Terpikirkah Anda???
Cetusan idea daripada seorang arkitek Johor iaitu
Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang
berwarna putih dibahagian tepi kiri mendapat majoriti dan perkenan Mesyuarat
Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Febuari 1950 tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara
perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada
warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga
menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada
dalam Persekutuan Tanah Melayu. Dengan penubuhan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai
sewajarnya menjadi bendera Malaysia.
Bendera persekutuan Tanah Melayu ini diluluskan pada 19 April 1950. Dan pada
26 Mei 1050 iaitu pada tahun yang sama, bendera ini dikibarkan buat pertama
kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur.
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada
tahun1997, namanya ditukarkan kepada Jalur Gemilang. Nama ini adalah cetusan
idea daripada Redzuan Tamin seorang pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan
Antikuiti pada masa itu melalui satu pertandingan khas yang diadakan.
Tahukah anda disebalik
Lambang dan Warna pada Jalur Gemilang???
i) Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju
dan arah yang sama dianuti rakyat Negara ini.
ii) Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur
Gemilang melambangkan kecemerlangan Negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat, dan bersatu padu bagi
menjaga nama dan menaikkan imej Negara.
iii) Warna merah pada
jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat
menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan.
Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning
melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.