KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

DAP MENCABAR MELAYU LAGI!!!

Apakah kes ini? Sudah lama MB bersabar dengan bangsat ini! Ingin mencabar maruah Melayu. Ingin menghapuskan Melayu di Pulau Pinang?

Silat merupakan seni mempertahankan diri sama juga seperti Silambam, Kungfu, Tai chi, Karate dan lain-lain. Malah Silat ternyata salah satu cara menyihatkan tubuh badan dan mampu memberi kesihatan yang baik. Apakah buta kayu mamat ini?

Masih sedap tidurkah Melayu? Mana suara pemimpin-pemimpin PAS dalam menegur rakan seperjuangan kamu ini? Atau adakah PAS sendiri menyetujui perkara ini?

Dimanakah suara anak muda yang sibuk berdemo sana sini? Dimanakah suara PRO MAHASISWA, GAMIS, dan lain-lain?

Kembalilah kepada perjuangan sebenar wahai bangsa ku!!!

Monday, 16 September 2013

SIAPA HARUS BERTANGGUNGJAWAB???

Realitinya terlalu banyak provokasi yang dilakukan oleh segelintar mereka yang berpengaruh ini. Hakikatnya jika rakyat Malaysia khususnya anak muda dan mahasiswa mempunyai nilai dan semangat cintakan tanah air, pasti mereka tidak berani melakukannya.

Ketuanan Melayu ataupun fakta sebenar sejarah seperti kontrak sosial dan rukun negara harusndan MESTI di kembalikan semula dalam diri rakyat Malaysia.

MAHASISWA KINI HILANG NILAI DIRINYA

Apa nak jadi pada anak muda Malaysia sekarang? Adakah semua mahasiswa mempunyai pendirian begini?

Persoalan MB disini, siapakah yang harus dipersalahkan dalam nilai anak muda ini? Pembinaan modal insan mahasiswa yang memiliki semangat cintakan negara telah makin menipis. Dimanakah agensi-agensi yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memastikan semangat jati diri cintakan tanah air ini?

Jika zaman MB dahulu, sangat sensitif sekiranya maruah negara ini cuba di usik ataupun disentuh. Kini MB dapat rasakan mahasiswa sekarang walaupun bijak pandai tetapi kosong. Jiwa cintakan tanahair tercintakan tanah air hampir tiada.

MB menyeru agensi mahupun jabatan yang terlibat untuk memikirkan perkara ini dengan serius. Jangan biarkan negara ini hancur begitu sahaja. Jangan manjakan mahasiswa sekarang. Jangan jebakkan mahasiswa sekarang dengan politik murahan anda semua.

Ayuh kembalikan harga diri negara tercinta ini. Bersatulah wahai bangsa ku.

Friday, 6 September 2013

ANWAR MAKIN GELABAH SEKARANG!!!

MB tabik spring pada anggota keselamatan, Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan mereka yang terlibat di dalam Operasi Cantas yang sedang giat di jalankan.

Inilah yang rakyat Malaysia mahukan sebenarnya. Sudah lama kongsi-kongsi gelap ini bermaharajalela. Malah pegawai-pegawai Keselamatan yang melindungi mereka sebelum ini, patut insaf dan menyalurkan maklumat 100% kepada pihak atasan mereka. Jangan berpura-pura tidak tahu akan hal ini.

Jika pihak PDRM sudah kembali ke jalan yang kebenaran ini, bagaimana pula dengan Jabatan Agama ISLAM? Berapa banyak disco-disco yang dibiarkan bermaharajalela dengan membenarkan orang ISLAM berkelakuan tidak senonoh? Bagaimana pula pemantauan JAKIM terhadap penjualan arak di permis-permis perniagaan yang di campur dengan minuman lain? Lihat sahaja di kebanyakkan 7e, speedmarket 99 dan kedai-kedai runcit lain.

Daripada aspek pembangunan, sampai bila pemantauan JKR hendak sambil lewa sahaja? Lihat sahaja jalan-jalan yang dibaiki. Ada di antaranya tidak sampai 6 bulan sudah rosak kembali. Bila mahu kembali ke pangkal jalan? MB pernah berbicara dengan seorang sahabat di JKR berhubung dengan isu ini. Sahabat MB  mengatakan semua di peringkat bawah sudah di perbetulkan. Sekarang ini tinggal orang-orang berlevel tinggi yang masih belum di betulkan. MB bertanya, bila nak betulkan? Katanya kena tunggu mereka ini pencen. Mudah sahaja jawapannya. Persoalan di sini, pegawai atasan ini di bayar gaji beribu-ribu dan menggunakan wang rakyat. Buat kerja biar betul dan amanah.

Demi AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR. Kita Sudah Tiada Masa.

HASIL DORONGAN ANWAR JADI PM!!!

Boleh jadi gila rakyat Malaysia. Bercakap di bibir sangat mudah. Tetapi melaksanakannya memang tidak logik langsung.

Bagi MB bilamana keluar surat seperti ini, pihak berkuasa sudah boleh mengambil tindakan tegas. Bagi MB ini boleh dikategorikan untuk menghasut menggulingkan Yang Dipertuan AGONG.

Apakah kita hanya melihat tanpa memberi penjelasan?

Wednesday, 4 September 2013

KOMUNIS MAKIN KURANG AJAR!!!

Apakah ini bukan lagi bermaksud menghasut?

Tidak bolehkah pihak polis mengambil tindakan ke atas mamat ini?

Sebagai rakyat, adakah kita hanya mendiamkan diri ke atas puak komunis ini?

Telah lama MB mengikut jejak langkah mamat komunis ini. Setakat saat ini, segala maklumat mamat ini MB rasa telah banyak MB dedahkan dalam blog MB ini. Malah MB yakin bahawa seluruh agensi risikan MALAYSIA ada maklumatnya.

Isteri mamat ini bekerja di SIRIM. Adakah SIRIM sebagai sebahagian daripada kerajaan tidak memandang serius terhadap tindakan isteri mamat komunis?

Persoalan di sini, adakah agenda komunis ini juga telah masuk secara tersirat melalui isteri mamat komunis ini di Kalangan pekerja SIRIM?

Persoalan-persoalan ini, harus difikirkan.

Tuesday, 3 September 2013

SEMANGAT DAP???

HAri kemerdekaan baru sahaja berlalu beberapa hari. Semangat hari kemerdekaan ini atau bahasa mudahnya suasana kemerdekaan masih terasa. Namun MB kecewa bilamana ada segelintir yang cuba mencetuskan ketegangan dalam negara.

Persoalan disini, apa sebenarnya yang mereka ini cuba wujudkan? Adakah ini nilai-nilai yang cuba disemai kepada masyarakat?
Apakah perasaan para pendekar-pendekar yang berjuang mempertahankan negara tercinta ini?

Fikir-fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...