KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #UMNO. Show all posts
Showing posts with label #UMNO. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

KEPUTUSAN RASMI PRK UMS!!!

Tahniah MB ucapkan kepada kepimpinan terbaru MPP UMS!!! Aspirasi kekal sebagai tunjang Universiti. Untuk mendapatkan kejayaan itu sebenarnya mudah. Tetapi untuk mengisi kemenangan tersebut, amat sukar. Nasihat MB dan rakan-rakan aspirasi dari semenanjung ini, tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemimpin yang terpilih. Berjuang demi Alif Ba Ta. Di bawah ini keputusan rasmi yang telah di umumkan di UMS.

Keputusan Rasmi PRK UMS :

Pro Aspirasi Menang 27 Kerusi

Pro Mahasiswa Menang 3 Kerusi

Manakala 7 Kerusi yang tiada calon bertanding akan dilantik oleh pihak universiti

Pro Aspirasi berjaya membentuk kepimpinan MPP di UMS.

Thursday, 10 October 2013

RAFIZI RAMLI LATIH PRO M MENJADI MUNAFIK

Tahniah brader Kamarul StopAli kerana telah menarik minat MB untuk mempromosikan brader ke seluruh tanahair. MB tidak sanggup melihat mahasiswa saban hari di tipu dan diperkotak katikkan oleh kumpulan mahasiswa yang di gelarkan nama sebagai Pro Mahasiswa. Setiap tahun mereka melakukan sandiwara dan konspirasi terancang dalam memenangi Pilihanraya Kampus secara jijik.


Pada tahun 2013 ini, sandiwara yang Pro Mahasiswa lakukan ialah mengaitkan pentadbiran dan kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan mereka serta memfitnah mereka ini berkomplot dengan UMNO. Begitu jahil permainan Pro Mahasiswa ini. Pro Mahasiswa ini terlupa untuk mencerminkan diri sendiri. 

Mungkin ramai mahasiswa tidak sedar bahawa kumpulan Pro Mahasiswa ini telah di taja oleh Brader Anwar Bin Ibrahim dan kepimpinan PKR, PAS, DAP dan Komunis bagi mengucar kacirkan kampus-kampus di seluruh Malaysia khususnya di Lembah Klang. MB tidak gemar bila mereka ini berbicara tanpa bukti yang SAH. Segala dokumen-dokumen yang dinyatakan mampu di buat sendiri. MB yakin dan amat yakin segala dokumen yang konon-kononnya bocor itu sebenarnya dicetak sendiri bagi memfitnah pentadbiran universiti serta segelintir mahasiswa.

Jahil permainan mereka ini. Dalam artikal ini MB dedahkan Video konspirasi PRO MAHASISWA dan kepimpinan tertinggi PKR. Adakah konspirasi mereka ini dihalalkan? Anda ada jawapannya.



Lebih mengemparkan, MB telah memperolehi rakaman yang dipercayai kepimpinan tertinggi PMIUM yang sedang melaksanakan ibadat seiras-iras SYIAH. MB masih dalam proses menganalisis dan memperincikannya. Tunggu pendedahan MB nanti. Malah yang paling menarik sumber risikan MB ialah skandal diantara Pro Mahasiswa dan PMIUM yang menyebabkan perpecahan antara dua kumpulan ini yang menanti menjadi bom nuklear. 


Thursday, 16 May 2013

PAS MAHU APA SEBENARNYA???

Pada hemat saya soalan "Apa lagi Cina mahu?" wajarlah ditambah dengan satu soalan lain: "Apa sebenarnya yang Pas mahu?" Tetapi sebelum melanjutkan perbincangan tentang "apa yang Pas mahu" itu, sorotan yang lebih objektif dan seimbang wajar dilakukan untuk memahami latar belakang dan kemunculan soalan "apa lagi Cina mahu?" yang kononnya menyinggung perasaan sebahagian orang Cina tetapi enggan memahami perasaan dan sebab musabab kenapa sebahagian orang Melayu sampai bertanya begitu.

Soalan itu telah diangkat menjadi tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu, dua hari selepas selesainya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berbulan-bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan dan berminggu-minggu sebelum hari mengundi, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan berbagai perkara untuk menawan hati masyarakat Cina, sama ada melalui arahan administratif atau dalam peruntukan segera atau dalam bentuk janji dan perakuan. 

Dan lebih setengah abad sejak Persekutuan Malaysia (sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu) merdeka, berkat kerjasama dan formula perkongsian kuasa UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan dan kemudian BN, masyarakat Cina mencapai kemajuan yang fenomenal di bidang politik, kebudayaan dan pendidikan di samping ekonomi yang dimaklumi mereka sudah amat maju.

Tetapi bila semua kertas undi selesai dikira dalam PRU-13 lalu, ternyata 90% peratus pengundi Cina memilih calon-calon DAP yang begitu lantang melaungkan keinginan untuk menumbangkan kerajaan BN. Sebelum itu, untuk sekian lama DAP dianggap sebagai pendukung gagasan "Malaysian Malasysia" warisan Lee Kuan Yew dari Singapura yang hendak menghakiskan warisan-warisan Melayu dalam kehidupan budaya dan politik negara Malaysia ini.

Sikap dan kecenderungan mengundi masyarakat Cina yang sedemikian telah ditafsirkan oleh masyarakat Melayu sebagai penolakan "salam persahabatan" yang dihulurkan oleh pimpinan kerajaan (BN) yang didukung oleh sebahagian besar bangsa Melayu melalui UMNO dan sebahagian masyarakat Cina melalui MCA. Maka muncul soalan yang dijadikan tajuk berita tersebut yang juga telah mencetuskan kontroversi.

Sebahagian orang Cina kononnya merasa tersinggung dengan soalan sedemikian. Sementara itu, sebahagian bangsa Melayu merasakan soalan itu (yang mungkin boleh diungkapkan dengan nada atau gaya bahasa yang lebih halus) menganggap itu sebagai luahan kekecewaan atau perasaan "jauh hati" kerana huluran tangan persahabatan tidak diterima. DAP yang dikenali sebagai rasis dan anti Melayu mendapat sokongan pengundi Cina secara besar-besaran, manakala MCA dan Gerakan yang lebih bersahabat dengan bangsa Melayu, diabaikan.

Semua itu menyebabkan bangsa Melayu merasa kuasa politik mereka semakin terhakis sedangkan kemajuan sosio-ekonomi mereka masih jauh terkebelakang berbanding orang Cina. Itulah yang menyebabkan seorang kawan berbangsa Melayu bertanya: "Dalam percaturan politik antara kaum di negeri ini sekarang di manakah batas keterhakisan politik Melayu?" Atau sejauh manakah keputusan PRU-13 itu memperlihatkan keterhakisan politik Melayu?"

Sehubungan dengan semua soalan di atas saya sendiri ingin menanyakan soalan lain yang yang ada kaitannya dengan keterhakisan politik dan pendirian dua parti politik Melayu yang besar di negara ini. "Apa yang sebenarnya Pas mahu?" Dan kalau soalan itu hendak ditambah satu lagi, saya ingin bertanya: "Di mana sebenarnya silap UMNO?"

Mahu tidak mahu kita mesti mengakui bahawa keterhakisan politik Melayu seperti terbayang dalam keputusan PRU-13 itu mempunyai kaitan dengan keinginan dan arah tuju Pas dan "kesilapan (kecuaian dan kesombongan?) UMNO". Kerana itulah kita mesti bertanya: "Apa sebenarnya yang Pas mahu?" dan "Di manakah UMNO silap langkah?" Atau mungkin ada pula yang ingin bertanya: "Apakah UMNO masih relevan?"

Prestasi Pas di Kedah dan Kelantan dalam PRU-13 lalu merosot secara hakiki (dengan kehilangan kuasa memerintah di Kedah dan kemerosotan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi di Kelantan). Pada keseluruhannya di Parlimen pun bilangan kerusi yang dimenangi merosot berbanding sebelum PRU-13 dan berbanding dengan DAP dan PKR, bilangan kerusi yang dimiliki Pas diParlimen adalah paling sedikit.

Pada keseluruhannya antara tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat yang paling besar mendapat kemenangan adalah DAP (38 Parlimen dan 95 DUN). Prestasi PKR di peringkat Parlimen (30 kerusi) melebihi Pas (21 kerusi). Tetapi pada peringkat DUN, prestasi Pas (85 kerusi) lebih tinggi daripada PKR (49 kerusi).

Kesimpulannya, yang paling beruntung adalah DAP. Dan secara perbandingan yang paling kecundang adalah Pas, walaupun pada peringkat DUN bilangan kerusinya bertambah, termasuk pertambahan di Selangor daripada lapan kepada 15. Tetapi Pas kehilangan satu negeri (Kedah) dan mengalami kemerosotan kerusi dalam DUN Kelantan.

Pertambahan kerusi yang dimenangi Pas dalam DUN Selangor itu perlulah dinilai dari pelbagai sudut dan perlu juga dilihat daripada manfaat yang diperoleh Pas dalam mencapai matlamat perjuangannya. Apakah peranan dan sebesar apakah "saham" yang akan diberikan kepada Pas dalam mentadbir Selangor. Adakah nasib Datuk Dr. Hasan Ali (bekas Exco ) yang menjadi mangsa konspirasi DAP akan menimpa Pas sekali lagi?

Adakah pertambahan bilangan kerusi DUN Selangor yang dimenangi Pas itu akan menambah kuasa tawar-menawarnya dalam percaturan politik intra-Pakatan. Apakah tidak wajar untuk menimbangkan ADUN Pas dilantik menjadi Menteri Besar? Atau adakah Pas akan merelakan dirinya menjadi "bunga kertas" atau "penghias" dalam Pakatan Rakyat?

Tetapi yang lebih penting dari segalanya dan wajib ditanyakan dalam realiti politik yang wujud sekarang ialah: "Apakah sebenarnya yang Pas mahu?" Dan untuk apa sebenarnya Pas menyertai Pakatan Rakyat? Adakah tujuannya sekadar untuk meminggirkan UMNO kerana "dendam" dan "kebencian" terhadap tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO? Tidakkah Pas "membakar kelambu kerana marahkan nyamuk?' Adakah Pas benar-benar yakin bahawa matlamat perjuangannya lebih mudah dicapai melalui persekongkolan dengan DAP?


Secara jujur Pas perlu bermuhasabah. Soalan "Apa yang sebenarnya Pas mahu?" mestilah ditanyakan kembali dengan keinginan mencapai matlamat perjuangan. Pas itu mestilah diungkap dan dirumuskan kembali secara konsepsual dan sistematik. Strategi untuk mencapai "matlamat" . Dan "rakan kongsi" untuk mencapai matlamat perjuangan itu mestilah dikenal pasti dengan bijaksana. Meminjam nasihat dari satu perbilangan adat Minangkabau: "Jangan sampai tukang pancing dilarikan ikan" Jika sesat di tengah jalan, eloklah kembali ke pangkal jalan. Allahua'lam

Oleh : SENATOR DATUK DR. FIRDAUS ABDULLAH
ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, 8 April 2013

GENTAR TAK GENTAR TUDUHAN CIPLAK PEMBANGKANG!!! BONGKAR!!


Mari MB beri pencerahan satu persatu Akujanji Barisan Nasional yang dikatakan di ciplak daripada manifesto bukan janji Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Untuk artikal kali ini MB beri pencerahan untuk dasar perumahan terlebih dahulu di mana 1juta rumah akan dibina dan digerakkan oleh sektor awam serta swasta. 500ribu daripadanya adalah perumahan PR1MA

Hakikatnya kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. 

MB menafikan sekeras-kerasnya bahawa BN meniru manifesto Brader Anwar Bin Ibrahim. Tidak malukah Brader Anwar Bin Ibrahim mendakwa ini idea mereka???

Nantikan pendedahan lebih lanjut selepas ini!!!


DAP CUBA WUJUDKAN API PERBALAHAN KEMBALI!!!


Hari ini MB perhatikan puak-puak DAP ini telah memainkan semula video-video lama. Video ini antara paling banyak di mainkan. Kenapa? Apa yang cuba dimainkan balik oleh puak DAP ini?

Jangan wujudkan api perkauman wahai puak DAP!!!

Monday, 25 March 2013

STRATEGI KEJI ANWAR DI LUAR NEGARA DI DEDAHKAN!!!


Di sydney, Australia hampir 2 atau 3 minggu sekali akan di adakan forum isu politik semasa di Malaysia dan kempen balik mengundi. Malangnya forum-forum ini di jadikan platform untuk membantai kerajaan Barisan Nasional. Lebih malangnya ada di antara yang terlibat adalah mat-mat Saleh Yahudi memberi ceramah. Layakkah mereka ini bercakap pasal Malaysia???


Kenalkah dengan si perempuan jalang tidak berambut ini? Inilah perempuan yang sama pernah melakukan provokasi di dalam demotrasi di Malaysia. Perempuan seangkatan dengan Kumpulan Fahmi Redza dan Rais Hishamudin yang mana di dalam ceramahnya secara terang-terangan menghasut rakyat turun ke jalanan.




Di Ireland MB difahamkan ideologi mereka ini telah lama bertapak. Ada di antara mahasiswa yang sangat-sangat PRO KERAJAAN BARISAN NASIONAL di Malaysia TETAPI bila berada di Ireland tidak sampai sebulan mereka ini menjadi sangat taksub menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang. Sedarkah UMNO akan perkara ini?


Kebanyakkan rakyat Malaysia di luar negara ini termakan simpati Pakatan Pembangkang setelah sekian lama tidak pulang ke Kampung halaman di sebabkan kesempitan wang ringgit. Kempen simpati kepada rakyat Malaysia djalankan dengan memberi dana kepada mereka untuk pulang ke Kampung halaman di Malaysia.

Mari lihat siapa dalang utama segala-galanya yang berlaku di Sabah di sini!!

PENDEDAHAN TERANCANG ANWAR CAPAI 100 000 UNDI!!!


MB telah menghubungi sumber-sumber MB di luar negara antaranya di Mesir, Ireland, UK, Tokyo dan beberapa negara lain termasuk Australia. Terdapat dakwaan menyatakan 1dana yang amat besar telah di salurkan kepada rakyat Malaysia di sana bagi membeli tiket perjalanan pulang dan pergi semula nanti serta duit perbelanjaan yang cukup berada di Malaysia untuk tempoh 2minggu. Di anggarkan setiap rakyat Malaysia yang tersenarai menerima dana ini mendapat hampir RM40 000 seorang.


Di Mesir, sumber MB mendakwa sekumpulan pemuda PAS telah berkampung hampir 2bulan bagi mengenal pasti mahasiswa Malaysia yang boleh dikawal atau dimanipulasi mereka ini untuk mengundi Pakatan Pembangkang. Mereka ini dikumpulkan di satu tempat dan di paksa Bai'ah untuk mengundi Pakatan Pembangkang. Di sasarkan hampir 15ribu rakyat Malaysia di sekitar Mesir ini mampu memberi undi kepada Pakatan Pembangkang. Bukti lebih jelas dapat di lihat pada fb-fb mahasiswa di Mesir yang mana rata-rata memainkan agama bagi mempengaruhi mengundi Pakatan Pembangkang.

Malah di beberapa tempat luar negara telah dijalankan kempen dan forum secara terang-terangan. Sumber MB menyatakan pergerakan pulang rakyat Malaysia ini akan bermula secara berperingkat. Tarikh paling awal mereka ini akan tiba di Malaysia awal bulan April ini di mana mereka menjangkakan Pilihanraya Umum 13 akan berlaku pada bulan April.

#UMNO harus bersedia dengan undi mereka ini. 100 000ribu undi bukan sedikit. 1undi mampu mengubah segala-galanya.

Tuesday, 19 March 2013

PEMIKIR UMNO BERLAWAN MAMAT TUA UMUR 85 TAHUN


Boleh dikatakan setiap hari kita mendengar pasal demo sana demo sini. Sebelum tahun 1997, tidak pernah kita dengar pasal isu demo-demo ini. Kalau ada pun sangat jarang berlaku. Cuma dengar pasal mogok sahaja.

Semakin dekat dengan PRU13 ini, semakin kuat puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim mengerakkan demontrasi di sana sini. Sedarkah anda bahawa semua yang berlaku ini adalah kerana seorang mamat tua bangka yang telah memikirkan 198 kaedah peperangan tanpa senjata. Malah mamat tua ini telah ditaja oleh Yahudi. Negara-negara yang menggunakan kaedah ini juga turut di taja.




Demotrasi yang cuba dilakukan di UiTM malam tadi juga merupakan salah satu kaedah yang dinyatakan oleh mamat tua bangka ini malah mahasiswa yang terlibat turut di taja oleh rejim Yahudi. 

 
MB mendapat maklumat bahawa gerakan untuk mengadakan rusuhan berskala besar semasa PRU bakal digerakkan oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini. Segala yang dilakukan menggunakan kaedah mamat tua itu.

Persoalan MB disini, adakah UMNO telah bersedia melawan strategik mamat tua bangka ini? Adakah pemikiran generasi muda yang tidak berkepentingan politik bakal diberi peluang untuk difikirkan? 

Fikir-fikirkan.

SAHABAT MB ADA MENULIS PASAL MAMAT TUA TU DI





Monday, 18 March 2013

BUKAN UMNO YANG KATA! TAPI PAS YANG KATA!!!


MB menyeru kepada seluruh rakyat sekalian untuk JANGAN TAKSUB kepada PAS. Fikirlah dengan menggunakan akal fikiran yang waras. Bukan hanya dengan PAS anda akan masuk syurga. Insaflah wahai saudara seagama ku. 

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

ULASAN ISU KHAS  DAN LEBIH SENSASI  sila lihat di sini, sini dan sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...