KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Friday, 28 December 2012

ANAK MENIPU AHLI PAS!!! LINTAS LANGSUNG KEKECOHAN FELDA!!!


Hari ini Felda yang disayangi oleh orang-orang Melayu telah dicemari oleh puak-puak Upahan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menghapuskan rezeki orang Melayu. 



Kumpulan upahan Bang Anwar Bin Ibrahim tergesak-gesak bergerak ke lokasi berkumpul selepas selesai solat Jumaat. Rasa-rata kelihatan tidak khusyuk di dalam solat hari ini.


Bagi memenuhi dan menunjukkan bahawa mereka ini ramai, mereka telah meminta unit AMAL PAS yang bukan daripada anak Felda untuk memenuhkan ruang. Ramai daripada mereka dibayar untuk datang.

Kumpulan penyokong kerajaan yang datang dari Felda ke semuanya turut bersama bagi menandakan sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri.



PDRM terpaksa mengawal keadaan dengan memisahkan kedua-dua belah pihak bagi memastikan tidak ada pergaduhan yang kemungkinan di cetuskan oleh puak upahan Bang Anwar Bin Ibrahim.


Hasil risikan dalaman MB mendapati hampir 90 peratus yang datang ke perhimpunan ini adalah kerana hendak MENDESAK LIM GUAN ENG memohon maaf kepada seluruh umat ISLAM dan meletak jawatan. Tetapi rupanya mereka telah ditipu oleh ANAK semata-mata kerana tidak ada sepatah pun perkataan atau ayat yang mendesak LIM GUAN ENG memohon maaf!!! 

Poster dibawah ini telah disebarkan ke seluruh negara bagi mengumpulkan ahli PAS untuk menyatakan bantahan. Tetapi malangnya.....


Hasil tinjauan MB rata-rata memaki hamun ANAK kerana tidak mempunyai perasaan untuk memperjuangkan AGAMA ISLAM tercinta!!!!


Tuesday, 17 July 2012

PAS KENA TULAH SENDIRI???


MB tertarik untuk mengulas pasal isu Gelombang Oren konon-kononnya untuk menyelamatkan Felda yang baru diadakan baru-baru ini. Apa yang MB terkilan bahawa pembangkang memainkan isu ini seperti kerajaan yang sedia ada ini sangat teruk. Pelbagai perkara di spin habis-habisan. Ketika itu Mat Sabu dengan gayanya menjadi juara dalam memperjuangkan isu ini. Apa yang menarik ialah apabila disangka panas berpanjangan rupanya hujan turun jua. Di sana PAS dan sekutunya memprotes isu saham Felda ini. Tetapi disini pula PAS mengambil kesempatan membeli saham Felda ini. Mana yang betul ini??? 


MB mohon jangan dihuru-harakan negara ini. Cukup-cukup lah dengan terpengaruh dengan Bang Anwar Bin Ibrahim ni.

Insaflah.... Renung-renungkanlah...

Wednesday, 9 May 2012

JAHILNYA PAKATAN PEMBANGKANG DALAM ISU FELDA!!!


MB mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Najib kerana berjaya memberi durian runtuh RM 1.69 bilion kepada 112,000 peneroka Felda di seluruh negara. MB merasakan betapa untungnya menjadi peneroka Felda. 

Dalam suasana yang masih panas dek pengumuman ini, ternyata ia telah memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana mereka telah mengeluarkan kenyataan dalam malaysiakini dengan mendesakkan kerajaan Barisan Nasional memberi RM50ribu kepada peneroka. Inilah yang dikatakan orang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikecapi.

Satu masa dulu semasa kerajaan hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), mereka dengan lantangnya mempersoalkan dan membantah perkara ini hingga menyuruh 'kuli-kuli' mereka berdemo membantah hal ini. Tetapi hari ini mereka merintih meminta lebih pula. 

MB harap peneroka-peneroka Felda di Seluruh Malaysia mula sedar tentang pembohongan yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang ini dan apa yang mereka cuba lakukan untuk menghancurkan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...