KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #MALAYSIABANGKIT. Show all posts
Showing posts with label #MALAYSIABANGKIT. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

PRO M UM MELAKUKAN FITNAH LAGI!!! WHAT NEXT???


Akhirnya Pro Mahasiswa sekali lagi telah melemparkan Najis-najis hitam dengan tuduhan keras kepada Penggerak melalui media page Berita Universiti yang ternyata selama ini digunakan untuk menyerang Wadah Penggerak Mahasiswa. MB geli hati melihat begitu mudah fitnah seperti ini disebarkan tanpa bukti yang kukuh. Ternyata berita di page ini tidak boleh dipercaya malah tempat untuk menyebarkan fitnah oleh Pro Mahasiswa.

Hari ini telah tercatat lagi "BOM" yang setiap kali Pilihanraya Kampus berlangsung, pastinya Pro Mahasiswa akan melakukan sesuatu bagi mendapatkan simpati. Pada tahun ini sekali lagi Edikoup telah mengagalkan rancangan Pro Mahasiswa. Kenapa? Lihat gambar di bawah.


Awal-awal lagi Edikoup telah mengeluarkan fitnah secara ringkas tentang dana daripada HEP. Ternyata Edikoup pandai mencipta fitnah. Selepas mengeluarkan fitnah sebagai salam perkenalan, hari ini Pro Mahasiswa pun mengeluarkan print skrin yang ternya sangat mudah untuk di reka. Lihat  gambar-gambar dibawah ini. Betapa sangat mudah MB mengeditnya.

Dengan hanya menggunakan perisian "Paint" sahaja, MB boleh meletakkan dan menulis apa sahaja yang MB mahukan. MB harap Pro Mahasiswa jangan bermain taktik keji seperti ini lagi. Malah MB mengharapkan page Berita Universiti mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada seluruh warga Universiti Malaya kerana fitnah yang telah disebarkannya itu. 



Lihat contoh 2 email yang MB edit bagi MEMBUKTIKAN BAHAWA segala kata-kata FITNAH PRO MAHASISWA itu tidak benar!!!!

MUNGKIN PRO MAHASISWA UM AKAN MELAKUKAN SERANGAN LAGI SEBELUM PENGGUNDIAN SETELAH ISU INI DIKANTOIKAN!!!


"TOLAK PRO HIPPIES"


Lagi pendedahan di sini.




Saturday, 23 November 2013

SAFWANG KENA MAKI DENGAN BUKHAIRY!!!PRK UM GEGAR!!!

Sumber risikan dalaman MB perolehi menyatakan Bukhary telah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu #Hippies yang sedang melanda Universiti Malaya pada hari ini. Dikhabarkan Bukhary telah meluahkan perasaan marahnya kepada brader Muqit kerana mempromosikan program Fahmi Reza dan mengeluarkan kenyataan menyokong perjuangan Fahmi Reza hinggakan Pro Mahasiswa telah terpalit dan dilabelkan sebagai Pro Hippies.


Malah difahamkan bahawa Safwan Chair telah membela brader Muqit kerana Safwan yang melantik Brader Muqit sebagai Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam. Dapat dilihat pergaduhan antara mereka ini bakal bertambah parah.


Malah Bukhairy sangat marah dengan tindakan penyokong Fahmi Reza yang menconteng simbol #Hippies di seluruh kampus Universiti Malaya sebagai tanda protes halangan Fahmi Reza masuk ke dalam kampus Universiti Malaya. Bagi menafikan pihak mereka yang lakukan, mereka terpaksa mengubah perancangan Grand Konvoi Pro M kepada program pencucian logo tersebut bagi mengelakkan isu ini diketahui oleh mahasiswa Universiti Malaya.

Hari ini Bukhary turun mengarahkan poster-poster yang ada logo #Hippies di buang segera. Mudah MB katakan disini, jika tidak salah, kenapa harus memadamkan dan membuangnya?





Thursday, 21 November 2013

MAHASISWA ISLAM UM DIMURTADKAN FAHMI REZA???

Kegagalan Program yang di rancang oleh Hishamuddin Rais dalam membawa masuk Fahmi Reza ke dalam kampus Universiti Malaya menemui kegagalan setelah pihak keselamatan menghalang mereka ini.
Kemuncak mereka tetap menjalankan program ini diluar pagar Universiti Malaya.


Masih belum sedarkah mahasiswa siapa itu Fahmi Reza??? Kenapa Pro Mahasiswa atau hakikatnya mereka ini adalah daripada Persatuan Mahasiswa Islam sanggup bersekongkol dengan perjuangan menyemai ideologi Fahmi Reza ini??? Pengakuan daripada Pro Mahasiswa bahawa mereka akan tetap bersama dan membantu Fahmi Reza ini amat mengecewakan. Penjelasan lanjut siapa Fahmi Reza boleh dilihat disini.


Masih tertanya apa sebenarnya budaya yang cuba dibawa oleh Fahmi Reza ini. Anda boleh google sendiri apa itu Hippies atau baca di sini.


Apakah mahasiswa dapat menerima gejala ini dan ideologi ini?


Sedarkah mahasiswa bahawa bekas Presiden ini telah membawa diri jauh daripada Pro Mahasiswa kerana kegagalan Pro Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam hari ini memperjuangkan Islam.

Say No 2 Hippies!!!

Wednesday, 20 November 2013

PERTEMBUNGAN 2 SETERU DI UM!!!


Malam ini MB difahamkan Universiti Malaya bakal digegarkan dengan Perdebatan yang sentiasa dinantikan oleh Mahasiswa UM. Diceritakan Hishamudin Rais dan Fahmi Komunis bakal bersama mereka malam ini dan pastinya jentera Keadilan akan turut bersama mereka.

MB mengharapkan perjalanan Debat ini berjalan lancar dan tenang dengan suasana aman damai. Pastinya mahasiswa rindukan fakta-fakta yang menarik pada malam ini. Dikhabarkan juga saudara Aiman bakal memberi kejutan luar biasa kepada Pro Mahasiswa. Apakah kejutannya? Sama-sama kita saksikan pada malam ini.




DEMI ALIF BA TA... 
KITA SUDAH TIADA MASA...

Tuesday, 22 October 2013

PELAJAR INTERNATIONAL MAKIN KURANG AJAR DENGAN PM!!!

Makin kurang ajar pelajar International yang belajar di Univeraiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sudah di beri betis, mahu peha pula. Hari ini MB diberitakan bahawa Pelajar Antarabangsa yang menyambung belajar di UIAM atas kerjasama atau perjanjian bersama dengana beberapa negara telah mula mempertikaikan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib. MB difahamkan mereka ini diberi 1001 keistimewaan di UIAM yang mana dibiayai oleh kerajaan Malaysia.

Dimana mahasiswa yang menyokong kerajaan? Adakah semua pensyarah-pensyarah di UIAM itu penyokong DAP? Apakah UMNO sebagai tunjang kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri bilamana Presiden UMNO di perkatakan sedemikian rupa oleh orang luar? Mana suara-suara yang lantang memperjuangkan tanahair tercinta ini?

Mereka akan mengadakan public speaking pada esok malam seperti mana yang diberitahu kepada MB. Disana mereka akan lebih kuat menghentam kerajaa  secara terangan di hampir 10 000ribu mahasiswa. Masihkah anda hendak mendiamkan diri tanpa protes?

Monday, 14 October 2013

DAP GAGAL SEMBAH ANWAR DI MAHKAMAH!!!

MB yakin DAP telah mengadap Brader Anwar Bin Ibrahim dan meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menggunakan khalimah Allah dalam kitab Kristian. Sumber MB juga menyatakan Brader Anwar Bin Ibrahim tidak menjangkakan keputusan ini memihak kepada umat ISLAM kerana jika dilihat dalam pola keputusan Mahkamah sebelum ini, umat ISLAM selalu tewas.

Dalam penghakimah sebentar tadi di Mahkamah Istana Kehakiman Putrajaya, Hakim bg kes kalimah ALLAH :

1. Dato' Haji Mohd Zawawi
2. Dato' Abdul Aziz Bin Abd Rahim
3. Dato' Seri Hj Mohamed Apandi

Hakim sebulat suara mengarahkan pihak roman katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dlm akhbar terbitannya.

Thursday, 10 October 2013

RAFIZI RAMLI LATIH PRO M MENJADI MUNAFIK

Tahniah brader Kamarul StopAli kerana telah menarik minat MB untuk mempromosikan brader ke seluruh tanahair. MB tidak sanggup melihat mahasiswa saban hari di tipu dan diperkotak katikkan oleh kumpulan mahasiswa yang di gelarkan nama sebagai Pro Mahasiswa. Setiap tahun mereka melakukan sandiwara dan konspirasi terancang dalam memenangi Pilihanraya Kampus secara jijik.


Pada tahun 2013 ini, sandiwara yang Pro Mahasiswa lakukan ialah mengaitkan pentadbiran dan kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan mereka serta memfitnah mereka ini berkomplot dengan UMNO. Begitu jahil permainan Pro Mahasiswa ini. Pro Mahasiswa ini terlupa untuk mencerminkan diri sendiri. 

Mungkin ramai mahasiswa tidak sedar bahawa kumpulan Pro Mahasiswa ini telah di taja oleh Brader Anwar Bin Ibrahim dan kepimpinan PKR, PAS, DAP dan Komunis bagi mengucar kacirkan kampus-kampus di seluruh Malaysia khususnya di Lembah Klang. MB tidak gemar bila mereka ini berbicara tanpa bukti yang SAH. Segala dokumen-dokumen yang dinyatakan mampu di buat sendiri. MB yakin dan amat yakin segala dokumen yang konon-kononnya bocor itu sebenarnya dicetak sendiri bagi memfitnah pentadbiran universiti serta segelintir mahasiswa.

Jahil permainan mereka ini. Dalam artikal ini MB dedahkan Video konspirasi PRO MAHASISWA dan kepimpinan tertinggi PKR. Adakah konspirasi mereka ini dihalalkan? Anda ada jawapannya.



Lebih mengemparkan, MB telah memperolehi rakaman yang dipercayai kepimpinan tertinggi PMIUM yang sedang melaksanakan ibadat seiras-iras SYIAH. MB masih dalam proses menganalisis dan memperincikannya. Tunggu pendedahan MB nanti. Malah yang paling menarik sumber risikan MB ialah skandal diantara Pro Mahasiswa dan PMIUM yang menyebabkan perpecahan antara dua kumpulan ini yang menanti menjadi bom nuklear. 


Thursday, 3 October 2013

SOLAT DIPERMAINKAN!!!MELAYU DIAM KECUT!!!


Ini realiti yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini. Apakah ini yang cuba atau hendak dibawa oleh golongan tertentu di dalam Malaysia? 

Hari ini rakyat mula sedar betapa pentingnya ISA di dalam negara Malaysia. Bagi MB, ISA tidak perlu dimansuhkan tetapi diperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi lebih baik. Lihat saja hari ini bila ketiadaan ISA, pelbagai ancaman dan jenayah mula berlaku. Demotrasi yang di perkenalkan oleh segelintir pihak telah memperondak-perandakkan negara Malaysia tercinta ini.

Mari kita lihat dari sudut Mahasiswa hari ini. Mahasiswa hari ini telah di rosakkan akal fikiran mereka oleh golongan tidak bertangungjawab di dalam negara ini. Fikirkan kebenarannya. Hari ini pada jam 2petang, kumpulan Pro Mahasiswa akan mengadakan demotrasi di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Jika tahun lepas mereka membawa batu nisan, tahun ini tidak pasti apa yang bakal mereka bawa.

Bagaimana soal akidah masyarakat Malaysia hari ini? Isu Syiah bukan isu remeh yang harus dibiarkan. Di kampus-kampus telah tersebarnya ajaran Syiah antara orang kuatnya ialah Khalid Syiah. Ternyata nikah muta'ah yang diajarkan oleh ajaran Syiah telah di amalkan oleh Khalid Syiah apabila berkahwin tidak sampai setahun telah bercerai. Itu baru satu kes yang MB kongsi. Kes lain bagaimana?

Hari ini juga dapat dilihat agama Islam sudah mula dicabar di pelbagai peringkat. Perhatikan video di bawah ini bagaimana anak cina boleh main-main dengan solat. MB terkilan apabila Pro Mahasiswa dan Gamis yang diperkatakan memperjuangkan ISLAM tetapi tidak menghalang kejadian ini berlaku. Jangan jadi munafik!!!

Perkembangan Terbaru dunia Pilihanraya kampus lihat di sini.



Demi Agama, Bangsa, dan Negara.... 
Kita sudah Tiada Masa...

Tuesday, 1 October 2013

ENDIKOUP DIPUKUL DAN DIPAKSA??? PRO M HILANG TARING!!!


MB mendapat maklumbalas daripada sahabat MB di UPM menyatakan puak komunis di sana memainkan isu bahawa banner "ini wilayah pro M" bersama bendera komunis itu adalah dibuat oleh geng Aspirasi. MB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana MB ada gambar mereka yang memasang bendera tersebut. Tetapi MB tidak dapat untuk menyiarkan gambar tersebut atas faktor keselamatan orang yang menyalurkan kepada MB.

Beberapa perkara MB hendak timbulkan disini ialah jenis dan kualiti banner tersebut merupakan daripada punca yang sama. Hasil risikan MB ia di beli daripada tempat yang sama. Persoalan yang bermain juga difikiran MB ialah kenapa kepala Endikoup berbenjol? Mungkinkah dia dipukul oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar tersebut? Mungkinkah Endikoup dipaksa dan diugut untuk keluarkan kenyataan tersebut? 1001 persoalan boleh timbul di sini.


Monday, 30 September 2013

GERAKAN DEMONTRASI MAHASISWA HARI INI!

Demotrasi dan kekacauan yang sengaja dilakukan oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab pagi tadi sebenarnya adalah atas arahan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menghalang Akta Pencegahan Jenayah diwartakan. Jika Akta ini dilaksanakan, pastinya terdapat cabaran besar kepada mereka ini untuk mengadakan demotrasi.

Hasil tinjauan MB pagi tadi mendapati mahasiswa daripada UM sudah berkurangan menyokong mereka ini kerana terdapat isu perbalahan Pro Mahasiswa dan PMI di sana serta isu bayaran kewangan demotrasi sebelum ini yang tertangguh. Daripada UIAM turut menerima impaknya menyebabkan Bang Anwar Bin Ibrahim dengan kerjasama Khalid Syiah terpaksa mengarahkan mahasiswa daripada Usim iaiu kumpulan Haziq yang cenderung ke arah Syiah berkemungkinan besar.

MB mengharapkan pihak pentadbiran USIM bertindak tegas dalam isu demontrasi ini kerana semakin ramai mahasiswa Usim terlibat. Mungkinkah pihak pentadbiran USIM sendiri membantu mereka ini?

USIM MENJADI KUBU PUSAT GERAKAN PEMBANGKANG!!!

Dimaklumkan daripada risikan MB di USIM menyatakan Haziq telah dilantik sebagai ketua gerakan pembangkang di USIM. Malah pada pagi tadi telah bersama turun ke Parlimen untuk bantahan PCA.

Digembar-gemburkan semalam oleh SMM bahawa 10 000 orang akan turun ke demo ini. Tetapi hakikatnya yang turun dalam 50orang sahaja yang mana mereka kaki demo sahaja yang turun. Lebih mengelikan hati bila EDMOND BON telah tersasul melaungkan "TOLAK TOLAK... TOLAK ANWAR!!!" . Dan akhirnya hampir berlaku PERGADUHAN  BESAR antara Demotrasi ini kerana KETERSASULAN ini.

Thursday, 26 September 2013

ENDIKOUP PRO M VS MALAYSIABANGKIT

Edikoup sudah muncul kembali. Mungkin tahun ini akan berlaku pertempuran yang lebih menarik antara MB dengan Endikoup. Masih ingatkah anda tentang pendedahan dari MB tentang rancangan jahat si Endikoup ura-ura di pukul yang bertujuan mendapatkan simpati mahasiswa dan mahasiswi?

Terbaru Endikoup telah keluarkan kenyataan bahawa akan ada kejutan di dalam PILIHANRAYA KAMPUS pada tahun ini. Pelbagai 1001 strategik telah disusun. Malah 1001 cara kotor telah difikirkan. MB akan dedahkan nanti apa tipu muslihat mereka ini. Sumber nyata yang MB perolehi menyatakan kejutan atau provokasi yang bakal dilakukan untuk kali ini tidak lagi di UNIVERSITI MALAYA. Tetapi modus operandi telah ditukarkan kepada satu universiti yang tidak dijangkakan. MB sangat yakin kejutan oleh Pro Mahasiswa ini bakal mengundang 1presepsi buruk yang luar biasa kepada kerajaan. Nasihat MB kepada kementerian Pengajian dan agensi yang terlibat dengan mahasiswa dan anak muda ini supaya bersedia kerana jawatan anda pasti tergugat nanti.

Tidak dinafikan kenyataan Endikoup bahawa Pro Mahasiswa akan menang besar dalam Pilihanraya Kampus kali ini. Kemenangan Pro Mahasiswa pada tahun ini sudah pasti BUKAN kerana mereka ini semakin kuat dan gagah di kampus, TETAPI kerana LEMAHNYA Aspirasi di kampus-kampus kerana campur tangan orang yang tidak sepatutnya terutama orang politik.

Nantikan pendedahan lanjut MB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...