KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 10 September 2012

PENIPUAN PRO-M TERDEDAH LAGI!!!


MB sangat geli hati apabila melihat telatah Pro-Mahasiswa menyatakan dalam posnya disini menyatakan mereka mendapat sokongan padu mahasiswa yang mana kehadiran dalam konvesyen yang di adakan mencecahkan 500 orang mahasiswa.

Mari MB dedahkan perkara sebenar. Pada jam 10 pagi kehadiran tidak sampai 100orang. Melihat keadaan tersebut, pengarah program tersebut telah diarahkan kepimpinan puak Bang Anwar Bin Ibrahim supaya memaksa 'budak-budak' yang berdekatan untuk datang 'meramaikan' majlis bagi menutup aib bahawa Pro-Mahasiswa ini sudah tidak mendapat tempat di hati mahasiswa. Jesteru promosi melalui alam maya digiatkan. Ia dapat dilihat sendiri di page-page pengerak program ini. 

Wah... Pasti ada yang mengatakan MB ni penipu besar dalam mendedahkan hal ini ataupun ada yang mengatakana MB spin ceritakan. Untuk pengetahuan, MB membilang kerusi yang disediakan dalam Konvensyen ini. Jumlah kerusi yang ada  lebih kurang 500 kerusi. MB rasa kenyataan kehadiran 500 orang itu silap. Sepatutnya ia kena nyatakan 500 kerusi disediakan. :)

Ini bukti kepada kenyataan MB.


Pada tengahari berlangsungnya Konvensyen ini, tidak sampai 1/3 kerusi dipenuhkan dengan hadirin. Kalau ikut pengiraan matematik, tidak sampai 170orang pun. Nak tahu bukti lebih jelas kehadiran yang menyokong Pro-Mahasiswa yang sebenarnya??? 

Ini gambar kesemua peserta yang datang bergambar beramai-ramai selepas tamat konvensyen ini.


Anda rasa sampai 500orang tak??? 200orang???
Anda nilai sendiri penipuan yang mereka lakukan.... Fikir-fikirkan k...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...