Mari MB beri pencerahan satu persatu Akujanji Barisan Nasional yang dikatakan di ciplak daripada manifesto bukan janji Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Untuk artikal kali ini MB beri pencerahan untuk dasar perumahan terlebih dahulu di mana 1juta rumah akan dibina dan digerakkan oleh sektor awam serta swasta. 500ribu daripadanya adalah perumahan PR1MA
Hakikatnya kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada.
MB menafikan sekeras-kerasnya bahawa BN meniru manifesto Brader Anwar Bin Ibrahim. Tidak malukah Brader Anwar Bin Ibrahim mendakwa ini idea mereka???
Semakin menghampiri kemuncak PRU13 ini semakin rancak Brader Anwar Bin Ibrahim menjalankan strategik mengolakkan negara. Benar seperti yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim dengan dana Yahudi akan mengadakan rusuhan di seluruh Malaysia bagi menghancurkan Malaysia Tercinta ini.
Beberapa hari sebelum ini mereka telah mengadakan Demotrasi di depan Sogo di waktu rakyat sedang sibuk bekerja. Ini telah menjejaskan kegiatan-kegiatan harian di sekitar itu. Namun ternyata demontrasi masa itu gagal kerana jumlah yang datang bersama tidak sampai 22orang.
Dalam artikal ini MB nak cerita pasal kegagalan demotrasi TOLAK yang diadakan hari ini. Demo ini tetap dikategorikan sebagai GAGAL. Dakwaan menyatakan mereka mensasarkan jumlah kehadiran seramai 5000orang Malah baju yang disediakan hampir 1000helai seperti tidak diusik. Oppss... banyak dana mereka ini dapat bikin baju.
Hanya sekitar kurang daripada 53orang sahaja yang datang. Pengurangan yang sangat banyak. Jika dilihat di page mereka ini, mereka masih tetap dengan cara Brader Anwar Bin Ibrahim dengan memfitnah UMNO. Mereka telah ditahan polis dan mengatakan UMNO punya kerja. Penjelasan sebenar mereka ditahan dan di periksa Kad Pengenalan kerana terdapat aduan mereka menganggu pengguna komuter serta membuat bising serta kecoh di dalam komuter dan di sekitar perhentian komuter.
MB menemubual beberapa pengguna di dalam komuter tentang demotrasi mereka ini. Rata-rata jawapannya pengguna menjawab mereka terasa terancam, tidak selesa, terasa gangguan seksual (kerana ada daripada mereka merenung tajam seperti inginkan sesuatu), mencerminkan imej buruk kepada negara, tidak beradap dan lain-lain lagi. Lihatlah di dalam gambar tersebut gerak-geri mereka umpama komuter itu mereka yang punya dan tidak menghormati hak penggunaan yang lain.
Mereka bertekad untuk mengumpulkan 100k tandatangan sebagai sokongan menolak BN. Malangnya yang menandatangani kain rentang ini puak-puak mereka juga. Ada yang ditugaskan sain hingga penuh kain tersebut umpama mereka mendapat sokongan. MB nak bocorkan lagi rahsia. Gadis-gadis yang sain di kain rentang itu bukannya boleh mengundi. Apa cerita???
*Pst : Kenapa sekarang ini bila demotrasi, gadis-gadis mereka sudah pandai menutup muka??? Risau MB ambil gambar buat poster ke???
Sambutan masyarakat setempat dan pengguna komuter juga SANGAT-SANGAT tidak mengalakkan. MB dapati mereka ini telah melaporkan kepada "seseorang" bahawa demontrasi mereka ini gagal. Dan arahan daripada "seseorang" itu mengarakkan mereka meneruskan perjalanan ke Melaka dan bergabung dengan kumpulan disana kerana dakwaan mengatakan demotrasi di Melaka turut gagal disebabkan bilangan yang hadir sangat kurang.
Pesanan MB kepada anak-anak muda ini, jangan cemarkan imej negara. Biarkan kami yang LAYAK mengundi ini menentukan masa depan negara. Anda masih muda. Fokus pada pembelajaran.
Satu lagi DEMOTRASI DI KOTARAYA KUALA LUMPUR boleh lihat di sini.