Sekarang sedang berlangsungnya perbicaraan kes KHALIMAH ALLAH di Istana Kehakiman, Putrajaya. Dapat disaksikan daripada kanak-kanak hingga generasi tua datang memberi sokongan padu. Malah ketika zikir dan doa dibacakan, menitis air mata memohon kepada YANG MAHA ESA supaya UMAT ISLAM MENANG dalam perbicaraan ini.
Dijangkakan pada waktu rehat nanti, ramai penjawat awam akan turun bersama-sama kami. Ayuh sebarkan dan datang beramai-ramai.
Sekali lagi Fatwa Majlis Syura Pas ditolak dan secara terang-terangan menolak pendirian tegas Dato' Harun Din oleh Puak Bang Anwar Bin Ibrahim.
Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia.
Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.
Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.
MB merasakan sudah sampai masanya PAS berundur daripada Pakatan Rakyat. Walaupun tidak bersama BN, PAS tidak sepatutnya bersama dengan Puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang ternyata mengorbankan ISLAM demi kepentingan menuju Putrajaya.
Berita yang baru MB terima mendakwa bahawa Dato Harun Din telah mengistiharkan keluar daripada Parti Islam Semalaysia (PAS). Kenyataan media akan di keluarkan dalam masa terdekat.
Keputusan tersebut di lakukan setelah Karpal Singh dan DAP bertalu-talu mendesak beliau untuk menarik balik fatwa Majlis Syura yang tidak membenarkan Khalimah Allah digunakan oleh Kristian. Malah yang menyebabkan Dato Harun Din sangat marah apabila Bang Anwar Bin Ibrahim secara terang-terangan di dalam satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah menyatakan Pakatan Rakyat akan membenarkan Kristian menggunakan khalimah Allah di dalam kitab bible dan ajarannya.
Nantikan Sidang Media Dato Harun Din bersama Hassan Ali ESOK!!!
Bukan Islam di Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan kalimah Allah, demikian penegasan untuk kali kedua Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
"Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah...tak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).
"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," katanya memetik laporan Berita Harian.
Untuk rekod isu kalimah Allah dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu apabila beliau mendesak kerajaan pusat membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Keputusan Guan Eng ini pada mulanya disokong oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat namun selepas bermesyuarat pada 14 Januari lalu, Majlis Syura Ulama PAS telah menolak keputusan tersebut.
Keadaan ini menambahkan kerumitan kepada DAP apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan kepimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju dan menerima keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Malah pemimpin veteran DAP itu turut menyanggah Majlis Syura yang tidak sepatutnya berpegang kepada keputusan kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan hasil mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.
Saban hari kita dapat melihat perpecahan masyarakat akibat
daripada provokasi yang dilakukan oleh DAP bagi merosakkan akidah umat Islam di
Malaysia ini. Masyarakat harus sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara
berbilang agama dan rakyat boleh mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam
adalah agama rasmi. Keseluruhan masyarakat Malaysia berlainan agama hidup
bersama dengan aman dan damai. MB
berharap umat Islam di Malaysia dapat bersatu menyatakan persetujuan di dalam
sebarang isu yang berkaitan Islam bagi mengelakkan berlakunya keganasan antara
pengikut berlainan agama seperti terjadi di Ireland Utara, Lebanon dan benua
kecil di India.
JANGAN BACA JIKA KAMU TIDAK SAYANGKAN AGAMA ISLAM KAMU!!!
Masyarakat Malaysia sejak dari kemerdekaan lagi telah bersepakat menghormati agama yang berlainan dan hak mengamal upacara keagamaan masing-masing oleh pengikutnya walaupun sudah termaktub di dalam perlembagaan bahawa Islam sebagai agama rasmi. Sejak azali kita mengelak mengulas tentang agama orang lain walaupun kita berdebat sesama kita yang menganut agama yang sama bagi mengekalkan perpaduan yang terbina.
Tetapi hari ini kita sedang menghadapi kontroversi berkaitan penggunaan nama Tuhan, “Allah” yang mana ia pernah berlaku kontroversi di sabah dan sarawak perkara yang sama dan telah diselesaikan dengan menerima bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan khalimah “Allah” di dalam Kitab Injil dan pengajaran mereka tetapi tidak boleh dilakukan di negeri-negeri lain. Lebih malangnya hari ini dapat dilihat jarum-jarum halus telah di cucuk masuk di kalangan umat Islam sendiri. Dulu kita menghadapi ancaman dari penganut Kristian sahaja. Tetapi hari ini lebih dashyat lagi bilamana umat Islam menghadapi ancaman dari dalam iaitu dari umat Islam sendiri yang mengiktiraf diri sebagai ulama yang paling alim.
Perkara ini pada pandangan MB terjadi disebabkan ketamakkan kuasa untuk memerintah mengambil alih kerajaan yang sedia ada. Ancaman dari Bang Anwar Bin Ibrahim yang menukarkan agama Islam dengan sebuah negara kerana mahukan sokongan penganut Kristian di Malaysia serta sumber kewangan tidak terhad dari Gerakan Kristian di seluruh dunia menyebabkan umat Islam kian hebat berpecah di Malaysia. Harapan ahli ulama PAS yang disangkakan perjuangankan ISLAM seperti Nik Ajis dan Hadi Awang sangat mengecewakan kerana rupanya mereka ini turut gilakan kuasa dan ketamakan dunia.
Di dalam Kitab Injil, Kitab Lama (Old Testament) dan Kitab Baru (New Testament), Kitab Injil versi King James dan lain-lain versi, Khalimah “Allah” tidak pernah digunakan sebagai Tuhan mereka. Hanya selepas datangnya Islam dan Al-Quran barulah dunia mengenali khalimah “Allah” ini sebagai nama Tuhan umat Islam. Buktinya Dato” Harun Din sendiri menyatakan bahawa beliau telah mengkaji kitab Injil ini bukan setakat di Malaysia,malah dari Eropah sekalipun TIDAK PERNAH ada tercatat perkata “Allah” di dalam kitab Injil. Ayuh bangkitlah ahli-ahli PAS... Kita bersatu menolak kepimpinan Tertinggi PAS yang telah lupa pada matlamat Perjuangan sebenar PAS!!!!
Kami menghormati semua agama di Malaysia ini untuk bersama kami bangunkan Malaysia. Tetapi ingat jangan di sentuh agama ISLAM kami. Buat pengkhianat dan tali barut yang mengikuti Bang Anwar Bin Ibrahim, insaflah. Jangan kerana kamu pengkhianat, negara tergadai.
Video ini adalah untuk dijadikan iktibar jika masyarakat Malaysia tidak bersatu.
Jika semuanya Jihad dan harus di tentang UMNO ni, MB tertarik untuk bertanyakan bagaimana dengan isu Khalimah Allah yang dituntut oleh DAP tu? Bagaimana dengan penghinaan Al-Quran oleh puak-puak DAP???
Saban hari MB sangat kecewa melihat apa yang terjadi di bumi Malaysia tercinta ini. Daripada isu Khalimah ALLAH, kini isu yang sengaja di timbulkan oleh puak DAP atau bahasa mudah cina belaan Bang Anwar Bin Ibrahim ini ialah penghinaan ke atas Kitab AL-Quran. Apa yang di keluarkan daripada Patrick Teoh dengan menghina Al-Quran tidak dapat dimaafkan oleh MB sekiranya tiada jaminan dan penjelasan yang boleh diterima. MB pelik kerana sehingga saat ini masih belum ada desakan yang lantang daripada puak PAS. Adakah PAS sudah menjadi PENAKUT???
Kata-kata banggang daripada Bob Lokman amat mengecewakan. Islam kah Bob Lokman ini? Tidak ada maruahkah hingga sanggup membela DAP sehingga sedemikian rupa?
Provokasi DAP untuk mengedarkan bible berbahasa Melayu sedang dijalankan. Bahkan daripada awal lagi DAP telah menyatakan isu Khalimah ALLAH bukan masalah mereka. Hari ini kita dapat lihat betapa celakanya DAP ini mengedarkan kitab Bible dalam bahasa Melayu kepada budak-budak sekolah yang mana baru hendak kenal erti kehidupan. Tindakan mereka ini memang sengaja dilakukan bagi menimbulkan ketegangan pada umat Islam.
Seperti yang dilaporkan dan dilihat di dalam gambar di atas, dengan muka selamber badak mamat celaka ini mengedarkan kitab bible. MANA SUARA PAS TENTANG PERKARA INI? MASIHKAH MEREKA MAHU MEMBELA PUAK DAP INI!!!
Bukan sahaja didalam bahasa Melayu. Malah dikesan juga terdapat tulisan jawi di dalam Kitab Bible yang diedarkan. Ini dibuat bagi menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak sekolah bagi merosakkan akidah mereka.
Jauh di sudut hati MB sangat kecewa dengan mereka yang lantang mengatakan memperjuangkan ISLAM tetapi hanya sekadar di bibir sahaja bila berhadapan dengan puak DAP ini. Ini antara agenda bagi menjahanamkan ISLAM di MALAYSIA.
Majlis Gereja Malaysia (CCM) seperti dilaporkan portal Malaysiakini mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walaupun Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya.
Rev Hermen Shastri
Setiausaha agungnya Rev Hermen Shastri berkata para ketua gereja CCM, membuat keputusan itu semasa perbincangan di Ipoh.
“Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Pandangan CCM itu disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
“Masyarakat Kristian di Malaysia telah menggunakan perkataan” Allah” dalam Alkitab Bahasa Malaysia dan kepercayaan kita sebagai ‘god’ dan kami akan terus berbuat demikian,” tegas Pengerusi Bishop Datuk Ng Moon Hing dalam satu kenyataan.
Menurut portal Malaysian Insider, CCM yang merupakan Kumpulan gereja Protestan di Malaysia mendakwa mereka telah menggunakan “Allah” dalam Alkitab bahasa Melayu sejak berabad-abad lamanya.
Mereka juga turut mendakwa komuniti orang asli di Malaysia telah menjadikan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab itu sebagai sebahagian daripada bahasa harian mereka.
“Jika begitu kesnya, kami akan meneruskan amalan ini, hak yang dijamin kepada kami dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini,” katanya.
Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010, (Sel. P.U. 6).
Malah baginda pernah mengeluarkan titah yang sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun yang lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan.
Namun, Tuanku amat kesal kerana titah baginda telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula.
Berikutan dengan itu, Tuanku juga telah menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau dalam kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peraturan undang-undang yang sedia ada di negeri Selangor.
Di negeri Selangor terdapat undang-undang yang telah digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah Allah iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Enakmen ini telah diwujudkan selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 9, Enakmen berkenaan telah dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.
Tuduhan dan hukuman boleh dijatuhkan bagi mereka yang melanggar peraturan ini.
Baginda juga menitahkan agar orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham dalam kalangan kaum di negara ini.
Selanjutnya Tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali daripada menggunakan atau memperalatkan agama Islam sebagai modal politik mereka kerana ia akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di negara ini.