Apa pendirian GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam tentang isu Khalimah Allah???
Di mana desakan suara GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam terhadap penghinaan Khalimah Allah oleh puak DAP serta penyerbaran bible kepada murid sekolah?
Selama ini GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam menyatakan mereka memperjuangkan ISLAM tetapi apabila ISLAM dipermainkan oleh DAP,mereka diam membisu. Kenapa?
MB tertarik cerita daripada PAPAGOMO tentang si gadis gelap ini. Ganas rupanya puak-puak PAS ni hinggakan sanggup mengambil gadis yang PAPAGOMO kata pernah tengok dalam satu channel menghimpunkan aweks dan jantan gersang. Menarik cerita ini. Mungkinkah gadis-gadis seperti ini yang berada di dalam Persatuan Mahasiswa Islam tu. Di luar nampak baik tetapi hakikatnya kita tidak tahu.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang dan keputusan Majlis Syura hanya terikat untuk ahli-ahli Pas sahaja.
“Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden PAS mengesahkan kedudukan PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (PAS) tidak berkaitan dengannya, “tegas Azmin seperti dilaporkan FMT pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.
Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu sepakat dan bersetuju bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ia ‘tidak disalahgunakan’.
Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
Bagaimanapun, Majlis Syura PAS dalam mesyuaratnya Ahad lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam bible Bahasa Malaysia atau mana-mana bahasa kerana ia tidak mencapai makna sebenar perkataan Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran.
Mengulas perkara itu, Azmin yang dianggap orang kanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura Pas hanya untuk ahli-ahlinya sahaja.
“Kami menghormati pandangan Majlis Syura. Kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercakap dan kita mempertahankan hak demokratik setiap individu.
“Tetapi keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahlinya (sahaja),” katanya.
Walaupun keputusan Majlis Syura membuat keputusan berbeza, namun ia tidak boleh mengubah polisi PR yang telah disepakati bersama.
“Kami, PKR, DAP dan PAS terikat dengan dasar umum yang telah dipertimbangkan, dibincangkan, diluluskan dan disahkan. Dan mesyuarat yang paling terkini adalah pada 8 Jan.
“Kami tidak boleh menukar pendirian setiap hari. Jadi, walaupun isu ini dibincangkan sekali lagi, pendirian PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah berubah, ” katanya lagi.
Sebelum ini jika mahasiswa masih ingat betapa Persatuan Mahasiswa membela Pakatan Rakyat di dalam isu khalimah ALLAH. Point yang digunakan ialah PAS golongan ulama-ulama terpilih telah membenarkan penggunaan Khalimah Allah ini kepada bukan Islam. Kini Majlis Syura telah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan perkara ini berlaku. Sepatutnya Persatuan Mahasiswa Islam juga harus menarik kenyataan mereka sebelum ini bagi memastikan mahasiswa tidak terpesong akidahnya.
DIMANA KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM YANG LANTANG MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI KINI MENYEPI DARIPADA MEMPERKATAKAN ISU KHALIMAH ALLAH INI???
BENARKAH SEGALA KATA-KATA NISTA PAS TERHADAP UMNO TELAH TERPALIK PADA PAS SENDIRI???
Sebelum ini kita telah didedahkan tentang AMANAT HADI yang menyebabkan ada kawasan yang bersembahyang dua iman yang mana puak pas tidak akan sembahyang berimankan UMNO. Kini ternyata AMANAT HADI itu telah kembali ke dalam PAS. Buktinya semasa #Himpunan Gagal yang sedang berlangsung hari ini terdapat banyak kumpulan yang bersembahyang secara berpuak-puak.
Mungkinkah kumpulan-kumpulan ini terdiri daripada kumpulan yang menyokong Hadi Awang, Kumpulan Anwar dan Kumpulan Nik Aziz? Ternyata mereka gagal untuk bersatu walaupun bersama. Sebab itu munculnya pelbagai versi yang menyokong membenarkan penggunaan Khalimah Allah oleh Kristian dan Yang tidak menyokong.
HIMPINAN KEBANGKITAN RAKYAT yang sedang berlangsung hari ini di cemari lagi oleh propanganda dan provokasi oleh anak muda Si Safwan Chair dan Adam Tiang lagi. Hari ini apa yang mereka kempen adalah untuk menukarkan negara ini menjadi rejim komunis. Apa punya banggang mereka ini???
Si Adam Tiang ini tidak habis-habis melakukan provokasi-provokasi mengatakan polis akan mengambil tindakan dan sebagainya. Malah mendesak menukar kerajaan dengan pelbagai alasan bodoh yang tidak masuk akal. Pada masa yang sama, konco-konco bawahannya mengedarkan risalah dibawah ini.
Risalah untuk Chin Peng di edarkan oleh kumpulan anak muda ini dengan begitu rakusnya. Mereka ini benar-benar buta sejarah. Apakah nasib negara ini jika berada di tangan mereka???
Ini antara orang yang di dapati bersedia untuk mengadakan provokasi murahan.
Ini salah seorang pengkhianat PLKN dan negara yang MB pernah dedahkan di sini turut berada di #Perhimpunan Gagal ini. Malah salah seorang yang bakal melakukan provokasi bagi mewujudkan ketegangan.
MB menayangkan video ini adalah untuk memberi kesedaran kepada Bang Anwar Bin Ibrahim dan pencacai-pencacainya betapa sukarnya untuk mencapai kemerdekaan dan mengecapi kehidupan yang aman dan damai. Jesteru MB menegaskan di sini jangan merosakkan kemerdekaan yang tercapai malah JANGAN MENJADI PENGKHIANAT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.
Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berteraskan
beberapa nilai-nilai penting serta di dokong oleh perlembagaan. MB mengharapkan rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya konsep ini bagi menjamin keamanan dan kemerdekaan negara tercinta ini.
Ke mana hilangnya Sekretariat Malaysia Bangkit yang mana suku tahun lalu selalu membuat onar di Bandaraya Kuala Lumpur? Sekretariat Malaysia Bangkit yang kononnya memperjuangkan mahasiswa akhirnya ternyata hanya sengaja di wujudkan bagi mengucar kacirkan negara.
Masih ingatkah pada saudara Syahid Zaini yang merupakan Pengerusi Malaysia Bangkit yang selalu mengusung batu nisan? Ke mana hilangnya dia kini. Dulu dengan lantangnya mengkritik kerajaan kononnya menindas mahasiswa. Seperti MB katakan dulu bahawa mereka ini hanya anjing suruhan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mengucar kacirkan negara. Bila tidak dibayar, sepi 1001 kata.
Sebelum ini mereka berkata akan menjelajah seluruh Malaysia bagi memperjuangkan tuntutan Sekretariat Malaysia Bangkit. Mana jelajahnya? Menurut sumber risikan dalaman yang MB terima mengatakan peruntukan yang diberikan untuk menjelajah tersebut telah digunakan untuk Majlis Perkahwinan sekutu mereka.
Mari kita pikir secara logik. Dari mana mereka-mereka ini memperolehi duit untuk berkahwin? Masing-masing belajar lagi. Bahkan pernah ayah khalith Syiah keluarkan kenyataan dia orang miskin nak tanggung anak masuk universiti susah. Jadi ayahnya memperjuangkan pendidikan percuma. itu kata-kata ayah Khalith Syiah semasa demo GAGAL PTPTN. Dari mana Khalith Syiah dapat duit untuk berkahwin? Malah rakan-rakan
Baguskan bila mengucar kacirkan negara tercinta ini, dapat duit boleh kahwin. Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat seluruh Malaysia ini bertapa teruknya mereka ini!!!!
Sumber risikan dalaman MB menyatakan Syahid sangat ketakutan sekarang. Malah rakan-rakannya yang lain sangat mengharapkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM. Ini kerana masa depan mereka telah gelap.Nak bekerja dengan kerajaan dah tak dapat. Kerja dengan majikan swasta pun sudah tidak ada yang mahu ambil berikutan mereka ada rekod hitam dengan polis. Apa yang MB boleh katakan sebelum melakukan apa-apa,pikir panjang dulu ye.
Nampak gayanya Sekretariat Malaysia Bangkit ini sememangnya Sampah Masyarakat dan anjing penjilat Bang Anwar Bin Ibrahim. Ingatan pada mereka ini supaya jangan sesekali hancurkan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.
MB akan dedahkan lebih lanjut ke mana mereka ini nanti. MB akan sentiasa merisik mereka ini dan mendedahkan mereka ini. Tujuan MB kerana tidak mahu pengkhianat negara ini bermaharajalela sesuka hati mereka sahaja. Biar masyarakat dan mahasiswa sedar siapa mereka ini.
Tahniah GM-UKM kerana akhirnya anda sudi bersama-sama Aspirasi Mahasiswa. Sedar atau tidak sedar sekarang ini Pro-Mahasiswa bakal kehilangan sokongan mahasiswa daripada UKM. Terbukti GM-UKM dengan rasa rendah diri telah bersama Aspirasi UKM dalam perjuangan di jalan yang benar seperti yang selalu Aspirasi Mahasiswa laungkan. Sumber dalaman MB seperti sebelum ini MB dedahkan mengatakan GM-UKM cukup takut dikaitkan dengan Pro-Mahasiswa. GM-UKM dalam mesyuarat rahsianya mengatakan mereka menentang kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. Malah mereka tidak sanggup menjadi kuda tunggangan Bang Anwar Bin Ibrahim seperti yang berlaku kepada Pro-Mahasiswa dalam memecahbelahkan mahasiswa di dalam kampus melalui Konspirasi Bersih Kampus.
Sebagai langkah awal menunjukkan bahawa GM-UKM telah menolak Pro-Mahasiswa dan bersama Aspirasi Mahasiswa, mereka dengan rasa rendah diri telah membantu Aspirasi Mahasiswa UKM dalam mempromosikan Kad Diskaun 1Malaysia yang selama ini diperjuangkan oleh Aspirasi Mahasiswa. Tahniah GM-UKM kerana telah sudi bersama Aspirasi Mahasiswa.
Ayuh kita lihat apa lagi kejayaan Aspirasi Mahasiswa perjuangankan selama ini.
Di post sebelum ini MB ada dedahkan KONSPIRASI yang telah dijalankan oleh Pro-Mahasiswa atas perancangan oleh Parti Pembangkang. Di dalam post ini MB secara ringkasnya akan menceritakan perancangan jahat yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa di Usim.
Bagi mereka yang memerhati suasana politik kampus di Usim, pasti mereka sedar kemunculan kembali sebuah blog. Blog ini pernah muncul suatu ketika dulu dan telah banyak menimbulkan kontroversi sehingga admin blog tersebut terpaksa di tutup. Kini blog tersebut muncul kembali. Blog yang MB maksudkan adalah :-
Suatu ketika dulu admin terpaksa menutup blog ini kerana pemalsuan maklumat dan penggunaan nama samaran pelbagai orang yang tidak bersalah. Kemunculannya kali ini MB fikir admin telah insaf. Tetapi kesalahan dan penipuan yang sama tetap dilakukan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh lihat di sini dan sini.
Pasti ada yang marah dan bengang dengan MB kerana mendedahkan penipuan ini. Sebenarnya apa yang MB cuba dedahkan disini adalah Konspirasi Terancang yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu dalam menimbulkan ketidaktenteraman kampus Usim. MB terpanggil mendedahkan perkara ini kerana sayangkan keamanan dan kemakmuran kampus Usim.
Satu blog amatur yang MB suka penulisannya yang jelas dan berfakta telah diserang oleh Konspirasi jahat ini. Blog ini adalah selari dengan prinsip MB iaitu mencintai KEAMANAN DAN KEDAMAIAN di dalam kampus. Blog yang MB maksudkan adalah blog USIM DI HATIKU.
Hasil kajian MB mendapati blog USIM DI HATIKU ini telah mendapat tempat di hati pelajar didalam mendapatkan info yang sebenar. Namun hasil risikan MB mendapati satu perancangan jahat telah dilakukan bagi menjatuhkan imej blog ini kerana dikatakan blog ini akan merosakkan perancangan dalam menimbulkan kacau bilau di kampus Usim tercinta.
Hasil Penyelidikan MB mendapati satu fake akaun telah digunakan bagi menimbulkan provokasi terhadap blog ini dan menyerang satu akaun fb yang tidak bersalah dengan mengaitkan sebagai blogger blog tersebut.
Pelbagai fitnah dilakukan dalam menjatuhkan imej blog ini.
Hasil risikan dalaman MB dengan rakan-rakan Pro-Mahasiswa di Usim mendapati tuan punya FB ini berkait rapat dengan USIMKINI. Malah hubungan "Muhammad Abduh" ini sangat rapat dengan pengerusi-pengerusi Pro-Mahasiswa yang lain serta orang kanan Pro-Pembangkang Nasional. Mungkin ada mengatakan MB hanya mereka cerita tentang perkara ini. MB sarankan mahasiswa menganalisis sendiri rakan-rakan FB "Muhammad Abduh" ini.
Sumber risikan dalaman MB dari rakan-rakan Pro-Mahasiswa di Usim mendapati arahan dari pihak atasan supaya menyerang blog USIM DI HATI hingga tahap menjadi seorang kaki fitnah yang penting misi berjaya. Bagi mahasiswa yang baru berjinak-jinak membaca blog pasti akan mempercayai fitnah yang dilemparkan. Sebenarnya fitnah yang berlaku ini adalah satu daripada cabang KONSPIRASI mereka yang akan MB dedahkan selepas ini bersama rakan-rakan blogger MB yang lain!!!
Oh ye...Maklumat dari rakan-rakan Pro-Mahasiswa MB yang berada di Usim mengatakan bahawa ada calon-calon Pro-Mahasiswa yang telah dihantar menjadi calon Pro-Universiti. Mereka ini telah diaturkan dengan perancangan yang halus untuk bertanding atas tiket Pro-Universiti tanpa diketahui oleh pentadbiran universiti. Difahamkan calon-calon Pro-Mahasiswa ini ada yang terlibat di dalam demotransi jalanan. Nantikan pendedahan MB siapa calon tersebut!!! Amaran MB kepada calon Pro-Mahasiswa ini, MB akan mendedahkan segala yang pernah anda lakukan. Jangan sampai anda dibenci mahasiswa diatas perilaku buruk anda.
PENDEDAHAN PANAS KONSPIRASI BERSIH KAMPUS SILA LIHAT
Ada suara-suara sumbang mengatakan Aspirasi akan buat sesuatu yang memalukan negara bagi melawan apa yang telah Pro-Mahasiswa lakukan sebelum ini bertujuan menimbulkan ketegangan dalam negara semasa berlangsungnya Perhimpunan Suara Merdeka Siswa (SMS). Sebenarnya semua itu adalah propanganda yang sengaja di aturkan oleh Fahmi Komunis bagi menimbulkan pandangan serong kepada Aspirasi.
Mari kita lihat Kaedah yang digunakan oleh mahasiswa Aspirasi yang cintakan keamanan.
Nahhh.... Ini caranya.... Bukannya menganggu ketenteraman awam seperti yang puak-puak Pro-Mahasiswa buat tu....
MB rasa kalau Pro-Mahasiswa buat demo lagi nanti, mereka pasti akan ikut cara Aspirasi. Rasa macam PASTI ja. Hari ini Aspirasi buat perhimpunan Aman. Pro-Mahasiswa dengan tergesa-gesa turut nak membalasnya dengan mengadakan Demonstrasi Haram pada esok hari bagi mengotorkan keamanan yang Aspirasi lakukan.
MB ucapkan TAHNIAH kepada ASPIRASI kerana menjadi mahasiswa yang baik dan cintakan keamanan.
Hari ini MB terkejut apabila terjumpa satu kenyataan yang dikeluarkan oleh anak muda yang telah jauh tersesat. rupanya budak ni tak insaf-insaf. Kenyataan kali ini betul-betul memcabar Institusi Kesultanan!!!
Dimana Pas didalam menjawab isu ini??? Dulu Pas dengan garang dan gagah berkata akan mempertahankan Institusi Kesultanan!!! Kenapa MB marah sangat??? Baca kenyataan dibawah ini.
MB baca pun hati panas membara. Bagaimana dengan anda??? Apa pun secara peribadi MB dapat rasakan Khalid Syiah ini dipergunakan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketidakpercayaan rakyat terhadap Sultan. Perancangan rapi telah di aturkan untuk menimbulkan ketegangan. Apapun PAS harus menjawab kenyataan ini!!!
Kehangatan pilihanraya kampus semakin terasa setiap saat. Ini sumber yang MB dapat dari seorang kenalan. Menurut sumber dalaman, kejatuhan kepimpinan Pro-Mahasiswa di selatan tanah air kian ketara. Ini berikutan calon yang mereka ketengahkan didalam penamaan MPP kali ini adalah "tangkap muat" yang mana pada saat akhir calon ini dipujuk dan dirayu untuk bertanding bawah tiket Pro-Mahasiswa.
Menurut sumber MB lagi mengatakan berlaku perbalahan antara kepimpinan Pro-Mahasiswa ini apabila ada akar umbi tidak setuju dengan cara tersebut kerana ia bakal memberi impak negatif kepada Pro-Mahasiswa.
Paling best apabila ada seorang calon Pro-Mahasiswa di gugurkan daripada pencalonan kerana pemalsuan maklumat apabila meletakkan nama lain dan yang datang adalah orang lain. Apa jawapan mereka selepas ini???
Berita paling menarik yang MB dapat adalah seorang calon Pro-Mahasiswa yang mana dahulunya diploma dan menyambung pengajian ke Ijazah turut bertanding. Yang menariknya Calon tersebut telah terkantoi 'berlucah-lucahan' dengan beberapa kekasih. Wauuuu....Menarik... Sumber mengatakan mereka berjaya 'meminjam sekejap' telefon bimbit calon tersebut dan mengkopi O kan segala maklumat dalaman calon tersebut yang ada.
Tunggu pendedahan cerita Calon Pro-Mahasiswa Lucah ini nanti. Pasti Meletup dan 'The Boom".
Pasti bergolak isu ini didalam PRK di selatan tanah air.
Geram MB bila melihat khalid syiah ini seperti tidak pernah insaf-insaf. Mana suara anak uitm johor dalam mempertahankan kedaulatan Sultan anda???
Bagi MB kenyataan yang dikeluarkan Khalid Syiah ini berbau sindiran pedas. Wahai Khalid Syiah, anda tu dah kena gantung belajar. Pergi bantu bini kat rumah lagi baik.
Ayuh sebarkan montaj ini. Bagi MB montaj ini sangat gempak dengan unsur-unsur suspen yang pasti mengerunkan Pro-M. MB melihat arus perjuangan Aspirasi dan Perubahan telah bersatu membentuk serangan dalam melondehkan kejahatan dan keburukkan Pro-M serta Pembangkang.
AMARAN KEPADA PRO-M DI UTARA TANAH AIR.... JANGAN SESEKALI KAMU ROSAKKAN ANAK BANGSA KAMI DENGAN PEMIKIRAN KAMU YANG JAHIL ITU!!!!
MB ingin mendedahkan resolusi yang telah dibuat di Konvesyen Pro-M ini. Berikut adalah resolusi JAHAT yang dibuat bagi menghancurkan negara :
1. "Bersih Kampus" menjadi agenda utama.
- Tidak bersih lagi ke kampus selama ini??? Pro M bebas bergerak ke sana sini di dalam kampus. Yang menjadi penyebab ketidakbersihan kampus adalah kejahatan demonstrasi yang dilakukan oleh Pro-M.
2. Satu demonstrasi akan diadakan untuk menuntut PRK yang bersih dan adil sebelum Pilihanraya Kampus dijalankan.
- Ini adalah satu perancangan jahat yang sengaja dilakukan bagi menimbulkan kekecohan dalam negara tercinta. Mari lihat apa yang Pro-M dan Persatuan Mahasiswa Islam lakukan dalam DEMO GAGAL.
3. Mengambil KPT mengambil tindakan segala tuntutan bersih kampus.
- Setelah Menteri KPT dihina sehingga begitu sekali, mereka masih bermuka tebal menuntut yang bukan-bukan kepada KPT. Inikan sikap sebenar seorang yang dikatakan beragama???
Dalam post ini, ini sahaja yang MB akan dedahkan. Resolusi seterusnya akan MB dedahkan tidak lama lagi. Nantikan pendedahan yang lebih mengejutkan dari MB!!!!
Bahang Pilihanraya Kampus kian terasa kerana tempoh tidak sampai sebulan ini akan memberi imej kepada pentadbiran negara sekiranya kumpulan yang pro kerajaan tumpas di dalam Pilihanraya Kampus kali ini.
Semenjak pendedahan tarikh Pilihanraya Kampus ini di war-warkan, pelbagai pihak mula kelihatan gelisah untuk memenangi hati para pelajar di kampus IPTA.
Kepincangan di dalam pergerakan Pro Pembangkang makin kelihatan runtuh menjadi debu. Ini dilihat apabila hampir kesemua kampus tidak mahu menggunakan nama PRO MAHASISWA didalam pergerakan Pilihanraya kali ini. Mereka lebih selesa menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam amnya. Sedangkan orang yang sama mengerakkan PRO MAHASISWA di setiap kampus. Pergolakkan PRO MAHASISWA dapat dirasai di UM. Kebiasaannya pergerakan Pro Pembangkang ini bermula di Universiti Malaya. Tetapi kali ini dapat dilihat PRO MAHASISWA UM kian lesu.
Setelah melihat senario awal bakal menghadapi kekalahan yang teruk didalam Pilihanraya Kampus kali ini, Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengarahkan pasukannya untuk merancang kembali pergerakkan PRO MAHASISWA ini dengan mengadakan Konvesyen pada Ahad ini bagi melantik kepimpinan baru PRO MAHASISWA.
Desa desus yang MB dengar kepimpinan ini telah pun diatur di peringkat atasan pembangkang siapa yang akan menjadi barisan kepimpinannya. Konvesyen ini hanya dibuat sebagai syarat untuk menutup agenda sebenar mereka ini. MB terdengar dari akar umbi pergerakan ini yang tidak berpuasa hati dan mempersoalkan kenapa calon-calon untuk jawatan Presiden ini hanya di ambil daripada kampus lembah klang??? Sedangkan jika dilihat kepimpinan GEMPUR di Pantai Timur lebih sesuai untuk memimpin PRO MAHASISWA NASIONAL ini. Dari Selatan tanah air turut berbunyi mengatakan kepimpinan PMI UTM lebih layak memimpin PRO MAHASISWA NASIONAL. Wah.... ramai yang nak mengejar jawatan ini. Kenapa???
MB secara peribadi mengatakan HARAM untuk datang ke konvensyen ini sekiranya anda mencintai keamanan dan kedamaian negara tercinta ini. Pikir-pikirlah...
Walaupun video ini adalah beberapa tahun yang lepas, MB sengaja masukkan juga dalam post ini supaya para pelajar di kampus dapat melihat sendiri provokasi-provokasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang hipokrit yang bergerak atas nama Persatuan Mahasiswa Islam.
Jika dulu dapat dilihat mereka berpusat di Universiti Malaya, kini mereka berkemungkinan beralih ke Selatan Tanah Air. Ini berlaku setelah pergolakkan di dalam PMI sendiri atas pelbagai faktor antaranya perebutan kuasa, perebutan Perempuan, Percintaan, Perjuangan dan lain-lain lagi.
Nanti MB akan post pergerakan PMI di masa sekarang yang mana benar-benar mengkhianati negara tercinta ini. Nantikan pendedahannya nanti.
Bahang pilihanraya kampus kian terasa. Jika di lihat pelbagai kaedah dan strategik di gunakan samada dari pihak Pro kerajaan mahupun Pro pembangkang.
Apa yang menarik yang cuba MB sampaikan disini ialah gerakan Pro Pembangkang yang telah banyak menghuru harakan kampus sejak dua menjak ini telah mengaku kalah dengan tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kampus untuk kali ini. Kenapa MB berkata begitu??? Lihat di sini.
MB dapat merasakan ketakutan yang di rasai oleh Pro Mahasiswa setelah pendedahan demi pendedahan yang dilakukan MB, Blogger Kapak dan rakan-rakan blogger yang lain tentang kejahatan dan kezaliman mereka telah lakukan sehinggakan mereka tidak lagi berani menggunakan nama Pro Mahasiswa.
Disebabkan keburukkan nama Pro Mahasiswa ini yang berpunca daripada campur tangan politik luar hanya kerana kepentingan Bang Anwar Bin Ibrahim, puak-puak pengkhianat bangsa ini kembali menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam bagi mendapatkan simpati pelajar baru. Rata-rata pelajar tidak tahu bahawa PMI ini adalah Pro Mahasiswa. MB menyeru kepada seluruh rakan untuk mendedahkan puak-puak ini.
Pendekatan yang mereka gunakan sangat halus. Mereka hipokrit di sebalik topeng bahawa mereka ini islamik. Mereka berbaik-baik dengan pentadbiran Universiti. Disebaliknya mereka mempunyai agenda tersendiri dan dibayangi Bang Anwar Bin Ibrahim.
Adakah ini budaya orang islam kita? Menyerahkan batu nisan. Keji perbuatan ini. Bertambah Maha Keji apabila ia dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam. Ada sesetengah kampus tidak menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam tetap menggunakan platform rakan masjid, kelab Iqra dan pelbagai lagi nama islam. MB harap pelajar baru berhati-hati dengan anasir-anasir ini.
MB sediakan video ini untuk tantapan anda semua. Kebanyakkan dalam video ini adalah budak-budak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) .