KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 1 February 2013

BAGAIMANA MENONTON TV MENJEJASKAN SPERMA???


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa menonton TV boleh memberi kesan yang besar kepada kualiti sperma seorang lelaki. Perkara seperti ini perlulah dititik beratkan.
Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh. Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.
Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini. Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.
Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.
Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.
Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma. – sumber

Wednesday, 30 January 2013

Khalid Ismath Sifatkan GM13 Poyo



Kecelaruan GM13 telah diakui oleh Khalid Ismath sendiri sebagaimana yang terdapat dalam twitternya.

Khalid Ismath menyatakan GM13 tidak mendapat sambutan rakan-rakan mahasiswa kerana GM13 ditubuhkan atas tindakan terdesak pemimpin mahasiswa semata-mata untuk peribadi, political mileage.


Siapa pula pemimpin mahasiswa yang terdesak tu? Sepastinya ditujukan buat mereka yang menjadi penggerak menjayakan Jelajah GM13, Safwan Anang, Syis dan Adam Adli.

 

GM13 terdiri daripada 13 kumpulan dan KAMI bukanlah salah satu kumpulan yang turut bersama-sama dengan GM13. Kumpulan-kumpulan yang terlibat ialah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).

Turut dilaporkan daripada mereka yang hadir ke ceramah Jelajah GM13, GM13 menggunakan pentas PAS dan PKR untuk berucap serta dihadiri oleh penyokong tegar PR. Ditambah pula dengan laungan ‘Tumbangkan UMN0 BN’, ‘Mahasiswa pilih PR untuk PRU13’, ‘Kerajaan Zalim’.

Sekali lagi, ternyata ia bercanggah dengan kenyataan Syis yang menyatakan GM13 tidak membantu kempen PR serta Safwan Anang.


Bak kata Khalid Ismath, itu semua poyo.

Lihat kembali betapa munafiknya Safwan Anang & GM13. [KLIK SINI]


*REVOLUSI  BUNGA RAYA*

Munafiknya Safwan Anang & GM13 #JelajahGM13


Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) yang digerakkan oleh Safwan Wilcha, Adam Tiang and The Geng jelas dalam kecelaruan.

"GM13 melihat Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) merupakan satu medan untuk kami menyatakan agenda dan pendirian mahasiswa..." Syis Abdul Kadir, Pengerusi GM13.

Bukan apa, jika mereka benar-benar bebas, mereka tidak perlu pun bersama-sama dalam HKR. Bukankah PR yang anjurkan HKR?

Pup..pup.. Ada pula kenyataan media ini. "GM13 Nafi bantu kempen politik pembangkang".

Safwan Anang sendiri turut mengakui bahawa mereka bukanlah pembangkang.


Bagaimana pula dengan Jelajah GM13?

 

 Siap seru rakyat bersama-sama untuk TALKINKAN UMNO BN? 
Dulu, talkinkan AUKU.

ISH ISH ISH. Cakap tak serupa bikin.

Adakah Syis, GM13 akan terus menipu mahasiswa atas nama Gerakan Mahasiswa?

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Monday, 28 January 2013

Nasha Dipecat, Hadiah Ikut PM Ke GAZA



Rentetan daripada kejadian tahun lepas, akhirnya Nasharudin Md Isa yang merupakan bekas Timbalan Presiden telah dipecat daripada menjadi ahli Majlis Syura. Keputusan pemecatan Ustaz Nasha ini telah dibuat pada 13 Januari yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz.


Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat kerana beliau telah melanggar peraturan-peraturan berjemaah Majlis Syura. Pemecatan Ustaz Nasha ini langsung tidak mahu diulas lebih lanjut dan sekadar dimaklumkan pemecatan disebabkan ketidakhadiran Ustaz Nasha ke Mesyuarat Syura.

Namun, sudah jelas pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat apabila beliau dilihat mengancam kedudukan PAS menjelang PRU13. Beliau dikecam kerana usahanya untuk membentuk kerajaan perpaduan UMNO-PAS serta menentang kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkan bukan sahaja anti hudud bahkan anti Islam.

Adakah ini hadiah untuk Nasharudin kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dalam misi kemanusiaan yang lalu? Jasa dan sumbangan beliau apatah lagi sebagai Timbalan Presiden PAS nampaknya sudah tidak bermakna lagi.

Ustaz Nasha sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan keluar PAS. Namun, jika PAS terus hanyut mengikut PR, bagaimana pula pendirian Ustaz Nasha selepas ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...