KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 18 January 2013

PAS DIAM BILA DAP HINA AL-QURAN!!! BUKTI!!!


Ungkapan PAS itu Islam dan Islam itu PAS adalah ungkapan keramat bagi puak-puak taksub pada PAS ini termaksud menjadi pegangan Ustazah Mee Segera. MB pelik sangat apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah tetapi bila ISLAM atau orang ISLAM dihina mereka membisu 1001 bahasa mahupun jikalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung. 

Masih teringat MB bila mana pemimpin DAP mengutuk keras tindakan orang ISLAM berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah S.A.W., PAS dengan tersengihnya membela puak DAP ini atas alasan DAP ini bukan ISLAM dan tidak memahami ISLAM. Wahh... begitu mudah jawapan PAS.

Beberapa hari lepas perkara yang lebih teruk telah dilakukan oleh Patrick Teoh yang mana parasit ini telah menyumpah dan menghina Al-Quran di sebabkan kemarahan larangan yang dikenakan PAS dalam persembahan hiburan di Kedah. Dek ketakutan kehilangan dana dari DAP, PAS menarik balik larangan tersebut.


MB secara peribadi menganggap kebencian Patrick Teoh terhadap ISLAM itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati. Jika benar, berkemungkinan seluruh penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam? 

Kenyataan Patrick Teoh yang bercakap tidak berlapik dan berfikir panjang adalah bukti bahawa DAP semakin biadap kerana sengaja mencabar umat ISLAM agar berhadapan dengan mereka. Harus diingatkan bahawa perkara ini terjadi kerana lemahnya umat ISLAM kini. MB menegaskan bahawa semua ini terjadi kerana PAS yang dengan BONGKAHnya menyatakan mereka simbol ISLAM itu sendiri asyik bercakap putar alam dan tersengih-sengih membontoti DAP celaka dan Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Harus direnungi bahawa tiada satu pun kenyataan daripada PAS mendesak Patrick Teoh memberi pencerahan secara terbuka kenapa parasit ini boleh begitu lantang menghina ISLAM. Walaupun Parasit DAP ini telah memohon maaf, tetapi APAKAH JAMINAN IA TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI???
Jika PAS masih mengambil sikap mendiamkan diri terhadap isu ini, MB percaya DAP akan semakin naik tocang kerana mereka tahu yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun SEKIRANYA mereka memijak-mijak AL-QURAN di hadapan mata PAS. Kepimpinan DAP dengan bongkah dan lantang sangat yakin serta pasti bahawa akan ada pemimpin PAS yang akan bersama mereka dengan memberi alasan setiap tindakan DAP itu adalah kerana mereka bukan ISLAM dan tidak memahami ISLAM. 

MB dengan tegasnya menyatakan Patrick Teoh tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun berkemungkinan besar PAS akan berdemo bagi membela parasit ini. Kejahilan Patrick Teoh terhadap Islam bukan alasan kerana parasit ini berada di negara ISLAM dengan majoritinya umat ISLAM. Permohonan maaf Patrick Teoh haruslah disertakan dengan JAMINAN bahawa perkara ini tidak akan berulang kembali.



Agama ini adalah ibu segala-galanya dalam diri manusia. Bila agama berjaya dimusnahkan, rosaklah diri kita ini. DAP sedar perkara ini. Disebabkan itu DAP sentiasa melakukan provokasi dengan mempermainkan agama ISLAM. Percayalah tindakan BIADAP DAP ini merupakan revolusi bagi menghapuskan ISLAM tanpa sedar.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...