KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday, 23 November 2013

SAFWANG KENA MAKI DENGAN BUKHAIRY!!!PRK UM GEGAR!!!

Sumber risikan dalaman MB perolehi menyatakan Bukhary telah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu #Hippies yang sedang melanda Universiti Malaya pada hari ini. Dikhabarkan Bukhary telah meluahkan perasaan marahnya kepada brader Muqit kerana mempromosikan program Fahmi Reza dan mengeluarkan kenyataan menyokong perjuangan Fahmi Reza hinggakan Pro Mahasiswa telah terpalit dan dilabelkan sebagai Pro Hippies.


Malah difahamkan bahawa Safwan Chair telah membela brader Muqit kerana Safwan yang melantik Brader Muqit sebagai Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam. Dapat dilihat pergaduhan antara mereka ini bakal bertambah parah.


Malah Bukhairy sangat marah dengan tindakan penyokong Fahmi Reza yang menconteng simbol #Hippies di seluruh kampus Universiti Malaya sebagai tanda protes halangan Fahmi Reza masuk ke dalam kampus Universiti Malaya. Bagi menafikan pihak mereka yang lakukan, mereka terpaksa mengubah perancangan Grand Konvoi Pro M kepada program pencucian logo tersebut bagi mengelakkan isu ini diketahui oleh mahasiswa Universiti Malaya.

Hari ini Bukhary turun mengarahkan poster-poster yang ada logo #Hippies di buang segera. Mudah MB katakan disini, jika tidak salah, kenapa harus memadamkan dan membuangnya?





Thursday, 21 November 2013

MAHASISWA ISLAM UM DIMURTADKAN FAHMI REZA???

Kegagalan Program yang di rancang oleh Hishamuddin Rais dalam membawa masuk Fahmi Reza ke dalam kampus Universiti Malaya menemui kegagalan setelah pihak keselamatan menghalang mereka ini.
Kemuncak mereka tetap menjalankan program ini diluar pagar Universiti Malaya.


Masih belum sedarkah mahasiswa siapa itu Fahmi Reza??? Kenapa Pro Mahasiswa atau hakikatnya mereka ini adalah daripada Persatuan Mahasiswa Islam sanggup bersekongkol dengan perjuangan menyemai ideologi Fahmi Reza ini??? Pengakuan daripada Pro Mahasiswa bahawa mereka akan tetap bersama dan membantu Fahmi Reza ini amat mengecewakan. Penjelasan lanjut siapa Fahmi Reza boleh dilihat disini.


Masih tertanya apa sebenarnya budaya yang cuba dibawa oleh Fahmi Reza ini. Anda boleh google sendiri apa itu Hippies atau baca di sini.


Apakah mahasiswa dapat menerima gejala ini dan ideologi ini?


Sedarkah mahasiswa bahawa bekas Presiden ini telah membawa diri jauh daripada Pro Mahasiswa kerana kegagalan Pro Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam hari ini memperjuangkan Islam.

Say No 2 Hippies!!!

Wednesday, 20 November 2013

PERTEMBUNGAN 2 SETERU DI UM!!!


Malam ini MB difahamkan Universiti Malaya bakal digegarkan dengan Perdebatan yang sentiasa dinantikan oleh Mahasiswa UM. Diceritakan Hishamudin Rais dan Fahmi Komunis bakal bersama mereka malam ini dan pastinya jentera Keadilan akan turut bersama mereka.

MB mengharapkan perjalanan Debat ini berjalan lancar dan tenang dengan suasana aman damai. Pastinya mahasiswa rindukan fakta-fakta yang menarik pada malam ini. Dikhabarkan juga saudara Aiman bakal memberi kejutan luar biasa kepada Pro Mahasiswa. Apakah kejutannya? Sama-sama kita saksikan pada malam ini.




DEMI ALIF BA TA... 
KITA SUDAH TIADA MASA...

Tuesday, 19 November 2013

WHY BRADER ANWAR BACHOL???

Hairan bin banggang. Kenapa Brader Anwar Bin Ibrahim ini sangat takut dengan SB? Segala manipulasi dilakukan Brader Anwar Bin Ibrahim ini bagi menjatuhkan kredibiliti SB tanpa memikirkan segala jasa-jasa mereka dalam menjaga keamanan negara.

Kebelakangan ini dapat dilihat pihak berkuasa giat membasmi kegiatan jenayah sana sini. Hampir 80% hasil risikan dan pertaruhan nyawa SB sebagai barisan hadapan membuka laluan kepada pasukan PDRM untuk menangkap penjenayah-penjenayah ini.

MB berpegang kepada kata-kata orang tua MB. Kalau tak buat salah, apa mau takut Brader.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...