KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday 8 April 2013

GENTAR TAK GENTAR TUDUHAN CIPLAK PEMBANGKANG!!! BONGKAR!!


Mari MB beri pencerahan satu persatu Akujanji Barisan Nasional yang dikatakan di ciplak daripada manifesto bukan janji Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Untuk artikal kali ini MB beri pencerahan untuk dasar perumahan terlebih dahulu di mana 1juta rumah akan dibina dan digerakkan oleh sektor awam serta swasta. 500ribu daripadanya adalah perumahan PR1MA

Hakikatnya kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. 

MB menafikan sekeras-kerasnya bahawa BN meniru manifesto Brader Anwar Bin Ibrahim. Tidak malukah Brader Anwar Bin Ibrahim mendakwa ini idea mereka???

Nantikan pendedahan lebih lanjut selepas ini!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...