MB mengucapkan syabas kepada anak muda daripada Parti PAS kerana telah berani bersuara menolak budaya politik tidak matang yang saban hari semakin melampau yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. MB bangga apabila Anak Muda ini telah bertekad politik ganas dan samseng serta lucah yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. Malah Presiden Pro-Mahasiswa Nasional semakin jijik menipu mahasiswa dalam meraih undi simpati di Universiti Malaya dalam PRK baru-baru ini dengan menggunakan strategik mengatakan dipukul oleh tali barut UMNO dan aspirasi. MB ucapkan terima kasih kepada rakan dalaman MB didalam Pro-Mahasiswa yang mendedahkan maklumat tersebut hinggakan provokasi tersebut gagal sama sekali.
Kenyataan oleh anak muda ini adalah kerana melihat kepincangan dan kebiadapan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa yang rata-ratanya menjadi kuda tungangan Bang Anwar Bin Ibrahim. Semoga mahasiswa dan anak muda kembali sedar penipuan dan permainan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini hinggakan sanggup meraih sokongan dengan menggunakan agama. Mari kita sama-sama dedahkan keburukan dan penipuan kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini.
Di post sebelum ini MB ada dedahkan KONSPIRASI yang telah dijalankan oleh Pro-Mahasiswa atas perancangan oleh Parti Pembangkang. Di dalam post ini MB secara ringkasnya akan menceritakan perancangan jahat yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa di Usim.
Bagi mereka yang memerhati suasana politik kampus di Usim, pasti mereka sedar kemunculan kembali sebuah blog. Blog ini pernah muncul suatu ketika dulu dan telah banyak menimbulkan kontroversi sehingga admin blog tersebut terpaksa di tutup. Kini blog tersebut muncul kembali. Blog yang MB maksudkan adalah :-
Suatu ketika dulu admin terpaksa menutup blog ini kerana pemalsuan maklumat dan penggunaan nama samaran pelbagai orang yang tidak bersalah. Kemunculannya kali ini MB fikir admin telah insaf. Tetapi kesalahan dan penipuan yang sama tetap dilakukan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh lihat di sini dan sini.
Pasti ada yang marah dan bengang dengan MB kerana mendedahkan penipuan ini. Sebenarnya apa yang MB cuba dedahkan disini adalah Konspirasi Terancang yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu dalam menimbulkan ketidaktenteraman kampus Usim. MB terpanggil mendedahkan perkara ini kerana sayangkan keamanan dan kemakmuran kampus Usim.
Satu blog amatur yang MB suka penulisannya yang jelas dan berfakta telah diserang oleh Konspirasi jahat ini. Blog ini adalah selari dengan prinsip MB iaitu mencintai KEAMANAN DAN KEDAMAIAN di dalam kampus. Blog yang MB maksudkan adalah blog USIM DI HATIKU.
Hasil kajian MB mendapati blog USIM DI HATIKU ini telah mendapat tempat di hati pelajar didalam mendapatkan info yang sebenar. Namun hasil risikan MB mendapati satu perancangan jahat telah dilakukan bagi menjatuhkan imej blog ini kerana dikatakan blog ini akan merosakkan perancangan dalam menimbulkan kacau bilau di kampus Usim tercinta.
Hasil Penyelidikan MB mendapati satu fake akaun telah digunakan bagi menimbulkan provokasi terhadap blog ini dan menyerang satu akaun fb yang tidak bersalah dengan mengaitkan sebagai blogger blog tersebut.
Pelbagai fitnah dilakukan dalam menjatuhkan imej blog ini.
Hasil risikan dalaman MB dengan rakan-rakan Pro-Mahasiswa di Usim mendapati tuan punya FB ini berkait rapat dengan USIMKINI. Malah hubungan "Muhammad Abduh" ini sangat rapat dengan pengerusi-pengerusi Pro-Mahasiswa yang lain serta orang kanan Pro-Pembangkang Nasional. Mungkin ada mengatakan MB hanya mereka cerita tentang perkara ini. MB sarankan mahasiswa menganalisis sendiri rakan-rakan FB "Muhammad Abduh" ini.
Sumber risikan dalaman MB dari rakan-rakan Pro-Mahasiswa di Usim mendapati arahan dari pihak atasan supaya menyerang blog USIM DI HATI hingga tahap menjadi seorang kaki fitnah yang penting misi berjaya. Bagi mahasiswa yang baru berjinak-jinak membaca blog pasti akan mempercayai fitnah yang dilemparkan. Sebenarnya fitnah yang berlaku ini adalah satu daripada cabang KONSPIRASI mereka yang akan MB dedahkan selepas ini bersama rakan-rakan blogger MB yang lain!!!
Oh ye...Maklumat dari rakan-rakan Pro-Mahasiswa MB yang berada di Usim mengatakan bahawa ada calon-calon Pro-Mahasiswa yang telah dihantar menjadi calon Pro-Universiti. Mereka ini telah diaturkan dengan perancangan yang halus untuk bertanding atas tiket Pro-Universiti tanpa diketahui oleh pentadbiran universiti. Difahamkan calon-calon Pro-Mahasiswa ini ada yang terlibat di dalam demotransi jalanan. Nantikan pendedahan MB siapa calon tersebut!!! Amaran MB kepada calon Pro-Mahasiswa ini, MB akan mendedahkan segala yang pernah anda lakukan. Jangan sampai anda dibenci mahasiswa diatas perilaku buruk anda.
PENDEDAHAN PANAS KONSPIRASI BERSIH KAMPUS SILA LIHAT