KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

Monday, 21 January 2013

DEMOTRASI PENYOKONG BAWANI-AMBIGA


Kehadiran seramai 40orang semasa perhimpunan ini rata-ratanya adalah ahli dan penyokong politik sedangkan MB melihat isu ini di antara mahasiswa dan ngo. Di manakah sokongan mahasiswa terhadap Bawani ini? 

Antara yang hadir di dalam perhimpunan ini ialah Bawani, Waythamoorthy dan S.Arulchelvam. Ucapan oleh Waythamoorthy menyatakan isu bawani ini adalah contoh hak bersuara orang India dihalang. MB pelik kenapa hendak timbulkan provokasi sedemikian rupa? Saban hari MB melihat pelbagai perbincangan dilakukan oleh kerajaan bersama pelbagai kaum. Adakah ini dinyatakan hak dihalang?

Paling menarik bilamana ada kenyataan UMNO ingat dia besar, orang INDIA boleh balik INDIA tetapi sebelum itu orang India akan hancurkan  UMNO terlebih dahulu. Kenapa perlu kaitkan UMNO dengan isu Bawani ini sedangkan ia melibatkan NGO bukannya UMNO? Provokasi demi provokasi sengaja di cetuskan bagi memecah belahkan perpaduan di dalam negara ini.

Cakap pun berpusing bilamana selepas itu menyatakan kemerdekaan ini tidak hanya dicapai oleh Tunku Abdul Rahman sahaja tetapi melibatkan penyertaan pemimpin Cina dan India. Sudah tahu begitu, mengapakah masih ingin memecahkan PERPADUAN yang telah di bina selama ini?

Bagi MB isu ini dianggap selesai setelah Sharifah Zohra Jabeen mengeluarkan kenyataan secara terbuka memohon maaf. Kenyataannya ada di sini.

LISTEN!LISTEN!LISTEN!KENYATAAN RASMI SHARIFAH ZOHRA JABEEN


MB mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen kerana telah berani tampil kehadapan dan mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung isu "LISTEN" yang telah mengemparkan negara sejak seminggu yang lalu hingga menjadi lawak jenaka di dalam MAHARAJA LAWAK MEGA baru-baru ini yang di saksikan oleh jutaan rakyat bukan saja di Malaysia malah di Singapore, Indonesia, Brunei dan Thailand. 

Sidang media tertutup ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) serta media-media terpilih. Setelah selesai sidang media dan kenyataan rasmi daripada Syarifah Zohra Jabeen ini, MB serta seluruh rakyat Malaysia mengharapkan tiada lagi provokasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang khususnya PSM.

Anda boleh juga mengikuti laporan sidang media ini di sini.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

TERBARU ISU LISTEN!!! PERMOHONAN MAAF BAWANI DI BUAT!!!



Pada 20 Jan 2013 (AHAD)  bertempat di suatu lokasi di Kuala Lumpur, Sharifah Zohra Jabeen telah membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada seluruh mahasiswa dan rakyat terutamanya kepada UUM berhubung isu Listen....Listen....Listen.... Sepanjang isu ini meletus, beliau telah mendapat pelbagai ugutan dan gangguan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu ini melibatkan badan NGO, tetapi telah di politikkan oleh pihak pembangkang seperti mana yang MB pernah tuliskan di sini. 





MB merasakan isu ini telah diselesaikan kerana permohonan maaf telah dibuat. Diharapkan ia tidak lagi diperhangatkan dan di politikkan oleh anasir-anasir parasit Bang Anwar Bin Ibrahim.


*MB mengharapkan pihak yang menguploadkan video ini  turut insaf dan memohon maaf secara terbuka juga kerana telah menimbulkan ketegangan dalam negara.

PENDEDAHAN REVOLUSI BUNGA RAYA YANG HARUS DI KETAHUI ADA DI SINI.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*







Thursday, 17 January 2013

BEDAH SIASAT DALANG ANCAMAN TANGAN GHAIB UUM!!!



MB dapati isu "LISTEN" ini sudah menjadi virus di seluruh negara di saat ini di sebabkan oleh provokasi dan prepsepsi yang di mainkan oleh media pembangkang. Tercetus di fikiran MB beberapa persoalan yang timbul berhubung isu ini yang MB ingin mengajak anda semua berfikir bersama MB.

Forum ini telah hampir sebulan berlalu iaitu berlangsung pada 8 Disember 2012. Kebiasaannya kumpulan mahasiswa Pro Pembangkang ini tidak akan menunggu lama untuk mencetuskan provokasi untuk sebarang isu. Tetapi untuk isu ini sudah sebulan baru di wujudkan provokasi. Tidak logik sepanjang risikan MB ia dibiarkan begitu lama. Kenapa dan Mengapa???

Dari risikan dalaman MB membawa kemungkinan berlaku unsur sabotaj di kalangan mahasiswa Aspirasi sendiri untuk menjatuhkan seseorang yang lebih berkredibiliti. MB dapati isu ini sebelum ini telah lama terlepas atau di abaikan di media maya. Cuma kini video ini di upload semula dengan menggunakan tajuk-tajuk yang lebih panas bagi mengemparkan negara. Hasil penyelidikan dan risikan MB mendapati terdapat satu akaun youtube yang di upload video ini mendapat view lebih daripada setengah juta. Jika ia daripada akaun youtube mahasiswa pro pembangkang, mungkin tidak menjadi persoalan di fikiran MB. Malangnya ia daripada akaun Pro Aspirasi sendiri.


 Malah kualiti video yang diuploadkan sangat berkualiti berbanding video yang di upload dari akaun lain. Rakaman yang di buat di dapati sangat profesional dan bukannya menggunakan kamera biasa. Fokus zooming in dan out, fokus panel di atas pentas dan pelbagai sudut juga berkualiti tinggi.

Adakah ini sebuah PROVOKASI atau KONSPIRASI yang terancang??? MENJATUHKAN atau MENAIKKAN???

Pakatan Rakyat menyedari sokongan masyarakat India telah menjunam turun. Apabila isu ini di mainkan semula, mereka terus menyahut isu ini bagi mendapatkan sokongan masyarakat INDIA. Pelbagai kemungkinan sokongan terhadap BN boleh berlaku kini jika tidak ditanggani dengan segera.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Wednesday, 16 January 2013

AGENDA TANGAN GHAIB BERJAYA DI UUM!!!

Fenomena Listen melanda tanah air. Di sana sini isu ini diperkatakan. Akhirnya agenda Sosialis berjaya mempergunakan mahasiswa dalam merosakkan dan menghuru harakan negara ini. Kesan daripada tangan-tangan ghaib ini, MB percaya selepas ini mereka akan melakukan demotrasi terancangan disebabkan isu ini. 


Benar puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini berjaya mempergunakan mahasiswa ini dalam menyebarkan agenda   mereka. VC UUM sendiri telah mengeluarkan kenyataannya seperti di dalam fb di atas.

Fikir-fikirkan akibat tindakan Sosialis ini.


Tuesday, 15 January 2013

AWAS!!!UUM DIANCAM TANGAN-TANGAN GHAIB


AWAS MAHASISWA UUM!!! Hasil maklumat yang diperolehi oleh MB menyatakan gerakan secara halus sedang dijalankan di UUM bagi merosakkan mahasiswa-mahasiswa yang datang ke UUM untuk belajar. Gerakan ini bakal meracuni para mahasiswa untuk gagal dari pembelajaran yang diikuti di UUM. Selepas pelajar terbabit Gagal, gerakan ini akan menarik pelajar tersebut untuk meruntuh dan menghancurkan negara tercinta ini.


Bawani salah seorang mahasiswi di UUM telah di latih dan di kaderisasikan oleh puak DAP dan PSM bagi meracuni para pelajar di UUM dengan pendekatan yang sangat halus dan tanpa sedar yang mana bertujuan mewujudkan ketegangan di dalam kampus UUM serta menghancurkan negara tercinta ini. Malah sumber MB menyatakan tugasnya juga adalah bagi menarik undi bagi menghalalkan agenda kepentingan Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Mahasiswa UUM harus sedar betapa bahayanya gerakan PSM ini. Apa itu PSM??? Sila baca di sini.

Ini bukti-bukti keterlibatan Bawani di dalam gerakan PSM.


Buat sahabat-sahabat Bawani di UUM. Pasti ada yang berkata sepanjang berkawan dengan Bawani ini, dia seorang yang baik. AWAS!!! Pendekatan gerakan-gerakan ini memang sangat terancang dan halus. Bak kata orang Pijak semut pun tidak mati. Untuk pengetahuan mahasiswi-mahasiswi, kecenderongan golongan yang mengerakkan agenda ini adalah tidak percaya pada tuhan, mengamalkan seks bebas, menjatuhkan pemerintahan ISLAM dan sebagainya. Jadi berhati-hati takut nanti anda terhasut.


Isu Bawani ini tercentus di sebabkan satu forum. Mari lihat sendiri penjelasan daripada penyelaras program ini.


Malah bawani ini telah mendapatkan bantuan dari seorang mamat ini untuk buat satu video bagi mengejek dan mencetuskan provokasi.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...