Keyakinan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memenangi Pilihanraya ke 13 ini lenyap begitu sahaja. Ternyata PKR sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat. Sejak Brader Anwar Bin Ibrahim bebas dari penjara, pelbagai kekecohan dan rusuhan berlaku. Ini semua di dalangi oleh tangan-tangan asing yang memegang Brader Anwar Bin Ibrahim ini.
Rata-rata masyarakat inginkan keamana dipulihkan kembali di Malaysia ini. MB menyeru kepada Brader Anwar Bin Ibrahim ini supaya berpegang kepada kata-katanya untuk berundur secara aman. Laksanakan sekarang Brader Anwar Bin Ibrahim. Jangan anda jadi munafik.
Ini antara calon-calon yang tidak dijangkakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.
Lepas ni rasa-rasa mana Brader Anwar Bin Ibrahim mahu lari yer? Oh yer... Jangan lupa ada lagi calon bebas yang nak lawan dengan Brader Anwar Bin Ibrahim ini... Papagomo bakal menyengat Brader Anwar Bin Ibrahim.
MB mendapat maklumat terdapat demotrasi yang dilakukan di Parlimen Jerai disebabkan tidak berpuas hati Datuk Seri Jamil Khir dijadikan calon di sini. Malangnya yang tidak berpuas hati itu bukanlah masyarakat Melayu mahupun India di kawasan Jerai. Tetapi masyarakat Cina yang tidak dapat menerimanya.
Kenapa masyarakat Cina protes sedangkan di kawasan ini adalah majoritinya masyarakat Melayu dan beragama Islam??? MB masih menunggu risikan dalaman MB berhubung isu ini. Apapun kita hidup dalam negara Malaysia ini haruslah bersatu padu dalam memajukan negara. Jangan bersikap mementingkan diri.
Terdengar risikan menyatakan bakal berlaku sabotaj di sini. MB dengan ini menegaskan bahawa jangan mengkhianati sesama kita!!! Ayuh!!! Bersatulah baik Melayu, India mahupun Cina!!!
Khas kepada penjawat awam. Buka minda kalian. MB mohon sangat. Pikir masak-masak dan di luar kotak. Lihat video ini dan renung dalam-dalam.
Ini antara AKU JANJI BARISAN NASIONAL!!!
Banyak lagi perancangan yang di buat oleh Barisan Nasional. Kalian sebagai penjawat awam pasti lebih mengetahuinya. Ayuh...Kita teruskan momentum Transformasi ini.
Terkejut MB membaca msg yang sahabat MB maklumkan kepada MB sebentar tadi.
Begitu terdesak puak Brader Anwar Bin Ibrahim hingga tergamak melakukan ini.
Buat rakyat sekalian. Mohon sebarkan kepada seluruh rakyat bahawa Tun Mahathir masih hidup dan sihat! Mohon rakyat sentiasa mendoakan kesihatan Tun Mahathir dan mendoakan BN dijauhkan dari fitnah-fitnah jahat seperti ini!
MB melihat hari ini terlalu banyak fitnah yang dilakukan oleh puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini. Ini berkenaan mamat Rafizi ini. Pelbagai fitnah telah disebarkan oleh mamat ini. Mamat ini mencabar orang yang terlibat untuk menyaman dia jika kenyataannya itu fitnah. Bila dah saman, apa yang tindakan ini?
Mamat ini terkontang-kanting minta mahkamah tolak saman itu. Aduhai balaci... U suruh saman, kami saman. Bila saman,u mahu lari. Apasal?
Jika benar itu bukan fitnah, kenapa harus takut wahai mamat Rafizi? Kata lawan tetap lawan. MB menyeru rakyat terutama anak muda bangkit menolak Puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini!!!!
Mahu kenal papagomo yang sebenar??? Tunggu hari penamaan nanti. Mari lihat video yang membuatkan ketakutan Brader Anwar Bin Ibrahim meluak-luak di bawah ini :
Steady la!!! Kita akan bantu blogger Papagomo selepas ini. Takut tak takut...Gentar tak Gentar... Biar titisan darah terakhir sekalipun, Pengkhianat negara Brader Anwar Bin Ibrahim harus di patahkan.
Hanya hantar budak hingusan membuat kacau. Malangnya hanya seorang sahaja yang ke hadapan untuk menjadi calon di pekan. Entah berapa RM telah di bayarnya!!!!
Hari ini MB perhatikan puak-puak DAP ini telah memainkan semula video-video lama. Video ini antara paling banyak di mainkan. Kenapa? Apa yang cuba dimainkan balik oleh puak DAP ini?
Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.
Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara. Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.
Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.
Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.
Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh.
Papa Homo vs Papa Gomo Kenyataan Rasmi PapaGomo. Tindakan berani papagomo bertanding membuktikan bahawa papagomo benar-benar anak jantan. MB dan rakan-rakan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan PAPAGOMO memberi saingan sengit kepada Brader Anwar Bin Ibrahim. Oh yer... Ini baru betul-betul buku bertemu ruas. Bukan seperti Brader Anwar Bin Ibrahim yang menghantar mamat jambu ke Pekan bertanding untuk timbulkan provokasi!!!
Sebelum ini memang ada beberapa kenyataan MiTi untuk turunkan harga kereta menjelang 2015 selepas perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta. Buat masa ini syarikat pengeluar kereta seperti proton dan perodua hanya memberi diskaun, tawar skim graduan dan sebagainya. Aku Janji BN baru-baru ini dibentangkan oleh Pengerusi BN menyatakan kerajaan akan mengkaji semula dasar automotif negara untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat 20-30% .
Memang ramai tidak bersetuju dengan persetujuan AFTA dalam dasar itu ketika zaman Pak Lah menjadi PM apabila untuk 'open market' kita kepada luar sedangkan negara kita sahaja dalam Asia Tenggara yang mengeluarkan kereta sendiri sedangkan di beberapa negara lain terutama di Korea Selatan tidak open market kereta kerana nak menjaga kereta mereka. Malaysia masih belum bersedia untuk menyertai AFTA (akan dibincangkan lain kali, kerana ini hanya selingan) dan melalui AFTA pun harga akan semakin turun kerana persaingan dan permintaan. BN tak tiru PR sebab PR nak hapuskan cukai, tapi bn hanya turunkan. Malah kalau BN nak hapuskan cukai saya sendiri akan kecam BN kerana akan mengheret negara di "ambang kehancuran".Penurunan pun hanya antara 20-30% dari dutikalau sekarang duti bernilain RM 20,000... maka penurunan 20-30% hanyalah diantara 4,000 - 6,000.\
Kenyataan rafizi dlm poster jawapan beliau kpd SSTDM mengenai profit yg tinggi kerana monopoli pemegang AP juga adalah salah sbb kereta yang dipasang di malaysia dan asean tidak memerlukan ap kereta seperti civic, camry, myvi, tidak memerlukan AP. Dalam keadilan daily, dia pun tulis 90% kenderaan tak perlukan AP. so, macam mana nak dapat duit dari lelongan AP ? Mengenai formula pengiraan Rafizi saya telah bentangkan malah penipuan dalam harga kereta sebelum dan selepas cukai pun saya dah lawan balik.
Haram jatuhkan kerajaan negara Islam kata Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram...
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.
Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.
Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.
"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.
Program selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari tokoh itu ke negeri ini.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.
Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.
"Demonstrasi hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.
"Justeru, jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.
Ujarnya, cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.
"Dalam perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.
"Pemimpin perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang baik kepada pemimpin mereka," katanya.
P/S : Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim).
Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)
Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah kerana kesannya yang amat merugikan. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.
Semakin menghampiri kemuncak PRU13 ini semakin rancak Brader Anwar Bin Ibrahim menjalankan strategik mengolakkan negara. Benar seperti yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim dengan dana Yahudi akan mengadakan rusuhan di seluruh Malaysia bagi menghancurkan Malaysia Tercinta ini.
Beberapa hari sebelum ini mereka telah mengadakan Demotrasi di depan Sogo di waktu rakyat sedang sibuk bekerja. Ini telah menjejaskan kegiatan-kegiatan harian di sekitar itu. Namun ternyata demontrasi masa itu gagal kerana jumlah yang datang bersama tidak sampai 22orang.
Dalam artikal ini MB nak cerita pasal kegagalan demotrasi TOLAK yang diadakan hari ini. Demo ini tetap dikategorikan sebagai GAGAL. Dakwaan menyatakan mereka mensasarkan jumlah kehadiran seramai 5000orang Malah baju yang disediakan hampir 1000helai seperti tidak diusik. Oppss... banyak dana mereka ini dapat bikin baju.
Hanya sekitar kurang daripada 53orang sahaja yang datang. Pengurangan yang sangat banyak. Jika dilihat di page mereka ini, mereka masih tetap dengan cara Brader Anwar Bin Ibrahim dengan memfitnah UMNO. Mereka telah ditahan polis dan mengatakan UMNO punya kerja. Penjelasan sebenar mereka ditahan dan di periksa Kad Pengenalan kerana terdapat aduan mereka menganggu pengguna komuter serta membuat bising serta kecoh di dalam komuter dan di sekitar perhentian komuter.
MB menemubual beberapa pengguna di dalam komuter tentang demotrasi mereka ini. Rata-rata jawapannya pengguna menjawab mereka terasa terancam, tidak selesa, terasa gangguan seksual (kerana ada daripada mereka merenung tajam seperti inginkan sesuatu), mencerminkan imej buruk kepada negara, tidak beradap dan lain-lain lagi. Lihatlah di dalam gambar tersebut gerak-geri mereka umpama komuter itu mereka yang punya dan tidak menghormati hak penggunaan yang lain.
Mereka bertekad untuk mengumpulkan 100k tandatangan sebagai sokongan menolak BN. Malangnya yang menandatangani kain rentang ini puak-puak mereka juga. Ada yang ditugaskan sain hingga penuh kain tersebut umpama mereka mendapat sokongan. MB nak bocorkan lagi rahsia. Gadis-gadis yang sain di kain rentang itu bukannya boleh mengundi. Apa cerita???
*Pst : Kenapa sekarang ini bila demotrasi, gadis-gadis mereka sudah pandai menutup muka??? Risau MB ambil gambar buat poster ke???
Sambutan masyarakat setempat dan pengguna komuter juga SANGAT-SANGAT tidak mengalakkan. MB dapati mereka ini telah melaporkan kepada "seseorang" bahawa demontrasi mereka ini gagal. Dan arahan daripada "seseorang" itu mengarakkan mereka meneruskan perjalanan ke Melaka dan bergabung dengan kumpulan disana kerana dakwaan mengatakan demotrasi di Melaka turut gagal disebabkan bilangan yang hadir sangat kurang.
Pesanan MB kepada anak-anak muda ini, jangan cemarkan imej negara. Biarkan kami yang LAYAK mengundi ini menentukan masa depan negara. Anda masih muda. Fokus pada pembelajaran.
Satu lagi DEMOTRASI DI KOTARAYA KUALA LUMPUR boleh lihat di sini.
Seperti yang MB centuskan di artikal di sini, kali ini MB nak dedahkan pula betapa Jahilnya puak-puak ini bila agama di persendakan. Sikap kurang ajar dan biadap mereka tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai provokasi dan demotrasi dilakukan mereka.
Ini salah satu adengan yang berlaku di dalam demotrasi yang sangat GAGAL oleh puak-puak ini. Nanti MB akan dedahkan pula kaitan mereka dan bukti mereka bersama Puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim.
Tahniah kepada GM13 yang telah berani meletakkan calon Mohamed Bukhary untuk bertanding di Parlimen Pekan bertanding dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Menarik untuk MB dedahkan siapa mamat Bukhary ni. Jika di lihat pendedahan oleh dirinya sendiri, mamat ni mempunyai latar belakang pendidikan agama. Tetapi persoalan di sini adakah pendidikan agama itu di semai dalam dirinya??? Mari kita lihat gerakan kumpulan mamat ni.
Gerakan puak mamat ni memang cukup dihina dan dikritik hebat di Universiti Malaya. Mereka ini mempunyai dana yang besar yang disalurkan oleh tangan-tangan ghaib bagi menimbulkan huru-hara di dalam kampus IPTA dan negara. Sepanjang Pilihanraya Kampus yang di adakan setiap tahun,pelbagai provokasi dilakukan mereka ini.
Gerakan mereka ini sanggup meletakkan kepala babi di dalam Masjid bagi mendapatkan undi simpati mahasiswa.Malah pernah menculik salah seorang calon yang bertanding semasa Pilihanraya Kampus bagi mendapatkan simpati mahasiswa juga.
Terbaru semasa Pilihanraya kampus 2012 yang berlangsung tempoh hari, mereka sanggup memukul Pengerusi mereka sendiri dan menuduh UMNO yang lakukan. Tapi perancangan mereka tetap berjaya MB gagalkan setelah MB mendapat maklumat awal perbuatan keji mereka ini.
Layakkah mahasiswa biadap seperti ini dibiarkan? Semasa puak-puak ini dipukul di pekan baru-baru ini, sebenarnya ia adalah strategi JAHAT mereka memprovok penduduk setempat supaya memukul mereka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan simpati masyarakat setempat dan membesar-besarkan pergerakan mereka ini. Semasa kejadian berlaku, persoalan yang timbul KENAPA SAFWAN ANANG TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN SEDANGKAN KEMPEN DI SANA DIA YANG LEAD???
Banyak lagi pendedahan yang MB akan dedahkan. MB tekad untuk gasak mereka habis-habisan.
Video dibawah khas di pertontonkan kepada rakyat untuk menilai mereka ini!!!
MB terkilan bilamana agama dipermainkan. Kerana kepentingan politik, pelbagai fatwa dikeluarkan. Nabikah Nik Aziz ini?
Hari ini kalau di peringkat mahasiswa ramai cerdik pandai bab agama. Tetapi masing-masing takut untuk menegur Nik Aziz. Yang mereka tahu menghina dan mengutuk kerajaan BN.
Malah calon GM13 yang di angkat tinggi menghafal 30 Juzu' Al-Quran secara terang-terangan biadap dan bersikap kurang yang merosakkan imej ISLAM mendiamkan diri segala fatwa-fatwa palsu yang dikeluarkan oleh Nik Aziz. Mengapa takut menegakkan kebenaran agama?
Dalam manifesto mereka, Pakatan telah janji pendapatan setiap isi rumah di Malaysia akan naik sampai 4 ribu sebulan dalam 5 tahun pertama pemerintahan mereka.
Ini bermakna pendapatan isi rumah di Malaysia mesti naik hampir 22% dalam lima tahun. Dengar memang hebat tapi bila dirujuk kepada negara yang lain, baru kita tahu ini satu janji yang tak masuk akal.
Contohnya di China, negara yang membangun dengan paling pesat di dunia. Mereka hanya dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 10%. Ini negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam dunia. Macam mana Pakatan nak dapat 22%? Jangan percaya pada janji bulan dan bintang Pakatan. Kalau tak jadi, mereka akan kata, "Oh, manifesto bukan janji."
Jika benar puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim melakukan taktik keji ini, nescaya US akan masuk campur bagi membela Brader Anwar Bin Ibrahim. Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut, sila maklumkan segera kepada pihak Berkuasa. Kita harus bersatu dalam menyelamatkan negara tercinta ini.
Sah. Individu yang dituduh sebagai pengadili blog papagomo akan bertanding di parlimen yang mana Brader Anwar Bin Ibrahim bertanding. Keputusan ini diambil bagi membersihkan nama beliau yang telah difitnah.
MB berikrar akan membantu brader ini sekiranya beliau bertanding. Jangan kentar perut brader. MB dan rakan-rakan pasti berjuang bersama brader!!!
Banyak analisa dibuat oleh pelbagai pihak termasuk di luar negara merumuskan Barisan Nasional akan menang dalam PRU kali ini. Pihak pelabur juga menaruh keyakinan tinggi terhadap Barisan Nasional. Buktinya, pasaran saham tidak terjejas walau sedikit pun apabila Dato' Seri Najib Tun Abd Razak umumkan pembubaran Parlimen pada pagi tadi. Kebiasaannya, di mana-mana negara pun, jika pembubaran dibuat ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pasaran saham. Para pelabur juga cenderung mengambil langkah berhati-hati. Tp hal ini tak berlaku di Malaysia sekaligus membuktikan keyakinan tahap tinggi pelbagai pihak terutamanya para pelabur asing terhadap demokrasi cara Malaysia yg kita amalkan di sini.
Namun begitu, jika kita telitikan corak permainan pembangkang, strategi perang psikologi mereka begitu berimpak. Sejak dari awal lagi mereka menyebarkan propaganda bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dan Putrajaya akan jatuh. Barisan Nasional kononnya akan kalah teruk. Terbaru, kenyataan oleh Tuan Guru Nik Aziz kononnya UMNO berada dalam keadaan yg amat tenat. Permainan-permainan sebegini pastinya akan memujuk psikologi rakyat yg kurang berfikir dan mengkaji sehingga menjadi persepsi kekal bahawa Pakatan Rakyat akan menang. Lebih dahsyat dari itu, mereka sudah pun berasakan Pakatan Rakyat sudah menang sebelum PRU 13 berlangsung lagi. Inilah salah satu bentuk perang psikologi ampuh yg dilancarkan oleh pembangkang ke atas rakyat Malaysia. Tanpa sebarang ukuran yg absah, mereka menanam persepsi tersebut hingga akhirnya menjadi satu kepercayaan dan keyakinan.
Permainan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Dlm satu kenyataan oleh YB Nurul Izzah yg perlu kita berikan perhatian, beliau menyatakan sama ada Pakatan Rakyat menang atau kalah, revolusi tetap akan berlaku. Kenyataan ini diterbitkan ketika negara sedang kalut dgn cubaan melancarkan BERSIH 3.0 dahulu. Apakah ertinya? Kita juga perlu ambil berat dgn kenyataan Anwar Ibrahim yg sering menyeru dalam siri ceramahnya supaya rakyat berhimpun di Kuala Lumpur selepas menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing. Kononnya, beliau mendakwa, SPR akan mengumumkan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang jam 7 malam pada hari pengundian dan seluruh penyokong diminta berhimpun di Kuala Lumpur utk meraikan kemenangan tersebut.
Apakah muslihatnya?
Pada malam sebelum tanggal 9 Januari 2012, Anwar pernah mengumpulkan sejumlah anak muda di rumahnya. Dlm pertemuan itu, Anwar telah meniupkan semangat revolusi sempena gerakan kebangkitan rakyat yg berlaku di Timur Tengah. Anwar turut membacakan puisi khususan membangkitkan semangat juang anak-anak muda di hadapannya. Malam itu diibaratkan sebagai malam keramat yg amat penting kpd Anwar sendiri. Kenapa? Ini kerana, keesokan harinya, iaitu pd 9 Januari 2012, Anwar akan hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Liwat 2 membabitkan bekas pembantunya, Saudara Saiful Bukhari Azlan. Pd malam tersebut, perancangan sudah diatur dgn anggapan Anwar akan didapati bersalah dan akan dihantar ke penjara sekali lagi. Justeru, bg memastikan perkara tersebut gagal, satu gerakan revolusi akan dilancarkan dgn nama Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 yg bertujuan membebaskan Anwar secara revolusi.
Dgn kuasa Allah, segala perancangan jahat tersebut akhirnya gagal dan Anwar tidak berjaya menggunakan jalan pintasnya untuk berkuasa.
Hal ini mendedahkan kpd kita akan muslihat Anwar pada hari pengundian kelak. Tujuan utama Anwar menyeru rakyat berhimpun di Kuala Lumpur sebenarnya bukanlah untuk meraikan kemenangan. Anwar tahu Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang dlm PRU kali ini. Justeru bg memastikan Barisan Nasional tidak kembali ke Putrajaya, satu operasi huru-hara akan dijalankan. Rakyat yg telah dihasut mempercayai bahawa Pakatan Rakyat akan menang pasti dgn mudah juga boleh dihasut utk memberontak sekiranya keputusan yg diumumkan oleh SPR kelak tidak memihak kpd mereka. Inilah strateginya.
Pertama, kita kena lihat secara logik. Adakah SPR mampu menyelesaikan pengiraan undi dgn begitu cepat bg membolehkan keputusan diumumkan seawal jam 7 petang? Tidak pernah berlaku sedemikian hal dalam sejarah negara kita. Kedua, kenapa mesti berkumpul di Kuala Lumpur, tetapi bukan Putrajaya? Jawapannya, kerana Kuala Lumpur ialah pusat tumpuan baik dlm kalangan rakyat Malaysia mahupun dunia. Jika demonstrasi, rusuhan atau revolusi dijalankan, seluruh dunia akan melihat kpd Malaysia dan ini akan membantutkan usaha Barisan Nasional utk kembali berkuasa.
Adakah kita masih boleh percaya dgn setiap kata yg terbit dari mulut Anwar Ibrahim!
Dulu Nik Aziz cakap kalau Tun M letak jawatan, esok dia akan letak jawatan. Tetapi dah 9tahun masih gilakan kuasa lagi. Kenapa???
Perjuangan Rasulullah SAW bukan untuk mendapatkan sebuah negara tetapi mengajak manusia mengEsakan Allah SWT. Baginda berdakwah siang dan malam, bukan berdakyah 24 jam dan mengkafirkan orang itu orang ini. Sebaliknya, Baginda mengIslamkan orang-orang kafir melalui kebijaksanaan strategi dakwah yg amat-amat-amat komprehensif. Malangnya kita hari ini ada parti yg menggunakan Islam untuk dapatkan negara. Dikafirkan orang itu dan ini. Didoakan hancur dan KO! Org beginikah yg kita nak angkat sebagai pewaris Nabi?
Ni sorang lagi. Pusing satu dunia kempen suruh TUKAR, tapi sampai hari ini tidak mahu letak jawatan. Kenapa?