KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Demo. Show all posts
Showing posts with label Demo. Show all posts

Monday, 4 March 2013

JANGAN SEBARKAN JIKA ANDA BUKAN ANAK BANGSA MALAYSIA!!!!



Salam Perjuangan.. Kebiadapan YB Tian Chua yang mempertikai perjuangan anggota polis yang terkorban akibat kerakusan politik.. Ayuh sahabat kita hantar Memorendum Bantahan kenyataan Tian Chua.. Dihadapan Pejabat PKR Batu, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur (Depan stesen minyak Petron Sentul).. 4 Mac 2013 Jam 4.15 petang. Mohon dtg beramai2, pakai baju Merah tanda darah merah melayu yang mengalir dalam diri ini.. Perjuangan demi agama bangsa dan tanahair.. Tlg panjangkan jemputan ini..

Ada beberapa sahabat MB meminta MB tolong sebarkan demo bantahan ini. Sama-sama kita turun esok.



Friday, 15 February 2013

#JANGAN SEBARKAN VIDEO KEJAHATAN ANWAR INI!!!


JANGAN SEBARKAN VIDEO INI JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI JIWA DAN PERASAAN SAYANGKAN MALAYSIA.

Video ini mendedahkan segala demontrasi yang dianjurkan pembangkang sebenarnya telah dirancang dengan begitu rapi sekali dan melibatkan perancangan daripada tangan-tangan asing.

Semoga video ini dapat di gunakan oleh anda semua untuk menyedarkan mahasiswa, anak muda dan masyarakat tentang segala perancangan jahat Bang Anwar Bin Ibrahim yang dibantu oleh agen-agen yahudi untuk menghancurkan negara tercinta ini.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Sunday, 20 January 2013

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V4



Siri pendedahan akhir Post-Mortem Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) ini ialah peratusan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Di dalam Post-Mortem ini kata sepakat daripada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tidak ada penambahan yang mana bahasa mudahnya tidak naik langsung peratusan tersebut. Ini amat mengusarkan Bang Anwar Bin Ibrahim kerana dianggarkan modal yang telah dikeluarkan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat ini melibatkan berjuta-juta perbelanjaan. Malah populariti Himpunan Kebangkitan Rakyat ini telah kembali kepada pasca BERSIH. Hasil perbincangan analisis ini beberapa tindakan akan di ambil iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada manifesto dan strategi memenangi hati rakyat. Pihak kempipinan telah bersetuju untuk mengumumkan manifesto dalam masa terdekat ini kerana ia dirasakan sangat perlu bagi mematahkan pendekatan yang Barisan Nasional lakukan.





Sumber yang MB dengar turut menyatakan bahawa peruntukkan sebanyak RM1.5juta akan diberikan kepada Gerakan Media Baru Pakatan Rakyat untuk negeri strategik seperti di SABAH dan SARAWAK bagi meningkatkan Gerak Perang Saraf di sana. 











Satu nilai yang besar yang membuatkan MB tertanya-tanya dari mana duit itu datang? Malah MB turut tertanya-tanya berapa jumlah yang diberikan kepada golongan muda untuk menaikkan BAWANI bagi mencetuskan fenomena dikalangan anak muda ini???




*REVOLUSI BUNGA RAYA*

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V2




Pendedahan MB seterusnya post-mortem Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) ini adalah menjurus kepada PDRM. Pelbagai perancangan telah dibuat untuk mencemarkan imej polis di dalam HKR ini yang mana telah di letakkan Hishamuddin Rais sebagai ketua unit tempur. Tugasnya adalah mewujudkan provokasi dengan pihak polis. Jika dilihat beberapa hari sebelum terjadinya HKR, pelbagai provokasi dan kenyataan terhadap polis telah dilakukan di media maya.



Malangnya kejayaan dalam memburukkan imej PDRM seperti mana dilakukan sewaktu BERSIH tempoh hari gagal dilakukan. Sikap tenang PDRM yang sangat profesional dalam menjalankan tugas sepanjang HKR berlangsung amat mengecewakan Bang Anwar Bin Ibrahim. Kekecewaan Bang Anwar Bin Ibrahim diluahkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Lantas Bang Anwar Bin Ibrahim mengarahkan Gerak Perang Saraf Pakatan Rakyat memainkan isu memuji pihak PDRM bagi menarik kembali sokongan rakyat malah bagi melahirkan rasa bangga di kalangan PDRM dengan harapan pihak PDRM menyokong Pakatan Rakyat nanti.


MB mengharapkan PDRM tidak tergoda dan termakan dengan pujian Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Sikap manusia suka dipuji. Itu tidak dapat di nafikan. Jadi AWAS PDRM!!! Jangan kamu ternoda dengan pujian palsu ini.

MB disini mengucapkan TAHNIAH KEPADA PDRM diatas kebijaksanaan menanggani provokasi yang dilakukan oleh Pakatan Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Malah MB berikrar untuk membantu pihak PDRM sekiranya diperlukan bagi membanteras anasir-anasir puaka ini.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V1


Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari 2013 secara sedar atau tidak telah meningkatkan imej polis. Jika dianalisis perhimpunan yang telah dilakukan kali ini promosinya sangat hebat hinggakan menjelajah setiap pelusuk negara memanggil rakyat turun untuk berdemo. Harapan Bang Anwar Bin Ibrahim supaya HKR ini dapat memburuk dan mencemar imej negara. Sudah 2minggu HKR berlalu. Hasil analisis dan gerakkan MB ke akar umbi menunjukkan daripada 100orang yang MB berborak, hanya 5-8orang sahaja yang tahu tentang perhimpunan ini. Bakinya tidak seorang yang tahu. Ternyata demotrasi yang dilakukan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini sangat gagal kali ini.

MB mendapat maklumat daripada sumber dalaman tentang post-mortem yang di buat oleh PKR  tentang HKR ini. Hasil post-mortem dalaman ini akan MB dedahkan satu persatu :

  •      Gerakan Mahasiswa yang di sangka akan menjadi barisan utama untuk menarik sokongan rakyat ternyata gagal. Ia menjadi kekecewa oleh kepimpinan Pakatan rakyat apabila orang muda yang HADIR di Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah mereka yang sama HADIR di perhimpunan BERSIH dan PTPTN. Jika ada pertambahan pun tetap masih terlalu kecil dan mengecewakan. Bahkan nama-nama sebelum ini seperti Shahid, khalith Syiah dan beberapa orang lagi sangat gagal membantu malah tidak ada suara daripada mereka untuk mengesak mahasiswa turun. ADAM ADLI telah diputuskan bukan lagi ikon Mahasiswa yang berwibawa. MB difahamkan ADAM ADLI telah diberi peluang untuk membuktikan dia mampu menjadi ikon tetapi sayangnya kekecewaan yang di luahkan oleh Kepimpinan di dalam Post-Mortem itu benar-benar menyatakan kekecawaan. Lalu digesa supaya Gerakan Mahasiswa mewujudkan satu ikon baru bagi mengantikan ADAM ADLI. Lantas PSM telah memikirkan cara dan kaedah untuk menaikkan isu lapuk iaitu BAWANI.


  • Kepimpinan PKR dan DAP turut menyatakan kekecewaan kepada kepimpinan PAS apabila gagal menarik 500 ribu rakyat seperti yang diharapkan. Menuru analisis barisan kepimpinan tertinggi PAS, PAS Kelantan dan Terengganu sangat cemerlang kerana berjaya menurunkan rakyat seperti yang diharapkan bagi sesebuah negeri. Malahnya PAS Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan di sifatkan sangat mengecewakan dan lemah. Kekecawaan itu terserlah apabila ada barisan kepimpinan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kepimpinan PAS negeri tersebut. Malah ada kepimpinan negeri tersebut menyatakan hal ini terjadi atas faktor kekecewaan barisan Kepimpinan Utama PAS yang menyokong isu Khalimah ALLAH digunakan oleh Kristian. Disebabkan kejatuhan sokongan itu menyebabkan majlis Syura PAS terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman penggunaan Khalimah ALLAH oleh Kristian selepas HKR berlangsung.


Setelah di analisis Post-mortem ini, baru MB sedar kenapa isu bawani tiba-tiba muncul setelah sekian lama ia berlalu. Begitu keji Bang Anwar Bin Ibrahim ini memanipulasikan mahasiswa. Awas kepada mahasiswa-mahasiswa!!! Jangan terperangkap dan mudah melatah dengan isu ini.


 Malah isu Khalimah ALLAH turut dipolitikkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menarik undi bukan ISLAM. PAS dilihat tidak berpendirian mengubah dan menarik balik penggunaan Khalimah ALLAH ini disebabkan sokongan akar umbi telah lari. Adakah agama yang diamalkan PAS boleh berubah-ubah sesuka hati jika tidak mendapat sokongan rakyat???


*REVOLUSI BUNGA RAYA*



Wednesday, 12 December 2012

GEMPAR!!!JPN DISERBU KAKI DEMO BERBAYAR!!!


MB mendapat berita daripada seorang sahabat yang berada di JPN tentang demotrasi yang baru di adakan sebentar tadi oleh kaum india yang mana setelah di selidik oleh MB ia melibatkan pencacai-pencacai PKR berhubung isu kad pengenalan dan sijil lahir beberapa orang kaum india. MB mencari-cari maklumat demontrasi ini di alam maya dan terjumpa satu komen daripada rakyat tentang demontrasi ini. Dibawah ini dipetik daripada kata-kata tersebut.

KURANG AJAR - pendemo pendemo pakatan pembangkang yang dibayar rm100 sorang untuk membuat kekecohan hari ini di bangunan JPN Putrajaya bertindak biadap bila merempuh pintu masuk JPN.
Tidak cukup dengan itu ada diantara pendemo yang memiliki kad pengenalan merah memaki hamun warga JPN dan bertindak kasar.
Apa bangsat mereka ni? Dah dapat kad pengenalan merah tapi masih tak berpuas hati dengan pemberian yang diberikan? inilah satu sikap bangsat yang diajar oleh puak Pakatan Pembangkang kepada golongan pendatang.
Aku rasa elok mereka yg miliki kad pengenalan merah berdemo di JPN serahkan kad pengenalan mereka dan berambus balik ke negara asal.
Dasar tak kenang di untung bangsat sekalian yang ada ni terutama pemimpin pakatan pembangkang.



Bagi MB isu ini boleh diselesaikan dengan tolenrasi dan perbincangan antara pihak yang terlibat. Tidak perlu mengambil tindakan terburu-buru seperti ini. Malah apa yang MB saksikan seperti terdapat dalang dalam demontrasi ini yang sengaja ingin merosakkan imej jabatan Pendaftaran malah menimbulkan ketegangan dalam negara.

1 Malaysia Menolak Demontrasi Jalanan Pembangkang!!!

Friday, 30 November 2012

JANGAN GILER JAWATAN WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN OOIII!!!!



Ayahanda Tun Mahathir kata UMNO - BN boleh dapat kembali Penang, Selangor, Kedah tapi bergantung kepada parti. Najib OK tapi yang lain? Tak kan nk tunggu umum calon baru nak buat kerja di peringkat bahagian. Masing-masing sibuk kejar jawatan, susahlah. Kelantan pun kita boleh dapat balik, dulu mana ada orang berani tegur Nik Aziz, sekarang, orang dia sendiri suruh dia berehat. Dulu dia jugak kata saya berhenti je, esok dia nak letak jawatan. Sampai la ni, tak pun.

MB rasa dah sampai masanya Nik Aziz letak jawatan. Bukan boleh bawa ke kubur pun kan jawatan tu. Dah sakit-sakit, fikiran bercelaru. Mana boleh buat keputusan untuk negara secara logik. Molek la letak jawatan daripada jadi kuda tunganggan Bang Anwar Bin Ibrahim.


Saturday, 15 September 2012

PRO-M MENCARI RAHSIA SMS??? LAYAN!!!


Sebelum ini MB ada postkan berkaitan Suara Merdeka Siswa (SMS) yang mana apabila tersebar luas, puak-puak Pro-Mahasiswa telah memberi 1001 komen antaranya aspirasi sudah tidak mendapat sokongan mahasiswa, perhimpunan aman ini tidak akan ada orang datang, perhimpunan ini akan gagal dan pelbagai lagi dakwaan munafik yang dileparkan. Dalam post ini MB hanya akan tunjukkan beberapa keping gambar di sekitar Perhimpunan ini. Jom tengok!!!



 Mahasiswa dari pelbagai IPT mula melangkah masuk ke kawasan perhimpunan SMS.

Dimula perhimpunan, mahasiswa yang datang menyokong aspirasi telah meluahkan isi hati mereka di atas kain rentang yang disediakan.


Dalam masa perhimpunan SMS berlangsung, rupanya masih ada mahasiswa yang datang memberi sokongan. 
:)

Bendera Jalur Gemilang dikibarkan megah semasa lagu-lagu kemerdekaan dimainkan.


Sesi beramah mesra wakil mahasiswa yang dipanggil secara rawak ke atas pentas. Mereka meluahkan semangat cintakan negara.



Ramai tak??? Tak ramai ni...  betul ke???


Di post yang seterusnya MB akan dedahkan apa yang Pro-Mahasiswa lakukan semasa SMS ini.

Tuesday, 17 April 2012

BUKTI KEMARAHAN RAKYAT KEPADA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI)!!!


MB ingin menyatakan disini bahawa hanya 5% daripada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini bahawa seluruh rakyat Malaysia menolak DEMO GAGAL ini dan MB menyeru pemimpin-pemimpin negara Bangkit melawan anasir-anasir BUSUK ini.

MB katakan disini DEMO GAGAL ini telah menyebabkan kejatuhan ekonomi masyarakat dan imej negara. Bahkan imej umat Islam sendiri. Bangkitlah rakyat malaysia untuk menolak perbuatan keji ini. Pada para blogger...Harap dapat merekodkan luahan hati masyarakat sebenar mereka yang meniaga di sekitar DEMO GAGAL itu. Turun ke pandang... 

Disini MB juga ingin persoalkan kenapa tidak pernah ada DEMO dilakukan dikawasan PETALING STREET??? Anda fikir-fikirlah....

Sunday, 15 April 2012

PENGAKUAN ADAM ADLI KEPADA MB TIADA PEMBANGKANG TERLIBAT!!! PANAS!!!


MB harap anda semua dapat nilai sendiri apa yang Penari Tiang selalu laung-laungkan bersama rakan-rakan SMM dan Pro M yang lain. Apa yang mereka katakan sebelum ini, DUSTA semuanya. MB mencabar mereka ini untuk membuktikan antara tuntutan mereka tiada politik luar yang masuk campur dalam pergerakan mereka.

MB harap anda semua dapat sebarkan video ini bagi membongkar penipuan mereka ini. NANTIKAN PENDEDAHAN VIDEO yang lebih menarik dari MB dari semasa ke semasa. MB betul-betul istiharkan perang habis-habisan terhadap mereka ini. LAWAN TETAP LAWAN!!!!

KERAJAAN PRIHATIN TERHADAP DEMO GAGAL PTPTN!!!TERBUKTI!!!


MB mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan Barisan Nasional kerana prihatin kepada mahasiswa-mahasiswa di Malaysia ini. Walaupun hanya nasi lemak, tapi MB rasa haruslah mereka ini bersyukur kerana kerajaan tetap mendengar rintihan hati mereka ini yang kelaparan.


MB rasa kerajaan perasan mereka ini mengutip derma untuk mengisi perut kut. Jadi kerajaan menghantar nasi lemak kepada mereka.... Yang peliknya, Orang Pakatan ni tiada ke nak support mereka ini? MB rasa mereka ini patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. 

Nak tahu kenapa Demo PTPTN ini GAGAL??? Lihat di sini.

Saturday, 14 April 2012

DEMO PTPTN DIBATALKAN!!! YES YES YES!!!! DAN PENIPUAN SYUKRI RAZAB!!!


MB disini mengajak anda semua supaya tidak menyertai DEMO yang tidak masuk akal ini. MB mendesak dibatalkan DEMO ini. Lihat kesannya kepada masyarakat sekeliling. Jangan kerana anasir-anasir tertentu yang hanya mempunyai kepentingan sendiri, anda semua terpengaruh. 

MB juga nak mendedahkan penipuan oleh seseorang ini seperti yang di buat provokasi dalam fb.



Untuk maklumat yang MB dapat dari kaki-kaki MB yang memang kaki merayau, di dataran merdeka tidak ada langsung sebarang banner yang dipasang. Hanya ada pihak DBKL yang sedang membuat persiapan untuk satu program pada 21hb nanti. Dan untuk maklumat, jalan ke kawasan tersebut di tutup malam ini untuk kerja-kerja yang sedang dijalankan. 

MB terkilan dengan kenyataan syukri razab ini. Kenapa Syukri Razab sanggup menipu mahasiswa dan rakyat dengan perkara tidak benar???? Insaf lah kamu. Jangan kerana agenda seseorang yang hanya untuk kepentingan diri, kamu sanggup gadaikan maruah kamu dan maruah negara!!!!


Jangan sampai gambar-gambar anda di ambil seperti ini : 



Rujuk di sini dan di sini untuk mengetahui secara langsung DEMOTRASI MANSUH PTPTN bermula seawal  12tengahari dari semasa ke semasa akan di update.

Friday, 13 April 2012

ISTERI-ISTERI PRO M??? HOT!!! PANAS!!! TERBARU!!!!

Poster ini dijumpai di Sekitar Bangsar, Gombak dan Serdang

Panas...!!! MB mendapat poster ini daripada seorang sahabat Pro M di UM. Dengar kata poster ini sudah penuh di sekitar UM. Dan yang terbaru last update MB dari rakan-rakan Pro M mengatakan poster ini turut kelihatan di sekitar gombak dan serdang. Bukan saja di dalam Universiti. Tetapi di kedai-kedai berhampiran, perhentian bas, dan kawasan-kawasan sekitar. Memang TERBAIK la.... MB tidak tahu siapa yang buat... Seperti biasa sumber ini dapat daripada sahabat Pro M. Memang la mereka seperti biasa akan mengatakan ini semua kerja-kerja puak A la ni.... 

MB yakin ini kerja-kerja orang kuat Pro M sendiri bagi merai simpati dan mencetuskan pertelingkahan ataupun suasana tidak aman.... Sanggup betul Majlis Tertinggi buat poster begini bagi menjatuhkan penyokong mereka sendiri. Apa yang MB luahkan ini adalah daripada pengalaman tahun sebelum-sebelum ini bagi mendapatkan simpati orang ramai. Anda fikirkan samada logik atau tak apa yang MB katakan ini.

Apapun MB suka poster ini.Anda boleh menilai sendiri gadis-gadis ini yang telah dihasut oleh anasir-anasir negatif demi kepentingan seseorang. Sedarlah wahai gadis-gadis di dalam poster ini. Anda sebenarnya telah dipergunakan dengan kaedah sangat halus untuk memesongkan ANDA. TIDAK MALU KAH KAMU DENGAN APA YANG KAMU LAKUKAN??? Satu negara memerhatikan KAMU. 

MB yakin selepas ini pasti ada poster seterusnya berkaitan gadis-gadis ini... Mungkin ada gambar mereka berkepit dengan pakwe masing-masing. Mana kita tahu... Dan MUNGKIN juga KAMU sentiasa di ekori ke mana saja KAMU pergi. MB rasa selepas ini jika KAMU pergi berDEMO lagi, akan terdapat pelbagai tingkahlaku kamu akan diambil gambar. Nasihat MB insaflah. Jangan terikut dengan anasir-anasir yang mengajak kamu berDEMO tu. Anasir-anasir ini ada agenda tersendiri dan hanya mempergunakan kamu. Sedarlah bahawa tugas utama kamu adalah BELAJAR....

Renung-renungkan.... Niat MB post poster ini adalah hanya untuk menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi supaya fokus pada pelajaran dan jangan terpengaruh pada anasir-anasir yang bertujuan untuk kepentingan sendiri. INGAT MASA DEPAN KAMU!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...