KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 8 June 2012

MARI LIHAT DAP DAN KEADILAN BULI PAS??? TERBAIK!!!

FAHMI REZA,PMI DAN SMM KEMBANG KECUT KEBANGGAAN???


Kenyataan media pihak PTPTN telah memberi rasional kenapa pembekuan "sementara waktu" pinjaman kepada pelajar Unisel telah dibuat dengan berkata PTPTN berbuat demikian demi memberi peluang kepada DAP dan PR untuk menyediakan pendidikan percuma.

MB disini menegaskan bahawa pelajar Unisel harus mengucapkan terima kasih kepada mereka ini kerana berjaya mencapai matlamat untuk memansuhkan PTPTN dalam demonstrasi yang diadakan tempoh hari. 

Ini antara otai-otai yang berjaya dengan matlamat mansuhkan PTPTN ini.


Dan para pelajar Unisel sendiri boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam demotrasi di dataran Merdeka tempoh hari. MB turut mengucapkan tahniah kepada mereka ini. Dan dengar khabar-khabarnya mahasiswa-mahasiswi yang ada dalam gambar ini telah dikenalpasti serta bakal juga mendapat "pendidikan" percuma dari DAP dan PR. Betul tak betul, kita tunggu jerlah nanti. Lagipun ia hanya khabar angin.

Oppsss... Tidak dilupakan juga bahawa seluruh pelajar Unisel harus mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Fahmi Komunis dan "bini"nya kerana berjaya menjadi PERANCANG UTAMA DEMO PTPTN tempoh hari. Malah sanggup mengadakan bengkel bagaimana untuk berdemostrasi tempoh hari di dataran merdeka walaupun kehadirannya hanya beberapa orang sahaja. 

TETAPI HAKIKAT YANG RAKYAT HARUS KETAHUI ADALAH :- 


Hasil daripada pendidikan percuma yang bakal diberikan kepada Unisel, DAP dan PR telah terpaksa mengapungkan tanah seluas 500ekar. Persoalan yang bermain-main di fikiran MB juga ialah berapa lama tanah tersebut akan diapungkan? Malah turut dinyatakan bahawa ia adalah pelan sementara waktu.


MB perhatikan bahawa apabila PTPTN ini dibekukan sementara waktu, Bang Anwar Bin Ibrahim masih belum keluarkan kenyataannya berhubung isu ini setakat saat MB menulis artikel ini. Dan MB mengucapkan tahniah kepada Bang Anwar Bin Ibrahim kerana telah berjaya melatih PMI dan SMM dalam demostrasi tempoh hari. Hasil DEMO yang dibuat yang pertama adalah pendidikan percuma di Unisel dengan pertukaran 500 ekar tanah. Selepas ini MB dengar ura-ura ia akan diteruskan ke KUIN, KUIS dan universiti lain lagi. Rasa-rasanya berapa banyak tanah yang akan diapungkan lagi selepas ini???


*MB dapat maklumat daripada dalaman Unisel menyatakan bahawa ada pegawai di Unisel yang call hari-hari ke PTPTN minta di berikan pinjaman kepada pelajar Unisel ini. Kata minta mansuh. Kenapa perlu menganggu PTPTN lagi?

VIDEO KUNING TERBAIK 2012!!! STIM ABIS!!!UNTUK 21THN KE ATAS K

DEMONTRASI BESARAN AKAN DIADAKAN LAGI??? PENING MIKIR...


Apa nak jadi dengan puak-puak pembakang ni.... Bersih 3.0 yang lalu telah banyak merugikan negara. Kini nak buat demontrasi lagi. MB harap rakyat mula sedar penipuan dan provokasi yang cuba di mainkan pembangkang ini.

PR KOTAKAN JANJI PENDIDIKAN PERCUMA DI SELANGOR!!! TERBAIK!!!


Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.

"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.

Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.
"Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya.



MB ingin mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang bagaimana beliau hendak membantu pelajar Unisel yang tidak mendapat pinjaman PTPTN tersebut. Disini MB ingin mempersoalkan beberapa pertanyaan supaya rakyat dapat berpikir:

1) Kerajaan Pakatan akan mengapungkan aset Unisel dan dianggarkan ia akan berjaya memperolehi RM30 juta daripada aset tersebut. Sebahagian daripada RM30juta tersebut akan digunakan untuk membantu para pelajar tersebut. Persoalannya, kenapa sebahagian??? Sebahagian lagi di manakah akan disalurkan???

2) Jika direnung sejarah yang berlaku sejak kebelakangan ini, DAP dan sekutunya PR sendiri menabur janji-janji manis dan mendesak dimansuhkan PTPTN ini. Persoalannya, kenapa bila berlaku perkara ini, DAP dan sekutunya PR menyatakan Kerajaan BN salahguna kuasa dan menuntut diberikan semula pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel?

3) Desakan pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma turun dilancarkan roadshownya ke seluruh negara malah diadakan DEMOTRASI besaran di Kuala Lumpur. Dalam roadshow tersebut diceritakan bahawa DAP dan PR sudah ada strategik bagaimana untuk memberi pendidikan percuma ini dan pemansuhan PTPTN. Kenapakah DAP dan PR tidak bersedia melakukannya kini di Unisel???

*Disini MB ingin meminta rakyat berpikir sejenak. PTPTN hanya dibekukan di Unisel sahaja kini. Tindakan yang dibuat oleh DAP dan PR adalah menjual 500 ekar tanah. Bagaimana apabila memerintah negara???

Renung-renungkan...

PKR Perlu Bertanggungjawab Isu Pendidikan Percuma - Muhyiddin Yassin 7/6...

Thursday, 7 June 2012

ANWAR GENTAR DGN PENURUNAN HARGA PETROL OLEH BN!!!


KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Rabu bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. - BERNAMA



MB mengucapkan tahniah kepada kepimpinan kerajaan kerana berjaya mengotakan janji menurunkan harga minyak petrol. Rakyat tidak perlu lagi tertipu dengan janji-janji Bang Anwar Bin Ibrahim untuk menurunkan harga minyak kerana terbukti kerajaan sekarang pun turun mampu menurunkan harga minyak.

PKR KETAKUTAN DENGAN PEMANSUHAN PTPTN???


Apa yang MB nak ulas di sini bahawa Rafizi Ramli ni cakap tidak serupa bikin la. Kata nak beri pendidikan percuma. Tapi kena sekarang ini pula nak PTPTN pula. Kesimpulannya nak mansuh ke tidak ni?

Tunggu jawapan daripada menteri KPT pada hari ini.

:)

AWAS MASYARAKAT INDIA!!!


MB mengesah supaya masyarakat India tidak tertipu lagi dengan janji-janji madu Bang Anwar Bin Ibrahim...

Renung-renungkan dan sebarkan.

DAP PROVOK UMNO KAW-KAW???



Apabila Guan Eng menyatakan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang "  Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam  " ( utusan Malaysia (Awang selamat) 13 mei 2012). dan ini menyebabkan  semua 10 adun BN keluar dewan untuk membantah kenyataan tersebut.

Persoalan timbul, kenapa Guan Eng membuat kenyataan tersebut sedangkan Guan  Eng amat memahami yang kenyataan tersebut akan ditafsirkan sebagai kenyataan yang  berunsur " rasist" Dan Akan ditentang hebat oleh UMNO mungkin juga orang-orang Melayu Pulau Pinang.

Malah persoalan juga timbul kenapa pula Guan Eng Cuba untuk melaga-lagakan  antara UMNO dan orang Melayu dengan penganut agama Hindu Dan orang-orang India.  Atau adakah Guan Eng cukup yakin bahawa DAP dan Kerajaan Negeri  mendapat undi " solid " Dari orang-orang Cina Pulau Pinang kerana itu dia  tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk Gerakan ataupun MCA kerana  Guan Eng tahu MCA dan Gerakan bukan ancaman kepada DAP.

Ketiga-tiga persoalan tersebut adalah berakarkan kepada satu strategi politik  Guan Eng dan DAP iaitu provokasi " untuk menguasai minda pemimpin-pemimpin  BN dan para strategi BN. Apa pun yang berlaku Guan Eng telah berjaya membina  persepsi iaitu UMNO adalah penyebab kepada " musnahnya kuil Hindu " (seperti kenyataan di DUN) Dan ditambah lagi dengan kenyataan untuk membina " persepsi " sekira UMNO memerintah Pulau Pinang banyak lagi kuil Hindu akan  di robohkan. Mungkin strategi Guan Eng ialah untuk merobohkan tahap kenyakinan orang  India kepada UMNO dan akhirnya pengundi kaum India akan kembali kepada  pakatan rakyat. Ini mungkin impak yang cuba Guan Eng lakukan , satu  strategi yang cukup baik dan berkesan.

Apakah 10 org ADUN Umno Pulau Pinang akan " menyerang terus menyerang  " Guan Eng dan menjadikan ia sebagai strategi politik ?  Ya di peringkat  awal tapi tidak consistant diperingkat pertengahan dan akhir. Tiada  strategi " follow up " untuk pastikan ia menjadi strategi berkesan dalam  menekan Guan Eng . Yang jelas UMNO terlepas peluang yang terbuka untuk  " attack " Guan Eng dan DAP.

Tetapi Guan Eng berjaya membina " persepsi " untuk menyalahkan UMNO. Inilah  kebijaksanaan Guan Eng dalam peperangan saikologi dengan pemimpin UMNO dan  BN. Strategi ini juga di pakai oleh Guan Eng sebelum pilihanraya umum  ke 12, iaitu membina persepsi anti UMNO dikalangan pengundi Cina Pulau  Pinang, dengan myatakan betapa dominannya UMNO dalam BN . Akhirnya Guan Eng  berjaya memasukkan persepsi tersebut dalam minda pgundi Cina dan menyebabkan  pengundi Cina menolak MCA dan Gerakan di Pulau Pinang dengan kekalahan  semua kerusi yang dipertandingkan oleh MCA dan Gerakan.

Jadi PRU 13 terutamanya strategi untuk mgekalkan kuasa pemerintahan sebagai  kerajaan di Pulau Pinang, Guan Eng masih mahu mengunakan strategi "  provokasi " dan strategi " membina persepsi " dalam berhadapan dengan UMNO .  Daripada apa yang dibuat oleh Guan Eng pada masa ini amat jelas " Guan Eng  tahu dimana kelemahan UMNO ". Para pemimpin UMNO Pulau Pinang wajib  berhati-hati dalam semua Hal yang berkaitan dengan Guan Eng, jangan tersalah  langkah seperti PRU 12.

sumber dipetik di sini.

USTAZ AZHAR IDRUS HABAQ ORANG PAS MATI PUCUK??? HAHAHAHA


Pada minit ke 4minit 23 saat, Ustaz Azhar Idrus ada menyatakan pasal mati pucuk. Adakah ahli PAS yang datang ke program ini antara orang yang mati pucuk?

:)

Wednesday, 6 June 2012

KERAJAAN BANTU SIARKAN MANIFESTO DAP??? TERBAIK!!!



Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini dilaporkan berkata bahawa susulan daripada kelulusan kertas kabinet yang dibentangkan bagi menjamin kesamarataan kepada parti-parti yang bertanding, kerajaan akan membenarkan parti-parti politik menyiarkan manifesto masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang kempen PRU 13 nanti.


Walaubagaimanapun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menegaskan bahawa kebebasan ini adalah bersyarat dan berharap jangan ada yang salah faham tentang perkara ini. Pihak RTM hanya akan buka untuk iklan manifesto sahaja supaya rakyat dapat menilai janji-janji yang ditaburkan oleh mana-mana parti yang bertanding.


MB merasakan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan hari ini adalah sangat telus dan mengharapkan rakyat dapat menilai sendiri kebenaran yang dibohongi oleh Pakatan Rakyat selama ini. MB memuji langkah terbaru yang dibuat oleh kerajaan hari ini. Dan MB mengharapkan DAP dan sekutunya tidak memainkan isu ini kerana ini adalah sesuatu yang sangat baik keterbukaan daripada pihak kerajaan.

DAP AKAN MENJADI PM MALAYSIA NANTI??? INI BUKTINYA!!!


Pas 'pak turut' tak layak ganti UMNO


SEGAMAT 4 Jun - Pas perlu cermin diri dan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu sebelum berangan-angan untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu dan Islam di negara ini.


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, parti tersebut tidak layak menjadi pengganti UMNO kerana tidak mempunyai kekuatan dan hanya berperanan sebagai 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.


"Saya tidak fikir Pas boleh lakukan (Pas ganti UMNO) kerana bilangan kerusi Pas tidak mencukupi untuk menggantikan UMNO. UMNO adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN), ini berbeza dengan Pas kerana sudah tentu tidak boleh menjadi tulang belakang pakatan pembangkang.


"Sebab kedua ialah Pas hanya pengikut, dia bukan di depan atau di kiri atau kanan tetapi di belakang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Minda Islam di Dataran Segamat, di sini malam tadi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah kelmarin, menyatakan kesediaan parti itu menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.


Hasan yang juga bekas Exco Selangor berkata, berbeza dengan kedudukan UMNO yang diterima dan diiktiraf MCA dan MIC, Pas sebenarnya hanya dipergunakan untuk kepentingan pakatan pembangkang.


"Jadi macam mana nak tandingi UMNO kerana Pas hanya jadi parti di belakang. UMNO sudah lama di depan dalam BN dan hakikat ini diterima MCA dan MIC. Pas hanya menyusur di akar, yang tegak menjadi dahan dan batang ialah DAP dan PKR," katanya.
Beliau berkata, Pas juga tidak mempunyai pengalaman, ilmu dan kemahiran dalam mengurus negara dan ia dibuktikan di negeri yang kini ditadbir oleh parti itu.
Mengenai kemampuan BN menawan semula Selangor, beliau berkata, strategi yang harus digunakan adalah meletakkan 60 peratus muka baru dan jika itu tidak dilakukan, peluang menawan semula negeri tersebut adalah tipis.


Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan mendedahkan semasa beliau menjadi pemimpin Pas, seorang pemimpin tertinggi parti tersebut pernah menyatakan 'sanggup makan babi' bersama pemimpin DAP daripada makan ayam bersama Perdana Menteri sebagai kiasan menolak kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan Pas yang dicadangkannya.
Beliau berkata, kata-kata itu jelas menunjukkan Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO berbanding keikhlasan UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia menerima kerjasama dan perpaduan antara dua parti Melayu itu.


SUMBER DI PETIK DI SINI.

MB ingin mengulas kenyataan oleh Presiden PAS baru-baru ini yang menyatakan bahawa PAS sudah bersedia untuk mengantikan UMNO wadah utama bagi umat Melayu dan Islam. Secara peribadi MB mendesak supaya PAS terlebih dahulu menjadi Ketua kepada Pakatan Rakyat. PAS perlu berdiri di atas perjuangan sebenarnya dalam memperjuangkan ISLAM. 



Jika di lihat daripada statistik Jumlah kerusi Parlimen sekarang, PAS memiliki jumlah kerusi yang paling sedikit di dalam PAKATAN RAKYAT. MB yakin bahawa rakyat Malaysia tidak sedar bahawa DAP memiliki jumlah kerusi yang paling banyak. Secara tidak langsung adakah DAP hendak membiarkan parti lain memerintah jika memenangi Pilihanraya nanti???

MB ingin mengajak seluruh rakyat berpikir  bersama-sama MB dengan apa yang MB terpikir ini. DAP menyokong dan mengangkat Bang Anwar Bin Ibrahim sebagai Ketua malah setuju menjadikan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM kerana Bang Anwar Bin Ibrahim telah menjadikan TPM kepada DAP. Jika dilihat dengan isu semasa sekarang ini terlalu banyak hak keistimewaan Melayu dipertikaikan. Malah ada kenyataan dari DAP menyatakan tidak salah PM itu bukan Melayu. Secara peribadi MB terpikir, sekiranya Bang Anwar Bin Ibrahim berjaya menjadi PM apa akan terjadi pada negara tercinta ini. Malah yang menjadi persoalan ialah siapa yang bakal mengantikan Bang Anwar Bin Ibrahim pula selepas itu??? Analisis yang MB buat sendiri secara peribadi menyatakan DAP pasti akan menimbulkan provokasi untuk mengantikan Bang Anwar Bin Ibrahim nanti kerana mereka yang layak jika di ikut daripada jumlah pengiraan kerusi yang di menangi dan di pertandingkan.

MB menyeru rakyat bersama-sama berpikir keburukan yang bakal terjadi kepada negara sekiranya Bang Anwar Bin Ibrahim Memerintah. Renung-renungkan...

ADAM ADLI MENGELABAH DENGAN JANJI-JANJINYA???PMI TERTIPU!!!

KENYATAAN MEDIA AMK MALAYSIA 6 JUN 2012


SEKATAN PENDANAAN PENGAJIAN TINGGI DI UNISEL SEBAGAI BUKTI KERAJAAN UMNO-BN MENGHUKUM MAHASISWA KERANA MENYOKONG DASAR PENDIDIKAN PERCUMA PAKATAN RAKYAT


Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia berasa kesal dengan tindakan PTPTN dan pentadbiran kerajaan BN yang menyekat pinjaman pengajian mahasiswa baru UNISEL seperti yang dilaporkan. Tindakan ini jelas menunjukan sikap zalim dan tidak profesional UMNO Barisan Nasional di dalam memberikan khidmat kepada mahasiswa dan anak muda.

Tindakan ini persis menghukum mahasiswa dan anak muda kerana menyokong dasar baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan pendidikan percuma dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.

Jika benar slogan Dato Seri Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan’ seharusnya regim UMNO Barisan Nasional memikirkan langkah untuk mengukuhkan sistem pendanaan pengajian tinggi mahasiswa. 

Namun malang rakyat Malaysia kerana berlaku sebaliknya. BN dengan rakus menghukum sokongan mahasiswa ini dan menuding tanggugjawap pendidikan ini kepada kerajaan negeri.

Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa, Malaysia adalah Negara yang menjunjung perlembagaan. Di dalam Jadual 9, senarai I perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa pendidikan merupakan salah satu daripada tanggungjawap Kerajaan Persekutuan. Justeru adalah tidak adil untuk pihak BN selaku kerajaan persekutuan melapaskan tanggungjawap ini sewenang-wenangnya kepada kerajaan negeri.

Pihak kerajaan negari juga terpaksa menanggung beban dengan perlu membayar lebih RM 24 juta hasil perjanjian konsesi berat sebelah kerajaan negeri dan syarikat kroni sewaktu UMNO memegang pentadbiran Selangor.

Pihak Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa tindakan zalim ini akan mengundang padah yang lebih besar dan meniup lagi kebangkitan Mahasiswa. Saya ingin menyeru dan mendesak pihak yang bertanggungjawap agar menimbang semula langkah dangkal yang dicadangkan untuk diambil dengan menyekat pinjaman kepada Mahasiswa atas alasan kerajaan BN tidak mampu menawarkan dasar pendidikan percuma yang memihak kepada rakyat. 

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Pengarah Biro Mahasiswa AMK Malaysia
0133005461


MB sangat geli hati apabila kenyataan media ini. Bukankah DAP dan sekutu kuatnya Bang Anwar Bin Ibrahim beria-ia untuk memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma. Kenapa sekarang ini AMK melenting pula apabila PTPTN Unisel disekat? Berilah pendidikan percuma kepada para pelajar unisel. Untuk maklumat para rakyat Malaysia yang tercinta, Unisel adalah berada dibawah kelolaan kerajaan Selangor iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.

MB disini mencabar DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim mengotakan janji-janjinya. Malah MB mendapat maklumat bahawa SMM sendiri telah melancarkan roadshow pendidikan percuma yang mana ia dihadiri oleh Khalid Syiah, Adam Tiang, Haziq dan beberapa pemimpin pelajar Unisel dan pelajar Uitm. Malah ia dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR yang menaburkan pelbagai janji-janji madu kepada pelajar yang tak masuk dek akal.

MB ingin menyeru seluruh ahli Persatuan Mahasiswa Islam menolak SMM dan DAP serta sekutu kuatnya Bang Anwar Bin Ibrahim ini daripada memecah belahkan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia.Mari bersama MB menyampaikan kebenaran-kebenaran yang dimanipulasi dan diperbodohkan oleh mereka ini.

Tuesday, 5 June 2012

MUZAKARAH PAS DAN UMNO BERJAYA AKHIRNYA???


MB menegaskan bahawa PAS dan UMNO harus bermuzakarah. Bukan perdebatan yang dipertekankan. Jangan terpengaruh dengan Bang Anwar Bin Ibrahim.

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.... Bermuzakarah dan Bersatulah PAS dan UMNO...

KELEMBUTAN UNTUK KELANTAN... MAI TRY TEST TGK!!!!


JOM KITA TRY TEST TUKAR KE BN PLAK WAHAI RAKYAT KELANTAN....

Monday, 4 June 2012

PLANNING ANWAR DIDEDAHKAN LAGI??? TERBUKTI LAGI!!!


Segala yang diperkatakan ini secara jelasnya rakyat boleh nilai. MB secara peribadi menyatakan Bang Anwar  Bin Ibrahim memang ada merancang untuk melakukan sesuatu apabila di umumkan BN menang pada pru 13 ini. Ini berikutan apa yang Bang Anwar Bin Ibrahim lakukan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

MB ingin mengajak rakyat berfikir sejenak beberapa perkara iaitu :

1) Kenapakah Bang Anwar Bin Ibrahim menghentam SPR dengan mengadakan BERSIH???
2) Kenapakah Bang Anwar Bin Ibrahim menghentam pihak PDRM dengan mengatakan PDRM ini mengikut telunjuk UMNO???
3) Kenapakah ada unsur-unsur Pakatan Rakyat ini mempertikaikan hak Kesultanan Melayu???
4) Kenapakah Pakatan Rakyat secara tidak langsung cuba menghentam ketenteraan Malaysia???
5) Dan mengapakah hari ini Bang Anwar Bin Ibrahim menyokong LGBT???

Secara kesimpulan yang dapat MB rumuskan bahawa semuanya ini sengaja dibangkitkan supaya mudah bagi Bang Anwar Bin Ibrahim untuk menimbulkan provokasi apabila kalah di dalam pru 13 nanti setelah ia menyemai perasaan benci dan ketidakpercayaan kepada SPR, PDRM, Sultan dan lain-lain.



"GUNAKAN HAK BERFIKIR, SEBELUM HAK BERSUARA"

KENAPA PERLU PAS&UMNO BERSATU???TERBUKTI!!!

AMARAN PAS KEPADA DAP???


Persoalannya di sini, mampukah PAS mempertahankannya kenyataannya ini??? MB berkata sedemikian kerana secara peribadi hari ini MB melihat PAS tunduk kepada DAP dan sekutu rapatnya Bang Anwar Bin Ibrahim. Rakyat boleh nilai sendiri samada benar atau tak kenyataan MB ini.

MB lebih rela melihat PAS bersendirian menghadapi pilihanraya ini daripada berpakat dengan DAP dan sekutunya. Jika PAS menang PRU ini, MB lebih rela melihat kepimpinan PAS yang meminpin sepenuhnya kerajaan daripada melihat DAP dan sekutu rapatnya Bang Anwar Bin Ibrahim menjadikan PAS sebagai Kuda Tunggangannya.

SMM,PMI DAN RAKYAT HARUS NILAI PEMBOHONG INI!!!

DAP DAN SEKUTUNYA PERMAINKAN TAKBIR??? TERBUKTI!!!


Jika anda fahami betul-betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Idris Sulaiman ini, ternyata amalan takbir yang dilakukan oleh PAS adalah menyanggahi Sunnah. MB tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan PAS ini. Apa yang MB ingin timbulkan atau persoalkan disini ialah bagaimana dengan takbir yang dilaungkan oleh sesetengah pemimpin DAP???


Jika apa yang dilakukan PAS sudah menyanggahi Sunnah, adakah apa yang dilakukan oleh DAP ini BETUL?? Adakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS hendak biarkan sahaja perkara ini berlaku? 


Bagaimana pula dengan Bang Anwar Bin Ibrahim yang telah banyak bukti-bukti menyatakan dia menyokong LGBT dan Yahudi ini pula???

Ayuh anak bangsa ku... Demi agama, bangsa dan tanahair tercinta ini,kita wajib pertahankan negara ini daripada pengkhianat-pengkhianat negara ini. Sampaikan fakta ini hingga ke akar umbi.

ADAM ADLI KETAKUTAN BALIK PENENG???

Sunday, 3 June 2012

TAKUT UNTUK BERDEBAT DENGAN PEMUDA UMNO!!!KEHKEHKEH...


Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa Hiu Woong Sin ini? Untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia amnya, Hiu Woong Sin ini adalah individu yang menimbulkan kekecohan pada satu majlis bersama Perdana Menteri di London pada 15 Mei 2012. Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan Malaysia di pandang buruk oleh masyarakat antarabangsa. 

Kesan daripada kekecohan yang dilakukan oleh Hiu Woong Sin ini juga boleh membantukan perkembangan hubungan dua hala Malaysia, pelaburan Malaysia dan ketakutan kepada pelancongan untuk datang ke Malaysia. Secara peribadi MB merasakan kekecohan yang dilakukan memang dirancang dengan penuh terperinci.

Sebagai rakyat Malaysia, MB mengajak anda semua fikir-fikirkan tindakan yang dilakukan oleh DAP dan sekutu Pakatannya ini. Sekiranya mereka memerintah Malaysia, apa akan terjadi jika dari sekarang kita telah lihat sikap mereka yang masih tersembunyi ini??? Hendakkah anda gadaikan negara ini kepada petualang-petualang ini???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...