KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 30 January 2013

Khalid Ismath Sifatkan GM13 Poyo



Kecelaruan GM13 telah diakui oleh Khalid Ismath sendiri sebagaimana yang terdapat dalam twitternya.

Khalid Ismath menyatakan GM13 tidak mendapat sambutan rakan-rakan mahasiswa kerana GM13 ditubuhkan atas tindakan terdesak pemimpin mahasiswa semata-mata untuk peribadi, political mileage.


Siapa pula pemimpin mahasiswa yang terdesak tu? Sepastinya ditujukan buat mereka yang menjadi penggerak menjayakan Jelajah GM13, Safwan Anang, Syis dan Adam Adli.

 

GM13 terdiri daripada 13 kumpulan dan KAMI bukanlah salah satu kumpulan yang turut bersama-sama dengan GM13. Kumpulan-kumpulan yang terlibat ialah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).

Turut dilaporkan daripada mereka yang hadir ke ceramah Jelajah GM13, GM13 menggunakan pentas PAS dan PKR untuk berucap serta dihadiri oleh penyokong tegar PR. Ditambah pula dengan laungan ‘Tumbangkan UMN0 BN’, ‘Mahasiswa pilih PR untuk PRU13’, ‘Kerajaan Zalim’.

Sekali lagi, ternyata ia bercanggah dengan kenyataan Syis yang menyatakan GM13 tidak membantu kempen PR serta Safwan Anang.


Bak kata Khalid Ismath, itu semua poyo.

Lihat kembali betapa munafiknya Safwan Anang & GM13. [KLIK SINI]


*REVOLUSI  BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...