KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #MB. Show all posts
Showing posts with label #MB. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

SAFWANG KENA MAKI DENGAN BUKHAIRY!!!PRK UM GEGAR!!!

Sumber risikan dalaman MB perolehi menyatakan Bukhary telah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu #Hippies yang sedang melanda Universiti Malaya pada hari ini. Dikhabarkan Bukhary telah meluahkan perasaan marahnya kepada brader Muqit kerana mempromosikan program Fahmi Reza dan mengeluarkan kenyataan menyokong perjuangan Fahmi Reza hinggakan Pro Mahasiswa telah terpalit dan dilabelkan sebagai Pro Hippies.


Malah difahamkan bahawa Safwan Chair telah membela brader Muqit kerana Safwan yang melantik Brader Muqit sebagai Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam. Dapat dilihat pergaduhan antara mereka ini bakal bertambah parah.


Malah Bukhairy sangat marah dengan tindakan penyokong Fahmi Reza yang menconteng simbol #Hippies di seluruh kampus Universiti Malaya sebagai tanda protes halangan Fahmi Reza masuk ke dalam kampus Universiti Malaya. Bagi menafikan pihak mereka yang lakukan, mereka terpaksa mengubah perancangan Grand Konvoi Pro M kepada program pencucian logo tersebut bagi mengelakkan isu ini diketahui oleh mahasiswa Universiti Malaya.

Hari ini Bukhary turun mengarahkan poster-poster yang ada logo #Hippies di buang segera. Mudah MB katakan disini, jika tidak salah, kenapa harus memadamkan dan membuangnya?





Thursday, 21 November 2013

MAHASISWA ISLAM UM DIMURTADKAN FAHMI REZA???

Kegagalan Program yang di rancang oleh Hishamuddin Rais dalam membawa masuk Fahmi Reza ke dalam kampus Universiti Malaya menemui kegagalan setelah pihak keselamatan menghalang mereka ini.
Kemuncak mereka tetap menjalankan program ini diluar pagar Universiti Malaya.


Masih belum sedarkah mahasiswa siapa itu Fahmi Reza??? Kenapa Pro Mahasiswa atau hakikatnya mereka ini adalah daripada Persatuan Mahasiswa Islam sanggup bersekongkol dengan perjuangan menyemai ideologi Fahmi Reza ini??? Pengakuan daripada Pro Mahasiswa bahawa mereka akan tetap bersama dan membantu Fahmi Reza ini amat mengecewakan. Penjelasan lanjut siapa Fahmi Reza boleh dilihat disini.


Masih tertanya apa sebenarnya budaya yang cuba dibawa oleh Fahmi Reza ini. Anda boleh google sendiri apa itu Hippies atau baca di sini.


Apakah mahasiswa dapat menerima gejala ini dan ideologi ini?


Sedarkah mahasiswa bahawa bekas Presiden ini telah membawa diri jauh daripada Pro Mahasiswa kerana kegagalan Pro Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam hari ini memperjuangkan Islam.

Say No 2 Hippies!!!

Thursday, 25 April 2013

NO KOMEN ABOUT PR!!!

SHAH ALAM, 24 April - Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu. Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan DAP tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian mereka untuk menolak perlaksanaan Hudud.

Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.



Monday, 15 April 2013

APA BAKAL ANWAR PLAN RABU NANTI??? AWAS GOMO!!!

MB dapat maklumat esok Brader Anwar Bin Ibrahim sudah hantar konco-konco bawahannya untuk mengganggu Majlis ini. Awas!!!!


Siap sedia la Brader Anwar Bin Ibrahim TUTUP MUKA lepas ini bila dibogelkan. 
Ayuh semua kita turun ramai-ramai.




Friday, 12 April 2013

MUSTAPHA ALI BUAT KENYATAAN!!! AWAS ANWAR!!!


Apa sudah jadi? MB sebelum ini tidak mahu mengulas isu video ini. Tetapi bila kebenaran terserlah, MB mengambil keputusan untuk mengulasnya. 

Malam tadi MB perhatikan rancak macai-macai Puak Brader Anwar Bin Ibrahim berbunyi mengatakan ini semua permainan UMNO. Malah pagi tadi Husam Musa berkata video itu palsu dan tidak perlu menyiasatnya. Kenapa?

Harus diingatkan wahai rakyat Malaysia, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menyemai di dalam diri atau mencipta suatu prepsepsi bahawa setiap isu yang memberi kesan negatif kepada puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini semuanya palsu dan fitnah UMNO.

Adakah dengan kenyataan dari Mustapha Ali ini bakal menundukkan macai-macai ini untuk memohon maaf?  Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Jika ia benar jangan di tidakkan.

Ini kata pemimpin PAS. Bukan UMNO!!!

AWAS!!! Menurut sumber daripada blogger PAS BERUK , berkemungkinan Mustapha Ali masih belum berkahwin dengan wanita terbabit. Terdapat dakwaan Mustapha Ali sedang berusaha untuk kahwin di sempadan siam atau secara tertutup dengan segera. Sijil Pernikahan mungkin akan di cetak tarikh sebelum video terbabit di rekodkan. Dakwaan ini dikuatkan setelah Mustapha Ali gagal menunjukkan dokumen perkahwinan terbabit hari ini!!! Harus diingatkan kepada mereka yang bersubahat dengan Mustapha Ali ini, berdosalah kamu!!!


Sunday, 31 March 2013

JURULATIH PLKN "MOTHERFUCKER" PEKIDA!!!

Masih ingatkah artikal MB pasal mamat jurulatih PLKN ini? Telah banyak artikal pasal mamat ni di sini, sini, dan sini. Selepas  artikal yang MB tulis tentang mamat ini, terdapat ramai talibarutnya yang telah PM MB dan mengecam pendedahan MB. Dan 2,3 minggu lepas MB telah menerima kencaman yang hebat di artikal-artikal mamat ini. Bermula daripada situ, sudah beberapa kali blog dan fb-fb serta twitter rakan MB telah cuba di hack dan di flagkan. Alhamdulillah perjuangan kami masih di lindungi-Nya. MB serta rakan-rakan masih dapat bertahan. Disini MB baru memperolehi no telefon mamat jurulatih PLKN ini daripada junior-junior yang dilatih mamat ini. Boleh lihat no telefon di poster di bawah.


Dalam poster ini yang paling MB marah bila mamat ini "motherfucker" kan PEKIDA yang selama ini mempertahankan MELAYU!!! Malah jika di kaji gerakan mamat ini ada tangan asing di sebaliknya. Lihat video di bawah : 


Paling MB terkejut, ada kenyataan di fb mamat ini yang harus di siasat segera.


Jika benar kenyataan mamat ini di fb yang berkemungkinan bekerja di bilik gerakan UMNO, ia sangat berbahaya!!! mohon kawan-kawan siasat segera.

Sahabat MB ada maklumat lanjut dan sedang menyiasat lebih lanjut tentang mamat ini yang berkemungkinan mamat komunis ini terlibat dengan isu Lahad Datu diblog :


Malah gerakan mamat ini telah masuk ke ipta-ipta di Malaysia ini. Boleh di lihat di sini.



Monday, 25 March 2013

PENDEDAHAN TERANCANG ANWAR CAPAI 100 000 UNDI!!!


MB telah menghubungi sumber-sumber MB di luar negara antaranya di Mesir, Ireland, UK, Tokyo dan beberapa negara lain termasuk Australia. Terdapat dakwaan menyatakan 1dana yang amat besar telah di salurkan kepada rakyat Malaysia di sana bagi membeli tiket perjalanan pulang dan pergi semula nanti serta duit perbelanjaan yang cukup berada di Malaysia untuk tempoh 2minggu. Di anggarkan setiap rakyat Malaysia yang tersenarai menerima dana ini mendapat hampir RM40 000 seorang.


Di Mesir, sumber MB mendakwa sekumpulan pemuda PAS telah berkampung hampir 2bulan bagi mengenal pasti mahasiswa Malaysia yang boleh dikawal atau dimanipulasi mereka ini untuk mengundi Pakatan Pembangkang. Mereka ini dikumpulkan di satu tempat dan di paksa Bai'ah untuk mengundi Pakatan Pembangkang. Di sasarkan hampir 15ribu rakyat Malaysia di sekitar Mesir ini mampu memberi undi kepada Pakatan Pembangkang. Bukti lebih jelas dapat di lihat pada fb-fb mahasiswa di Mesir yang mana rata-rata memainkan agama bagi mempengaruhi mengundi Pakatan Pembangkang.

Malah di beberapa tempat luar negara telah dijalankan kempen dan forum secara terang-terangan. Sumber MB menyatakan pergerakan pulang rakyat Malaysia ini akan bermula secara berperingkat. Tarikh paling awal mereka ini akan tiba di Malaysia awal bulan April ini di mana mereka menjangkakan Pilihanraya Umum 13 akan berlaku pada bulan April.

#UMNO harus bersedia dengan undi mereka ini. 100 000ribu undi bukan sedikit. 1undi mampu mengubah segala-galanya.

100 000 UNDI ANWAR DI DALAM TANGAN!!! AWAS BN!!!


MB mendapati hampir 35 jenis poster kempen "jom Balik Mengundi" disebarkan secara meluas di fb-fb rakyat malaysia di luar negara. Fokus utama puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini adalah pelajar-pelajar yang layak mengundi di luar negara serta anak muda.

MB menganalisis dan mendapati hampir 100 000 pengundi yang layak mengundi bakal pulang ke Malaysia bagi mengundi Pakatan Pembangkang ini yang mana pecahan mereka ialah 45% adalah cina, 35% Melayu, 15% India dan bakinya 5% kaum-kaum lain. MB merasakan ini adalah satu jumlah yang sangat besar yang mampu mengugat undi Kerajaan Barisan Nasional.



Video-video kempen telah banyak disebarkan kepada rakyat Malaysia di luar negara.

Nantikan post MB selepas ini di mana MB akan bentangkan hasil kajian MB di luar negara.

Sunday, 24 March 2013

PAS BAKAL GOCOH DENGAN DAP DAN PKR!!!


Dalam kenyataan Presiden PAS ini telah menegaskan bahawa DAP tidak boleh memerintah sekiranya menang melebihi kerusi daripada PAS mahupun PKR. Persoalan MB disini adakah Brader Anwar Bin Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri?


Walaupun wakil PAS yang menjadi Perdana Menteri, adakah PAS tidak akan menjadi BONEKA DAP dan  Brader Anwar Bin Ibrahim???

Saturday, 23 March 2013

SAH VIDEO PAPAGOMO ITU ANWAR!!! PENGAKUAN!


Dalam sidang media yang telah di buat oleh Rafizi bagi mendedahkan siapa papagomo, Rafizi telah mengesahkan bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim di dalam video terbaru yang di dedahkan oleh Papagomo. Selepas ini jika Papagomo keluarkan video untuk bahagia seterusnya, MB harap jangan ada kenyataan SPIN yang lain ye.


Menarik apabila Rafizi telah mengugut wartawan daripada agendadaily untuk menghalaunya keluar selepas di gasak soalan kenapa tidak saman dato trio tetapi saman papagomo. Marah yer brader Rafizi... Tunggu anda dibogelkan selepas ini.


Friday, 22 March 2013

TERENGGANU GAMAT DENGAN SATU KEBAKARAN


21hb Mac 2013, jam 11.30pagi : UMT telah digemparkan dengan satu kebakaran di bangunan Canselorinya. Dimaklumkan 3anggota bomba yang memandamkan kebakaran telah tercedera ringan. Untuk laporan selanjutnya sila lihat di sini



Soalan provokasi kepada Brader Anwar Bin Ibrahim disini.

Tuesday, 19 March 2013

BOCOR SURAT XXX FAEKAH HUSIN SU MB SELANGOR!!!


Ke hadapan Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Saya baru sahaja membaca surat terbuka saudari kepada ayahanda Tun Dr Mahathir dan saya terpanggil untuk monceretkan beberapa patah perkataan untuk menjawab sedikit surat terbuka saudari. 

Tun Mahathir tidak pernah mahu menakut-nakutkan orang Melayu tetapi bersuara atas nama reality. Mungkin idealogi politik yang dianuti oleh saudari Faekah membuatkan saudari membutakan mata. Mari, saya ajak saudari Faekah untuk membuka mata, mengembara dalam aksara huruf yang saya susun. 

Ya, saya bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa jika PR memegang Selangor, maka hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor. 

Kenapa saya bersetuju dengan kenyataan ini? Jawapan saya ialah parti Chauvanist dan Ultra-Kiasu yang sedang berkongsi layar pemerintahan dengan PAS dan PKR. Ya, DAP. Pandai anda meneka. 

Tapi sebelum itu, izinkan saya untuk membidas KEBEBALAN YB Faekah. Tidak racist seseorang itu jika dia menyuarakan kepada dunia mengenai bangsanya yang ketinggalan, berusaha untuk mengangkat bangsanya dan membawa bangsanya keluar dari kepompong kemunduran. Jika ikut logik akal YB, maka izinkan saya melabelkan NELSON MANDELA sebagai SI NEGRO YANG RACIST? Tunggu dulu, jangan marah saya, Bukankah YB sendiri menyifatkan mereka yang memperjuangkan kedudukan bangsanya sebagai racist? Bukankah Nelson Mandela memperjuangkan kebebasan dan kedudukan bangsa kulit hitam di Afrika Selatan? 


Oppsss.... surat terbuka tersebut masih belum abis. Terlalu banyak pendedahan luar biasa terhadap jawapannya. Nak tahu lebih lanjut? Baca di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...