KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Edikoup. Show all posts
Showing posts with label Edikoup. Show all posts

Friday, 15 February 2013

VIDEO YANG GM 13 TAKUTI


Mahasiswa Pembangkang harus sedar bahawa mereka kini telah mengabaikan pelajaran. Mereka yang terlibat di dalam GM 13 rata-ratanya keciciran di dalam pelajaran. Mereka inikah yang rakyat hendak percayai?

MB tujukan video di atas bagi menyedarkan puak-puak mahasiswa Bang Anwar Bin Ibrahim bahawa mereka masih belum ada apa-apa kelulusan.

Wednesday, 13 February 2013

MB DEDAHKAN PERANCANGAN EKSAN DI PUKUL!!!

Ingatan MB tentang penipuan Edikoup yang telah MB kantoikan semasa Pilihanraya Kampus tahun lepas masih segar di dalam ingatan MB. Bagi mereka yang telah lupa tentang cerita tersebut, mari MB imbauan kembali cerita tersebut. Masa Pilihanraya Kampus yang lepas, MB mendapat berita bahawa terdapat perancangan jahat di mana Edikoup telah merancang mengarahkan beberapa orang memukul dirinya bagi mendapatkan simpati mahasiswa. Malangnya perancangan tersebut telah berjaya MB gagalkan setelah mendapat sumber dari pihak dalaman.


Pada 12hb Febuari 2013, sekali lagi perancangan firaun mereka ini dijalankan. Kali ini Ehsan Bukhari yang dijadikan mangsa. Kecoh satu negara mereka fitnah mengatakan ini perbuatan UMNO dan arahan Dato Seri Najib.  


Lihatlah wajah mangsa yang tidak mampu melakonkan watak kesakitan. Dengan wajah gembira menceritakan bahawa lakonan dan penipuan sedang berjalan. 


Mari MB ulaskan laporan yang telah di buat oleh mamat gay firaun ini. Jika dahulu lakonan Edikoup menyatakan tidak dapat mengenal pasti no pendaftaran yang digunakan. Pada masa itu Edikoup berseorangan. TETAPI dalam kes mamat gay firaun ini melihatkan 3orang yang terlibat. Tidak logik ketiga-tiga tidak lihat no pendaftaran kenderaan yang terlibat memukul mereka ini. Malah MB difahamkan GM13 dilengkapi dengan kamera-kamera canggih bagi merakamkan segala yang terjadi. Mana gambar-gambar kejadian yang berlaku???

Percaya dan percayalah wahai Mahasiswa dan rakyat sekalian!!! Ini adalah satu penipuan yang telah dirancang bagi mengaibkan kepimpinan Perdana Menteri. Selepas ini MB akan ulaskan pendedahan yang lebih menarik tentang maklumat dalaman yang sangat sulit yang berlaku di dalam GM13 ini.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Tuesday, 5 February 2013

SULTAN DIHINA, USTAZ DI CELAKA!!!


MB melihat titik perpaduan antara PAS dan UMNO semakin bersinar. Atas nama Islam sudah lama sepatutnya PAS dan UMNO bersatu dan menolak segala kejahilan dan pengkhianat Bang Anwar Bin Ibrahim yang secara nyata telah banyak mencetuskan pergolakkan dalam negara tercinta ini. 


MB gembira melihat Menteri Besar Kedah Yang Sangat Dihormati iaitu Ustaz Dr Azizan bersama-sama Barisan Nasional di dalam satu Majlis. Segala sengketa dilupakan demi Islam tercinta. Malangnya kerana tindakan Menteri Besar ini yang sayangkan agama ISLAM tercinta dengan berbaik-baik dengan Barisan Nasional tidak di senangi oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Lantas di hantarnya seorang mamat Syiah ini yang telah dibayar beribu-ribu RM untuk mencetuskan kemarahan PAS.


Sebagai penyokong perpaduan ISLAM, MB melihat si Mamat Syiah ini harus di ajar oleh puak PAS tentang adat susila. MB sendiri menghormati Ustaz Azizan ini. Di manakah pemuda-pemuda PAS di saat pemimpin kamu di hina dan di sialkan? Isu Khalimah ALLAH pun masih belum kuat kamu protes. Ayuh pemuda PAS, Bangkitlah menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan DAP kerana tidak mahu melihat ISLAM bersatu.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Sunday, 23 December 2012

SAMM, PRO-M MENIPU DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA LAGI???


Hasil daripada maklumat intipan sahabat-sahabat MB menunjukkan ini adalah politik murahan yang amat sangat. Sepanjang Perkhemahan yang berlangsung di penjara Kajang ini, mana ada sembahyangnya. Mereka lupa pada suruhan agama. Adam Adli, Fahmi Komunis dan pengikut banggangnya hanya leka memikirkan provokasi dan berfoya-foya dengan teman wanita mereka. Tidak langsung menunaikan solat.

Untuk maklumat mahasiswa dan orang ramai, dalam lingkungan 1km dari penjara kajang itu terdapat surau-surau dan masjid yang boleh digunakan oleh orang awam untuk menunaikan solat. Kenapa perlu menggunakan isu murahan dihalang menggunakan Masjid ini??? Ini sengaja ditimbulkan untuk mewujudkan suasana tegang masyarakat. Diharapkan masyarakat tidak tertipu dengan SAMM dan Pro-M ini.


Paling Best MB nak nyatakan disini, yang berada didalam khemah tersebut tidak pula MB nampak mereka bersembahyang subuh atau minta izin kepada pengawal penjara untuk menggunakan Masjid pada subuh tersebut. Pelik bukan.... ISLAM kah mereka yang tidur didalam khemah itu??? Fikir-fikirkan.


Yang kelakar dan MB nak berkongsi ini. Jika dilihat pada isu ini. Denda yang dikenakan ialah RM1K. Di manakah sahabat-sahabat UMAR ini hingga tidak seorang pun sudi mengeluarkan duit untuk menjamin UMAR???

Sumber dalaman MB menyatakan puak-puak atasan SAMM dan Pro-M memang tidak langsung akan membantu mereka-mereka yang berdemo ini sekiranya dikenakan tindakan. Pro-M dan SAMM kini sudah tidak mendapat sokongan oleh mahasiswa. Mereka yang terlibat dengan demotrasi sebelum ini langsung tidak turun untuk berkhemah di Penjara Kajang. Apa yang MB dengar bahawa mereka ini sangat kecewa dengan Safwang, Khalid Syiah, Syahid dan lain-lain kerana hanya mempergunakan mahasiswa untuk agenda sempit mereka disamping hanya untuk mencari duit kahwin sahaja.

Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat Malaysia tentang kejahatan yang cuba diwujudkan oleh puak-puak ini.


'PERJUANGAN TANPA NOKHTAH DEMI ALIF BA TA"

PRO-M BERSIKAP KEJI LAGI???


MB mendapat khabar bahawa Pro-Mahasiswa sudah terdesak hingga terpaksa menggunakan satu gerakan baru iaitu Gerakan Sayangi Siswa Anda dengan menggunakan singkatan sama dengan satu ngo iaitu GABUNGAN SISWA KEBANGSAAN.

Hasil risikan MB menyatakan Pro-Mahasiswa dan SMM sudah mula takut dengan gerak kerja Presiden Gabungan Siswa Kebangsaan yang semua mahasiswa tahu bahawa Presiden ini sangat prihatin dengan kebajikan mahasiswa dan cintakan keamanan kampus dan negara.

Jika dilihat didalam twitter-twitter puak-puak Pro-Mahasiswa dan KIMAK, mereka telah mencanangkan penubuhan Gerakan Sayangi Siswa Anda atau singkatan yang mereka gunakan ialah GASAK. Ini adalah satu perbuatan keji apabila sengaja menggunakan nama sama seperti Gabungan Siswa Kebangsaan baik menipu mahasiswa. diharapkan mahasiswa dan rakyat tidak tertipu dengan petualang Pro-M dan SMM ini.



Wednesday, 12 December 2012

PMI,PROM SOKONG ARAK?


MB tertarik untuk mengulas tentang Sekretariat Malaysia Bangkit yang diagung-agungkan oleh puak-puak ADAM TIANG suatu masa dahulu. MB pelik apabila MB katakan mereka ini pengkhianat dan hanya menjadi anjing belaan Bang Anwar Bin Ibrahim dalam merosakkan negara, ramai mahasiswa khususnya PMI yang marah dan maki MB kerana kononnya mereka ini memperjuangkan rakyat dan agama ISLAM tercinta.


Ini antara balaci-balaci Bang Anwar Bin Ibrahim yang menjanjikan 1001 janji kepada mahasiswa malah menimbulkan ketegangan dalam negara. Apa yang MB ingin tegaskan di sini, kenapa sekretariat Malaysia Bangkit tersebut tidak membuat demotrasi membantah rumah-rumah urut, kelab-kelab malam yang beroperasi lebih daripada masa yang ditetapkan dan kilang-kilang arak.

MB rasa kalau la Syahid ni dapat protes kilang arak yang besar ini, tentu ramai mahasiswa bersama, :D

Tuesday, 25 September 2012

SIRI PENDEDAHAN KONSPIRASI PRO-M


Seperti yang maklumat yang MB perolehi, ternyata ia benar. Sedara Edikoup telah membuat laporan polis pagi tadi. Tapi sayangnya laporan tersebut telah terbukti lebih mendedahkan penipuan yang sedang dirancangkan.


Menurut laporan yang dibuat mengatakan pada jam 12malam, sedara Edikoup telah diekori dan ditahan serta telah di beri amaran. Paling menarik sedara Edikoup berkata tidak memahami apa yang mereka katakan. Beberapa soalan MB ingin bertanya kepada saudara Edikoup :

1) Bahasa apa yang digunakan sehingga sepatah pun sedara tidak fahami maksudnya?
2) Gangster tersebut bangsa apa?
3) Apa tindakan saudara selepas kejadian pertama berlaku?

Jika anda perhatikan pergerakan Pro-Mahasiswa ini, mereka sentiasa update segera setiap apa yang berlaku di semua media maya yang mereka miliki. Hasil pemerhatian MB selepas kejadian pertama tidak ada walau sepatah pun yang bermain di media maya Pro-Mahasiswa tentang kejadian itu. 

Jika anda mengikuti pergerakan Pro-Mahasiswa ini, disaat genting ini kenapakah keselamatan saudara Edikoup ini tidak dititik beratkan? Renung-renungkan.

Ada juga sumber cerita MB mengatakan yang memukul saudara Edikoup ini adalah rakan-rakan di dalam Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) disebabkan PMI dan Pro-Mahasiswa ini berlaku pergolakkan dalaman yang semakin meruncing. Cerita ini berkata budak PMI telah membelasah Pro-Mahasiswa disebabkan kebiadapan Pro-Mahasiswa yang keterlaluan. Selepas kejadian itu mereka telah mencipta cerita ini agar ia dapat menutup isu dalaman mereka.



Cerita kepincangan dalaman ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh SU AGUNG yang mengatakan PMI tidak sama dengan Pro-Mahasiswa ini.  Adakah kenyataan SU AGUNG ini menuang minyak di atas api yang membara???


Persoalan-persoalan MB ini ditujukan kepada semua untuk berpikir sendiri kebenaran apa yang terjadi. MB yakin pihak Pro-Mahasiswa tidak berani menjawab persoalan ini!!!



"KONSPIRASI BERSIH KAMPUS KANTOI"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...