KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

BODOH SANGAT KE GUAN ENG NI???



Penulisan Pak Zad yang lepas ada mengulas mengenai strategi Guan Eng mengunakan perkataan "Allah" yang dicadangkan supaya BN membenarkan pengunaan perkataan "Allah" untuk digunakan didalam "bible" kristian di Semenanjung Malaysia. Pak Zad nyatakan ini satu strategi bijak Guan Eng untuk mengaturkan satu suasana "polimik" panas dikalangan masyarakat terutamanya"Melayu" dan "Islam" yang berkrisis "pemahaman" dan " ilmu"dalam menyatakan pendirian yang tepat. Guan Eng tahu "politik" melayu akan pastinya menjadi penghalang kepada "pemahaman" dan "ilmu" yang ada ,yang sepatutnya "pemahaman" dan "ilmu"menjadi benteng yang menghancurkan kenyataan dan cadangan "Guan Eng". Tetapi apa yang berlaku orang Melayu dan masyarakat Islam selama satu bulan( sejak perutusan Guan Eng sempena perayaan Krismas(25/12/2012) masih tidak bersatu dalam "pemahaman " dan "Ilmu" mengenai isu perkataan "Allah".
 
" Politik Melayu " bagi Guan Eng adalah strategi paling berbisa yang sedang digunakan dan ini juga adalah senjata yang paling berkesan untuk " test market " samada "melayu" boleh bersatu ataupun "melayu" akan berpecah. Oleh itu para strategi DAP sudahpun membuat analisa dan kajian apakah impak politik yang akan mereka terima kesan daripada strategi perkataan "Allah " ini. Ia itu mereka akan kehilangan "pengundi melayu dan Islam " . Tetapi akan meningkat peratusan " pengundi Cina dan bukan Islam ". Inilah pilihan yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP,untuk cubaan melihat sendiri strategi "test market " ini. Yang jelas selama satu bulan lebih masyarakat Melayu dan pengundi-pengundi Melayu "berkonfliks pemahaman dan ilmu " yang diujudkan oleh Guan Eng dan impaknya cukup jelas melayu masih berpecah antara Melayu Pro Kerajaan dan melayu Pro Pembangkang.
 
Apa yang ada dalam "minda Guan Eng " ialah DAP perlu maju ke depan dan duduk di depan,bukannya kerusi penumpang. DAP perlu menjadi "pilot " dalam Pakatan Pembangkang . Ini kerana pada ketika ini mahu tidak mahu samada PAS atau PKR perlu "respect" DAP kerana DAP lebih stabil daripada kedua-dua parti tersebut. Malah dari segi pengaturan " strategi politik" nya adalah lebih kedepan daripada kedua-dua parti tersebut. Jadi tidak hairan mengapa PAS dan PKR pada masa ini sentiasa akan tunduk kepada DAP dalam semua perkara termasuk dalam isu perkataan "Allah " ini . PAS dan PKR bersetuju supaya perkataan " Allah " boleh digunakan oleh agama-agama lain. Inilah bukti bagaimana PAS dan PKR terlalu lemah dalam pakatan pembangkang ini, bagi PAS dan PKR  matlamat menghalakan cara adalah sangat penting daripada mempertahankan " prinsip " dan perjuangan mereka.
 
Yang penting matlamat untuk ke Putrajaya harus menjadi "perjuangan" utama dan DAP buatlah apa pun PAS dan PKR akan terus menyokong, yang perlu di dahulukan ialah kemenangan dan menduduki Putrajaya. Buat masa ini DAP sudahpun menjadikan PAS dan PKR sebagai permainan "puppet" mereka. DAP lah yang mengerakkan "Puppet" tersebut . Inilah yang sebenarnya Pak Zad katakan perertian DAP sebagai "pilot" dalam Pakatan Rakyat. Strategi "test market " telah mendatangkan impak yang jelas bagaimana dalam isu-isu yang di bawa oleh DAP sebenarnya memberi kemenangan kepada DAP. Malah dalam persekitaran politik dalam negara kini juga DAP masih juga masih kedepan untuk menyaingi dengan UMNO. Maknanya lawan DAP adalah UMNO bukan nya Gerakan ataupun MCA. UMNO saja yang di takuti oleh DAP kerana strategi DAP pada masa kini terutamanya isu perkataan " ALLAH" ialah untuk "attack " UMNO bukan PAS. Tetapi oleh kerana UMNO lebih bersedia untuk melawan strategi DAP, dan PAS tidak bersedia, jadi kena jatuh terlentang lah PAS. Manakala UMNO terus melawan DAP dengan sejak 25 Dec 2012 dan peperangan ini masih berlangsung .
 
UMNO terus menerus "attack" DAP dengan isu "Allah",apakah ini strategi terbaik untuk UMNO ? Bagi Pak Zad , ini strategi terbaik kerana DAP bermain politik ,maka UMNO perlu bermain politik untuk berdepan dengan DAP dalam isu "Allah". Sedangkan PAS dan PKR tak mampu untuk mempertahankannya. PAS telah berpecah 2 ,kumpulan PAS bukan Ulamak ( HJ Hadi) menyokong Guan Eng dan Kumpulan Ulamak PAS (Nik Aziz) menolak Guan Eng . Bagi PKR ,mereka tunggu DSAI untuk bersuara dan apabila DSAI bersuara untuk menyokong Guan Eng, ahli PKR "terbisu" terkejut kaku. Bagi Pak Zad, ada yang tak kena dalam keadaan ini. Lojiknya tak kan strategi Guan Eng dalam isu "Allah" ,Guan Eng dan DAP nak pecahkan perpaduan Pakatan Rakyat ,sedangkan PRU 13 makin hampir. Tidak lojik perkara ini berlaku . Jadi Pak Zad rasa ada strategi besar yang sedang dirangka oleh Guan Eng,DSAI,HJ Hadi dan Nik Aziz,dengan isu yang sedang bermain ini. UMNO dan BN perlu melihat suasana ini bukan sebagai satu keadaan "mudah" tapi melihat lebih mendalam untuk melihat keadaan yang lebih sukar lagi. Pak Zad yakin strategi Pakatan Rakyat bukan isu "Allah" tapi ia hanya satu strategi "test market " mungkin untuk melihat pertahanan UMNO dan BN .

Sumber : di sini

Wednesday, 23 January 2013

GERAKAN KRISTIAN DAP DI MALAYSIA


Sumber dalaman menyatakan perancangan rapi telah di buat oleh DAP untuk menghancurkan kerajaan Malaysia ini daripada orang Melayu. Sedar atau tidak sedar orang Melayu sekarang ini telah dibiarkan mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang telah berjaya didorong oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Jika difikirkan diluar kotak, anda dapat menilai sendiri PAS telah dipergunakan untuk menghakiskan pengaruh UMNO di kalangan orang Melayu.

Di saat Melayu sedang berpecah-belah sekarang ini, DAP dengan kerjasama PAP di Singapore telah menyediakan Strategi mereka sendiri. Pelbagai perancangan di aturkan bagi menguasai Putrajaya. Analisis awal yang telah di perolehi MB amat menakutkan. Dalam kemaruk dan ketaksuban Melayu berpolitik, gerakan Kristian telah semakin hampir mencapai kejayaannya. 

Terdapat khabar angin yang MB dengar terdapat perbincangan sulit yang dilakukan oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia yang sentiasa berjumpa dan memikirkan cara bagaimana untuk merampas kuasa dari umat ISLAM di Malaysia ini. Beberapa pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk mesasarkan agenda mereka menjelang PRU13 dan PRU14.


Hari ini kita melihat fokus utama adalah PRU13. Jika difikirkan diluar kotak sasaran puak Kristian dalam menumbangkan kerajaan ini adalah pada PRU 14. MB lontarkan persoalan kepada anda kenapakah DAP sengaja timbulkan isu KHALIMAH ALLAH di saat sokongan PAS begitu kuat kepada mereka? Malah Karpal Singh berhempas pulas mendesak Majlis Syura PAS menarik balik fatwa mereka. Agenda sebenar mereka adalah untuk memartabatkan Kristian. Apabila DAP memerintah, pastinya terdapat orang ISLAM yang menyokong DAP jikamana Khalimah ALLAH dapat digunakan.

Dalam satu mesyuarat sulit di antara DAP dan PKR telah dinyatakan oleh Karpal bahawa undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat mendapat 2/3 jumlah kerusi. Malah Karpal telah mengingatkan Tian Chua menggunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO SAHAJA. Jika difikirkan di luar kotak, kenapakah DAP dan PKR tidak membenarkan PAS menambah bilangan kerusi mereka? Malah kerusi yang PAS bertanding hampir separuhnya bukan kawasan mudah menang.

Pikirkan adakah begitu mudah Karpal Singh dan puak DAP yang lain untuk benarkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri??? Sumber risikan MB perolehi menyatakan Karpal Singh dan puak-puak DAP yang lain sedang mengumpul segala rahsia Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Bilamana Bang Anwar Bin Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun, puak-puak celaka ini akan mula keluarkan satu persatu bukti kesalahan Bang Anwar Bin Ibrahim. Dan yang pastinya hari ini pun kita sudah mampu melihat Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi boneka tunggangan DAP samada sedar atau tidak sedar sahaja.


Monday, 21 January 2013

AGENDA AMBIGA DAN BAWANI ANCAM NEGARA!!!


TUNTUTAN YANG DIBUAT OLEH AMIBIGA SREENAVASAN PENGERUSI BERSIH SEMASA IFC.

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang
serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

15. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

16. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

17. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.




Bawani bakal meneruskan agenda AMBIGA!!!


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...