KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

SESUATU YANG ANWAR TIDAK BERANI LAKUKAN!!! FOR PR ONLY



PUTRAJAYA 20 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam  memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
Di bawah seksyen 'Maklumat Lanjut', selepas ayat - 'Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana:' Najib menulis "Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu memberikan teladan yang baik. Hanya calon yang dianggap telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada sebuah kerajaan yang amanah, dihormati oleh rakyat".
Presiden TI-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan menandatangani dokumen itu sebagai saksi. Turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di bangunan Perdana Putra ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Dipetik Bernama, ikrar itu menetapkan calon perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah.
alt
Calon juga perlu mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh, mengamalkan tadbir urus baik dan ketelusan; dan mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia.
Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata sebaik sahaja nama calon-calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon akan menandatangani ikrar itu.
"Calon-calon Barisan Nasional dan parti komponennya telah melalui proses semakan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kini sewajarnya mereka menunjukkan komitmen mereka bagi pilihan raya yang bersih dan adil dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya.
"Tanggungjawab memenuhi ketetapan ikrar ini terletak dengan langkah menandatangani ikrar ini dan adalah merupakan hak mutlak semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka berpegang kepada ikrar ini.
"Mari kita berusaha bersama-sama ke arah menambahbaik proses pilihan raya," katanya.
Beliau berkata butiran mereka yang telah menandatangani ikrar itu akan dimuatkan dalam laman web Transparency International, dan tanggungjawab orang ramai ialah menjadi 'mata dan telinga untuk memantau pematuhan wakil rakyat mereka terhadap standard berkenaan.
Sementara itu ketika ditemui selepas majlis itu, Paul Low berkata orang ramai boleh berkomunikasi dengan calon menerusi maklumat diberikan mereka dalam laman web TI di http://timalaysia-electionpledge.org.my.Foto: Bernama.
Beliau berkata ikrar itu bukan mengenai parti tetapi individu; beliau menjangkakan semua calon dan pemimpin parti, daripada parti kerajaan, pembangkang dan mana-mana calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang, akan tampil dan menandatangani ikrar itu.
"Kerana saya percaya demi Malaysia, kita perlu mengubah budaya politik ini, untuk memastikan integriti dan memerangi rasuah menjadi keutamaan setiap pengubal undang-undang," katanya. 

SUMBER DISINI.

Saturday, 1 September 2012

PERUNTUSAN YANG HARUS DI DENGAR!!!!


MB terharu dengan pendekatan yang PM gunakan sekarang. Masa MB belajar dulu, MB rasa tiada peruntusan PM masa itu kepada mahasiswa. Hari ini kita boleh lihat betapa PM memberi perhatian kepada mahasiswa. Sebagai bekas mahasiswa, MB sangat berbangga mempunyai PM seperti ini.

Diharapkan mahasiswa dan mahasiswi yang baru melanjutkan pelajaran ke ipt tidak lupa pada tujuan sebenar datang ke kampus.

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!

Monday, 9 July 2012

Wednesday, 4 July 2012

KENYATAAN YANG HARUS DINILAI!!!


Sejak Kebelakangan ini MB melihat keyakinan rakyat kepada BN kembali pulih dimana masyarakat India telah kembali menyokong barisan Nasional dan masyarakat Melayu turun kembali yakin dengan kepimpinan Dato Sri Najib. Bagi kaum Cina juga sudah menunjukkan perubahan untuk kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti.

Jika kita mengikuti perkembangan harian PM, setiap hari bertungkus lumus PM ke sana ke mari turun ke akar umbi menyelesaikan masalah rakyat. MB pernah berjumpa secara berhadapan dengan PM pada satu majlis. Sebelum majlis yang MB hadiri ini,PM datang dari satu majlis yang lain. Dari rauk wajahnya ternyata PM kelihatan lesu kerana kekurangan rehat. MB dapat melihat betapa gigihnya PM ini memulihkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN.


Apa yang MB ingin mengulas disini adalah tentang musuh di dalam selimut di peringkat kepimpinan PM sekarang. Jika di analisis pergerakan Pakatan Rakyat sekarang, boleh dikatakan setiap perancangan yang telah di aturkan PM telah di ketahui oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Sebagai contoh banyak maklumat-maklumat sulit kerajaan telah didedahkan mereka. Malah minit mesyuarat yang mungkin ada kebenarannya turun didapati oleh mereka ini. Hal ini tidak akan terlepas ke tangan pembangkang sekiranya tiada biawak hidup yang PM pikul di dalam kementerian berkaitan.

Lebih menambahkan keburukkan ini ialah apabila pengkhianat ataupun biawak hidup ini menerima kenaikan pangkat dan diletakkan di dalam agensi yang cukup penting. Malah ada kakitangan kerajaan yang menjalankan kerja dengan penuh didikasi dan amanah telah di sekat pergerakannya dan ditukarkan ke bahagian yang tidak sepatutnya ia berada. Hal ini perlu diambil serius oleh PM bagi mengekalkan kemenangan.


Malah sangat ada kemungkinan ada pengawai khas yang rapat dengan Ketua Pengarah dan PM yang menjadi musuh di dalam selimut. Kesemua ini penting di kaji dan dianalisis kerana apa yang MB lihat hari ini dari segi ketirisan maklumat sangat membarah. 

Dari khabar-khabar angin yang MB dengar, terdapat juga bekas-bekas pelajar yang semasa di IPTA dulunya PRO Mahasiswa yang sangat aktif mengecam kerajaan di ambil bekerja di dalam kerajaan malah berada di agensi yang penting. Malah jawatan yang di sandang antaranya PTD, pegawai khas, SU khas dan sebagainya. 

Terdengar rintihan daripada jentera Aspirasi sendiri bahawa mereka ini tidak langsung diberi tempat apabila tamat pengajian. Malah terdapat ramai ahli politik yang menjanjikan pekerjaan di dalam kerajaan atas JASA mereka membantu pihak kerajaan yang mana akhirnya INDAH KHABAR DARI RUPA. Tidak dinafikan terdapat antara mereka yang di beri peluang untuk bekerja. Tetapi ada yang bekerja tetapi statusnya tidak dijelaskan seperti hanya untuk MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

MB disini menyeru kepada kepimpinan PM untuk menganalisis musuh didalam selimut di peringkat kepimpinan PM dan mengantikan mereka ini dengan bekas-bekas  pemimpin pelajar yang menyokong BN dan PM khususnya. Ini adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan bagi meraih kembali golongan muda kerana MB lihat pemimpin pelajar ini mempunyai pelbagai idea yang boleh digunakan. Tetapi biarlah mereka ini dipilih kerana kelayakkan mereka bukannya kerana campur tangan ahli politik tertentu.

Demi Agama,Bangsa dan Negara. Marilah kita bersatu.

Monday, 25 June 2012

DAP KECUT PERUT LIHAT SOKONGAN BELIA CINA KEPADA PM!!!



 MB tertarik untuk mengulas Program yang berlangsung di UM iaitu Majlis Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri. Banyak khabar angin menyatakan Majlis ini tidak akan mendapat sambutan kerana "orang cina" dah tidak sokong BN dah. Perghhh.... Mari MB tunjukkan benar atau tidak kenyataan itu.

MB rasa cukup dengan sekeping gambar ini. Anda boleh menilai sendiri adakah Orang Cina sekarang tidak menyokong BN lagi???

Paling best MB nak kongsi disini ialah terdapat cubaan dari pihak tertentu dalam memalukan Perdana Menteri dalam Majlis tersebut tetapi berjaya di patahkan oleh pihak polis. Dengar kata, perancangan yang di buat adalah untuk menimbulkan provokasi seperti yang dilakukan oleh puak DAP dalam satu majlis Perdana Menteri di London tempoh hari. 


Ditengah ini adalah pelajar yang di rancang akan memulakan provokasi dalam Majlis tersebut. Tetapi polis berjaya mematahkan cubaannya sebelum kedatangan Perdana Menteri. 

Mari MB dedahkan siapa pelajar ini. Pelajar ini baru tahun 1 dan belajar di fakulti sains sukan. Berasal dari Bandar Baru Kangkar, Pulai, Johor. 

Baru tahun 1 tapi dah terpengaruhi oleh mereka yang hanya mengejar kepentingan peribadi. Selepas ditahan, terus ada peguam yang datang untuk menjamin. sungguh hebat perancangan mereka ini. Selepas itu keluar di Malaysiakini pula. Anda boleh menilai sendiri samada ia di rancang atau tidak...

Paling geli hati MB baca mengenai tangkapan mamat ini ialah ada orang yang mengutuk tindakan polis ini sebagai salah guna kuasa. Katanya mamat ini tidak patut ditangkap. Orang jika boleh ditangkap bila melakukan jenayah seperti membunuh, merompak, mencuri dan lain-lain. 

Apa yang MB analisis sebenarnya mereka ini sengaja cuba menimbulkan provokasi bagi membuatkan rakyat membenci Polis. Pelajar tersebut ditahan untuk soal siasat. Takkan nak tunggu jenayah berlaku baru boleh tangkap kut. Mencegah itu kan lebih baik. Renung-renungkan wahai rakyat Malaysia.


Akhir sekali apa yang MB ingin ulaskan disini, terdapat pelbagai keinginan dan tuntutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kita boleh meminta pelbagai perkara tetapi yang paling penting bagaimana penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang bakal timbul daripada tuntutan tersebut. Dan dalam menuntut sesuatu itu, MB mengharapkan jangan tuntutan tersebut menyentuh sensitiviti di dalam kontrak sosial.

:)

Wednesday, 16 May 2012

KEJAHILAN DAP DI LONDON!!!APA KATA PAS???




INI MUKA-MUKA YANG MEROSAKKAN MARUAH NEGARA TERCINTA INI DI LONDON. 

MB tidak menjangkakan betapa biadapnya konco-konco DAP ini. Sedar atau tidak sedar bahawa mereka ini telah menimbulkan pandangan negatif negara-negara luar untuk masuk ke negara Malaysia baik dari pendidikan,pelaburan dan sebagainya. Negara mana yang rugi diatas tindak tanduk PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI???


Rata-rata orang sudah tahu bahawa semua perancangan ini di dalangi oleh DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim yang mana mereka ini disokong oleh YAHUDI untuk menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia sekarang. 

MB sendiri geram apabila pemimpin negara ini dihina sedemikian rupa di luar negara. Ini adalah salah satu strategi baru yang digunakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dan DAP bagi mengaibkan pemimpin kita. MB menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya melakukan sedemikian rupa kepada pemimpin mereka apabila mereka berucap di luar negara kelak!!!



Ini sedutan video keadaan semasa pengkhianat-pengkhianat negara ini melakukan provokasi mengaibkan pemimpin negara. Adakah ini di ajar di dalam ISLAM?


Adakah pendirian PAS untuk bersama pengkhianat-pengkhianat ini di dalam Pakatan Rakyat adalah seperti perjuangan didalam PAS yang mengatakan akan memperjuangkan ISLAM sebenar-benarnya??? Ayuh sedarlah PAS.... Sudah sampai masanya PAS mengundur diri dari Pakatan Rakyat. Bersatu la kembali dengan UMNO, demi agama,bangsa dan tanah air tercinta.


Demi Alif Ba Ta.... Bersatulah....

Wednesday, 9 May 2012

PENDEDAHAN KEGAGALAN BERSIH 3.0!!! TERBAIK!!!


MB tertarik untuk mendedahkan video kebenaran ini. Inikah yang dikatakan duduk dan bantah???
Jika dilihat didalam video ini bagaimana sepatutnya Bersih 3.0 ini boleh berakhir dengan suasana aman tetapi telah dicemari oleh DSAI yang memberi arahan rempuh. Dimana DSAI selepas kuli-kulinya merempuh masuk ke dataran merdeka?? Bacul melarikan diri entah ke mana.

Didalam video ini juga anda boleh melihat bagaimana polis di kecam dan provokasikan. Ada ditunjukkan juga polis yang diterima rawatan dalam ambulan di kacau dan di maki hamun dengan perkataan-perkataan keji.Persoalan MB cuba ketengahkan disini, siapa yang akan menjaga keselamatan negara sekiranya tiada polis??? Adakah mereka ingin melihat penjenayah-penjenayah bermaharajalela???


Sama-sama kita mendedahkan kebenaran sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia. Mari sebarkan kebenaran ini.

Thursday, 26 April 2012

RAHSIA ANWAR TERBONGKAR LAGI!!!


Pendedahan yang diluar jangkaan semasa majlis pelancaran TIBAI tempoh hari.
MB mengajak anda semua TIBAI mereka-mereka yang merosakkan negara kita ini.

JOM TIBAI!!!!

Thursday, 19 April 2012

JOM TIBAI ANWAR DI PERHIMPUNAN AMAN!!!


MB mengucapkan tahniah kerana anda telah bangkit dan sedar untuk berjuang menentang anasir-anasir BUSUK yang sedang secara perlahan-lahan merosakkan negara Malaysia yang tercinta. MB doakan semoga  perjuangan anda semua di permudahkan dan di lancarkan. Demi kepentingan negara MB tidak teragak-agak untuk bersama-sama TIBAI mendedahkan anasir-anasir BUSUK ini.

MB teruja mendengar kata-kata Mursyidul Am Tibai yang penuh semangat menegaskan untuk menjelajah ke negeri-negeri yang dinyatakan itu. Cuma MB berharap biar kata itu dikotakan. Dan MB ingin pihak TIBAI bersama-sama menyedarkan mahasiswa-mahasiswa yang telah dipengaruhi oleh anasir-anasir BUSUK ini. Segala pendedahan MB di dalam post sebelum ini boleh diguna pakai oleh TIBAI bagi menegakkan kebenaran.


Disini MB menyeru TIBAI untuk bersama-sama turun pada 21 April 2012 ini dan mengadakan sidang akbar berkaitan isu DEMO GAGAL.


PMI BERSAMA DI PERHIMPUNAN AMAN???


MB ingin anda merenung kembali apa yang terjadi di negara ISLAM hari ini. Saban hari terlalu banyak isu-isu pergaulan bebas yang secara tidak langsung menjurus kepada seks bebas berlaku. Inikah yang kita harapkan terjadi di Malaysia???

Malah ada anasir-anasir BUSUK yang melaung-laungkan memperjuangkan ISLAM tetapi memandang remeh-temeh perkara ini. Malah mahasiswa yang terlibat di dalam DEMO GAGAL bukan calang-calang orangnya berjuang. Terdiri daripada PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) yang secara terang-terang mengatakan perjuangan mereka adalah perjuangan Islam. Tetapi hanya sekadar di mulut. Buktinya di dataran Merdeka tempat mereka berkhemah itu, penuh dengan pergaulan bebas yang berlaku tanpa ikatan. MB telah membuktikan di sini. Adakah kerana terhasut dengan PENARI TIANG PMI sudah lupa pada soal Akidah dan perjuangan ISLAM mereka???

Fikir-fikirkanlah.....

MB menyeru kepada Persatuan Mahasiswa Islam untuk bersatu di dalam : 

PROGRAM KESEDARAN SEKS BEBAS DAN LGBT
TARIKH : 21 APRIL 2012 (SABTU)
JAM : 3.00 PETANG
TEMPAT : STADIUM UPM

SERUAN PEJUANG NYAHKAN KEBATILAN!!!


Apabila MB melihat video ini, ramai pemimpin-pemimpin hebat yang cintakan keamanan dan menolak segala kebatilan yang berlaku. Tetapi hari ini apabila kepimpinan negara selaku ketua negara sendiri iaitu Perdana Menteri yang dikasihi di hina, dimana pemimpin-pemimpin hebat ini???

Apapun tahniah MB ucapkan kepada Pemimpin pelajar yang berani mengeluarkan kenyataan membantah DEMO GAGAL ini.

Tahniah MB ucapakan kepada mereka ini.

Dimana pula pemimpin-pemimpin NGO yang lain??? Tepuk dada,tanya hati samada anda pemimpin yang MB maksudkan.

Tuesday, 17 April 2012

KEJAHILAN SMM PMI DAN PRO MAHASISWA DIDEDAHKAN!!! TERKINI!!!


MB sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendedahkan kejahilan yang berlaku di dalam DEMO GAGAL ini. MB sangat terkilan dengan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) ataupun mudah dikenali sebagai Pro Mahasiswa yang setiap hari melaungkan KAMI MEMPERJUANGKAN ISLAM. Inikah hasil daripada perjuangan yang dibawah oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau Pro Mahasiswa???

MB juga tertanya-tanya adakah Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa di setiap IPTA menyokong tindakan pemimpin kamu yang biadap dan terpengaruh dengan budaya sosialis ini??? Bangkitlah seluruh IPTA mengecam tindakan mereka ini. Tolak setiap pemimpin mereka ini. Jauhi mereka ini.

MB ingin bertanya kepada seluruh mahasiswa Islam dan seluruh umat Islam amnya di Malaysia, adakah anda hendak membiarkan kejahilan begini berlaku??? Dimana maruah agama kamu semua??? Adakah kamu hanya sekadar melihat sahaja semua ini berlaku???

Secara jujur MB sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat didalam DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam DEMO GAGAL ini telah merosakkan imej PAS itu sendiri. MB sedar bukan semua pemimpin PAS begitu. TETAPI pemimpin PAS yang lain adakah kamu TAKUT untuk menegur mereka ini????

MB disini mengajak Dato' Dr Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am Pas untuk bersama-sama dengan Dato' Dr Hassan Ali dan rakan-rakan beliau memperjuangkan Islam sebenar dan melawan anasir-anasir BUSUK ini. Adakah Dato' Dr Harun Din ingin membiarkan begitu sahaja PENARI TIANG dan rakan-rakannya serta perancang utama pergerakan ini iaitu Fahmi Komunis merosakkan anak bangsa kita tercinta???

Sekali lagi MB mendedahkan gambar mereka-mereka yang terlibat ini untuk seluruh rakyat Malaysia menolak mereka ini.




Untuk Pendedahan lebih hangat dan terkini boleh dilihat disini, sini, dan disini


Monday, 16 April 2012

DIMANA MEREKA INI KETIKA KETUA DIHINA!!!! BANGKITLAH!!!

Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti

Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta. 

TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.

Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!

Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???

Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!

Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!! 

Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu. 

MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!! 

MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!




Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.

Saturday, 14 April 2012

DALANG DEMO PTPTN TERKANTOI!!! YE KE???

Siapa lelaki berpakaian pas ini?? Adakah dia penyumbang RM didalam pergerakan ini? 


Amboi... Seksinya... Takkan ramai mahasiswa Pro M yang islamic tidak boleh buat  tazkirah sikit. MB rasa lebih baik daripada buat demo. Apa pendapat anda?


Siapa mereka berdua ini? Dengar kata mereka antara perancang utama didalam setiap demo yang dilakukan.


Ini antara orang-orang yang merosakkan negara tercinta. Sedarlah anda semua. Jangan gadai maruah bangsa hanya kerana kepentingan individu.


ADAM ADLI N THE GENG MURTAD HINA NAJIB LAGI!!!!








MB terkedu dan terkilan melihat budaya yang di tunjukkan oleh Adam Adli dengan kawan-kawan mereka. BODOH!!! Kalung bunga yang diletakkan pada gambar itu adalah apa yang di lakukan oleh kaum india. Inikah budaya mahasiswa yang kononnya kami golongan terpelajar.

MB ingin bertanya, inikah mahasiswa yang seluruh rakyat malaysia inginkan??? Jangan terpengaruh dengan anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadi. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia hanya duduk dan lihat sahaja mereka memperlekehkan pemimpin anda??? Mana pemimpin Malaysia yang ada? Masih simpan taring ka???

Monday, 9 April 2012

DIMANA PEMIMPIN KITA???


Didalam melayari youtube sebentar tadi.... MB tertarik dengan video ini.... Walaupun telah lama video ini di upload, memori jasa-jasa TUN tidak pernah ku lupai.... 

Melayu mudah lupa.... Pemimpin kita mudah lupa... Hari ini MB benar-benar terkilan melihat pemimpin-pemimpin negara sepi 1001 sepi... Mendiamkan diri apabila negara dikeji dan dihina.... Dimana pemimpin-pemimpin yang telah dilantik rakyat???

Hari ini MB perhatikan pemimpin-pemimpin yang ada membiarkan panglima perang kita berjuang seorang diri. Jika diperhatikan hari ini, yang kelihatan berjuang hanyalah PM dan TPM kita sahaja yang ke hulur ke hilir turun berjumpa rakyat. Dato seri Najib dan Timbalannya yang kelihatan memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan... 

Dimana wakil rakyat sekalian??? Adakah anda menjadi pengecut begitu sekali??? Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin sekalian... Keluarkan taring singa kamu semua... Jangan biarkan PANGLIMA kamu bersendirian. Jangan takut dan gentar pada anasir-anasir pengkhianat negara. Jika kita bersatu, kita pasti mencapai kejayaan. 

MB perhatikan gabungan BN sekarang terus hilang taringnya. Dimana gergasi gagah dari MIC, MCA, GERAKAN, PPP dan lain??? Sedarlah dari lena dan mimpi yang indah wahai pemimpin-pemimpin sekalian....

Sunday, 8 April 2012

BANGKITLAH PEJUANG KU!!!


Hayatilah lagu ini... MB berharap dengan penghayatan yang mendalam, pemimpin-pemimpin yang penakut yang hanya membiarkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdan Menteri berjuang di kala pelbagai isu ditimbulkan dan dibangkitkan oleh anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadinya sendiri ini SEDAR...

AYUH...BANGKITLAH!!! BANGUNLAH!!! BANGUNLAH DENGAN MAHA PERKASA.... JANGAN DIBIARKAN BUMI TERCINTA INI HANCUR DENGAN "PLAYSAFE" ANDA SEMUA!!!

JANGAN DIBIARKAN TANAH AIR TERGADAI!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...