KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday, 16 May 2013

2MINIT 12 SAAT MAMPU AMANKAN MALAYSIA!!!

Keyakinan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memenangi Pilihanraya ke 13 ini lenyap begitu sahaja. Ternyata PKR sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat. Sejak Brader Anwar Bin Ibrahim bebas dari penjara, pelbagai kekecohan dan rusuhan berlaku. Ini semua di dalangi oleh tangan-tangan asing yang memegang Brader Anwar Bin Ibrahim ini.

Rata-rata masyarakat inginkan keamana dipulihkan kembali di Malaysia ini. MB menyeru kepada Brader Anwar Bin Ibrahim ini supaya berpegang kepada kata-katanya untuk berundur secara aman. Laksanakan sekarang Brader Anwar Bin Ibrahim. Jangan anda jadi munafik. 



PAS MAHU APA SEBENARNYA???

Pada hemat saya soalan "Apa lagi Cina mahu?" wajarlah ditambah dengan satu soalan lain: "Apa sebenarnya yang Pas mahu?" Tetapi sebelum melanjutkan perbincangan tentang "apa yang Pas mahu" itu, sorotan yang lebih objektif dan seimbang wajar dilakukan untuk memahami latar belakang dan kemunculan soalan "apa lagi Cina mahu?" yang kononnya menyinggung perasaan sebahagian orang Cina tetapi enggan memahami perasaan dan sebab musabab kenapa sebahagian orang Melayu sampai bertanya begitu.

Soalan itu telah diangkat menjadi tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu, dua hari selepas selesainya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berbulan-bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan dan berminggu-minggu sebelum hari mengundi, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan berbagai perkara untuk menawan hati masyarakat Cina, sama ada melalui arahan administratif atau dalam peruntukan segera atau dalam bentuk janji dan perakuan. 

Dan lebih setengah abad sejak Persekutuan Malaysia (sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu) merdeka, berkat kerjasama dan formula perkongsian kuasa UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan dan kemudian BN, masyarakat Cina mencapai kemajuan yang fenomenal di bidang politik, kebudayaan dan pendidikan di samping ekonomi yang dimaklumi mereka sudah amat maju.

Tetapi bila semua kertas undi selesai dikira dalam PRU-13 lalu, ternyata 90% peratus pengundi Cina memilih calon-calon DAP yang begitu lantang melaungkan keinginan untuk menumbangkan kerajaan BN. Sebelum itu, untuk sekian lama DAP dianggap sebagai pendukung gagasan "Malaysian Malasysia" warisan Lee Kuan Yew dari Singapura yang hendak menghakiskan warisan-warisan Melayu dalam kehidupan budaya dan politik negara Malaysia ini.

Sikap dan kecenderungan mengundi masyarakat Cina yang sedemikian telah ditafsirkan oleh masyarakat Melayu sebagai penolakan "salam persahabatan" yang dihulurkan oleh pimpinan kerajaan (BN) yang didukung oleh sebahagian besar bangsa Melayu melalui UMNO dan sebahagian masyarakat Cina melalui MCA. Maka muncul soalan yang dijadikan tajuk berita tersebut yang juga telah mencetuskan kontroversi.

Sebahagian orang Cina kononnya merasa tersinggung dengan soalan sedemikian. Sementara itu, sebahagian bangsa Melayu merasakan soalan itu (yang mungkin boleh diungkapkan dengan nada atau gaya bahasa yang lebih halus) menganggap itu sebagai luahan kekecewaan atau perasaan "jauh hati" kerana huluran tangan persahabatan tidak diterima. DAP yang dikenali sebagai rasis dan anti Melayu mendapat sokongan pengundi Cina secara besar-besaran, manakala MCA dan Gerakan yang lebih bersahabat dengan bangsa Melayu, diabaikan.

Semua itu menyebabkan bangsa Melayu merasa kuasa politik mereka semakin terhakis sedangkan kemajuan sosio-ekonomi mereka masih jauh terkebelakang berbanding orang Cina. Itulah yang menyebabkan seorang kawan berbangsa Melayu bertanya: "Dalam percaturan politik antara kaum di negeri ini sekarang di manakah batas keterhakisan politik Melayu?" Atau sejauh manakah keputusan PRU-13 itu memperlihatkan keterhakisan politik Melayu?"

Sehubungan dengan semua soalan di atas saya sendiri ingin menanyakan soalan lain yang yang ada kaitannya dengan keterhakisan politik dan pendirian dua parti politik Melayu yang besar di negara ini. "Apa yang sebenarnya Pas mahu?" Dan kalau soalan itu hendak ditambah satu lagi, saya ingin bertanya: "Di mana sebenarnya silap UMNO?"

Mahu tidak mahu kita mesti mengakui bahawa keterhakisan politik Melayu seperti terbayang dalam keputusan PRU-13 itu mempunyai kaitan dengan keinginan dan arah tuju Pas dan "kesilapan (kecuaian dan kesombongan?) UMNO". Kerana itulah kita mesti bertanya: "Apa sebenarnya yang Pas mahu?" dan "Di manakah UMNO silap langkah?" Atau mungkin ada pula yang ingin bertanya: "Apakah UMNO masih relevan?"

Prestasi Pas di Kedah dan Kelantan dalam PRU-13 lalu merosot secara hakiki (dengan kehilangan kuasa memerintah di Kedah dan kemerosotan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi di Kelantan). Pada keseluruhannya di Parlimen pun bilangan kerusi yang dimenangi merosot berbanding sebelum PRU-13 dan berbanding dengan DAP dan PKR, bilangan kerusi yang dimiliki Pas diParlimen adalah paling sedikit.

Pada keseluruhannya antara tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat yang paling besar mendapat kemenangan adalah DAP (38 Parlimen dan 95 DUN). Prestasi PKR di peringkat Parlimen (30 kerusi) melebihi Pas (21 kerusi). Tetapi pada peringkat DUN, prestasi Pas (85 kerusi) lebih tinggi daripada PKR (49 kerusi).

Kesimpulannya, yang paling beruntung adalah DAP. Dan secara perbandingan yang paling kecundang adalah Pas, walaupun pada peringkat DUN bilangan kerusinya bertambah, termasuk pertambahan di Selangor daripada lapan kepada 15. Tetapi Pas kehilangan satu negeri (Kedah) dan mengalami kemerosotan kerusi dalam DUN Kelantan.

Pertambahan kerusi yang dimenangi Pas dalam DUN Selangor itu perlulah dinilai dari pelbagai sudut dan perlu juga dilihat daripada manfaat yang diperoleh Pas dalam mencapai matlamat perjuangannya. Apakah peranan dan sebesar apakah "saham" yang akan diberikan kepada Pas dalam mentadbir Selangor. Adakah nasib Datuk Dr. Hasan Ali (bekas Exco ) yang menjadi mangsa konspirasi DAP akan menimpa Pas sekali lagi?

Adakah pertambahan bilangan kerusi DUN Selangor yang dimenangi Pas itu akan menambah kuasa tawar-menawarnya dalam percaturan politik intra-Pakatan. Apakah tidak wajar untuk menimbangkan ADUN Pas dilantik menjadi Menteri Besar? Atau adakah Pas akan merelakan dirinya menjadi "bunga kertas" atau "penghias" dalam Pakatan Rakyat?

Tetapi yang lebih penting dari segalanya dan wajib ditanyakan dalam realiti politik yang wujud sekarang ialah: "Apakah sebenarnya yang Pas mahu?" Dan untuk apa sebenarnya Pas menyertai Pakatan Rakyat? Adakah tujuannya sekadar untuk meminggirkan UMNO kerana "dendam" dan "kebencian" terhadap tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO? Tidakkah Pas "membakar kelambu kerana marahkan nyamuk?' Adakah Pas benar-benar yakin bahawa matlamat perjuangannya lebih mudah dicapai melalui persekongkolan dengan DAP?


Secara jujur Pas perlu bermuhasabah. Soalan "Apa yang sebenarnya Pas mahu?" mestilah ditanyakan kembali dengan keinginan mencapai matlamat perjuangan. Pas itu mestilah diungkap dan dirumuskan kembali secara konsepsual dan sistematik. Strategi untuk mencapai "matlamat" . Dan "rakan kongsi" untuk mencapai matlamat perjuangan itu mestilah dikenal pasti dengan bijaksana. Meminjam nasihat dari satu perbilangan adat Minangkabau: "Jangan sampai tukang pancing dilarikan ikan" Jika sesat di tengah jalan, eloklah kembali ke pangkal jalan. Allahua'lam

Oleh : SENATOR DATUK DR. FIRDAUS ABDULLAH
ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 


Wednesday, 15 May 2013

AMARAH LIM KIT SIANG SETIAP MALAM

Lim Kit Siang ternyata tidak mampu membendung kemarahannya berikutan kegagalan pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO.

Kini boleh dikatakan hampir setiap malam Penasihat DAP itu terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bersama sahabat karibnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianggap berlaku penyelewengan dan penipuan.

Kita tidak hairan dengan sikap Anwar kerana beliau sememangnya amat kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur. Selama ini Anwar sudah melakukan pelbagai usaha termasuklah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara bagi meraih sokongan, tetapi akhirnya impian itu tidak tercapai juga.

Tambahan pula PKR mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan. Oleh itu kita boleh fahamlah kenapa Anwar 'meroyan' setiap malam. Tetapi apa yang kita persoalkan sikap Kit Siang. Beliau menjadikan pentas perhimpunan haram untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata menghina termasuk menggunakan istilah 'syaitan yang dikenali menjadi Perdana Menteri'.

Jika melihat kepada apa yang dinikmati oleh Kit Siang dan DAP, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian dan ini menimbulkan persoalan apa lagi yang Penasihat DAP ini mahukan? Tidak cukupkah dengan kejayaan DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang apabila memenangi 38 kerusi berbanding PKR (28 kerusi) dan Pas (21 kerusi)? Tidakkah beliau berasa puas dengan kejayaan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua? Belum puaskah hatinya apabila melihat calon-calon BN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan ditolak hampir secara total oleh masyarakat Cina kerana termakan hasutan politik DAP? Belum puaskah nafsu politik beliau apabila berjaya menumbangkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah? Oleh itu apa lagi yang Kit Siang mahu?

Sebelum ini, apabila Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' yang sekadar satu pertanyaan berikutan tindakan mereka tidak mengundi BN biar pun telah diberikan pelbagai layanan istimewa oleh parti itu, Kit Siang melenting. Beliau cuba menggambarkan kononnya laporan Utusan Malaysia itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.

Tetapi pernahkah Kit Siang bertanya apakah tindakan beliau sekarang yang bersekongkol bersama Anwar mengadakan perhimpunan haram di sana-sini tidak boleh menggugat keselamatan negara? Tidakkah sebagai seorang yang bertanding dalam pilihan raya sejak tahun 1969, Kit Siang tidak faham undang-undang apabila melanggar perintah polis dalam soal memohon permit mengadakan perhimpunan?

Kenapakah Kit Siang lakukan semua ini? Kenapakah tidak mahu mengikut saluran undang-undang dalam melakukan bantahan? Kenapakah mahu membangkitkan sentimen rakyat dan bersekongkol dengan Anwar yang kemaruk menjadi Perdana Menteri?

Apa lagi Kit Siang mahu? Tidak puas lagikah selama ini ketika kempen pilihan raya berlangsung Kit Siang yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen dan kebebasan bersuara membiarkan pemimpin-pemimpin DAP memaki hamun pemimpin-pemimpin BN? Belum gembirakah lagi beliau apabila DAP berjaya menentang habis-habisan usaha perjuangan Islam oleh Pas termasuk hukum hudud?

Oleh itu kita ingin bertanya apa lagi Kit Siang mahu? Tidakkah beliau terfikir tindakan yang beliau lakukan sekarang khususnya dengan menghina pemimpin-pemimpin UMNO mungkin boleh mendatangkan tindak balas daripada kalangan orang Melayu?

Justeru adalah lebih baik jika Kit Siang tidak terus dilihat bermain api dengan membakar sentimen rakyat untuk memenuhi impian politik pembangkang khususnya DAP dan Anwar. Kalau betul Kit Siang telus dan berjuang atas nama keadilan serta tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 maka pastikan semua pemimpin DAP tidak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua menteri dan Exco Kerajaan Negeri.

Tetapi malangnya keadaan itu tidak berlaku, Kit Siang tersenyum bangga melihat anaknya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas menang dalam pilihan raya yang dianggap oleh beliau berlaku penipuan. Soalnya wajarkah tindakan ini? Kenapakah mengamalkan sikap 'double standard'?

Jadi kita ingin tahu apa lagi Kit Siang mahu kalau sesetengah pemimpin pembangkang khususnya Pas boleh mengiktiraf keputusan pilihan raya, kenapakah DAP tidak boleh? Kenapakah sebahagian pemimpin PKR yang 'kemaruk kuasa' tidak boleh? Apakah mainan sebenar pembangkang khususnya Kit Siang dan DAP dalam soal ini?

Kita memahami DAP mungkin kecewa kerana selama ini mereka sudah 'memperkudakan' PKR dan Pas bagi meraih sokongan Melayu. Mereka berharap melalui cara itu, orang Melayu akan menyokong pembangkang manakala soal pengundi Cina biar mereka uruskan.

Ternyata DAP hanya berjaya mempengaruhi pengundi Cina untuk menyokong perjuangan politik sempit mereka tetapi orang Melayu masih mempunyai kewarasan. Sebahagian besar mereka menolak PKR dan memberi sedikit kemenangan kepada Pas. Orang Melayu masih percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena terhadap keghairahan DAP dalam pilihan raya umum kali ini.

Oleh itu, mereka tetap tidak menyokong DAP biar pun PKR dan Pas sudah menjelajah ke pelosok negara menjaja slogan 'Ini Kalilah' dan 'Ubah'. Mungkin bagi orang Melayu yang taksub kepada PKR dan Pas mereka mengundi kedua-dua parti itu tetapi sekarang mereka sudah faham siapa yang untung. PKR dan Pas menjadi parti yang rugi kerana DAP muncul sebagai parti dominan.

Tetapi malangnya, ketika pemimpin-pemimpin Pas mulai sedar mainan politik DAP ini, ada pula sesetengah pemimpin mereka dan PKR mahu terus bersekongkol dengan parti yang dianggap cauvinis itu untuk menggugat kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Apa pun peringatan perlu diberikan kepada Kit Siang supaya beliau lebih berhati-hati dalam melakukan provokasi melalui ucapan-ucapannya. Jangan sewenang-wenangnya memanggil pemimpin UMNO dengan gelaran yang bukan-bukan seperti syaitan dan sebagainya.

Kit Siang harus ingat jika beliau bersedia untuk melakukan perbuatan berkenaan maka beliau juga perlu bersedia menerima tindak balas daripada penyokong-penyokong UMNO termasuk dipanggil dengan gelaran yang bukan-bukan.



Oleh itu adalah lebih baik jika Kit Siang mencapai cita-cita politik DAP dan pembangkang melalui saluran yang betul melalui petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan PRU-13 dan bukannya mencerca serta memaki hamun pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sesuka hati di pentas-pentas perhimpunan haram.

Sebagai ahli politik veteran, Kit Siang sepatutnya lebih matang berpolitik dan tidak menggunakan pendekatan yang dilihat bahaya untuk membuat bantahan dengan terlibat dalam perhimpunan haram.

Justeru Kit Siang tidak perlu melenting kalau orang terus bertanya apa yang beliau mahu biar pun berdasarkan corak politik DAP dan kekecewaan Kit Siang kita amat memahami apa yang mereka mahukan di bumi yang pernah bernama Tanah Melayu ini..

TERBAYANG WAJAH KETAKUTAN PR PADA DUA PANGLIMA INI!!!

Sekitar jam 5.00petang tadi telah di umumkan senarai penuh barisan kabinet Barisan Nasional oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Barisan Kabinet ini telah digabungkan kepimpinan lama dan baru. MB tertarik dengan penegasan Perdana Menteri tentang rasuah. MB dapat dirumuskan di sini betapa seriusnya Perdana Menteri dalam membasmi gejala rasuah.

Di kesempatan ini, MB ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. MB yakin dengan kepimpinan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Wilayah-wilayah Persekutuan akan berkembang pesat dan terjaga kebajikan penduduknya.


MB juga ucapkan beribu-ribu Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan kerana telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. MB yakin dengan kepimpinan dan ketelusan yang Datuk Ahmad Maslan laksanakan sebelum ini mampu membawa negara tercinta ini pergi lebih maju dan stabil.









BARISAN TENTERA YANG DITAKUTI ANWAR!!!



Perdana Menteri & Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 


Tan Sri Muhyiddin Yassin 

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)


MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)



MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)


MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)


MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)


MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)


MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)


MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)

Tahniah di ucapkan. Info yang terkini di sini.

Friday, 3 May 2013

MAT SABU DILIWAT OLEH PUAK KOMUNIS???



MB terjumpa kenyataan ini daripada fb seseorang. Mungkinkah ini satu fitnah? Atau satu kenyataan? Terpulang untuk rakyat menilainya. Apapun MB menegaskan bahawa orang yang mengeluarkan kenyataan ini ada seorang yang berfahaman komunis. Boleh kaji dan study pasal dirinya di sini.
Jangan dilupai bahawa PSM ada bertanding di dalam Pilihanraya Umum 13 ini. MB berpendapat, PAS harus mengambil tindakan segera dengan memboikot PSM ini dalam PRU13 ini.


Ini MB sajikan segala kata-kata nista dan kejian brader ini. Buat penyokong PAS, boleh call sendiri tanyakan betul ke dia kena liwat oleh Mat Sabu. Ini berita sensasi. boleh la call segera. Sekurang-kurangnya ternyata ini bukan kerja UMNO. 

Tuesday, 30 April 2013

BUKTI RAFIZI SEORANG GAY DI DEDAHKAN!!!!


MB difahamkan bahawa email ini didedahkan oleh PAS Pandan tentang seorang pemimpin PKR. Sehingga saat ini tidak ada kenyataan balas daripada Brader Rafizi. Yang menjadi persoalan, kebiasaannya respon yang pantas dilakukan oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Tapi kali ini sangat lambat pula responnya. Adakah sedang mencari jalan menyelamatkan diri? Sumber di sini.




PENDEDAHAN TERANCANG GERAKAN DAP!!!


Jika di dengar dalam pendedahan ini, di sesuatu tempat markas DAP sebagai contohnya di komtar ada 20orang cybertroopers full time kerja mereka mengadap fb. Satu hari mereka ini mampu membuat 5 fake acc fb baru dan setiap orang berkemungkinan mempunyai 50 akaun fb. Hampir 1000 fake acc diwujudkan oleh suatu bilik gerakan ini. Malah mereka ini telah beroperasi sudah lama dan hampir 5tahun. Bagi MB ini satu gerakan yang benar-benar terancang.

Perancangan bagaimana gerakan serangan mereka berpusat ini memang sangat terancang. Begitu nekad puak DAP ini ingin menguasai negara Malaysia tercinta ini. Bagaimana gerakan mereka mereka fitnah turut di dedahkan. Hati-hati dengan mereka ini.

PANDA BANTAI ANWAR ISU POLIS!!!


Benarkah polis malaysia ini sangat keja, seperti yang di gembar gemburkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim? Fikir-fikirkan semua.

Monday, 29 April 2013

AYAH DAN ANAK SAMA-SAMA LACURKAN ISLAM!!!


Lihat sendiri dan nilai. Dalam video tersebut secara terang Brader Anwar Bin Ibrahim membenarkan Lina Joy murtad. Ini temubual Internasional. Bukan di dalam Malaysia. Sepatutnya Brader Anwar Bin Ibrahim menjelaskan Islam tidak membenarkan umatnya menukar agama. Inikah pemimpin yang PAS agungkan? Sanggupkah umat Islam di Malaysia menyokong Brader Anwar Bin Ibrahim ini? Tidak jelas lagikah wajah sebenar Brader Anwar Bin Ibrahim ini?



Bagaimana dengan Nurul Izzah pula? Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Daripada mana pegangan anaknya jika bukan daripada ayahnya yang mengasuh. Sebagai rakyat, anda jangan biarkan Parti Keadilan rakyat ini menang walaupun 1kerusi. Ayuh Bangkit katakan TIDAK PADA BRADER ANWAR BIN IBRAHIM!!!


TANDA-TANDA 13MEI SUDAH BERLAKU!!!

Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.

Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.
Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat 'peluang' untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.

Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya.
Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.
Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.

Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.

Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin 'menyapu bersih' Melayu dari bandar itu. Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu.

Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.

Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina.

Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka.

Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak. Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis. Keadaan pulih secara perlahan-lahan.

Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya.Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu.

Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai 'ibu kepada semua pilihanraya', diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan. Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969.

Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan. Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. 

sumber : disini 

KENAPA HUSAM MUSA RASA BERSALAH DGN TENGKU ADNAN DI PUTRAJAYA???


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana keprihatinan pemimpin kita yang berlainan politik tetapi tidak langsung kisah untuk membantu keluarga lawannya. Semoga dibukakan pintu hati Husam Musa daripada menabur fitnah hingga lupakan anak saudaranya. 


KOMUNIS MENYELINAP DALAM KEM BN!!! HATI-HATI!!!

Sebagai blog picisan seperti MB ini tidak ramai yang memandang pendedahan demi pendedahan yang MB lakukan. Mungkin disebabkan MB ini tidak terikat dengan mana-mana pihak yang ternama menyebabkan maklumat-maklumat yang MB dedahkan ini tidak di ambil serius. Pendedahan tentang seorang pemuda yang bernama Haizal ini telah lama MB lakukan. Tetapi MB perhatikan masih belum ada tindakan tegas di lakukan hinggakan tahap MB perhatikan mamat ini berjaya menyusul masuk ke dalam kubu BN sendiri.


Mamat ini yang berasal dari Sabah telah di latih dengan 1001 taktik keji penyamaran dan provokasi. Boleh di lihat fbnya yang rata-rata berpegangan komunis di sini. Lebih menakutkan telah banyak peserta PLKN yang telah di rekrutnya.


Ini antara provokasi yang dilakukannya semasa BERSIH.



Dakwaan dari risikan MB mengatakan bahawa mamat Haizal ini sedang menyelidik siapa MB dan rakan-rakan MB. Malah hacker-hacker daripada komunis ini sedang sedaya upaya mengodam blog MB dan rakan-rakan. Dakwaan risikan MB juga mengatakan berkemungkinan mamat Haizal ini antara orang yang akan memulakan rusuhan dalam demotrasi nanti malah berkemungkinan orang yang bakal mencetuskan provokasi di dalam majlis Barisan Nasional. Tugasnya sekarang banyak tertumpu di sekitar Pulau Pinang kerana difahamkan mamat ini arif dengan kawasan-kawasan Pulau Pinang dan mungkin mempunyai hubungan yang baik dengan kumpulan cap ayam dan Pro-Mahasiswa ipta sekitar Pulau Pinang. Lihat sahaja hubungannya yang rapat dengan kumpulan mahasiswa Khalith Ismath di dalam fbnya.

Jesteru MB mengharapkan dengan pendedahan MB ini jentera Barisan Nasional lebih berhati-hati bila melihat kelibat mamat ini dalam program-program yang di anjurkan bagi mengelakkan sabotaj.


Pergerakan puak komunis ini sangat halus dan terancang. Malah kerap kali mengadakan perbincangan demi perbincangan untuk menghancurkan negara. Jika anda sayangkan negara, sila laporkan pergerakan mamat haizal ini pada MB dan rakan-rakan MB. Boleh juga ikuti perkembangan mamat haizal ini di sini.


PENGKHIANAT NEGARA BERSEMBUNYI DALAM GERAKAN BN!!!AWAS!!!



Sudah agak lama MB tidak mendedahkan pasal mamat ini. Baru-baru ini MB mendapat maklumat bahawa si mamat ini telah bekerja di UMNO dan berkemungkinan bertempat di bahagian Utara.

Dan MB yakin mamat ini memang dihantar untuk merisik maklumat dalaman gerakan Barisan Nasional dan merupakan dalang merancang rusuhan apabila Barisan Nasional menang nanti. Yang MB hairan kenapa mamat ini boleh bekerja dengan UMNO ataupun Barisan Nasional? Malah mamat ini turut menjadi jurulatih PLKN. Bagaimana sistem tapisan pekerja dibuat jika benar mamat ini bekerja dengan UMNO?



MB memperolehi maklumat terbaru yang menunjukkan mamat ini sangat aktif mengikuti program-program Barisan Nasional.

Perhatikan mamat ini dengan berselindung di sebalik payung Barisan Nasional, dia bebas bergerak ke sana sini.


MB perhatikan mamat ini bergerak dalam satu kumpulan dalam 5,6orang dan mengalas beg. Malah mereka ini bijak menyelinap dan bersembunyi di celah-celah orang ramai. Dan MB perhatikan mamat ini berada dalam kumpulan-kumpulan jentera Barisan Nasional. Tindakan segera harus di ambil oleh Barisan Nasional agar mamat ini tidak menjadi barah dalaman kekalahan Barisan Nasional khususnya di Utara Tanah Air.

Siri pendedahan lain turut di buat di dalam blog di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...