KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label LAHAD DATU. Show all posts
Showing posts with label LAHAD DATU. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

NIK AZIZ HANTAR KERETA KEBAL PAS KE #LahadDatu


Lebih ramai lagi anggota keselamatan dikerahkan dalam Ops Daulat. Begitu juga dengan segala kemampuan ketenteraan negara seperti sekurang-kurangnya 12 buah kereta kebal berantai.

Helikopter Agusta A109 daripada Kem Mahkota Kluang serta 37 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daripada Tok Bali, Kelantan juga antara yang akan bersama-sama pasukan keselamatan kita di Sabah.


Aduhai... Jika dan hanya jika kereta kebal ini boleh dihantar sama... HaHaHa 

'NO DISENGAGEMENT' PENGGANAS #LahadDatu TERUS BERDEGIL


Menerusi laporan berita ABS-CBN News bertajuk "Kiram: No disengagement from Sabah" jelas dapat dilihat pendirian Kiram dalam insiden di Lahad Datu ini.


MANILA - Sultan Jamalul Kiram III of Sulu said there were no - or will ever be - talks on disengagement from Sabah.

He admitted today that he is hurt that his brother, Bantilan Esmail Kiram II, used his name in talks with the government.

Interior and Local Government Secretary Mar Roxas earlier met with Esmail and claimed they both discussed of the royal army’s “disengagement” from Sabah, where the family’s followers have been in conflict with Malaysian forces for almost a month now.
He also revealed that it was Roxas who paid for the plane tickets of his brother and his family to go to Manila.

He even wondered why Roxas did not directly contact him since he is only in Taguig. He also noted the royal army answers to him. Despite the developments, Kiram said that the discussion between Esmail and Roxas will not affect whatever they are fighting for.

In fact, Esmail has not even given him any clear information on the meeting on Monday.
He said his brother only talked about stopping Princess Jacel Kiram from discussing the Sabah issue in public. – from a report by Jay Ruiz, ABS-CBN News
Sumber: ABS-CBNEWS


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah pun menafikan tuduhan tahanan dilayan buruk oleh pasukan keselamatan Malaysia. Malaysia dituduh tidak menghormati Kenovensyen Geneva sebagaimana yang disampaikan oleh jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham.

Sama-sama kita doakan penyelesaian terbaik serta insiden ini dapat diakhiri segera.



Sedia berunding tapi tidak untuk berundur? Apapun, kami tetap percaya dgn kemampuan anggota keselamatan. Ayuh pahlawanku...

Wednesday, 13 March 2013

KEJUTAN BUAT ANWAR!!! TERKINI!!!


Apakah agenda MR MANSUH bersama yahudi? Semalam berlangsungnya forum mahasiswa di UM. Antara soalan ditanya kepada GM13 ialah daripada mana mereka perolehi dana? Tetapi malangnya Saudara Ekhsan mengelak malah mendiamkan diri daripada menjawabnya.

Hari ini dapat dilihat MR Mansuh telah mengadaikan anak muda di ipta bagi mencapai matlamatnya menjadi Perdana Menteri. Sekarang telah terbukti MR Mansuh telah mengadaikan Sabah bagi memastikan Pakatan Mansuh menuju Putrajaya. 

Percayalah cakap MB, MR Mansuh sanggup buat apa sahaja untuk menang hingga sanggup bersumpah PALSU tidak lama lagi. Sanggup berdusta bagi menjamin kejayaannya.

Adakah anda sanggup menangkan MR Mansuh ini? Jawablah anda di akhirat nanti.

Monday, 11 March 2013

TIADA TEROWONG BAWAH TANAH DI #LahadDatu


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.





Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.

Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang. 

Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja." 

Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi. 

Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.

"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.



Sumber: FB PDRM

LAGI GAMBAR ANUAR-NUR MISUARI DIDEDAHKAN


Kini, gambar kedua perjumpaan sulit Anuar Ibrahim dan Nur Misuari didedahkan.

Perjumpaan sulit Anwar-Misuari 17/07/2012


Gambar ini menunjukkan Anwar sedang berjalan laju bagi menuju ke perjumpaan bersama Nur Misuari pada 17 Julai 2012.

Pendedahan gambar ini adalah sebagaimana yang dilaporkan oleh MyMassa

Masih ingat lagi dengan gambar ini?


Ayuh rakyat Malaysia, nilaikan. Adakah ini pemimpin pilihan rakyat yang diraikan?

Anwar dan konco-konconya terus mengatur strategi dan melaksanakan agenda kotor semata-mata untuk kepentingan sendiri. Dilaporkan mereka terus menghasut dan menjadi batu api menyalahkan kerajaan atas insiden Lahad Datu yang telah mengorbankan 8 anggota keselamatan kita.


Seronok sungguh Anwar menyanyi. Agak-agaknya, lepas ni mampu ke Anwar ni nak senyum macam ni?


Sunday, 10 March 2013

AMUKAN PEREMPUAN TERHADAP TIAN CHUA!!! AWAS!!18SG!!!



Mari lihat sendiri kata-kata puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Apa pendapat dan perasaan anda???




Dibawah ini perasaan keluarga pejuang-pejuang negara. Jika anda berada di tempat keluarga ini, apa yang anda rasa???







UCAPAN NURUL IZZAH BAGAIKAN PELACUR!! ONLY FOR PDRM


Demi mengejar publisiti murahan, Nurul Izzah sangguh gunakan 1001 cara dan kata-kata untuk menghancurkan negara ini. Begitu hinakah PDRM di mata Nurul Izzah ini???

MB katakan disini pelacur jalanan itu pun masih bernilai daripada Nurul Izzah ini yang bercakap seperti perempuan murahan. MB ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Dimanakah suami Nurul Izzah sekarang ini? Sedarkah suaminya bahawa segala dosa-dosa yang dilakukan oleh Nurul Izzah ini, dia turut mendapat saham di Akhirat kelak? Dapat dilihat di sini betapa dayusnya suami Nurul Izzah ini membiarkan Nurul Izzah berkepit dengan lelaki-lelaki lain dan balik lewat malam ke rumah (Kalau balik rumah).

Beginikah pemimpin yang kita cari???


MB AKAN BERJUANG HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR. "U ULANG, I SAMAN" .... DIPERSILAKAN....




*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Pendedahan konspirasi terancang di sini


Thursday, 7 March 2013

PAKATAN RAKYAT BERNIAT MEMBIARKAN RAKYAT MATI!!!


Sebelum krisis di Lahad Datu ini, puak Bang Anwar Bin Ibrahim menyatakan negara membazirkan duit rakyat kerana membeli aset pertahanan negara hingga berbilion Ringgit. Malah dalam beberapa kenyataan yang di mainkan oleh puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini menyatakan sangat rugi membeli aset Pertahanan ini kerana negara tidak akan menggunakannya.

Tetapi hari ini apa kenyataan mereka bila aset pertahanan negara ini digunakan sepenuhnya demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini? Anda ada jawapannya.



Sebagai seorang rakyat negara Malaysia, ayat tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan jika mempunyai jiwa semangat cintakan tanah air. Ayat tersebut mempertahankan pemberontak dan mengelar kerajaan Malaysia ini pengecut. Adakah puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang mati sebenarnya???






KENAPA DAN MENGAPA SEMUANYA ANWAR???

Kesultanan Sulu dan Rejim Sulu

Saya berasa agak hairan dengan tuntutan yang dibuat oleh Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu kerana dia masih lagi belum membuktikan kebenaran kesultanannya sebelum membuat tuntutan tersebut. Sebelum itu, biar saya kaitkan ciri-ciri Sultan Sulu pertama yang sudah tentu jauh sangat daripada Jamlul Kiram III.

Pengasas Kesultanan Diraja Sulu Darul Islam ialah, Sharif ul-Hashim, yang telah memerintah selama 30 tahun lamanya dari 1450. Asal-usul beliau sebagai pengembara Arab, beliau telah menyandang kepimpinan beliau berteraskan al-Qur’an, iaitu Kod Undang-Undang Sulu yang dipanggil ‘Diwan’. Kemudian beliau mencipta sebuah institusi politik Islam dan penyatuan agama tersebut sebagai agama wilayah. Yang paling menakjubkan, Sultan Sharif mengatakan bahawa beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui bapa beliau yang berasal dari Hadhramaut, Yaman, generasi ke-14 cucu Rasulullah SAW, Hussain.

Kemudiannya, pada abad ke-19, Kesultanan Sulu sentiasa menerima serangan bertalu-talu dari Sepanyol, sehinggalah perjanjian damai ditandatangani pada tahun 1851, dimana kita dapat menyaksikan Sultan Sulu hanya boleh mendapat ibu negeranya jika mereka jadi sebahagian dari Kepulauan Filipina dibawah kedaulatan Sepanyol. Dan kajian telah membuatkan Mahkamah Antarabangsa memutuskan pada tahun 2003 bahawa Sultan Sulu telah melepaskan hak-hak kedaulatannya seperti yang diminta oleh pihak Sepanyol.

Tidak lama kemudian, pada tahun 1878, British telah mendapat kawasan Sultan Sulu dengan penggunaan tipu helah dalam perjanjian mereka pada tahun 1878. Versi British membawa maksud bahawa Sultan Sulu telah menyerahkan kedaulatannya, tetapi Sulu pula mendakwa mereka hanya memajaknya. Dengan tiadanya dominan, Kesultanan ini secara perlahan mula menghampiri kematiannya apabila Perang Filipina-Amerika berlaku, dimana kita menyaksikan bahawa Sultan Jamalul Kiram II bukan lagi pemerintah bangsanya. Jadi apabila Sultan tersebut mangkat pada tahun 1936, sudah tiada gunanya meninggalkan waris mutlak, dan SBUB sudah berhenti memberi bayaran kerana sudah tiada Kesultanan tersebut.

Tetapi pada tahun 1939, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa bayaran tahunan disambungkan, sehinggalah pada hari ini. Dan pada tahun 2011, sembilan keturunan Jamalul Kiram II telah mengisytiharkan kesahihan warisan mereka, dan antaranya tiada pula nama Jamalul Kiram III. Maka ternyatalah, pemimpin pengganas Jamalul Kiram III bukanya sultan yang sah.

Cuma saya ingin kita letak tepi perkara tersebut. Biar kita anggap sahaja dia seorang sultan yang sah. Tetapi adakah ciri-ciri dan perwatakannya sama macam Sultan Sharif? Jika dia sultan yang sah, maka dia boleh jadi keturunan Rasulullah SAW. Dan saya rasa anda semua faham ke mana yang saya sedang membawa anda dari sini. Fikirkanlah.

Pada tahun 1963, perjanjian Manila Accord dibawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah secara sah mensahihkan penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Pembentukan Malaysia. Dimanakah Kesultanan Sulu ini pada ketika itu? Sekarang, dalam ambang Pilihanraya Umum ke-13, baru hendak menuntut, yang secara musykilnya tidak lama selepas Tian Chua dan R. Sivarasa berlepas kembali dari Manila selepas kononnya siasatan satu hari kes Amalilio. Fikirkanlah. Jamalul Kiram III bukan sedang memimpin sebuah kesultanan, tetapi secara sah, dia seorang diktator kepada sebuah rejim yang kejam.


SUMBER : FB SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR




BUKTI BARU KAITAN ANWAR DENGAN KRISIS LAHAD DATU


Pendedahan siapa pengawal peribadi Bang Anwar Bin Ibrahim ini pernah di siarkan sebelum isu Lahad Datu ini. Semasa pendedahan ini dibuat MB telah merasakan begitu pelik kenapa Bang Anwar Bin Ibrahim ini mahu dan mampu mengupah mereka berempat ini.

Untuk makluman seluruh rakyat!!! Mereka ini adalah pakar di dalam senjata api, bom, demotrasi serta peperangan. Malah mereka ini sanggup melakukan apa sahaja hingga sanggup membunuh serta menyembelih mangsa mereka. Tidak ramai blogger yang berani mendedahkan mereka ini kerana takut tindakkan luar biasa yang bakal di ambil oleh mereka ini. Tetapi demi agama, bangsa dan tanahair kami sanggup mengambil risiko itu.


Malah terdapat dakwaan mengatakan kekuatan pengawal peribadi Bang Anwar Bin Ibrahim ini mampu mengalahkan 1 batalion komando negara. Jika dikaji dan di amati pemberontakkan yang berlaku di Lahad Datu ini terdapat beberapa persoalan yang timbul :

1) Siapa yang melatih pemberontak ini di dalam teknik peperangan hinggakan tahap peperangan mereka hampir menyaingi tahap komando negara?

2) Siapa yang membiayai pemberontak ini?

3) Daripada mana pemberontak ini memperolehi senjata-senjata untuk berperang ini? 

4) Kenapa Bang Anwar Bin Ibrahim memerlukan khidmat kepakaran mereka ini?

Jangan rakyat lupa bahawa Bang Anwar Bin Ibrahim telah acap kali turun ke Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu. Malah semasa Bang Anwar Bin Ibrahim ini ke Sabah, Pengawal-pengawal peribadi ini turun serta bersama tetapi acap kali hilang daripada pemerhatian SB. Terdapat dakwaan mengatakan Bang Anwar Bin Ibrahim sentiasa mengarahkan Pengawal Peribadinya membantu pemberontak ini.

MB tidak takut sekiranya Bang Anwar Bin Ibrahim ingin menyaman MB. Dipersilakan. Tetapi sila Bang Anwar Bin Ibrahim jawab dulu persoalan yang timbul.

Maklumat lanjut latar belakang pengawal Bang Anwar Bin Ibrahim ini, sila lihat di sini.



BIARKAN VIDEO INI MENJADI MIMPI NGERI ANWAR!!!


Mari sebarkan video ini bagi membangkit dan menyedarkan petualang-petualang negara bahawa ini semua bukan konspirasi seperti yang sengaja mereka sebarkan. Biarkan video ini menjadi mimpi ngeri kepada Bang Anwar Bin Ibrahim.






Wednesday, 6 March 2013

TIDAK MUNGKIN PAS SUDI DATANG


ada sahabat MB di KPT yang meminta MB tolong sebarkan pasal solat hajat untuk krisis di Lahad Datu. Berikut info yang sahabat MB minta sebarkan.

Assalamualaikum para sahabat-sahabat sekalian.
Dimaklumkan bahawa satu solat hajat akan diadakan berikutan krisis yang sedang melanda Lahad Datu, Sabah.

Tarikh : 7/3/2013 (Khamis malam Jumaat)
Tempat : Di semua Masjid IPTA dan Politeknik seluruh negara
(UM di Surau API)

Selepas Solat Hajat, Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan PDRM telah sudi untuk mengadakan "Ceramah Ancaman Keselamatan Negara".

Masyarakat setempat dijemput untuk hadir bersama dan tidak melepaskan peluang untuk mengetahui ancaman yang sedang melanda negara ini. Mohon disebarkan jemputan ini dan sama-sama menghadirkan diri.


MB memohon kepada para sahabat-sahabat MB yang lain untuk sama-sama sebarkan info ini. 




Demi Agama, Bangsa, dan Tanahair tercinta.

CELAKALAH KAMU ANWAR!!!


Pasti ramai yang ketawa mendengar nyanyian Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Tapi sedarkah kamu di sebalik nyanyian itu, apa yang terselindung??? Kenapa begitu yakin Bang Anwar Bin Ibrahim ini menyatakan Sabah akan hilang daripada tangan BN??? 


Di saat masyarakat di negara ini bersedih dan berkabung di atas kematian para pejuang negara yang mempertahankan negara ini, Bang Anwar Bin Ibrahim masih sibuk  ke sana sini menyanyikan lagu dengan hati yang riang. Kenapa?


Apa jawapan Bang Anwar Bin Ibrahim kepada para pejuang negara ini serta keluarga para pejuang ini?

Terlalu banyak perkara yang merujuk dan menunjukkan Bang Anwar Bin Ibrahim terlibat di dalam pemberontakkan ini. Penjelasan yang diberikan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim langsung tidak meyakinkan!!!!

Media Filipina sendiri mengesahkan perkara ini. Jawapan Bang Anwar Bin Ibrahim begitu mudah dan seperti  dijangkakan iaitu UMNO yang bayar media tu supaya memfitnah saya. Wah... dalam isu begini pun, Bang Anwar Bin Ibrahim masih tidak mahu mengaku dan menyalahkan UMNO. Anda rasa Bang Anwar Bin Ibrahim terlibat tak?

Ikuti lagi pendedahan keterlibatan Bang Anwar Bin Ibrahim di dalam pemberontakkan ini di sini.



ANDAIKATA MEMANG BENAR BANG ANWAR BIN IBRAHIM ANTARA DALANG PEMBERONTAKKAN YANG BERLAKU INI.... MAKA CELAKA LAH KAMU DI BUMI INI!!!!



Tuesday, 5 March 2013

INSIDEN #LahadDatu: PIKET MILITAN DI KEDUTAAN MALAYSIA , FILIPINA


Laporan daripada akhbar Filipina, GMA News

Piket yang dilakukan oleh Kumpulan Bagong Alyansang Makabayan di Kedutaan Malaysia di Filipina.

Tindakan membakar gambar Jalur Gemilang & Perdana Menteri






Ketekadan mereka ini membuktikan bahawa usaha murni Malaysia mengadakan rundingan agar tiada tumpahan darah berlaku tidak berjaya dan sudah masanya untuk kerajaan Malaysia bertindak. Kita bukannya terus mengangkat senjata. Rundingan telah dilaksanakan, budi bicara telah diberikan. Tindakan pihak keselamatan ini jelas perlu bagi terus memastikan keamanan & kedaulatan negara.

Lagi entry berkaitan di SINI

#LahadDatu: KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS NEGARA



Sidang Media oleh Ketua Polis Negara

Dilaporkan juga objektif operasi juga telah tercapai & tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
 
Moga segalanya berakhir dengan tiada lagi berita buruk. #Pray4Sabah



INSIDEN #LAHADDATU. KRONOLOGI SERANGAN PIHAK KESELAMATAN



PM telah mengumunkan bahawa serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu bermula jam 7.00 pagi tadi. Keluasan operasi sekitar 10km persegi dan dalam 4km persegi secara perinci di Kampung Tanduo. 
Rentetan daripada serangan tersebut, disertakan kronologi serangan yang telah dilancarkan oleh pihak keselamatan.


11.30am : Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kg dan melakukan proses penggeledahan

10.09am: Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...