KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday 6 June 2012

DAP AKAN MENJADI PM MALAYSIA NANTI??? INI BUKTINYA!!!


Pas 'pak turut' tak layak ganti UMNO


SEGAMAT 4 Jun - Pas perlu cermin diri dan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu sebelum berangan-angan untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu dan Islam di negara ini.


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, parti tersebut tidak layak menjadi pengganti UMNO kerana tidak mempunyai kekuatan dan hanya berperanan sebagai 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.


"Saya tidak fikir Pas boleh lakukan (Pas ganti UMNO) kerana bilangan kerusi Pas tidak mencukupi untuk menggantikan UMNO. UMNO adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN), ini berbeza dengan Pas kerana sudah tentu tidak boleh menjadi tulang belakang pakatan pembangkang.


"Sebab kedua ialah Pas hanya pengikut, dia bukan di depan atau di kiri atau kanan tetapi di belakang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Minda Islam di Dataran Segamat, di sini malam tadi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah kelmarin, menyatakan kesediaan parti itu menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.


Hasan yang juga bekas Exco Selangor berkata, berbeza dengan kedudukan UMNO yang diterima dan diiktiraf MCA dan MIC, Pas sebenarnya hanya dipergunakan untuk kepentingan pakatan pembangkang.


"Jadi macam mana nak tandingi UMNO kerana Pas hanya jadi parti di belakang. UMNO sudah lama di depan dalam BN dan hakikat ini diterima MCA dan MIC. Pas hanya menyusur di akar, yang tegak menjadi dahan dan batang ialah DAP dan PKR," katanya.
Beliau berkata, Pas juga tidak mempunyai pengalaman, ilmu dan kemahiran dalam mengurus negara dan ia dibuktikan di negeri yang kini ditadbir oleh parti itu.
Mengenai kemampuan BN menawan semula Selangor, beliau berkata, strategi yang harus digunakan adalah meletakkan 60 peratus muka baru dan jika itu tidak dilakukan, peluang menawan semula negeri tersebut adalah tipis.


Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan mendedahkan semasa beliau menjadi pemimpin Pas, seorang pemimpin tertinggi parti tersebut pernah menyatakan 'sanggup makan babi' bersama pemimpin DAP daripada makan ayam bersama Perdana Menteri sebagai kiasan menolak kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan Pas yang dicadangkannya.
Beliau berkata, kata-kata itu jelas menunjukkan Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO berbanding keikhlasan UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia menerima kerjasama dan perpaduan antara dua parti Melayu itu.


SUMBER DI PETIK DI SINI.

MB ingin mengulas kenyataan oleh Presiden PAS baru-baru ini yang menyatakan bahawa PAS sudah bersedia untuk mengantikan UMNO wadah utama bagi umat Melayu dan Islam. Secara peribadi MB mendesak supaya PAS terlebih dahulu menjadi Ketua kepada Pakatan Rakyat. PAS perlu berdiri di atas perjuangan sebenarnya dalam memperjuangkan ISLAM. 



Jika di lihat daripada statistik Jumlah kerusi Parlimen sekarang, PAS memiliki jumlah kerusi yang paling sedikit di dalam PAKATAN RAKYAT. MB yakin bahawa rakyat Malaysia tidak sedar bahawa DAP memiliki jumlah kerusi yang paling banyak. Secara tidak langsung adakah DAP hendak membiarkan parti lain memerintah jika memenangi Pilihanraya nanti???

MB ingin mengajak seluruh rakyat berpikir  bersama-sama MB dengan apa yang MB terpikir ini. DAP menyokong dan mengangkat Bang Anwar Bin Ibrahim sebagai Ketua malah setuju menjadikan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM kerana Bang Anwar Bin Ibrahim telah menjadikan TPM kepada DAP. Jika dilihat dengan isu semasa sekarang ini terlalu banyak hak keistimewaan Melayu dipertikaikan. Malah ada kenyataan dari DAP menyatakan tidak salah PM itu bukan Melayu. Secara peribadi MB terpikir, sekiranya Bang Anwar Bin Ibrahim berjaya menjadi PM apa akan terjadi pada negara tercinta ini. Malah yang menjadi persoalan ialah siapa yang bakal mengantikan Bang Anwar Bin Ibrahim pula selepas itu??? Analisis yang MB buat sendiri secara peribadi menyatakan DAP pasti akan menimbulkan provokasi untuk mengantikan Bang Anwar Bin Ibrahim nanti kerana mereka yang layak jika di ikut daripada jumlah pengiraan kerusi yang di menangi dan di pertandingkan.

MB menyeru rakyat bersama-sama berpikir keburukan yang bakal terjadi kepada negara sekiranya Bang Anwar Bin Ibrahim Memerintah. Renung-renungkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...