KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Parasit. Show all posts
Showing posts with label Parasit. Show all posts

Monday, 14 May 2012

PANDANGAN MANTAN PM!!!


MB bangga dengan Mantan Perdana Menteri ini. Walaupun sudah menjadi mantan tetapi masih gigih menjelajah demi perjuangan Alif Ba Ta. Kadang-kadang MB terasa sedih melihat keadaan beliau yang mana MB rasakan yang beliau sepatutnya hidup aman damai bersama keluarga selepas perletakkan jawatannya.
Tapi hari ini beliau lebih gigih bekerja daripada mereka yang ada jawatan dalam kabinet. 

Kenapakah Tun Dr Mahathir masih gigih berjuang??? Anda renung-renungkanlah. MB secara peribadi dapat merasai kenapa beliau melakukannya. Malah MB dapat rasakan perjuangan yang di lakukan oleh blogger-blogger penyokong kerajaan terutamanya seperti Papagomo dan seangkatannya adalah demi Alif Ba Ta yang mana hanya dapat dirasai oleh pejuang tulen yang sebenarnya seperti Tun Dr Mahathir.

Friday, 11 May 2012

ANWAR TERNGANGA MENJAWAB SOALAN!!!


MB tertanya-tanya kenapa Anwar tidak dapat menjawab soalan yang di ajukan malah menghalau brader ni keluar??? Terlalu banyak fakta yang Dsai sembunyikan disini. 

Renung-renungkan.

Wednesday, 9 May 2012

JAHILNYA PAKATAN PEMBANGKANG DALAM ISU FELDA!!!


MB mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Najib kerana berjaya memberi durian runtuh RM 1.69 bilion kepada 112,000 peneroka Felda di seluruh negara. MB merasakan betapa untungnya menjadi peneroka Felda. 

Dalam suasana yang masih panas dek pengumuman ini, ternyata ia telah memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana mereka telah mengeluarkan kenyataan dalam malaysiakini dengan mendesakkan kerajaan Barisan Nasional memberi RM50ribu kepada peneroka. Inilah yang dikatakan orang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikecapi.

Satu masa dulu semasa kerajaan hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), mereka dengan lantangnya mempersoalkan dan membantah perkara ini hingga menyuruh 'kuli-kuli' mereka berdemo membantah hal ini. Tetapi hari ini mereka merintih meminta lebih pula. 

MB harap peneroka-peneroka Felda di Seluruh Malaysia mula sedar tentang pembohongan yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang ini dan apa yang mereka cuba lakukan untuk menghancurkan negara.

PENDEDAHAN KEGAGALAN BERSIH 3.0!!! TERBAIK!!!


MB tertarik untuk mendedahkan video kebenaran ini. Inikah yang dikatakan duduk dan bantah???
Jika dilihat didalam video ini bagaimana sepatutnya Bersih 3.0 ini boleh berakhir dengan suasana aman tetapi telah dicemari oleh DSAI yang memberi arahan rempuh. Dimana DSAI selepas kuli-kulinya merempuh masuk ke dataran merdeka?? Bacul melarikan diri entah ke mana.

Didalam video ini juga anda boleh melihat bagaimana polis di kecam dan provokasikan. Ada ditunjukkan juga polis yang diterima rawatan dalam ambulan di kacau dan di maki hamun dengan perkataan-perkataan keji.Persoalan MB cuba ketengahkan disini, siapa yang akan menjaga keselamatan negara sekiranya tiada polis??? Adakah mereka ingin melihat penjenayah-penjenayah bermaharajalela???


Sama-sama kita mendedahkan kebenaran sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia. Mari sebarkan kebenaran ini.

Wednesday, 2 May 2012

BUKTI TERBARU ANWAR & AMBIGA PERGUNAKAN RAKYAT!!!


Apa yang dapat MB simpulkan disini adalah kerana TAKHTA, anasir-anasir busuk ini sanggup buat apa sahaja sehinggakan anak kecil pun sanggup dipergunakan. Lihatlah betapa mahasiswa-mahasiswa yang melaungkan perjuangan ISLAM turut di pergunakan secara halus. Sedarlah wahai Persatuan Mahasiswa Islam!!!


TAKHTA YANG KEKAL ABADI IALAH MILIK YANG MAHA ESA!!!

Monday, 30 April 2012

TERBONGKAR SIAPA DALANG ARAHKAN PROVOKASI BERSIH 3.0!!!



MB tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat yang mengatakan PAS Pakar dalam demonstrasi. Wauu..... pengakuan yang MB katakan sangat berani. TETAPI... DIMANA BELIAU KETIKA ITU???


Bagaimana pula dalam video ini? Adakah Ketua Pemuda Pusat memang Pakar hingga mampu mengawal Dato' Sri Anwar Ibrahim??? Atau adakah DSAI yang mengawal PAS??? anda ada jawapannya.

MB harap anda dapat melihat sendiri segala perancangan yang DSAI lakukan. Inilah insan yang telah merosakkan negara serta mencermakan maruah negara Malaysia tercinta. Apa tindakan anda??? 
Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, 24 April 2012

ULAMA ANTARABANGSA TEGUR PAS!!!


Hayati dan fahami kebenaran yang cuba disampaikan oleh beliau.

DSAI TERHARU DENGAN 2 PROGRAM KHAS INI!!!

Majlis Pelancaran Tibai 

Perhimpunan Aman Menentang Seks Bebas & LGBT 

MB mengucapkan tahniah kepada penganjur ke dua-dua program ini yang bagi MB mempunyai objektif yang sangat bernas dan mempunyai IMPAK yang sangat besar kepada Bro Anwar Bin Ibrahim. MB perhatikan didalam twitter Bro Anwar Bin Ibrahim ini semenjak ke dua-dua program ini berlangsung, begitu hangat puak-puak BUSUK ini membebel bukan-bukan. Jangan nanti kena TIBAI sampai tak terjawab sudah la. 

MB ingin mengulas ke dua-dua program ini secara ringkas. MB lihat program pelancaran TIBAI berjalan dengan penuh profesional dan MB sangat-sangat TERUJA dengan penganjur program ini. Penyampaian yang dilakukan oleh pihak penganjur sangat-sangat terpanah di dalam hati MB. Sungguh jelas dan mantap isi yang disuarakan. Pemilihan tempat yang MB betul-betul sangat berpuas hati. Seluruh penduduk kampung baru dapat dengar penjelasan ini. Sama-sama kita doakan seluruh rakyat sedar penipuan yang dilakukan oleh Bro Anwar Bin Ibrahim ini.

Perhimpunan Aman Menentang Seks Bebas & LGBT sangat-sangat terkejut dengan kelainan program ini berbanding program-program yang MB pernah ikuti sebelum ini. Dari segi objektif memang MB katakan sangat BAGUS. Cuma kesannya MB kurang dapat rasai. Mungkin pemilihan tempat yang kurang sesuai MB rasa. Apapun diucapkan tahniah kepada penganjur program ini kerana berani membuat kelainan dari yang lain. Syabas!!!

Apapun disini MB ingin menyuarakan sedikit terkilan kerana apa yang MB lihat di Serdang, ramai NGO-NGO dan alumni-alumni Pemimpin Mahasiswa turut serta dan MEGAH dengan konvoi ke sana sini tetapi untuk program di Kampung Baru tidak turun bersama sedangkan bagi MB masing-masing mempunyai MATLAMAT yang sama. Mungkin ulasan MB ini akan menguris hati sesetengah pihak. Tapi jika anda melihat dari sudut positif anda akan faham maksud sebenar apa yang MB cuba sampaikan.

MB sekali lagi mengucapkan tahniah kepada PENGANJUR-PENGANJUR KE DUA-DUA PROGRAM ini. Percayalah bahawa JIKA KITA BERGANDING BAHU, NESCAYA SEGALA KEJAHILAN YANG DILAKUKAN OLEH BRO ANWAR BIN IBRAHIM AKAN DAPAT DI HAPUSKAN!!!

PAS SEKUTU MAKSIAT MAHASISWA???


Jelas kelihatan di dalam video ini betapa rosak aklak generasi muda sekarang. Persoalan yang MB utarakan di sini, inikan sebenarnya perjuangan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM cuba bawakan? Terpanah hati kecewa melihat gelagat-gelagat mahasiswa yang rata-ratanya daripada PERSATUAN MAHASISWA ISLAM yang bertudung labuh di perbodohkan oleh SMM. 

Info yang MB dapat mengatakan Unit Amal Pas pun sudah tidak sebulu dengan AMK dan mahasiswa ini tetapi terpaksa mempertahankan mahasiswa ini atas arahan individu tertentu. MB rasa sudah sampai masanya Ahli-Ahli Pas yang menjadi 'bodyguard' ini kembali ke pangkal jalan.


MB di sini menyuarakan sekali lagi bahawa sudah sampai masanya Dato' Dr Harun Din memainkan peranan untuk memperbetulkan kembali Parti Islam Semalaysia (PAS) ke jalan perjuangan yang sebenar. Adakah Dato' Dr Harun Din sanggup melihat PAS dirosakkan oleh Dato' Sri Anwar Bin Ibrahim ini?

MB merindui saat Dato' Dr Harun Din berjuang sebenar-benarnya berlandaskan perjuangan ISLAM.
MB harap Dato' Harun Din tidak diam seribu satu bahasa dengan kepincangan yang dilakukan oleh DSAI. Marilah bersama-sama dengan Dato' Hassan Ali memperbetulkan akidah umat Islam kita.

Jika mereka berganding bahu, nescaya segala kekufuran dapat di hapuskan.

Thursday, 19 April 2012

JOM TIBAI ANWAR DI PERHIMPUNAN AMAN!!!


MB mengucapkan tahniah kerana anda telah bangkit dan sedar untuk berjuang menentang anasir-anasir BUSUK yang sedang secara perlahan-lahan merosakkan negara Malaysia yang tercinta. MB doakan semoga  perjuangan anda semua di permudahkan dan di lancarkan. Demi kepentingan negara MB tidak teragak-agak untuk bersama-sama TIBAI mendedahkan anasir-anasir BUSUK ini.

MB teruja mendengar kata-kata Mursyidul Am Tibai yang penuh semangat menegaskan untuk menjelajah ke negeri-negeri yang dinyatakan itu. Cuma MB berharap biar kata itu dikotakan. Dan MB ingin pihak TIBAI bersama-sama menyedarkan mahasiswa-mahasiswa yang telah dipengaruhi oleh anasir-anasir BUSUK ini. Segala pendedahan MB di dalam post sebelum ini boleh diguna pakai oleh TIBAI bagi menegakkan kebenaran.


Disini MB menyeru TIBAI untuk bersama-sama turun pada 21 April 2012 ini dan mengadakan sidang akbar berkaitan isu DEMO GAGAL.


Wednesday, 18 April 2012

PARASIT-PARASIT DALAM PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI)




MB disini menyeru kepada semua Pemimpin-Pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam menolak Pemimpin Kamu yang mengikut parasit-parasit ini kerana mereka ini yang merosakkan imej ISLAM. 

Didalam blog MB ini telah banyak MB dedahkan segala mereka-mereka yang terlibat didalam DEMO GAGAL di dataran Merdeka. MB menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghukum mereka ini. Sekiranya ANDA MASIH MEMBISU, MEREKA AKAN SEMAKIN MELAMPAU.

Bersatulah rakyat Malaysia..... Bersatulah.... Biar kita menangis hari ini daripada menangis melihat negara tergadai. Buang ego anda semua.... Bersatulah semua... menolak agenda-agenda mereka ini!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...