KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label HKR. Show all posts
Showing posts with label HKR. Show all posts

Sunday, 20 January 2013

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V4



Siri pendedahan akhir Post-Mortem Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) ini ialah peratusan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Di dalam Post-Mortem ini kata sepakat daripada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tidak ada penambahan yang mana bahasa mudahnya tidak naik langsung peratusan tersebut. Ini amat mengusarkan Bang Anwar Bin Ibrahim kerana dianggarkan modal yang telah dikeluarkan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat ini melibatkan berjuta-juta perbelanjaan. Malah populariti Himpunan Kebangkitan Rakyat ini telah kembali kepada pasca BERSIH. Hasil perbincangan analisis ini beberapa tindakan akan di ambil iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada manifesto dan strategi memenangi hati rakyat. Pihak kempipinan telah bersetuju untuk mengumumkan manifesto dalam masa terdekat ini kerana ia dirasakan sangat perlu bagi mematahkan pendekatan yang Barisan Nasional lakukan.





Sumber yang MB dengar turut menyatakan bahawa peruntukkan sebanyak RM1.5juta akan diberikan kepada Gerakan Media Baru Pakatan Rakyat untuk negeri strategik seperti di SABAH dan SARAWAK bagi meningkatkan Gerak Perang Saraf di sana. 











Satu nilai yang besar yang membuatkan MB tertanya-tanya dari mana duit itu datang? Malah MB turut tertanya-tanya berapa jumlah yang diberikan kepada golongan muda untuk menaikkan BAWANI bagi mencetuskan fenomena dikalangan anak muda ini???




*REVOLUSI BUNGA RAYA*

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V2




Pendedahan MB seterusnya post-mortem Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) ini adalah menjurus kepada PDRM. Pelbagai perancangan telah dibuat untuk mencemarkan imej polis di dalam HKR ini yang mana telah di letakkan Hishamuddin Rais sebagai ketua unit tempur. Tugasnya adalah mewujudkan provokasi dengan pihak polis. Jika dilihat beberapa hari sebelum terjadinya HKR, pelbagai provokasi dan kenyataan terhadap polis telah dilakukan di media maya.



Malangnya kejayaan dalam memburukkan imej PDRM seperti mana dilakukan sewaktu BERSIH tempoh hari gagal dilakukan. Sikap tenang PDRM yang sangat profesional dalam menjalankan tugas sepanjang HKR berlangsung amat mengecewakan Bang Anwar Bin Ibrahim. Kekecewaan Bang Anwar Bin Ibrahim diluahkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Lantas Bang Anwar Bin Ibrahim mengarahkan Gerak Perang Saraf Pakatan Rakyat memainkan isu memuji pihak PDRM bagi menarik kembali sokongan rakyat malah bagi melahirkan rasa bangga di kalangan PDRM dengan harapan pihak PDRM menyokong Pakatan Rakyat nanti.


MB mengharapkan PDRM tidak tergoda dan termakan dengan pujian Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Sikap manusia suka dipuji. Itu tidak dapat di nafikan. Jadi AWAS PDRM!!! Jangan kamu ternoda dengan pujian palsu ini.

MB disini mengucapkan TAHNIAH KEPADA PDRM diatas kebijaksanaan menanggani provokasi yang dilakukan oleh Pakatan Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Malah MB berikrar untuk membantu pihak PDRM sekiranya diperlukan bagi membanteras anasir-anasir puaka ini.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V1


Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari 2013 secara sedar atau tidak telah meningkatkan imej polis. Jika dianalisis perhimpunan yang telah dilakukan kali ini promosinya sangat hebat hinggakan menjelajah setiap pelusuk negara memanggil rakyat turun untuk berdemo. Harapan Bang Anwar Bin Ibrahim supaya HKR ini dapat memburuk dan mencemar imej negara. Sudah 2minggu HKR berlalu. Hasil analisis dan gerakkan MB ke akar umbi menunjukkan daripada 100orang yang MB berborak, hanya 5-8orang sahaja yang tahu tentang perhimpunan ini. Bakinya tidak seorang yang tahu. Ternyata demotrasi yang dilakukan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini sangat gagal kali ini.

MB mendapat maklumat daripada sumber dalaman tentang post-mortem yang di buat oleh PKR  tentang HKR ini. Hasil post-mortem dalaman ini akan MB dedahkan satu persatu :

  •      Gerakan Mahasiswa yang di sangka akan menjadi barisan utama untuk menarik sokongan rakyat ternyata gagal. Ia menjadi kekecewa oleh kepimpinan Pakatan rakyat apabila orang muda yang HADIR di Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah mereka yang sama HADIR di perhimpunan BERSIH dan PTPTN. Jika ada pertambahan pun tetap masih terlalu kecil dan mengecewakan. Bahkan nama-nama sebelum ini seperti Shahid, khalith Syiah dan beberapa orang lagi sangat gagal membantu malah tidak ada suara daripada mereka untuk mengesak mahasiswa turun. ADAM ADLI telah diputuskan bukan lagi ikon Mahasiswa yang berwibawa. MB difahamkan ADAM ADLI telah diberi peluang untuk membuktikan dia mampu menjadi ikon tetapi sayangnya kekecewaan yang di luahkan oleh Kepimpinan di dalam Post-Mortem itu benar-benar menyatakan kekecawaan. Lalu digesa supaya Gerakan Mahasiswa mewujudkan satu ikon baru bagi mengantikan ADAM ADLI. Lantas PSM telah memikirkan cara dan kaedah untuk menaikkan isu lapuk iaitu BAWANI.


  • Kepimpinan PKR dan DAP turut menyatakan kekecewaan kepada kepimpinan PAS apabila gagal menarik 500 ribu rakyat seperti yang diharapkan. Menuru analisis barisan kepimpinan tertinggi PAS, PAS Kelantan dan Terengganu sangat cemerlang kerana berjaya menurunkan rakyat seperti yang diharapkan bagi sesebuah negeri. Malahnya PAS Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan di sifatkan sangat mengecewakan dan lemah. Kekecawaan itu terserlah apabila ada barisan kepimpinan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kepimpinan PAS negeri tersebut. Malah ada kepimpinan negeri tersebut menyatakan hal ini terjadi atas faktor kekecewaan barisan Kepimpinan Utama PAS yang menyokong isu Khalimah ALLAH digunakan oleh Kristian. Disebabkan kejatuhan sokongan itu menyebabkan majlis Syura PAS terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman penggunaan Khalimah ALLAH oleh Kristian selepas HKR berlangsung.


Setelah di analisis Post-mortem ini, baru MB sedar kenapa isu bawani tiba-tiba muncul setelah sekian lama ia berlalu. Begitu keji Bang Anwar Bin Ibrahim ini memanipulasikan mahasiswa. Awas kepada mahasiswa-mahasiswa!!! Jangan terperangkap dan mudah melatah dengan isu ini.


 Malah isu Khalimah ALLAH turut dipolitikkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menarik undi bukan ISLAM. PAS dilihat tidak berpendirian mengubah dan menarik balik penggunaan Khalimah ALLAH ini disebabkan sokongan akar umbi telah lari. Adakah agama yang diamalkan PAS boleh berubah-ubah sesuka hati jika tidak mendapat sokongan rakyat???


*REVOLUSI BUNGA RAYA*



Sunday, 13 January 2013

TAZKIRAH KHAS BUAT PAS-DAP



Buat keluarga Islam di atas, MB sediakan sedikit tazkirah ringkas khas buat kamu. Sila fahami.


ABANG PERLEMBAGAAN DIKANTOIKAN!!!



Masih ingatkah wahai rakyat semua tentang Abg Perlembagaan yang membuat kecoh semangat demo PTPTN tempoh hari??? Di sini MB hendak dedahkan perbincaraan Abg Perlembagaan ini semasa mamat ni mengisi perutnya yang buncit tu di sebuah restoran ayam kampung di cheras.

Gambar ini di ambil pada jam 2petang di mana masa itu penyokong PR malah kumpulan anak muda sedang sibuk berdemotrasi berarak menuju ke stadium merdeka. Sepanjang hampir 2jam disini merisik Abg Perlembagaan ini, 1001 cerita yang diperolehi. Antara butir-butir perbualan Abg Perlembagaan ini adalah membayar sejumlah wang upahan kepada kumpulan anak muda yang di kepalai oleh Adam Tiang dan Safwan Chair.

Abg Perlembagaan bersama beberapa orang tali barut Bang Anwar Bin Ibrahim ini makan begitu mewah di sini. Siap cakap makan jer... Aku bayar... Perghh.... terbaik kan..

Inilah ciri-ciri otai PR. Berbicara tentang duit yang diperolehi untuk membayar anak muda berdemotrasi dan menimbulkan kekecohan dalam negara. Sepatutnya Abg Perlembagaan ini kena berada bersama-sama dengan mereka di Stadium Merdeka mendengar amanat Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Terdengar juga perbualan Abg Perlembagaan ini yang mengatakan Demotrasi kali ini Gagal disebabkan pihak PDRM berada jauh dari kawasan dan buat tidak kisah. Nak lakukan provokasi pun tidak boleh. Dari nadanya menyuarakan rasa geram sebab tidak dapat melakukan provokasi seperti sebelum ini. Awas Abg Perlembagaan. Anda di perhatikan. 


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

JAHIL ATAU TIDAK PAS? APA KATA HADI???




MB pelik kenapa perkara ini terjadi di dalam PAS??? Ada MB suarakan pada sahabat PAS tentang perkara ini. Keadaan ramai macam ini mana nak tahu arah kiblat. Dalam bijak pandai PAS tidak orang pun yang tahu arah kiblat? Sepatutnya penganjur harus memainkan peranan memaklumkan awal-awal arah kiblat. 
Di tempat yang sama tetapi terdapat pelbagai jemaah dan iman? Anda nilai sendiri.

Video di bawah ini pun boleh anda nilai.




Artikel pilihan MB tentang isu ini ada juga di sini.

Saturday, 12 January 2013

PEMUDA PAS MAKI DAP!!! HAHAHAHA


Ternyata makin taksub PAS kepada DAP hingga menyanjung tinggi DAP ini. Tetapi mungkinkah hanya golongan veteran didalam PAS yang di lembukan Bang Anwar Bin Ibrahim sahaja yang taksub pada DAP???

Sumber MB perolehi dari pemuda-pemuda PAS mengatakan mereka di perkudakan dan di babi kan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dalam membelai DAP ini. Kemarahan pemuda PAS bakal memuncak tidak lama lagi terhadap DAP. Sumber mengatakan mereka akan mendesak kepimpinan PAS untuk keluar daripada kerjasama dengan Bang Anwar Bin Ibrahim.

Semakin lantang pemuda PAS selepas ini memaki DAP.

Ini yang paling menarik. Dalam kesibukkan unit amal membantu puak-puak DAP hingga lupa pada sahabat sendiri. Ketika pakcik ini terlentang kesakitan, didapati ada puak-puak DAP berhampiran tetapi tidak langsung bergerak untuk membantu. Mereka hanya ketawakan dan buat tidak endah jer.

Masih belum sedarkah PEMUDA PAS tentang perangai DAP ini???


*Revolusi Bunga Raya*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...