MB tabik spring pada anggota keselamatan, Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan mereka yang terlibat di dalam Operasi Cantas yang sedang giat di jalankan.
Inilah yang rakyat Malaysia mahukan sebenarnya. Sudah lama kongsi-kongsi gelap ini bermaharajalela. Malah pegawai-pegawai Keselamatan yang melindungi mereka sebelum ini, patut insaf dan menyalurkan maklumat 100% kepada pihak atasan mereka. Jangan berpura-pura tidak tahu akan hal ini.
Jika pihak PDRM sudah kembali ke jalan yang kebenaran ini, bagaimana pula dengan Jabatan Agama ISLAM? Berapa banyak disco-disco yang dibiarkan bermaharajalela dengan membenarkan orang ISLAM berkelakuan tidak senonoh? Bagaimana pula pemantauan JAKIM terhadap penjualan arak di permis-permis perniagaan yang di campur dengan minuman lain? Lihat sahaja di kebanyakkan 7e, speedmarket 99 dan kedai-kedai runcit lain.
Daripada aspek pembangunan, sampai bila pemantauan JKR hendak sambil lewa sahaja? Lihat sahaja jalan-jalan yang dibaiki. Ada di antaranya tidak sampai 6 bulan sudah rosak kembali. Bila mahu kembali ke pangkal jalan? MB pernah berbicara dengan seorang sahabat di JKR berhubung dengan isu ini. Sahabat MB mengatakan semua di peringkat bawah sudah di perbetulkan. Sekarang ini tinggal orang-orang berlevel tinggi yang masih belum di betulkan. MB bertanya, bila nak betulkan? Katanya kena tunggu mereka ini pencen. Mudah sahaja jawapannya. Persoalan di sini, pegawai atasan ini di bayar gaji beribu-ribu dan menggunakan wang rakyat. Buat kerja biar betul dan amanah.
Demi AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR. Kita Sudah Tiada Masa.