Kehadiran seramai 40orang semasa perhimpunan ini rata-ratanya adalah ahli dan penyokong politik sedangkan MB melihat isu ini di antara mahasiswa dan ngo. Di manakah sokongan mahasiswa terhadap Bawani ini?
Antara yang hadir di dalam perhimpunan ini ialah Bawani, Waythamoorthy dan S.Arulchelvam. Ucapan oleh Waythamoorthy menyatakan isu bawani ini adalah contoh hak bersuara orang India dihalang. MB pelik kenapa hendak timbulkan provokasi sedemikian rupa? Saban hari MB melihat pelbagai perbincangan dilakukan oleh kerajaan bersama pelbagai kaum. Adakah ini dinyatakan hak dihalang?
Paling menarik bilamana ada kenyataan UMNO ingat dia besar, orang INDIA boleh balik INDIA tetapi sebelum itu orang India akan hancurkan UMNO terlebih dahulu. Kenapa perlu kaitkan UMNO dengan isu Bawani ini sedangkan ia melibatkan NGO bukannya UMNO? Provokasi demi provokasi sengaja di cetuskan bagi memecah belahkan perpaduan di dalam negara ini.
Cakap pun berpusing bilamana selepas itu menyatakan kemerdekaan ini tidak hanya dicapai oleh Tunku Abdul Rahman sahaja tetapi melibatkan penyertaan pemimpin Cina dan India. Sudah tahu begitu, mengapakah masih ingin memecahkan PERPADUAN yang telah di bina selama ini?
Bagi MB isu ini dianggap selesai setelah Sharifah Zohra Jabeen mengeluarkan kenyataan secara terbuka memohon maaf. Kenyataannya ada di sini.
No comments:
Post a Comment