Penganjur Himpunan
Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 mempunyai agenda tersembunyi yang cuba
mengambil kesempatan melalui Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 untuk memburukkan
imej polis.
Selain daripada itu,
provokasi yang telah dirancang oleh pemimpin dan ahli-ahli mereka melalui media
massa pro pembangkang, sms dan blogger, mereka turut mengingatkan peserta
perhimpunan supaya berhati-hati dan bertindak pro aktif dengan menjadikan pihak
polis sebagai sasaran.
Antara arahan yang
dikeluarkan adalah supaya peserta-peserta jangan lupa mengambil gambar /
rakaman seperti di bawah:
1.
Ambil
gambar mana-mana anggota PDRM yang membelasah mana-mana peserta
2.
Ambil
gambar mana-mana anggota PDRM yang membelasah mana-mana wartawan atau
jurugambar
3.
Ambil
gambar mana-mana anggota PDRM yang tidak memakai tanda nama dan nombor siri
anggota polis.
4.
Ambil
gambar mana-mana anggota PDRM yang memakai preman.
5.
Ambil
gambar mana-mana anggota PDRM yang memakai topeng muka dan berpakaian preman
6.
Ambil
gambar agen provokatur yang menghasut agar melalukan tindakan yang tidak
mengikut apa yang diarahkan oleh Urusetia HKR
7.
Ambil
gambar agen provokatur yang membalingkan bom asap/ gas pemedih mata jenis
lempar tangan
8.
Ambil
gambar mana-mana orang yang bertindak merosakkan harta awam dan vandalisma
9.
Ambil
gambar mana-mana orang awam yang menggunakan kekerasan
10. Ambil gambar mana-mana orang awam yang
membawa senjata (besi, kayu atau batu)
11. Ambil gambar mana-mana perkara yang nampak
mencurigakan
12. Ambil gambar mana-mana peralatan
telekomunikasi yang mencurigakan (mobile jammer)
13. Ambil gambar mana-mana peralatan telekomunikasi
(banyak antena dan sebagainya) serta dapatkan nombor plat kenderaan tersebut
14. Ambil gambar apa-apa sahaja aktiviti yang
nampak mencurigakan
15. Ambil gambar sebanyak yang boleh supaya
senang dikemudian hari untuk membuat pengecaman
16. Ambil gambar dan juga video
Bagaimana melawan provokasi dan persepsi?
Siapa bakal dilihat paling berjaya dalam strategi ini?
Polis dituduh memulakan
provokasi dan memusnahkan harta awam
atau
Pengajur yang mulakan
dahulu?
Sekarang perlawanan
antara polis vs pembangkang. Pemenangnya persepsi.
MB memperoleh
makluman dalaman menyatakan bahawa Hishamudin Rais merupakan kepala pemikir
yang memikirkan serta mengatur strategi bagi menunjukkan PDRM ini sangat buruk.
“REVOLUSI BUNGA RAYA”