KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #PLAN. Show all posts
Showing posts with label #PLAN. Show all posts

Friday, 29 March 2013

ANWAR TERGAMAK LAKUKAN INI!!!


Awas semua. Pendedahan demi pendedahan niat jahat Pakatan Pembangkang ini sangat jelas. Pilihanraya Umum kali ke 13 ini bakal menjadi sejarah PRU13 paling kotor yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang. Demi mengejar cita-cita kerusi Perdana Menteri, Brader Anwar Bin Ibrahim sanggup buat apa sahaja. 

Terbaru analisis MB buat menyatakan ada kemungkinan beberapa kawasan yang majoriti melayu menyokong kerajaan BN bakal dilakukan sesuatu oleh Pakatan Pembangkang. Bacaan MB, mereka akan memikirkan bagaimana hendak menghitamkan tangan pengundi Melayu sebelum tiba hari pengundian. Di fahamkan dakwat hitam kekal yang digunakan oleh SPR akan kekal di jari seminggu. 

SPR tidak akan membenarkan pengundi yang telah mengundi (jari telah dihitamkan sebelum mengundi) tidak dibenarkan untuk mengundi dan berada di sekitar kawasan tersebut. Semasa mengundi tersebut wakil Parti Pembangkang akan membantah dan mencetuskan provokasi perkara ini.

Brader Anwar Bin Ibrahim sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya termasuk membeli dakwat yang bakal digunakan SPR nanti!!! AWAS!!!

Friday, 15 February 2013

#PLAN JAHAT ANWAR KE ATAS TUN M DI DEDAHKAN




Suatu masa dulu kepimpinan Tun Dr Mahathir pernah dikeji dan dihina. Pernah digelar MAHA FIRAUN. Namun selepas peletakkan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, barulah rakyat sedar betapa hebat dan gagahnya kepimpinan serta idea-idea yang di centuskan oleh Tun Dr Mahathir.

Tidak dinafikan bahawa ramai rakyat mengharapkan Tun Dr Mahathir kembali memimpin negara setelah melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa yang mampu mengalahkan Bang Anwar Bin Ibrahim ini hanyalah Tun Dr Mahathir sahaja. Dakwaan risikan dalaman menyatakan Bang Anwar Bin Ibrahim sentiasa memantau pergerakan Tun Dr Mahathir apabila Tun turun berceramah. Bang Anwar Bin Ibrahim sangat khuatir segala fitnah yang di lakukannya dapat dipatahkan oleh Tun Dr Mahathir.


MB mendapat maklumat mengatakan ada perancangan jahat yang sedang di usahakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi membunuh karakter Tun Dr Mahathir kerana ketokohan dan kata-kata dari Tun Dr Mahathir bisa mengugatkan kedudukan Bang Anwar Bin Ibrahim ini. 

Perancangan yang di buat oleh Bang Anwar Bin Ibrahim adalah mendesak Tun Dr Mahathir bertanding semula di dalam PRU 13 ini bagi menutup desakan rakyat dan akar umbi PAS yang meminta Nik Ajis meletakkan jawatan. Awas dengan desakan ini!!!


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...