orang.  Jika 10% sahaja kakitangan awam yang membelot, bermakna 100,000 undi telah memihak kepada pembangkang tidak termasuk ahli keluarga mereka.  Inisiatif serta insentif kerajaan dalam menjaga kebajikan kakitangan awam sahaja belum cukup untuk memastikan kemenangan bergaya BN pada PRU 13.  Kerajaan mesti bertindak lebih dari itu.

Tahukah setiap ketua jabatan tentang kecenderngan politik dan mengundi kakitangan bawahannya. Ketua jabatan wajib tahu itu dan sepatutnya boleh memberikannya secara fngertip, bila bila masa.  Juga tahukah mereka berapa ramai di kalangan staf bawahannya yang secara terang menyokong pakatan pembangkang dan mendokong perjuangan meruntuhkan kerajaan BN.  Ataupun sebenarnya ketua-ketua jabatan dan ketua unit itu sendiri yang sememangnya merupakan penderhaka yang nyata atau berselindung, menyokong gerakan melumpuhkan BN dari dalam.

Cerita-cerita kakitangan awam yang belot sekarang ini bukan lagi rahsia.  Walaupun jumlahnya tidak ramai, tindakan tegas kerajaan mestilah dibuat.  Setakat ini memang tidak ada tindakan tegas dan tidak langsung memberikan impak dalam mengawalnya. Professor IPTA menghasut pelajar dan memburuk-burukkan kerajaan, pensyarah-pensyarah yang menjalankan dakyah-dakyah parti pembangkang samada dalam kelas, di mimbar masjid ataupun tazkirah surau, langsung tidak diambil tindakan.  Apa tindakan ke atas mereka setakat ini? Jawabnya tidak ada.

Guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah mencemuh pelajar-pelajar yang ibubapanya menyokong kerajaan, KSU atau Pengarah, Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah, Ketua Penolong Setiausaha, di jabatan-jabatan secara sorok-sorok bertindak bukan bagi kepentingan kerajaan BN sebaliknya dimanfaatkan oleh pembangkang, ada siapa yang kesah? Apa tindakan ke atas mereka setakat ini?  Jawabnya tidak ada.

Pembelot-pembelot dalam MINDEF, di Kementerian Luar Negeri, di Kementerian Pelajaran, di Kementerian Pengajian Tinggi, di Kementerian Kewangan atau lain-lain kementerian, ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan? Jawabnya tidak ada.

Belum lagi diambil kira tentera semut sebagai sympatizer dan kader-kader pembangkang di kalangan kakitangan kerajaan yang berada dalam Malaysia dan di perwakilan kedutaan Malaysia luar negara yang berkebolehan mencuri maklumat, tidak kira samada maklumat terbuka atau tertutup,  lalu menyalurkannya kepada pembangkang secara sulit.  Ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan?  Jawabnya tidak ada.

Bertambah buruk lagi keadaannya apabila golongan yang dinyatakan sebagai penderhaka kepada BN ini menerima kenaikan pangkat, berjalan lancar dan mudah, dapat kenaikan gred jawatan dan sebagainya sedangkan golongan yang totok UMNO dan BNnya, dengan penilaian prestasi kerja serupa dan keupayaan  sama,  masih terkial-kial dan ternganga-nganga kehairanan bagaimana hal sedemikian ini boleh berlaku.  Di manakah letaknya keadilan, di manakah silapnya? Daripada kehilangan satu undi oleh pembelot tadi, kini termasuk undi tidak puas hati, BN sudah kehilangan dua undi.

Perkara ini bukan lagi rahsia. Sudah diperkatakan merata. Walaupun peratusannya mungkin tidak berjaya membawa ANWAR IBRAHIM ke PUTRAJAYA, suatu penelitian menyeluruh yang mendalam hendaklah dibuat beserta tindakan tegas kerajaan yang sekurang-kurangnya dapat membendung daripada kerosakan yang lebih besar di masa hadapan.

KAMI SAYANG BN


Artikel ini dipetik disini.

Wednesday, 4 July 2012

KENYATAAN YANG HARUS DINILAI!!!


Sejak Kebelakangan ini MB melihat keyakinan rakyat kepada BN kembali pulih dimana masyarakat India telah kembali menyokong barisan Nasional dan masyarakat Melayu turun kembali yakin dengan kepimpinan Dato Sri Najib. Bagi kaum Cina juga sudah menunjukkan perubahan untuk kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti.

Jika kita mengikuti perkembangan harian PM, setiap hari bertungkus lumus PM ke sana ke mari turun ke akar umbi menyelesaikan masalah rakyat. MB pernah berjumpa secara berhadapan dengan PM pada satu majlis. Sebelum majlis yang MB hadiri ini,PM datang dari satu majlis yang lain. Dari rauk wajahnya ternyata PM kelihatan lesu kerana kekurangan rehat. MB dapat melihat betapa gigihnya PM ini memulihkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN.


Apa yang MB ingin mengulas disini adalah tentang musuh di dalam selimut di peringkat kepimpinan PM sekarang. Jika di analisis pergerakan Pakatan Rakyat sekarang, boleh dikatakan setiap perancangan yang telah di aturkan PM telah di ketahui oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Sebagai contoh banyak maklumat-maklumat sulit kerajaan telah didedahkan mereka. Malah minit mesyuarat yang mungkin ada kebenarannya turun didapati oleh mereka ini. Hal ini tidak akan terlepas ke tangan pembangkang sekiranya tiada biawak hidup yang PM pikul di dalam kementerian berkaitan.

Lebih menambahkan keburukkan ini ialah apabila pengkhianat ataupun biawak hidup ini menerima kenaikan pangkat dan diletakkan di dalam agensi yang cukup penting. Malah ada kakitangan kerajaan yang menjalankan kerja dengan penuh didikasi dan amanah telah di sekat pergerakannya dan ditukarkan ke bahagian yang tidak sepatutnya ia berada. Hal ini perlu diambil serius oleh PM bagi mengekalkan kemenangan.


Malah sangat ada kemungkinan ada pengawai khas yang rapat dengan Ketua Pengarah dan PM yang menjadi musuh di dalam selimut. Kesemua ini penting di kaji dan dianalisis kerana apa yang MB lihat hari ini dari segi ketirisan maklumat sangat membarah. 

Dari khabar-khabar angin yang MB dengar, terdapat juga bekas-bekas pelajar yang semasa di IPTA dulunya PRO Mahasiswa yang sangat aktif mengecam kerajaan di ambil bekerja di dalam kerajaan malah berada di agensi yang penting. Malah jawatan yang di sandang antaranya PTD, pegawai khas, SU khas dan sebagainya. 

Terdengar rintihan daripada jentera Aspirasi sendiri bahawa mereka ini tidak langsung diberi tempat apabila tamat pengajian. Malah terdapat ramai ahli politik yang menjanjikan pekerjaan di dalam kerajaan atas JASA mereka membantu pihak kerajaan yang mana akhirnya INDAH KHABAR DARI RUPA. Tidak dinafikan terdapat antara mereka yang di beri peluang untuk bekerja. Tetapi ada yang bekerja tetapi statusnya tidak dijelaskan seperti hanya untuk MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

MB disini menyeru kepada kepimpinan PM untuk menganalisis musuh didalam selimut di peringkat kepimpinan PM dan mengantikan mereka ini dengan bekas-bekas  pemimpin pelajar yang menyokong BN dan PM khususnya. Ini adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan bagi meraih kembali golongan muda kerana MB lihat pemimpin pelajar ini mempunyai pelbagai idea yang boleh digunakan. Tetapi biarlah mereka ini dipilih kerana kelayakkan mereka bukannya kerana campur tangan ahli politik tertentu.

Demi Agama,Bangsa dan Negara. Marilah kita bersatu.

Friday, 11 May 2012

MAJLIS FATWA VS PAS!!! GEMPAR!!!



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara. Adakah orang politik beragama Islam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan seumpama itu seperti Bersih 3.0 peduli dengan kenyataan itu? 

Dalam politik, perangai manusia tidak boleh dijangka. Ada yang sanggup menjilat ludah sendiri, bertindak meludah ke langit atau menepuk air di dulang. Tidak kurang juga yang membuka pekung di dada di khalayak. Begitulah sikap sesetengah pemain politik hari ini disebabkan kuasa. Pastinya orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu @ Mat Sabu tidak dapat menerima keputusan jawatankuasa itu. Mereka dan rakan-rakan lain yang sependapat akan mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ perhimpunan itu walaupun sudah jelas ia melampaui batasan agama seperti menyusahkan sesama umat, memusnahkan harta awam, mencederakan manusia dan memberi gelaran tidak baik terhadap insan yang menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara. 

Semuanya ini memperlihatkan bagaimana tindakan ‘ganas’ orang Islam dan mengesahkan pandangan sesetengah pihak di barat selepas kejadian 11 September. Maka tidak mustahil musuh Islam akan mengambil kesempatan memperkudakan orang Islam untuk mencapai matlamat mereka. Lebih mudah jika ada yang bersedia menjadi kuda tunggangan. 

Pada masa yang sama, ada juga suara yang mahu menukar perlembagaan negara. Semuanya ini tidak mustahil kerana Pas yang dulunya tegas mempertahankan negara Islam secara perlahan-lahan sudah mengubah haluan. Tentunya langkah ini bagi memudahkan Pas berkongsi kuasa dengan DAP yang suatu masa dulu pemimpinnya pernah mencabar supaya langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam. Jika dulu Pas bersendirian di atas ‘kapal’nya tetapi kini sudah ada tiga kapten - Pas, DAP dan PKR. Maka haluan kapal akan sentiasa berubah asalkan ia sampai ke matlamat yang dituju. Sebagai anggota di dalam kapal yang sedang dalam pelayaran, ketiga-tiga parti ini pastinya tidak mahu ‘karam’ di tengah lautan sebelum sampai ke destinasi. Maka apa juga tindakan yang boleh ‘menyelamatkan’ kapal itu akan dituruti walaupun langkah itu bertentangan dengan adat, budaya dan agama. 

Dalam hubungan ini juga, soal agama diletak sebelah kerana pada fikiran mereka, tindakan seperti menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu satu perjuangan menentang kemungkaran. Hakikatnya merekalah yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran itu tidak akan berlaku jika ia tidak didorong oleh manusia yang mengingkari peraturan dan undang-undang negara. Apa yang berlaku pada hari tersebut disebabkan kegagalan manusia yang berakal bertindak secara berhemah dengan mematuhi undang-undang negara. Kemungkinan kemungkaran di jalanan tidak berlaku jika perhimpunan berlangsung di stadium. 

Justeru dalam hal ini seorang sahabat bertanya, apakah tindak tanduk di sekitar Dataran Merdeka baru-baru ini dan jika diselak kembali beberapa isu lain sebelum ini akhirnya akan meruntuhkan Rukun Negara? Adakah Rukun Negara tidak lagi relevan? Penulis hanya menjawab jika ajaran dan nasihat agama pun mereka sanggup ketepikan, diri sendiri diperkudakan, inikan pula Rukun Negara ciptaan manusia. 

Apa pun pertanyaan sahabat ini perlu direnungi bersama. Adakah Rukun Negara sekadar ikrar? Masihkah ia relevan. 

Eloklah diselak kembali lima prinsip Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara, setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara. 

Secara ringkas lima prinsip itu ialah:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini menjadikan bangsa dan negara ini satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara. 

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga di peringkat negeri.

3. Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah sumber perundangan tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan. Hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang. Hak dari kebebasan yang dijamin Perlembagaan tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat ini paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.-Utusan

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia masih berpegang kepada lima prinsip ini?


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/05/5-prinsip-rukun-negara-yang-dibina.html#ixzz1uPxSPfpb

Wednesday, 18 April 2012

TAHNIAH MAHASISWA BERANI BERSUARA DEMO GAGAL!!!



MB disini mengucapkan tahniah kepada Mahasiswa-Mahasiswa IPTA yang sudah berani bersuara tentang tindakan anasir-anasir BUSUK yang menggunaka mahasiswa di dalam DEMO GAGAL. Semoga makin ramai mahasiswa yang berani tampil. maklumat lanjut di sini.


MB masih menanti-nanti pemimpin-pemimpin mahasiswa mahupun negara mengecam keras tindakan mahasiswa-mahasiswa yang terlibat didalam DEMO GAGAL ini yang mempermainkan akidah. MB yakin pasti ada yang berani berjuang berhadapan dengan anasir-anasir BUSUK ini.


Disini MB ingin MENCABAR seluruh mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dengan DEMO GAGAL untuk ke PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN SEKS BEBAS DAN LGBT pada Sabtu ini. Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.

MB minta anda sebarkan CABARAN MB ini kepada mereka!!!

Monday, 16 April 2012

SERUAN BERJUANG DARI MB NYAHKAN ANASIR BUSUK!!!


MB dengan rasa rendah diri  mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan video ini. Video ini benar-benar telah mencuit perasaan MB dengan 1001 rasa. Tergamak mereka-mereka ini menghina PEMIMPIN negara sehingga begitu sekali. Inilah budaya yang dibawah olah anasir-anasir yang hendak mengadaikan negara.

MB sangat terkilan kerana mereka yang melakukan ini terdiri daripada kumpulan Persatuan Mahasiswa ISLAM (PMI) yang melaungkan memperjuangkan ISLAM!!! Dimana nilai KAMU??? Jangan terpengaruh dengan agenda SMM yang didalangi oleh anasir-anasir yang mempunyai kepentingan peribadi.

MB juga sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan mereka ini! Sedarlah wahai ahli PAS.Perjuangan Kamu adalah menegakkan ISLAM!!! Adakah kamu hendak membiarkan PEMIMPIN-PEMIMPIN kamu yang melakukan perbuatan keji ini begitu sahaja??? Bangkitlah wahai ahli-ahli PAS sekalian. Bertindaklah MENOLAK PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMU yang melakukan tindakan yang HINA ini. Dimana Dato Harun Din pemimpin yang MB puja didalam PAS??? Adakah Dato Harun Din masih ingin membiarkan PARTI yang Dato Harun Din sayangi ini terus terpesong???

Dimana pula kumpulan pelajar yang kononnya Pro Kerajaan??? Tidakkah kamu ingin tampil mempertahankan pemimpin negara kamu??? Ayuh kamu semua. Kentalkan jiwa. Kuatkan azam. Bantu pelajar-pelajar yang telah tersesat jauh ini kembali ke pangkat jalan. 

Di mana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dikala KETUA kamu dihina sebegini rupa??? Bersatulah wahai pemimpin Barisan Nasional. Jangan kamu lalai dan leka. Ini negara kamu. Selamatkan negara kamu dari anasir-anasir BUSUK ini. Adakah kamu hendak biarkan seorang PENARI TIANG dan RAKAN-RAKANNYA merosakkan maruah ketua dan negara kamu??? BERJUANGLAH KAMU MEMPERTAHANKAN NEGARA INI. MB akan sentiasa didalam perjuangan demi tanahair tercinta.

Kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA!!!ADAKAH KAMU MASIH MAHU LENA DENGAN PENGHINAAN YANG DITUJUKKAN INI LAGI??? BANGKITLAH!!! BANGUNLAH!!! BERSATULAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENOLAK MEREKA INI!!!


Selamatkan pelajar-pelajar ini supaya tidak terus hanyut dengan anasir-anasir BUSUK yang menggunakan pendekatan yang tersangat halus untuk memesongkan akidah mereka ini.


DIMANA MEREKA INI KETIKA KETUA DIHINA!!!! BANGKITLAH!!!

Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti

Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta. 

TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.

Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!

Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???

Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!

Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!! 

Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu. 

MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!! 

MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!




Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.

Saturday, 14 April 2012

ADAM ADLI N THE GENG MURTAD HINA NAJIB LAGI!!!!








MB terkedu dan terkilan melihat budaya yang di tunjukkan oleh Adam Adli dengan kawan-kawan mereka. BODOH!!! Kalung bunga yang diletakkan pada gambar itu adalah apa yang di lakukan oleh kaum india. Inikah budaya mahasiswa yang kononnya kami golongan terpelajar.

MB ingin bertanya, inikah mahasiswa yang seluruh rakyat malaysia inginkan??? Jangan terpengaruh dengan anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadi. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia hanya duduk dan lihat sahaja mereka memperlekehkan pemimpin anda??? Mana pemimpin Malaysia yang ada? Masih simpan taring ka???

Monday, 9 April 2012

DIMANA PEMIMPIN KITA???


Didalam melayari youtube sebentar tadi.... MB tertarik dengan video ini.... Walaupun telah lama video ini di upload, memori jasa-jasa TUN tidak pernah ku lupai.... 

Melayu mudah lupa.... Pemimpin kita mudah lupa... Hari ini MB benar-benar terkilan melihat pemimpin-pemimpin negara sepi 1001 sepi... Mendiamkan diri apabila negara dikeji dan dihina.... Dimana pemimpin-pemimpin yang telah dilantik rakyat???

Hari ini MB perhatikan pemimpin-pemimpin yang ada membiarkan panglima perang kita berjuang seorang diri. Jika diperhatikan hari ini, yang kelihatan berjuang hanyalah PM dan TPM kita sahaja yang ke hulur ke hilir turun berjumpa rakyat. Dato seri Najib dan Timbalannya yang kelihatan memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan... 

Dimana wakil rakyat sekalian??? Adakah anda menjadi pengecut begitu sekali??? Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin sekalian... Keluarkan taring singa kamu semua... Jangan biarkan PANGLIMA kamu bersendirian. Jangan takut dan gentar pada anasir-anasir pengkhianat negara. Jika kita bersatu, kita pasti mencapai kejayaan. 

MB perhatikan gabungan BN sekarang terus hilang taringnya. Dimana gergasi gagah dari MIC, MCA, GERAKAN, PPP dan lain??? Sedarlah dari lena dan mimpi yang indah wahai pemimpin-pemimpin sekalian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...