KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 17 January 2013

BEDAH SIASAT DALANG ANCAMAN TANGAN GHAIB UUM!!!



MB dapati isu "LISTEN" ini sudah menjadi virus di seluruh negara di saat ini di sebabkan oleh provokasi dan prepsepsi yang di mainkan oleh media pembangkang. Tercetus di fikiran MB beberapa persoalan yang timbul berhubung isu ini yang MB ingin mengajak anda semua berfikir bersama MB.

Forum ini telah hampir sebulan berlalu iaitu berlangsung pada 8 Disember 2012. Kebiasaannya kumpulan mahasiswa Pro Pembangkang ini tidak akan menunggu lama untuk mencetuskan provokasi untuk sebarang isu. Tetapi untuk isu ini sudah sebulan baru di wujudkan provokasi. Tidak logik sepanjang risikan MB ia dibiarkan begitu lama. Kenapa dan Mengapa???

Dari risikan dalaman MB membawa kemungkinan berlaku unsur sabotaj di kalangan mahasiswa Aspirasi sendiri untuk menjatuhkan seseorang yang lebih berkredibiliti. MB dapati isu ini sebelum ini telah lama terlepas atau di abaikan di media maya. Cuma kini video ini di upload semula dengan menggunakan tajuk-tajuk yang lebih panas bagi mengemparkan negara. Hasil penyelidikan dan risikan MB mendapati terdapat satu akaun youtube yang di upload video ini mendapat view lebih daripada setengah juta. Jika ia daripada akaun youtube mahasiswa pro pembangkang, mungkin tidak menjadi persoalan di fikiran MB. Malangnya ia daripada akaun Pro Aspirasi sendiri.


 Malah kualiti video yang diuploadkan sangat berkualiti berbanding video yang di upload dari akaun lain. Rakaman yang di buat di dapati sangat profesional dan bukannya menggunakan kamera biasa. Fokus zooming in dan out, fokus panel di atas pentas dan pelbagai sudut juga berkualiti tinggi.

Adakah ini sebuah PROVOKASI atau KONSPIRASI yang terancang??? MENJATUHKAN atau MENAIKKAN???

Pakatan Rakyat menyedari sokongan masyarakat India telah menjunam turun. Apabila isu ini di mainkan semula, mereka terus menyahut isu ini bagi mendapatkan sokongan masyarakat INDIA. Pelbagai kemungkinan sokongan terhadap BN boleh berlaku kini jika tidak ditanggani dengan segera.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...