KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label anwar. Show all posts
Showing posts with label anwar. Show all posts

Monday, 16 September 2013

DAP MENYAMBUT KEMATIAN CHIN PENG PADA 16 SEPTEMBER???

Berita yang baru MB terima menyatakan Chin Peng yang diagung-agungkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dan DAP telah mati pagi tadi kerana penyakit tua. Malah telah terdapat ura-ura menyatakan majlis memperingati perjuangan CHIN PENG sedang di aturkan oleh DAP dibantu oleh PSM.

Inikah sikap rakyat Malaysia yang sepatutnya mengutamakan Hari Malaysia daripada komunis?

Friday, 6 September 2013

ANWAR MAKIN GELABAH SEKARANG!!!

MB tabik spring pada anggota keselamatan, Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan mereka yang terlibat di dalam Operasi Cantas yang sedang giat di jalankan.

Inilah yang rakyat Malaysia mahukan sebenarnya. Sudah lama kongsi-kongsi gelap ini bermaharajalela. Malah pegawai-pegawai Keselamatan yang melindungi mereka sebelum ini, patut insaf dan menyalurkan maklumat 100% kepada pihak atasan mereka. Jangan berpura-pura tidak tahu akan hal ini.

Jika pihak PDRM sudah kembali ke jalan yang kebenaran ini, bagaimana pula dengan Jabatan Agama ISLAM? Berapa banyak disco-disco yang dibiarkan bermaharajalela dengan membenarkan orang ISLAM berkelakuan tidak senonoh? Bagaimana pula pemantauan JAKIM terhadap penjualan arak di permis-permis perniagaan yang di campur dengan minuman lain? Lihat sahaja di kebanyakkan 7e, speedmarket 99 dan kedai-kedai runcit lain.

Daripada aspek pembangunan, sampai bila pemantauan JKR hendak sambil lewa sahaja? Lihat sahaja jalan-jalan yang dibaiki. Ada di antaranya tidak sampai 6 bulan sudah rosak kembali. Bila mahu kembali ke pangkal jalan? MB pernah berbicara dengan seorang sahabat di JKR berhubung dengan isu ini. Sahabat MB  mengatakan semua di peringkat bawah sudah di perbetulkan. Sekarang ini tinggal orang-orang berlevel tinggi yang masih belum di betulkan. MB bertanya, bila nak betulkan? Katanya kena tunggu mereka ini pencen. Mudah sahaja jawapannya. Persoalan di sini, pegawai atasan ini di bayar gaji beribu-ribu dan menggunakan wang rakyat. Buat kerja biar betul dan amanah.

Demi AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR. Kita Sudah Tiada Masa.

HASIL DORONGAN ANWAR JADI PM!!!

Boleh jadi gila rakyat Malaysia. Bercakap di bibir sangat mudah. Tetapi melaksanakannya memang tidak logik langsung.

Bagi MB bilamana keluar surat seperti ini, pihak berkuasa sudah boleh mengambil tindakan tegas. Bagi MB ini boleh dikategorikan untuk menghasut menggulingkan Yang Dipertuan AGONG.

Apakah kita hanya melihat tanpa memberi penjelasan?

Thursday, 16 May 2013

2MINIT 12 SAAT MAMPU AMANKAN MALAYSIA!!!

Keyakinan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk memenangi Pilihanraya ke 13 ini lenyap begitu sahaja. Ternyata PKR sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat. Sejak Brader Anwar Bin Ibrahim bebas dari penjara, pelbagai kekecohan dan rusuhan berlaku. Ini semua di dalangi oleh tangan-tangan asing yang memegang Brader Anwar Bin Ibrahim ini.

Rata-rata masyarakat inginkan keamana dipulihkan kembali di Malaysia ini. MB menyeru kepada Brader Anwar Bin Ibrahim ini supaya berpegang kepada kata-katanya untuk berundur secara aman. Laksanakan sekarang Brader Anwar Bin Ibrahim. Jangan anda jadi munafik. 



Wednesday, 15 May 2013

TERBAYANG WAJAH KETAKUTAN PR PADA DUA PANGLIMA INI!!!

Sekitar jam 5.00petang tadi telah di umumkan senarai penuh barisan kabinet Barisan Nasional oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Barisan Kabinet ini telah digabungkan kepimpinan lama dan baru. MB tertarik dengan penegasan Perdana Menteri tentang rasuah. MB dapat dirumuskan di sini betapa seriusnya Perdana Menteri dalam membasmi gejala rasuah.

Di kesempatan ini, MB ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. MB yakin dengan kepimpinan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Wilayah-wilayah Persekutuan akan berkembang pesat dan terjaga kebajikan penduduknya.


MB juga ucapkan beribu-ribu Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan kerana telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. MB yakin dengan kepimpinan dan ketelusan yang Datuk Ahmad Maslan laksanakan sebelum ini mampu membawa negara tercinta ini pergi lebih maju dan stabil.









BARISAN TENTERA YANG DITAKUTI ANWAR!!!



Perdana Menteri & Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 


Tan Sri Muhyiddin Yassin 

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)


MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)



MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)


MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)


MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)


MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)


MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)


MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)

Tahniah di ucapkan. Info yang terkini di sini.

Monday, 8 April 2013

VIDEO PAPAGOMO TERBARU 08042013!!!ANWAR JGN LARI!!!!


Mahu kenal papagomo yang sebenar??? Tunggu hari penamaan nanti. Mari lihat video yang membuatkan ketakutan Brader Anwar Bin Ibrahim meluak-luak di bawah ini :


Steady la!!! Kita akan bantu blogger Papagomo selepas ini. Takut tak takut...Gentar tak Gentar... Biar titisan darah terakhir sekalipun, Pengkhianat negara Brader Anwar Bin Ibrahim harus di patahkan.


Hanya hantar budak hingusan membuat kacau. Malangnya hanya seorang sahaja yang ke hadapan untuk menjadi calon di pekan. Entah berapa RM telah di bayarnya!!!! 

Tunggu MB dedahkan!!!!

Wednesday, 13 March 2013

KEJUTAN BUAT ANWAR!!! TERKINI!!!


Apakah agenda MR MANSUH bersama yahudi? Semalam berlangsungnya forum mahasiswa di UM. Antara soalan ditanya kepada GM13 ialah daripada mana mereka perolehi dana? Tetapi malangnya Saudara Ekhsan mengelak malah mendiamkan diri daripada menjawabnya.

Hari ini dapat dilihat MR Mansuh telah mengadaikan anak muda di ipta bagi mencapai matlamatnya menjadi Perdana Menteri. Sekarang telah terbukti MR Mansuh telah mengadaikan Sabah bagi memastikan Pakatan Mansuh menuju Putrajaya. 

Percayalah cakap MB, MR Mansuh sanggup buat apa sahaja untuk menang hingga sanggup bersumpah PALSU tidak lama lagi. Sanggup berdusta bagi menjamin kejayaannya.

Adakah anda sanggup menangkan MR Mansuh ini? Jawablah anda di akhirat nanti.

Tuesday, 12 March 2013

PENDEDAHAN WIKILEAK: RANCANGAN ANWAR - NUR MISUARI


Wikileak mendedahkan Amerika pernah bau rancangan Anwar-Nur Misuari.

Pada 11 Mei 2007, terdapat komunikasi dari Embassy USA di Filipina ke State Department di Washington. Komunikasi berkenaan adalah mengenai perkembangan terbaru Nur Misuari. Ketika itu, Nur Misuari dalam proses mendapatkan perintah mahkamah bagi membenarkan dia bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Komunikasi penuh di SINI

Turut juga didedahkan juga hubungan Anwar - Nur Misuari serta rasa marah Nur Misuari terhadap Malaysia.

Lebih info lagi di SINI


Andaian: Si A nak balas dendam, Si B ambil kesempatan. Dalang oh Dalang...

Monday, 11 March 2013

SEBARKAN! ANWAR PENIPU TERBESAR


"Anwar penipu terbesar, sehinggakan saya pun tertipu dengan dia". Kenyataan ini pernah dibuat oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini mengenai Anwar Ibrahim.

Jika Tun M sendiri boleh tertipu, usah kita biarkan diri kita terus ditipu oleh Anwar hipokrit ini.

Anwar Hipokrit
ANWAR HIPOKRIT
 

MANA PERGI CT BN? VIDEO MR MANSUH TERUS HOT


Apa sudah jadi? Video Anwar Ibrahim sebagai Mr. Mansuh ini baru sahaja diupload beberapa hari lalu. Sangat mengecewakan apabila nisbah like: dislike ini adalah sangat kecil. Di mana perginya CT BN? Tidur je ke? Takkan tak mampu nak lawan button dislikes ni?

Pengikut-pengikut Anwar Ibrahim nampaknya semakin galak dislike video ni? Bersungguh-sungguh nampaknya Anwar mengerahkan pengikut-pengikutnya.

Aduhai... Sayangnya video animasi yang berkualiti ini didislike begitu saja. Dah tengok sampai habis ker?




Nah... Cakap pun tak guna. Tonton & Nilai. Hebat sungguh Mr Mansuh ni. Semua kasi masuh, mau kasi free. Dah huru-hara nanti, terus lari.




Siapa  pejuang perkasa penyelamat Malaysia
Siapa berjanji memansuhkan segala-galanya
Itu Mr Mansuh.


Guna akal. Mr Mansuh mungkin boleh mansuhkan segala-galanya termasuklah memansuhkan Malaysia. Masa untuk kerahkan semua.

Hidup Mr Mansuh. Ha Ha Ha.



LAGI GAMBAR ANUAR-NUR MISUARI DIDEDAHKAN


Kini, gambar kedua perjumpaan sulit Anuar Ibrahim dan Nur Misuari didedahkan.

Perjumpaan sulit Anwar-Misuari 17/07/2012


Gambar ini menunjukkan Anwar sedang berjalan laju bagi menuju ke perjumpaan bersama Nur Misuari pada 17 Julai 2012.

Pendedahan gambar ini adalah sebagaimana yang dilaporkan oleh MyMassa

Masih ingat lagi dengan gambar ini?


Ayuh rakyat Malaysia, nilaikan. Adakah ini pemimpin pilihan rakyat yang diraikan?

Anwar dan konco-konconya terus mengatur strategi dan melaksanakan agenda kotor semata-mata untuk kepentingan sendiri. Dilaporkan mereka terus menghasut dan menjadi batu api menyalahkan kerajaan atas insiden Lahad Datu yang telah mengorbankan 8 anggota keselamatan kita.


Seronok sungguh Anwar menyanyi. Agak-agaknya, lepas ni mampu ke Anwar ni nak senyum macam ni?


Sunday, 10 March 2013

AMUKAN PEREMPUAN TERHADAP TIAN CHUA!!! AWAS!!18SG!!!



Mari lihat sendiri kata-kata puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Apa pendapat dan perasaan anda???




Dibawah ini perasaan keluarga pejuang-pejuang negara. Jika anda berada di tempat keluarga ini, apa yang anda rasa???







MARI SOKONG ANWAR IBRAHIM!!! ORANG UMNO JANGAN TENGOK VIDEO INI!!!



Friday, 8 March 2013

ANWAR PERBODOHKAN ANAK MUDA LAGI!!!


Jika dilihat di dalam fb-fb dan twitter puak pembangkang, provokasi dan hebahan tentang misi anak muda puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini akan ke Sabah bagi membantu mangsa krisis di Lahad Datu. MB merasa sangat terkilan tentang perkara ini. Jika dilihat secara mata kasar, niat mereka ini nampak murni. TETAPI SEDARKAH BAHAWA TINDAKAN INI BAKAL MENYUSAHKAN LAGI PIHAK BERKUASA MENJALANKAN OPERASI MEREKA? 

Pihak Berkuasa sedang giat mempertahankan tanahair tercinta ini. Kedatangan mereka ini akan menyusahkan pihak berkuasa kerana terpaksa menjaga keselamatan mereka ini. Persoalan yang boleh ditimbulkan disini, KENAPA BANG ANWAR BIN IBRAHIM tidak datang ke Lahad Datu tetapi mempergunakan anak muda ini?

Hasil risikan MB mendapati Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengarahkan Chegu Bard untuk mempergiatkan gerak kerja menghasut rakyat membenci kerajaan. Malah dakwaan mengatakan anak muda yang di hantar ke Lahad Datu ini bakal mencentuskan provokasi kepada pasukan Pertahanan negara tercinta ini. Memang Celaka Bang Anwar Bin  Ibrahim ini.

Sedarkah rakyat siapa anak muda ini? Saksikan video gerak saraf anak muda ini.


ANWAR DAN PENYOKONGNYA DIHARAMKAN TENGOK VIDEO INI!!!




Terlalu banyak kenyataan yang menjurus menyatakan krisis di Lahad Batu ada kaitan dengan Bang Anwar Bin Ibrahim. MB mendakwa Bang Anwar Bin Ibrahim terlibat di dalam krisis ini dan merupakan dalang kepada pemberontakkan yang terjadi ini.




SURAT PENTING DIPEROLEHI! APA JWPN ANWAR?


TEMBELANG ANWAR TERBONGKAR




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidu peluang untuk menjadi tumpuan media apabila bingkas membidas kerajaan kerana kononnya lambat bertindak terhadap pencerobohan di Sabah.

Beliau menyelar kerajaan kerana kononnya membiarkan isu itu berlarutan begitu lama sebelum tindakan ketenteraan diambil.

Responnya untuk menyemarakkan api kebencian yang ditanam pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) memang sudah dijangka. Beliau Ketua Pembangkang dan cukup benci kepada BN.

Dalam sekelip mata, Anwar membelakangkan segala realiti tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan pasukan keselamatan sejak hari pertama segerombolan bersenjata menceroboh masuk perkampungan pantai di Lahad Datu.

Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar seharusnya arif tentang susur galur dan adab sopan menyelesaikan konflik bersenjata menerusi usaha diplomatik sebelum tindakan ketenteraan diambil.

Rundingan dengan penceroboh berketurunan Sulu diusahakan oleh kerajaan Malaysia dan Filipina menerusi saluran-saluran diplomatik.

Tujuan utamanya sudah tentu adalah untuk memastikan tidak ada pertumpahan darah berlaku.

Putrajaya mengambil pendirian awal untuk tidak terlalu bingkas menggelar penceroboh berkenaan sebagai pengganas, tetapi sebagai satu kumpulan bersenjata yang menyimpan rasa tidak puas hati kerana didakwa dipinggirkan oleh Manila.

Anwar gelojoh mahu salahkan kerajaan, ATM

Realitinya ialah, Putrajaya mengambil kira segala pertimbangan, risiko di dalam dan di luar acuan diplomatik. Rundingan dijalankan tanpa putus-putus supaya kumpulan berkenaan menyerah diri dan kembali ke Filipina.

Ketika rundingan sedang berjalan, respon Anwar adalah untuk menengking kerajaan kerana kononnya tidak mempertahankan kedaulatan negara.

Anwar melakukan provokasi, mencabar kerajaan mengambil tindakan ketenteraan tanpa menerokai segala ruang diplomasi.

Semalam Anwar membariskan seorang bekas jeneral Tentera Darat (kini pengikut PKR) untuk membayangkan seolah-olah tentera darat yang ada sekarang tidak bermaya.

Tan Sri Mat Hashim Hussein dengan angkuh menyimpulkan bahawa pencerobohan di Lahad Datu tidak patut dipanjangkan kerana insiden di Kampung Sauk, Perak beberapa tahun lalu dapat diatasi dalam empat hari.

Semua kenyataan Anwar dan sipolan-sipolannya seperti Hashim bertujuan memburukkan Barisan Nasional dan mencabar integriti ATM sendiri.

Kerana apa…kerana pilihan raya umum makin dekat dan kenyataan-kenyataan sedemikian boleh mendapatkan undi untuk PKR. Itu perkiraan Anwar.

Ini belum lagi diambil kira kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua yang berkata pencerobohan itu adalah “drama” yang didalangi oleh BN.

Tuduhan itu membawa maksud parajurit dan anggota polis sanggup menjadi sebahagian daripada drama yang akhirnya menyaksikan lapan anggota polis terbunuh.

Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa usaha diplomatik untuk menyelesaikan pencerobohan di Lahad Datu gagal.

Pembangkang ghairah mahu raih sokongan

Namun kegagalan itu sendiri tidak bermaksud kerajaan melakukan kesilapan kerana bertekad dahulu untuk menyelesaikan konflik itu secara aman.

Tidak dinafikan pencerobohan itu membabitkan isu-isu kedaulatan negara.

Tetapi ia juga melibatkan keamanan jangka panjang di rantau ini yang secara langsung membabitkan nasib pelbagai suku kaum dan puak bertelagah di selatan Filipina yang dahagakan keamanan.

Jika dalil Anwar adalah bahawa dalam isu kedaulatan, tindakan tentera mesti diambil secepat mungkin, maka haruskah Putrajaya memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat-pesawat pejuang Singapura yang saban kali bolos ke ruang udara Johor?

Tentunya Anwar akan kata tidak. Jadi kenapa beliau dan pimpinan PKR begitu ghairah mengecam Putrajaya kerana kononnya lambat mengambil tindakan ketenteraan terhadap kumpulan bersenjata dari Sulu ini?

Bukankah beliau juga pada satu masa dulu mendokong prinsip mengutamakan penyelesaian damai dalam mana-mana konflik dan sebarang tindakan kekerasan menjadi opsyen terakhir?

Anwar sering dituduh sebagai mengkarung (chamelon) yang berubah-ubah warna untuk disesuaikan dengan keadaan.

MB mengandaikan jika tindakan ketenteraan telah diambil lebih awal di Lahad Datu, Anwar yang pertama akan tampil dan menuduh kerajaan bertindak tergesa-gesa.

Ini belang seorang Ketua Pembangkang yang menilai sesuatu mengikut untung rugi politik kepada agenda peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Baginya, tidak mengapa jika beliau dan pengikut-pengikutnya termasuk bekas-bekas tentera dan Tian Chua meremehkan pasukan polis dan tentera, asalkan tindakan itu menguntungkan PKR pada PRU 13.

di ambil di sini.



LAGI SEKALI ANWAR CUBA MENIPU RAKYAT!!!

MB melihat di dalam fb Bang Anwar Bin Ibrahim terdapat satu kenyataan di wall nya mengatakan satu blog atas nama Suara Pakatan Rakyat bukan mewakili Pakatan Rakyat.


MB mencari kebenaran terhadap kenyataan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi memastikan benarkah blog itu bukan mewakili Pakatan Rakyat. 


Ini blog dimaksudkan Bang Anwar Bin Ibrahim. Ternyata setiap artikal yang disiarkan seperti memakan diri Pakatan Rakyat. Setelah di analisis dan di fikirkan secara mendalam MB membuat keputusan memang SAH blog ini memang blog yang mewakili PAKATAN RAKYAT.


Blog ini telah lama wujud sejak daripada tahun 2011 lagi. Segala artikal yang di muat naik memang menghasut rakyat membenci UMNO dan Barisan Nasional. Persoalan yang MB hendak timbulkan di sini, Setelah bertahun blog ini wujud serta menjadi ikutan ramai rakyat, kenapakah Bang Anwar Bin Ibrahim baru hendak menyatakan ini bukan blog yang mewakili Pakatan Rakyat?

Anda ada jawapannya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...