KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label KERAJAAN. Show all posts
Showing posts with label KERAJAAN. Show all posts

Thursday, 7 February 2013

STRATEGIK JAHAT ANWAR DENGAN ABIM!!!



Syaiditina Khadijah adalah seorang isteri, ibu dan pejuang Islam malah merupakan wanita Islam yang sebenar iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri. Beliau merupakan contoh yang perlu diikuti oleh setiap kaum hawa.

Malangnya dapat di lihat hari ini kehebatan Syaiditina Khadijah telah dihancur dan dilancurkan apabila ada pihak yang memartabatkan seorang wanita yang munafik yang membela peliwat dan penzina. Malah wanita ini sanggup bersekongkol menggulingkan kerajaan bersama puak yahudi, berbohong kepada rakyat, berkata-kata kesat malah tunduk kepada sesiapa sahaja bagi memastikan kuasa berada di dalam gengaman keluarganya. Lebih malang lagi secara tidak langsung menjual agama Islam kepada yahudi dan tidak melarang anaknya membenarkan orang ISLAM murtad. Inikan wanita yang layak menerima anugerah Syaiditina Khadijah sedangkan keperibadiannya bagaikan langit dengan bumi?



Disaat masyarakat melihat ABIM telah menolak Bang Anwar Bin Ibrahim setelah bekas orang kuat ABIM yang sangat rapat dan akrab dengan Bang Anwar Bin Ibrahim telah menolaknya malah telah pergi ke pelbagai tempat berceramah mendedahkan kejahilan yang berlaku. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Ismail Mina. Keyakinan ABIM bebas daripada pengaruh Bang Anwar Bin Ibrahim ternyata melayang.
Ini ternyata apabila ABIM tiba-tiba telah muncul sebagai organisasi yang kembali mengangkat darjat dan martabat Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah yang mana popularitinya telah hilang akibat perbuatan beliau yang terbukti sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan tanahair. ABIM dilihat sebagai sebuah organisasi yang bakal menjadi tulang belakang Bang Anwar Bin Ibrahim ini selepas ini. Penganugerahan gelaran ini PASTI mempunyai agenda tertentu bagi memastikan agenda jahat Bang Anwar Bin Ibrahim tercapai.



Penjelasan ABIM sangat tidak masuk akal menyatakan pengiktirafan ini adalah kerana keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’. Benarkah sifat dan sikap ini dimiliki Wan Azizah? Apa tindakan Wan Azizah bila Khalimah ALLAH dipermainkan? Pengedaran Kitab Bibble pada budak sekolah bertujuan menyesatkan anak-anak kecil tidak pernah dikeluarkan sebarang kenyataan oleh Wan Azizah. Tindakan mendesak anaknya menarik balik isu membenarkan orang Islam murtad pun tidak di ambil.



Penganugerahan ini sangat jelas bertujuan menarik balik SOKONGAN rakyat kepada Bang Anwar Bin Ibrahim. Awas semua. Jika perancangan ini berjaya, terdapat ramai orang-orang ABIM di dalam agensi kerajaan terutama JAKIM dan jabatan-jabatan penting di dalam kerajaan. Pasti akan ada pengkhianat yang sangat rapat dengan Perdana Menteri serta mampu mengawal pengaruh segala keputusan kerajaan.
Fikir-fikirkan.

Friday, 30 November 2012

JANGAN GILER JAWATAN WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN OOIII!!!!



Ayahanda Tun Mahathir kata UMNO - BN boleh dapat kembali Penang, Selangor, Kedah tapi bergantung kepada parti. Najib OK tapi yang lain? Tak kan nk tunggu umum calon baru nak buat kerja di peringkat bahagian. Masing-masing sibuk kejar jawatan, susahlah. Kelantan pun kita boleh dapat balik, dulu mana ada orang berani tegur Nik Aziz, sekarang, orang dia sendiri suruh dia berehat. Dulu dia jugak kata saya berhenti je, esok dia nak letak jawatan. Sampai la ni, tak pun.

MB rasa dah sampai masanya Nik Aziz letak jawatan. Bukan boleh bawa ke kubur pun kan jawatan tu. Dah sakit-sakit, fikiran bercelaru. Mana boleh buat keputusan untuk negara secara logik. Molek la letak jawatan daripada jadi kuda tunganggan Bang Anwar Bin Ibrahim.


Friday, 2 November 2012

KONSPIRASI PAS MENJELANG PRU TERBONGKAR!!!



Gempar dan mengemparkan sumber risikan yang MB terima kali ini. Apabila kegagalan pihak pembangkang di dalam Konspirasi Bersih Kampus yang menyebabkan kekalahan teruk Pro-Mahasiswa di 18ipta setelah kegagalan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Edikoup gagal melakonkan adengan di pukul bagi meraih simpati, kini pihak pembangkang memulakan Konspirasi baru bagi mendapatkan undi anak muda diambang PRU13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sumber risikan MB ini sangat boleh dipercayai malah agenda mereka lebih dashyat lagi dalam merosakkan pemikiran anak muda. Kini Konspirasi yang dirancang mereka telah melangkah lebih jauh iaitu luar dari Malaysia.



Tatkala ahli-ahli politik sedang hangat berbahas di parlimen dan rancak menjawab pelbagai isu di luar dewan rakyat, mencari modal politik menjelang PRU13, secara diam-diam PAS telah melebarkan pengaruhnya di bumi mesir dengan berjumpa pelajar-pelajar malaysia di sana. Apa yg menariknya ialah kehadiran Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Pas Pahang dan Nasarudin Hassan, ketua DPP kali ini ditemani oleh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimah PAS Wilayah Persekutuan serta N. Subramaniam, ketua dewan himpunan penyokong PAS yang mana didapati  program ini diatur oleh SUARA.


 Perjumpaan diadakan pada 30 Oktober 2012, bermula jam 9malam hingga lewat malam di dataran Hayyu Asyir, kompleks asrama malaysia, Nasr City, Cairo. Pelajar-pelajar malaysia diseru supaya sanggup berkorban masa dan wang berkempen untuk PAS termasuk menggunakan media baru. PAS juga menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS bagi PRU kali ini. Kutipan derma dilancarkan dan tidak cukup dengan itu penganjur mengadakan bidaan ke atas baju peribadi Tuan Ibrahim serta Nasarudin Hassan dan hasilnya hampir 2K Egypt pound dikaut untuk tabung PRU PAS tetapi jumlah ini tidak diumumkan.

MB ingin anda berfikir beberapa disini :
1)    Adakah PAS akan mengubah dasar partinya selepas ini setelah menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS yang sedia maklum bukannya beragama ISLAM?
2)    Dari mana dana yang diperolehi PAS hingga mampu berkempen luar dari Malaysia?
3)    Adakah anda tidak sedar dengan tindakan PAS ini akan menyebabkan pelajar-pelajar di sana akan merosakkan tujuan mereka pergi ke sana untuk belajar?

SUARA telah melanggar arahan Duta yang melarang ceramah politik diadakan di dataran tersebut.

Sunday, 22 April 2012

ADAM ADLI GENTAR DENGAN CABARAN MB

Diantara Pemimpin yang lantang membantah SEKS BEBAS&LGBT

SYABAS diucapkan dari MB kepada penganjuran perhimpunan aman ini. MB tengok program ini mempunyai objektif yang sangat jelas dan murni dalam usaha kita menolak seks bebas dan LGBT dalam negara Malaysia tercinta ini.

MB melihat lebih daripada 5,00 rakyat yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan peringkat umur datang memberi sokongan dalam program ini sebagai tanda menentang seks bebas dan LGBT ini.



MB gembira melihat sokongan daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang yang turut hadir malah ada mahasiswa daripada UPSI turut hadir memberi 1001 sokongan. Tahniah MB ucapkan.

Apa yang MB terkilan disini apabila cabaran MB kepada ADAM ADLI (Penari Tiang) dan rakan-rakannya  serta kepada pemimpin PAS yang terlibat dalam DEMO GAGAL untuk datang menyatakan sokongan MENOLAK SEKS BEBAS DAN LGBT ini tidak dipedulikan. Adakah mereka ini sebenarnya menyokong  SEKS BEBAS&LGBT??? Mungkin juga kerana difahamkan Penari Tiang pun mempunyai 3 orang awek.hmmmm....

Apapun alasan yang diberikan, MB ingin menyatakan bahawa janganlah kita terlalu menjadikan politik itu sebagai kesimpulan bagi segala-galanya. Kita harus mengenepikan soal politik dan fahamannya. Mari kita bersama-sama menolak SEKS BEBAS & LGBT ini!!!

Friday, 6 April 2012

Kupasan PTPTN lagi!!!

MB ingin mengupas beberapa persoalan yang timbul apabila isu PTPTN ini disebut-sebut. Antaranya :

Anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.



Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Sekiranya mahasiswa nak belajar free tanpa perlu membayar PTPTN, MB mencadangkan mahasiswa itu belajar rajin-rajin supaya dapat CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi. Fakta ini tidak pernah disebut oleh Dato Seri Anwar bahawa sekiranya seseorang itu mendapat pointer 3.5 ke atas kalau tidak silap MB, PTPTN akan menjadikan pinjaman itu sebagai biasiswa. Bagi MB ini sesuatu yang bagus supaya pelajar fokus pada pelajaran. Jangan ikut hasutan anasir-anasir tertentu untuk berdemotrasi itu. Bagi MB itu semua ada agenda tersembunyi.


Padangan MB kepada ibubapa pulak, Sebagai ibu bapa kenalah belajar menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja sementara untuk cari pendapatan dan pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang dapat kerja.


Kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.

Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.


Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota, markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat pun hampir-hampir bankrap bila ramai graduannya mengelat tak mau bayar hutang belajar yang mencecah US$1 trillion!


Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.

Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan di negara-negara kapitalis Eropah konon nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang, kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!
      
PR berjanji melaksanakan program Negara Berkebajikan berdasarkan Buku Jingga jika berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 13. Mandat yang diterima oleh PR akan berlangsung selama 5 tahun (2012-2017). Memang Malaysia akan bankrap tahun 2019 jika PR jadi  kerajaan. Semuanya sebab belanja subsidi besar dan ramai mengelat bayar hutang, nak free segalanya…hancur!!! 


APA KATA PAS PASAL PTPTN?


MB disini ingin mengulas secara peribadi apa yang dikatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas(PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki didalam harakahdaily..  Secara keseluruhannya jelaslah bahawa dengan pemansuhan PTPTN ini, mahasiswa akan menanggung kos hidup seharian. Ini bermaksud segala perbelanjaan makan minum, buku-buku, minyak kereta dan sebagainya akan di tanggung oleh mahasiswa.  Hari ini jika dilihat pada awal semester sekiranya PTPTN memasukkan duit lewat, riuh satu Negara berbunyi terutamanya dari pihak PRO MAHASISWA yang selalu mengeluarkan kenyataan itu dan ini. Apabila duit PTPTN masuk,kamilah JUARA yang mendesak supaya PTPTN memasukkan duit cepat.

MB melihat fenomena ini dan pernah melaluinya satu ketika dulu. Ini berlaku kerana MB bukan orang kaya untuk mengharapkan ibubapa MB masukkan duit. Masa itu jujurnya PTPTN la harapan MB untuk menyara kehidupan seharian.

Dari kenyataan PPP mengatakan dalam cadangan beliau ialah mengurangkan pelajar belajar di luar Negara. Apa yang MB ingin bertanya kembali, kenapa pelajar-pelajar ini dihantar ke luar Negara? Sepanjang pengetahuan MB,mereka yang belajar di luar Negara ini adalah didalam bidang-bidang kritikal ataupun bidang professional yang diperlukan Negara sebagai contohnya bidang perubatan, kejuruteraan dan lain-lain. Bagi MB PPP perlu renung lebih mendalam pasal cadangan ini. Jangan kerana pikiran sempit untuk meraih undi merosakkan Negara.

MB juga ingin memaklumkan kepada PPP bahawa kebanyakkan pelajar yang belajar di luar Negara bukan ditaja oleh kerajaan tetapi di atas tajaan orang perseorangan dan syarikat-syarikat  besar seperti SHELL, Genting dan lain-lain. Setahu MB PTPTN tidak memberi pinjaman kepada pelajar yang belajar ke luar Negara. Disini MB nak bertanya, kenapa mereka ini dikaitkan dengan PTPTN??? Jangan kerana agenda sempit sesorang, rosak satu Negara….

Pelajar Malaysia di University of New South Wales, Australia 

MB melihat kenyataan PPP ini seperti pelajar-pelajar luar Negara ini tidak menyumbang kepada Negara. Adakah PPP tidak menghargai mereka??? Sepanjang pengetahuan MB, ramai pelajar-pelajar yang belajar di luar Negara ini balik ke Malaysia dan menyumbang kepakaran mereka kepada anak bangsa terutamanya di bidang perubatan. Dikesempatan ini, MB mengucapkan terima kasih yang amat sangat kepada mereka. Berbakti seikhlas hati anak bangsa ku…..

Kecuali Fahmi Reza….

*Tunggu cerita menarik berkenaan PTPTN ini di blog ini*

:)

Wednesday, 4 April 2012

PTPTN BERGUNA???

Mari kita dengar apa kata mereka???


Wah... apa pendapat anda pulak pasal PTPTN ini? Sekiranya PTPTN dimansuhkan, adakah ibubapa kita terpaksa menanggung perbelanjaan harian kita? Bagi MB sendiri,MB tidak sanggup melihat ibubapa MB bekerja keras untuk menyara MB. Sekurang-kurangnya PTPTN ini dapat meringankan beban MB dan keluarga MB.

*Kredit kepada mereka yang menjayakan rakaman ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...