KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 16 April 2012

DIMANA MEREKA INI KETIKA KETUA DIHINA!!!! BANGKITLAH!!!

Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti

Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta. 

TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.

Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!

Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???

Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!

Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!! 

Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu. 

MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!! 

MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!




Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.

4 comments:

Shacklesmith said...

Salam bro, sbenanyer aq kat sini bukan nak kata apalah..

disebabkan DSN sendiri yang terlalu playsafe atau lebih mudah dikatakan 'lembik' maka geng2 pro-aspirasi turut mengikut flow yg same iaitu turut sama jadi lembik. maka disebabkan kelembikan tahap kritikal itu, maka naiklah kepala budak-budak pro aspirasi pergi manipulate budak2 student lain.

ingatlah, ni bukan masanya kita nak goyang kaki lagi.. bangkit berjuanglah lawan mereka, biar sang sewel tau akan kekuatan pro aspirasi lagi..

http://shacklesmith.blogspot.com/2012/04/demo-anti-ptptn-apa-pendapat-aku-bhg-1.html

Anonymous said...

salam bro,
pendapat peribadi aku la, x perlu kita pun nak melatah mcm puak2 sana melatah.. x kan api nak main dgn api kan..
lg kecoh nanti.. lg pun mmg itu niat utama pro-m..
bila mana team2 aspirasi kerajaan melatah or serang balas, confirm2 puak2 pro-m nih akan spin n jadikan propaganda tentang sikap melatah aspirasi..
kita ambek contoh BERSIH.. puak2 sana buat kacau n pihak polis melawan balik n defend, puak2 pembangkang nih terus ambek kesempatan utk spin fakta yg polis nih jahat..
mcm tu la taktik puak2 pro-m nih.. mmg diaorg nak geng2 aspirasi serang balas, supaya lg mudah utk mereka propaganda kan 'kemelatahan' aspirasi tu..
btw cadangan aku la, team aspirasi nih x perlu lah nk serang balas dgn cara yg sama dgn terpekik terlelong mcm mereka (kalo x aspirasi pun sama ja mcm pro-m tu), so team2 aspirasi nih leh tunjukkan sikap2 profesional mereka dgn tangani hati rakyat n mahasiswa lain dgn program amal sukarelawan, hebahan2 tentang aman kampus, perhimpunan anak muda mcm yg berlaku dekat perak tu, nih bakal menyusul himpunan sejuta belia lak..
buktikan pd mereka, yg aspirasi lebih bertindak rasional dari dok berdemo, terpekik terlolong bagai..
kalo x mmg perang kow2 la bro..
PEACE ^_^

Anonymous said...

Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Bagi pendapat saya, saya setuju aman kampus tidak ambil tindakan respon terhadap mahasewel-mahasewel kat dataran merdeka. Its all about strategy, kita tidak boleh terus serang semata-mata orang menyerang kita. perlu ada akal untuk rangka serangan yang lebih mantap. Salah satu yang saya nampak adalah kita biarkan mereka. Jujur saya cakap mahasiswa dah meluat tengok mereka. this is the effect we want. bukan sekadar kita serang balik, itu menggunakan emosi bukan akal.

Malaysia Bangkit said...

Maaf sekiranya MB memberi teguran dan pandangan MB pada yang memberi komen.
Strategi??? Tolong la. Kita semua dah dapat pun maklumat apa yang akan mereka lakukan. Takkan la baru sekarang nak memikirkan strategi kut. MB setuju dengan komen bahawa kita balas tetapi bukan dengan cara yang sama. Sangat setuju. Tapi bagaimana??? Jika kita bersatu, 1001 cara dapat dipikirkan. Secara peribadi MB mengatakan sepatutnya sebelum perkara ini terjadi, sudah ada rancangan untuk membalasnya. Sekarang ini MB tengok, semuanya ketinggalan dengan puak-puak BUSUK ini. Untuk menang, kena 3,4langkah ke hadapan daripada mereka.

Ada kenyataan disini menyatakan bahawa mahasiswa sudah meluat dengan mereka ini. Maaf cakap. Apa yang MB ulas disini adalah berkenaan negara. Bukan hanya menjurus kepada mahasiswa. MB sendiri turun ke akar umbi membuat penilaian. Kebanyakkan rakyat dibawah menyokong mereka ini terutama golongan belia. Please la.... jangan hanya mendengar cakap-cakap orang yang hanya kaki bodek.

MB nyatakan disini, setiap video yang ada edit dulu. jangan terus upload. ambil point-point yang penting apa sebenarnya tindakan mereka. mereka ini pandai berlakon.

MB juga nak tanya disini, media mana pilihan rakyat hari ini??? adakah saluran televisyen dan surat khabar kerajaan??? Jom sama-sama dengan MB memikirkan kaedah bagaimana yang boleh digunakan untuk rakyat sedar siapa mereka ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...