KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday 28 January 2013

Nasha Dipecat, Hadiah Ikut PM Ke GAZA



Rentetan daripada kejadian tahun lepas, akhirnya Nasharudin Md Isa yang merupakan bekas Timbalan Presiden telah dipecat daripada menjadi ahli Majlis Syura. Keputusan pemecatan Ustaz Nasha ini telah dibuat pada 13 Januari yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz.


Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat kerana beliau telah melanggar peraturan-peraturan berjemaah Majlis Syura. Pemecatan Ustaz Nasha ini langsung tidak mahu diulas lebih lanjut dan sekadar dimaklumkan pemecatan disebabkan ketidakhadiran Ustaz Nasha ke Mesyuarat Syura.

Namun, sudah jelas pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat apabila beliau dilihat mengancam kedudukan PAS menjelang PRU13. Beliau dikecam kerana usahanya untuk membentuk kerajaan perpaduan UMNO-PAS serta menentang kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkan bukan sahaja anti hudud bahkan anti Islam.

Adakah ini hadiah untuk Nasharudin kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dalam misi kemanusiaan yang lalu? Jasa dan sumbangan beliau apatah lagi sebagai Timbalan Presiden PAS nampaknya sudah tidak bermakna lagi.

Ustaz Nasha sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan keluar PAS. Namun, jika PAS terus hanyut mengikut PR, bagaimana pula pendirian Ustaz Nasha selepas ini?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...