KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Sunday, 21 April 2013
BN HARUS DI UNDI!!! BOHONG KE?
Negara perlu kerajaan stabil, pencapaian mantap, ada pengalaman memerintah
Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.
Pertama, Malaysia memerlukan kerajaan stabil dan kuat bagi mempertahankan apa yang sudah dicapai dan meneruskan kesinambungan usaha kerajaan BN untuk kemakmuran negara. Kerajaan yang kukuh perlu untuk melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju. Selain itu, kerajaan BN terbukti berkhidmat untuk rakyat dan percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani, meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.
Kedua, pencapaian kerajaan selama 55 tahun tidak boleh dinafikan dengan rekod BN sebagai parti yang mempunyai pencapaian mantap dengan menunaikan segala janji.Hasilnya, kerajaan diterajui BN membawa kemakmuran kepada setiap masyarakat dan rekod kecemerlangan ini akan diteruskan. Sehubungan itu sekarang bukan masa untuk membuat uji kaji demi masa depan rakyat.
Penambahbaikan
Selain itu, BN sudah membuktikan keupayaan dengan sentiasa melakukan penambahbaikan dengan sepanjang empat tahun lalu banyak kemajuan besar dicapai untuk meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian. Ketiga, BN berpengalaman menguruskan masyarakat pelbagai kaum agama dan budaya menerusi politik perpaduan yang diamalkan.
BN juga sudah membuktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran dan berkali-kali berjaya keluar daripada kegetiran itu dengan lebih gagah. Parti gabungan dinamik ini berjaya menyesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip.
Keempat, BN mengamalkan perkongsian kuasa yang efektif dengan menolak politik benci membenci dan pecah-belah. BN menghormati dan menerima kepelbagaian agama. BN membina jambatan dan tidak merobohkannya. BN menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik. Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan.
Kelima, BN adalah gabungan pelbagai parti yang telah teruji. Selepas 55 tahun ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia. BN percaya kepada kesinambungan. Walaupun pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh. Parti ini juga mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman yang mengambil kira semua pendapat, semua suara didengar.
Keenam, BN berkongsi harapan dan aspirasi dan untuk itu, berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua. BN memperkasa rakyat. Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.
BN menepati Janji Membawa Harapan. Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Thursday, 21 March 2013
RAHSIA KETUA MENTERI SARAWAK TERDEDAH!
Baru-baru ini, sebuah video yang dikeluarkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Global Witness mencuri perhatian. Pada asasnya, Global Witness yang merupakan sebuah NGO tanpa kepentingan politik ini membuat pendedahan atas dasar cintakan alam sekitar.
Dalam video yang berdurasi dalam 16 minit tersebut, kroni-kroni dan strategi-strategi yang mengaitkan pemimpin tinggi di Sarawak ini. Pihak Global Witness melaporkan mereka telah menyamar sebagai pembeli dalam urusan jual beli tanah di Sarawak.
Percaya atau tidak, video ini juga telah dimainkan oleh pembangkang.
![]() | ||||||
Bagaimana video di bawah boleh didedahkan lebih awal daripada akaun GlobalWitness? |
![]() |
Video yang sama diupload oleh TVPAS |
Pendedahan video ini bukan sahaja mampu menimbulkan amarah kepada pencinta alam bahkan mampu memberi kesan lebih dari itu apatah lagi dalam kita melewati tempoh pasca pilihanraya ini. Mungkin boleh diusulkan agar buat pendedahan isu tanah di Kedah dan Kelantan pula lepas ni.
Thursday, 14 March 2013
NAJIB MENGADAP YDPA. PETANDA PARLIMEN BUBAR, PRU13 BERMULA
Perdana Menteri, YAB DS Najib Razak dilaporkan telah mengadap Yang Dipertuan Agong harini apabila kenderaan rasmi Perdana Menteri didapati keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.30 tengahari semalam (13 Mac 2013).
Ramai menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan bagi membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini. Jika ini benar, bermakna PRU13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari daripada tempoh pengumuman.
Puak pembangkang pasti berasa gementar mengenangkan manifesto bukan janji mereka apatah lagi dalam berdepan situasi ketua mereka, Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.
Sudah bersediakah rakyat Malaysia?
Tuesday, 12 March 2013
MESTI TONTON #Conversation RAKYAT TANYA, NAJIB JAWAB
Bual bicara bersama PM dalam slot khas Conversation With The PM. Slot khas 1 jam ini dianjurkan oleh NST. Banyak soalan daripada pelbagai aspek khususnya mengenai isu-isu panas menjelang PRU13 dikupas dalam slot ini.
Selamat menonton.
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
"I have never worked so hard, it's because I believe we can do so much.
We can bring Malaysia to greater heights". - DS Najib
Boleh juga klik di SINI
Apa pula kata anda? Malaysia?
BUKAN GULA-GULA PRU BAGI PENJAWAT AWAM
Kerajaan kita Malaysia sangat mengiktiraf penjawat awam khususnya anggota polis dan juga tentera. Buktinya, mereka dinaikkan gred dan pelbagai lagi insentif menarik di bawah Sistem Saraan Transformatif (SST).
Mungkin ada pihak yang menyifatkan ini sebagai gula-gula Najib kepada penjawat awam pada musim menjelangnya PRU13. Insentif ini diumumkan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (MAPPA XIII) yang juga merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Tuduhan ini juga telah dinafikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Sr Ali Hamsa.
Moga semakin ramai rakyat Malaysia khususnya muda-mudi untuk menyertai polis mahupun tentera. Buat penjawat-penjawat awam lain, moga termotivasi untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam menyampaikan aspirasi kerajaan.
Panas je lah mereka dan keluarga mereka yang duk maki hamun polis dengan tentera kita ni.
Bukan sekadar dosa, habuk pun tak ada.
Labels:
Najib,
PENJAWAT AWAM,
POLIS,
PRU13,
TENTERA
Thursday, 28 February 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)