MB ingin menarik perhatian Persatuan Mahasiswa Islam yang mana sudah diketahui perjuangan mereka adalah untuk menegakkan ISLAM. Tetapi benarkah perjuangan mereka apabila bersekongkol dengan geng-geng Adam Tiang dan Fahmi Komunis ini???
Di atas ini adalah antara gambar-gambar Persatuan Mahasiswa Islam terlibat dengan pengkhianat-pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara. Inikah perjuangan yang Persatuan Mahasiswa Islam laungkan??? Mereka-mereka ini di sebalik takbirnya ialah Fahmi Komunis.
Nak tahu lebih lanjut pasal Fahmi Komunis??? Sila lihat di sini.
MB ingin mengajak Persatuan Mahasiswa Islam kembali ke pangkal jalan. Hayati Video di bawah ini bagi memudahkan anda memahami erti sebenar ISLAM.
MB terkedu apabila mendengar kata-kata dari srikandi yang baru sahaja memeluk ISLAM ini. Sungguh besar cabaran yang dilaluinya. Bagi MB ini adalah satu kaedah atau pendekatan yang harus di gunakan dalam menyampaikan ajaran ISLAM yang sebenarnya.
MB harap pihak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dalam menjadi coretan srikandi ini sebagai pedoman. Jangan merosakkan atau mengubah pendirian srikandi ini dengan tingkahlaku KAMU yang Jahil sekarang ini yang bersekongkol dengan FAHMI KOMUNIS sehingga kamu lupa ISLAM sebenarnya.
Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti
Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta.
TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.
Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!
Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???
Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!
Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!!
Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu.
MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!!
MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!
Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati Dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya Sejarah silam tiada maknanya Sekiranya bangsa tercinta terpinggir Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan Bagi menegakkan kemuliaan Dan darjat bangsa Selangkah bererti mara Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan, Mengangguk dan membenarkan, Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selain memerdekakan, Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.