KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Sunday, 20 January 2013

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V1


Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari 2013 secara sedar atau tidak telah meningkatkan imej polis. Jika dianalisis perhimpunan yang telah dilakukan kali ini promosinya sangat hebat hinggakan menjelajah setiap pelusuk negara memanggil rakyat turun untuk berdemo. Harapan Bang Anwar Bin Ibrahim supaya HKR ini dapat memburuk dan mencemar imej negara. Sudah 2minggu HKR berlalu. Hasil analisis dan gerakkan MB ke akar umbi menunjukkan daripada 100orang yang MB berborak, hanya 5-8orang sahaja yang tahu tentang perhimpunan ini. Bakinya tidak seorang yang tahu. Ternyata demotrasi yang dilakukan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini sangat gagal kali ini.

MB mendapat maklumat daripada sumber dalaman tentang post-mortem yang di buat oleh PKR  tentang HKR ini. Hasil post-mortem dalaman ini akan MB dedahkan satu persatu :

  •      Gerakan Mahasiswa yang di sangka akan menjadi barisan utama untuk menarik sokongan rakyat ternyata gagal. Ia menjadi kekecewa oleh kepimpinan Pakatan rakyat apabila orang muda yang HADIR di Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah mereka yang sama HADIR di perhimpunan BERSIH dan PTPTN. Jika ada pertambahan pun tetap masih terlalu kecil dan mengecewakan. Bahkan nama-nama sebelum ini seperti Shahid, khalith Syiah dan beberapa orang lagi sangat gagal membantu malah tidak ada suara daripada mereka untuk mengesak mahasiswa turun. ADAM ADLI telah diputuskan bukan lagi ikon Mahasiswa yang berwibawa. MB difahamkan ADAM ADLI telah diberi peluang untuk membuktikan dia mampu menjadi ikon tetapi sayangnya kekecewaan yang di luahkan oleh Kepimpinan di dalam Post-Mortem itu benar-benar menyatakan kekecawaan. Lalu digesa supaya Gerakan Mahasiswa mewujudkan satu ikon baru bagi mengantikan ADAM ADLI. Lantas PSM telah memikirkan cara dan kaedah untuk menaikkan isu lapuk iaitu BAWANI.


  • Kepimpinan PKR dan DAP turut menyatakan kekecewaan kepada kepimpinan PAS apabila gagal menarik 500 ribu rakyat seperti yang diharapkan. Menuru analisis barisan kepimpinan tertinggi PAS, PAS Kelantan dan Terengganu sangat cemerlang kerana berjaya menurunkan rakyat seperti yang diharapkan bagi sesebuah negeri. Malahnya PAS Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan di sifatkan sangat mengecewakan dan lemah. Kekecawaan itu terserlah apabila ada barisan kepimpinan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kepimpinan PAS negeri tersebut. Malah ada kepimpinan negeri tersebut menyatakan hal ini terjadi atas faktor kekecewaan barisan Kepimpinan Utama PAS yang menyokong isu Khalimah ALLAH digunakan oleh Kristian. Disebabkan kejatuhan sokongan itu menyebabkan majlis Syura PAS terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman penggunaan Khalimah ALLAH oleh Kristian selepas HKR berlangsung.


Setelah di analisis Post-mortem ini, baru MB sedar kenapa isu bawani tiba-tiba muncul setelah sekian lama ia berlalu. Begitu keji Bang Anwar Bin Ibrahim ini memanipulasikan mahasiswa. Awas kepada mahasiswa-mahasiswa!!! Jangan terperangkap dan mudah melatah dengan isu ini.


 Malah isu Khalimah ALLAH turut dipolitikkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menarik undi bukan ISLAM. PAS dilihat tidak berpendirian mengubah dan menarik balik penggunaan Khalimah ALLAH ini disebabkan sokongan akar umbi telah lari. Adakah agama yang diamalkan PAS boleh berubah-ubah sesuka hati jika tidak mendapat sokongan rakyat???


*REVOLUSI BUNGA RAYA*



1 comment:

Anonymous said...

Pemberian kerakyatan kepada warga asing lebih sejuta dan keturunan depa sebelum merdeka dan selepas merdeka. Adakah sesuatu referendum telah di rujuk kepada umat Melayu sebelum menerima cadangan tersebut. Buat macam brunai. datuk sampai cicit bagi PR je sampai mati....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...