KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday, 15 September 2012

RAHSIA ASPIRASI LUAHKAN ISI HATI YANG PRO-M TAKUTI!!!

 Ada suara-suara sumbang mengatakan Aspirasi akan buat sesuatu yang memalukan negara bagi melawan apa yang telah Pro-Mahasiswa lakukan sebelum ini bertujuan menimbulkan ketegangan dalam negara semasa berlangsungnya Perhimpunan Suara Merdeka Siswa (SMS). Sebenarnya semua itu adalah propanganda yang sengaja di aturkan oleh Fahmi Komunis bagi menimbulkan pandangan serong kepada Aspirasi. 


Nak tahu bagaimana Aspirasi menyalurkan luahan hati mereka???


Mari kita lihat Kaedah yang digunakan oleh mahasiswa Aspirasi yang cintakan keamanan.









Nahhh.... Ini caranya.... Bukannya menganggu ketenteraman awam seperti yang puak-puak Pro-Mahasiswa buat tu.... 

MB rasa kalau Pro-Mahasiswa buat demo lagi nanti, mereka pasti akan ikut cara Aspirasi. Rasa macam PASTI ja. Hari ini Aspirasi buat perhimpunan Aman. Pro-Mahasiswa dengan tergesa-gesa turut nak membalasnya dengan mengadakan Demonstrasi Haram pada esok hari bagi mengotorkan keamanan yang Aspirasi lakukan.

MB ucapkan TAHNIAH kepada ASPIRASI kerana menjadi mahasiswa yang baik dan cintakan keamanan. 

Tahniah!!!!



KHALID SYIAH BERMAIN API DENGAN PEMBANGKANG!!!


Hari ini MB terkejut apabila terjumpa satu kenyataan yang dikeluarkan oleh anak muda yang telah jauh tersesat. rupanya budak ni tak insaf-insaf. Kenyataan kali ini betul-betul memcabar Institusi Kesultanan!!! 
Dimana Pas didalam menjawab isu ini??? Dulu Pas dengan garang dan gagah berkata akan mempertahankan Institusi Kesultanan!!! Kenapa MB marah sangat??? Baca kenyataan dibawah ini.


MB baca pun hati panas membara. Bagaimana dengan anda??? Apa pun secara peribadi MB dapat rasakan Khalid Syiah ini dipergunakan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketidakpercayaan rakyat terhadap Sultan. Perancangan rapi telah di aturkan untuk menimbulkan ketegangan. Apapun PAS harus menjawab kenyataan ini!!!


Fikir-fikirkan....




PRO-M MENCARI RAHSIA SMS??? LAYAN!!!


Sebelum ini MB ada postkan berkaitan Suara Merdeka Siswa (SMS) yang mana apabila tersebar luas, puak-puak Pro-Mahasiswa telah memberi 1001 komen antaranya aspirasi sudah tidak mendapat sokongan mahasiswa, perhimpunan aman ini tidak akan ada orang datang, perhimpunan ini akan gagal dan pelbagai lagi dakwaan munafik yang dileparkan. Dalam post ini MB hanya akan tunjukkan beberapa keping gambar di sekitar Perhimpunan ini. Jom tengok!!!



 Mahasiswa dari pelbagai IPT mula melangkah masuk ke kawasan perhimpunan SMS.

Dimula perhimpunan, mahasiswa yang datang menyokong aspirasi telah meluahkan isi hati mereka di atas kain rentang yang disediakan.


Dalam masa perhimpunan SMS berlangsung, rupanya masih ada mahasiswa yang datang memberi sokongan. 
:)

Bendera Jalur Gemilang dikibarkan megah semasa lagu-lagu kemerdekaan dimainkan.


Sesi beramah mesra wakil mahasiswa yang dipanggil secara rawak ke atas pentas. Mereka meluahkan semangat cintakan negara.



Ramai tak??? Tak ramai ni...  betul ke???


Di post yang seterusnya MB akan dedahkan apa yang Pro-Mahasiswa lakukan semasa SMS ini.

Friday, 14 September 2012

CERITA SEKS CALON PRO-M DIDEDAHKAN!!!


Kehangatan pilihanraya kampus semakin terasa setiap saat. Ini sumber yang MB dapat dari seorang kenalan. Menurut sumber dalaman, kejatuhan kepimpinan Pro-Mahasiswa di selatan tanah air kian ketara. Ini berikutan calon yang mereka ketengahkan didalam penamaan MPP kali ini adalah "tangkap muat" yang mana pada saat akhir calon ini dipujuk dan dirayu untuk bertanding bawah tiket Pro-Mahasiswa.

Menurut sumber MB lagi mengatakan berlaku perbalahan antara kepimpinan Pro-Mahasiswa ini apabila ada akar umbi tidak setuju dengan cara tersebut kerana ia bakal memberi impak negatif kepada Pro-Mahasiswa. 

Paling best apabila ada seorang calon Pro-Mahasiswa di gugurkan daripada pencalonan kerana pemalsuan maklumat apabila meletakkan nama lain dan yang datang adalah orang lain. Apa jawapan mereka selepas ini???

Berita paling menarik yang MB dapat adalah seorang calon Pro-Mahasiswa yang mana dahulunya diploma dan menyambung pengajian ke Ijazah turut bertanding. Yang menariknya Calon tersebut telah terkantoi 'berlucah-lucahan' dengan beberapa kekasih. Wauuuu....Menarik... Sumber mengatakan mereka berjaya 'meminjam sekejap' telefon bimbit calon tersebut dan mengkopi O kan segala maklumat dalaman calon tersebut yang ada. 

Tunggu pendedahan cerita Calon Pro-Mahasiswa Lucah ini nanti. Pasti Meletup dan 'The Boom".
Pasti bergolak isu ini didalam PRK di selatan tanah air.

SUARA MAHASISWA YANG PASTI ADA YANG GERUN!!!


PASTI LAIN DARI YANG LAIN!!! ANDA SEMUA DI JEMPUT DATANG!!!
ADA SESUATU YANG ISTIMEWA AKAN DI MAKLUMKAN DALAM PERHIMPUNAN SUARA MAHASISWA SISWA INI!!!

AMARAN KEPADA PRO-MAHASISWA!!! KALI INI KAMI AKAN DEDAHKAN DAN LONDEHKAN ANDA HABIS-HABISAN!!!

AYUH SEMUA MAHASISWA YANG CINTAKAN KEAMANAN!!! KITA DATANG PADA SABTU INI BAGI MENYUARAKAN KASIH SAYANG KITA PADA TANAH AIR TERCINTA!!!

Thursday, 13 September 2012

SURAT KEPADA KEKASIH TERKANTOI!!! ASPIRASI???PRO-M@PMI???



Harap dapat sebarkan....

KONSPIRASI PRO-MAHASISWA TERBUKTI!!!!


Sangat tempat segala maklumat yang MB perolehi!!! Seperti yang MB katakan dalam post sebelum ini di sini , ia akhirnya terbukti apabila Safwan Chair mendedahkan tetap agenda buruk mereka untuk mengadakan demo pada 16 September 2012 ini di dalam postnya di sini . 

Kali ini kerisauan yang berlaku adalah kepincangan yang berlaku di dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Pro-Mahasiswa yang mana ada pihak yang telah beralih arah menyokong kepimpinan Aspirasi. Mereka yang beralih arah ini sebenarnya telah di manipulasi oleh puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini untuk agenda peribadi secara halus. Ini adalah sumber dalaman yang telah MB perolehi.

Dari maklumat terbaru yang MB perolehi, Pro-Mahasiswa ini tengah buntu untuk mencari orang yang boleh dikerahkan untuk turun pada demo ini. Jesteru pendekatan yang bakal digunakan ialah memanggil jentera-jentera luar yang mana bukan lagi mahasiswa untuk terlibat di dalam demo ini.

AMARAN KERAS DARI MB!!! MB AKAN LONDEHKAN KONSPIRASI JAHIL MEREKA INI NANTI!!! KEPADA MAHASISWA YANG AKAN TURUN PADA DEMO NANTI...

AWAS!!! ANDA DIPERHATIKAN!!!!

KHALID SYIAH BUAT ONAR LAGI!!!!


Geram MB bila melihat khalid syiah ini seperti tidak pernah insaf-insaf. Mana suara anak uitm johor dalam mempertahankan kedaulatan Sultan anda???


Bagi MB kenyataan yang dikeluarkan Khalid Syiah ini berbau sindiran pedas. Wahai Khalid Syiah, anda tu dah kena gantung belajar. Pergi  bantu bini kat rumah lagi baik.



AMARAN TSUNAMI DI UTARA TANAH AIR!!!


Ayuh sebarkan montaj ini. Bagi MB montaj ini sangat gempak dengan unsur-unsur suspen yang pasti mengerunkan Pro-M. MB melihat arus perjuangan Aspirasi dan Perubahan telah bersatu membentuk serangan dalam melondehkan kejahatan dan keburukkan Pro-M serta Pembangkang. 

AMARAN KEPADA PRO-M DI UTARA TANAH AIR.... JANGAN SESEKALI KAMU ROSAKKAN ANAK BANGSA KAMI DENGAN PEMIKIRAN KAMU YANG JAHIL ITU!!!!

Tuesday, 11 September 2012

PAKATAN PEMBANGKANG PASTI GERUN MELIHAT VIDEO INI!!!

TAHNIAH MB UCAPKAN KEPADA TEAM ASPIRASI KERANA BERJAYA MEMBAWA TRANSFORMASI BARU KEPADA MAHASISWA!!!



Selepas ini pasti Pro-Mahasiswa kelam kabut upload montaj mereka. Percayalah pada MB k.

MB rasa Fahmi Komunis, Adam Tiang dan rakan-rakan tidak senang duduk selepas ini. :)

Monday, 10 September 2012

RESOLUSI JAHAT PRO-M DAN PMI DIDEDAHKAN!!!!


MB ingin mendedahkan resolusi yang telah dibuat di Konvesyen Pro-M ini. Berikut adalah resolusi JAHAT yang dibuat bagi menghancurkan negara :

1. "Bersih Kampus" menjadi agenda utama.

- Tidak bersih lagi ke kampus selama ini??? Pro M bebas bergerak ke sana sini di dalam kampus. Yang menjadi penyebab ketidakbersihan kampus adalah kejahatan demonstrasi yang dilakukan oleh Pro-M.


2. Satu demonstrasi akan diadakan untuk menuntut PRK yang bersih dan adil sebelum Pilihanraya Kampus dijalankan.

- Ini adalah satu perancangan jahat yang sengaja dilakukan bagi menimbulkan kekecohan dalam negara tercinta. Mari lihat apa yang Pro-M dan Persatuan Mahasiswa Islam lakukan dalam DEMO GAGAL.


3. Mengambil KPT mengambil tindakan segala tuntutan bersih kampus.

- Setelah Menteri KPT dihina sehingga begitu sekali, mereka masih bermuka tebal menuntut yang bukan-bukan kepada KPT. Inikan sikap sebenar seorang yang dikatakan beragama???

Dalam post ini, ini sahaja yang MB akan dedahkan. Resolusi seterusnya akan MB dedahkan tidak lama lagi. Nantikan pendedahan yang lebih mengejutkan dari MB!!!!

LAGI KEBENARAN PRO-M HILANG SOKONGAN!!!



Masih berkisah tentang konvensyen yang MB ingin dedahkan. Perpecahan didalam pergerakan Pro Mahasiswa ini makin menyerlah. Buktinya Aziz Bari yang dijemput untuk melancarkan majlis Konvensyen Gagal ini pun tidak hadir. Sumber dalaman yang MB dapat mengatakan Si Aziz ini terkilan setelah mendapat tahu Endikoup yang akan dilantik menjadi Pengerusi. Dia terkilan kerana tidak ada ketelusan seperti yang diperjuangkan sebelum ini. Wahhh.... Anda pikir-pikir k....


MB ingin mengulas tentang Sistem Pengundian yang tidak telus. Pemilihan Endikoup pun tidak telus. Apa cerita??? Jika sistem pemilihan dalam Pilihanraya kampus tidak telus, bagaimana Pro-Mahasiswa berjaya memenangi Pilihanraya Kampus di UM??? Ini adalah satu preksepsi yang cuba ditimbulkan. Selepas menang, terus diam. Kenapa tidak protes kemenangan tersebut???? Anda pikir-pikirkanlah.

PENIPUAN PRO-M TERDEDAH LAGI!!!


MB sangat geli hati apabila melihat telatah Pro-Mahasiswa menyatakan dalam posnya disini menyatakan mereka mendapat sokongan padu mahasiswa yang mana kehadiran dalam konvesyen yang di adakan mencecahkan 500 orang mahasiswa.

Mari MB dedahkan perkara sebenar. Pada jam 10 pagi kehadiran tidak sampai 100orang. Melihat keadaan tersebut, pengarah program tersebut telah diarahkan kepimpinan puak Bang Anwar Bin Ibrahim supaya memaksa 'budak-budak' yang berdekatan untuk datang 'meramaikan' majlis bagi menutup aib bahawa Pro-Mahasiswa ini sudah tidak mendapat tempat di hati mahasiswa. Jesteru promosi melalui alam maya digiatkan. Ia dapat dilihat sendiri di page-page pengerak program ini. 

Wah... Pasti ada yang mengatakan MB ni penipu besar dalam mendedahkan hal ini ataupun ada yang mengatakana MB spin ceritakan. Untuk pengetahuan, MB membilang kerusi yang disediakan dalam Konvensyen ini. Jumlah kerusi yang ada  lebih kurang 500 kerusi. MB rasa kenyataan kehadiran 500 orang itu silap. Sepatutnya ia kena nyatakan 500 kerusi disediakan. :)

Ini bukti kepada kenyataan MB.


Pada tengahari berlangsungnya Konvensyen ini, tidak sampai 1/3 kerusi dipenuhkan dengan hadirin. Kalau ikut pengiraan matematik, tidak sampai 170orang pun. Nak tahu bukti lebih jelas kehadiran yang menyokong Pro-Mahasiswa yang sebenarnya??? 

Ini gambar kesemua peserta yang datang bergambar beramai-ramai selepas tamat konvensyen ini.


Anda rasa sampai 500orang tak??? 200orang???
Anda nilai sendiri penipuan yang mereka lakukan.... Fikir-fikirkan k...

Sunday, 9 September 2012

PRESIDEN PRO-M DILANTIK ATAS KETIDAK TELUSAN!!!


Tahniah diucapkan kepada Edikoup Lakip Sediyanto kerana berjaya menipu semua orang untuk menjadi Pengerusi Pro-M Nasional. MB berkata begitu kerana selama ini Pro-M memperjuangkan ketelusan, tetapi hari ini di konvensyen dapat dilihat tidak ada ketelusan dalam perebutan kerusi Presiden. Calon-calon sendiri telah diaturkan untuk menjadi kambing hitam yang mana sengaja diletak sebagai syarat ia berjalan seperti berdemokrasi. Sedangkan siapa YANG AKAN MENJADI Presiden telah diaturkan. Ini penipuan yang harus di jelaskan.

Peruntukan dana??? MB merasakan apa yang cuba dibawa ini adalah suatu pengaruh yang sangat negatif. Apabila melibatkan dana ini ia menjurus kearah politik wang. Adakah ini yang diperjuangkan selama ini oleh PRO-M??? MB mendengar dari seorang sahabat di selatan tanah air bahawa boleh dikatakan jentera-jentera PRO-M disebuah universiti tanahair mendapat sumbangan Smart HP. Wah... banyak betul duit jentera-jentera PRO-M sekarang walau sebagai pelajar. Jika tidak mempercayai MB, sila la check sendiri. Mungkinkah sebab itu PRO-M disana mampu bergerak lebih tangkas dari lembah klang ini. :)

Di post akan datang MB akan dedahkan kepincangan yang lebih jelas di dalam Pro- Mahasiswa ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...