KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Wednesday, 23 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
UFB - Isu Hinaan Terhadap Pihak Polis
FIKIR-FIKIRKANLAH.
ANAK PAPA KENA TIBAI DI PANTAI DALAM!!! WADUH-WADUH....
Syukur Alhamdulillah MB di beri peluang oleh Maha Pencipta untuk datang melihat dan mendengar suatu ceramah ataupun pendedahan terkini yang dianjurkan TIBAI. Memang menarik ceramah ini kerana pendedahan yang diberikan boleh dipikirkan dengan logik akal hinggakan orang yang tidak bijak pandai pun mampu untuk memahaminya. Tahniah kepada TIBAI. Bawa ini ada beberapa keping gambar yang mana MB nak gambarkan betapa ramainya rakyat yang mula sedar pendustaan pengkhianat negara iaitu Bang Anwar Bin Ibrahim. Paling menarik kawasan ini adalah kawasan "anak papa" yang orang kata kubu kuat Bang Anwar Ibrahim.
MB datang boleh dikatakan awal juga untuk mendengar ceramah ini. Cabaran yang MB hadapi ialah kesesakkan mencari tempat kereta. MB berpikir pada peringkat awal bahawa ceramah ini tidak mendapat sambutan. Rupanya sangkaan MB meleset. Jauh MB berjalan disebabkan tempat kereta sesak dengan mereka yang datang untuk mendengar ceramah ini.
Penuh tempat duduk di dalam khemah dan luar khemah. Hadirin yang hadir MB dapat rasakan mereka puas mendengar sendiri penipuan-penipuan yang dilakukan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini.
Barisan Majlis Syura Tibai dapat MB rasakan begitu bersemangat malam ini disebabkan sambutan luar jangkaan masyarakat setempat. Tahniah diucapkan.
Sesi klimaks yang di dedahkan oleh Mursyidul Tibai sangat hebat hinggakan hadirin tidak berganjak dari tempat masing-masing.
Inilah Penasihat Tibai yang mana kalau tidak melihat muka dan hanya mendengar suara, orang akan pikir Bang Anwar Bin Ibrahim yang berucap. Tahniah Ezam kerana berani bersama-sama Tibai untuk melawan pengkhianat negara ini.
Kehebatan dan Semangat Juang mereka ini demi agama, bangsa dan tanah air harus di puji.
Ikuti pendedahan selanjut berkaitan ceramah ini dalam post seterusnya nanti.
Ceramah Radhi Jamaluddin
Siapa penceramah ini??? Nak tahu??? MB cadangkan anda pergi bertanya kepada bekas Menteri Besar Perak Nizar...
Monday, 21 May 2012
NASIHAT SGT BERGUNA DARIPADA TUN MAHATHIR!!!
Beberapa nasihat Yg Berbahagia Tun Mahathir kepada umat Islam.
Perpaduan
- Kebanyakan umat Islam hari ini jauh meninggalkan al-Qur’an (Islam).
- Umat Islam hari ini tidak bersatu-padu. Bukan itu sahaja, bahkan umat Islam bermusuh ketat antara satu sama lain. Senario semasa menunjukkan umat Islam terpecah-pecah menjadi lebih1000 kelompok.
- Islam adalah agama perpaduan dan menganjurkan umatnya bersatu-patu.
- Islam adalah agama persaudaraan. Asas persaudaraan Islam ialah ‘mengucap dua kalimah syahadah”.
Ekonomi
- Allah memberi rezeki dan kekayaan kepada umat Islam dan negara-negara umat Islam. Namun kekayaan itu tidak bermakna kerana ia tidak diurus dengan baik. Kekayaan jika tidak diurus dengan baik, maka ia tidak lagi menjadi kekayaan.
- Sebahagian besar umat Islam dan negara umat Islam kurang bijak mengurus kewangan dan ekonomi.
Ilmu
- Umat Islam perlu kembali menguasai ilmu di dalam al-Qur’an dengan belajar memahaminya.
- Kita memiliki ramai orang yang sudah membaca dan menghafal al-Qur’an, namun masih sedikit yang memahaminya dengan cara yang benar.
- Selain itu, umat Islam juga perlu menguasai ilmu sains dan disiplin ilmu yang lain, bukan sahaja untuk memajukan negara, bahkan untuk mempertahankan umat Islam.
- Hari ini, negara Islam terpaksa membeli senjata dari musuh mereka untuk mempertahankan negara mereka.
Dakwah
- Untuk berdakwah, umat Islam harus menampilkan imej yang menarik; bersih, kemas, tegap dan sihat. Orang bukan Islam perlu diyakinkan bahawa dengan memeluk Islam, mereka akan berjaya di dunia dan juga di akhirat.
- Islam adalah ‘dien’ yakni cara hidup. Justeru itu, umat Islam wajar menunjukkan bahawa cara hidup yang mereka pilih itu (Islam) menjadikan mereka manusia yang terbukti berjaya di dunia sebelum menghantarkan mereka untuk berjaya di akhirat pula.
- Ilmuan dan pendakwah Islam perlu memberi fokus menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam seperti sikap adil dan pemaaf. Berbanding beberapa hukuman yang dilihat berat dan tindakan tegas kepada mereka yang melakukan jenayah.
- Di dalam kes ‘qisas’ (hukuman balas) sebagai contoh, mengapa yang ditonjolkan itu hanya hukuman balas sahaja. Walhal Allah menyebutkan memaafkan itu adalah lebih utama. Mengapa sebahagian pendakwah Islam hari ini tidak menonjolkan sifat pemaaf itu sebagai lebih mulia dari hukuman?
sumber ini di petik di sini.
GEMPAQ!!!BERSIH 4.0 PLAK DAH!!!ADUH!!!
MB setuju dengan apa yang mereka lakukan ini. dengarlah wahai AMBIGA dan sekutu-kutunya luahan hati peniaga-peniaga ini.
HABUAN KEPADA SMM??? TAHNIAH SMM!!!
Amboi...amboi... SMM sudah mahu terlibat dengan politik luar la, Hari itu beria-ia mengatakan bahawa kami tidak mahu campur tangan politik luar. sekarang sudah tukar ke??? MB pun pelik betul dengan mereka semua ini. Cakap tak serupa bikin. Macam nikah tokoh pemimpin yang Persatuan Mahasiswa Islam impikan???
Teringat MB dulu SMM dengan tegas dan lantangnya menyatakan KAMI TIDAK TERLIBAT DENGAN PAKATAN RAKYAT MAHUPUN POLITIK LUAR!!! Tapi hari ini terbukti mereka BERDUSTA ketika itu. Hari ini mereka sudah mula membuka segala penipuan dan dusta mereka apabila menyatakan secara tidak langsung untuk bersama Pakatan Rakyat.
Dari sumber risikan MB sendiri menyatakan bahawa mereka ini baru sahaja selesai berbincang dengan Bang Anwar Bin Ibrahim pasal calon-calon dan kawasan yang mereka akan bertanding. Malah turut dibincangkan manifesto apa yang bakal mereka bawa supaya selari dengan manifesto Pakatan Rakyat. MB sedang cuba mendapatkan minit perbincangan mereka ini. Nantikan pendedahannya tidak lama lagi. :)
Ini antara calon SMM yang akan bertanding??? Selain mereka ini dengar-dengar Adam tiang akan turut bertanding. Wauuu.... Kita tunggu pendedahan bekas-bekas awek Adam Tiang tidak lama lagi jika MB berjaya mendapatkan maklumat tersebut. Jeng...Jeng....
Oh ye.... Dengar-dengar khabar angin menyatakan bahawa segala pencetusan Demo Gagal yang dibuat oleh mereka-mereka ini mendapat pelbagai habuan secara langsung dan tidak langsung daripada Bang Anwar Bin Ibrahim. Buktinya ramai di antara mereka mampu untuk berkahwin di usia muda teramat sangat bagi MB. Paling busuk-busuk la untuk Kahwin,berapa modalnya??? Anda semua boleh pikirkan sendiri k.
Banyak betul habuan yang mereka perolehi walaupun Demo Gagal mereka itu telah digagalkan. Perghhh.... Untuk PRU kali ini pulak,apa habuan yang bakal mereka perolehi??? kita tunggu dan lihat nanti k. Apa pun MB tertarik dengan video di bawah ini. Kemungkinan adakah mereka ini akan offer perkara yang sama seperti video dibawah ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)