MB sangat gembira melihat kelainan ucapan tahun baru cina daripada Perdana Menteri pada tahun ini.
Diharapkan para sahabat-sahabat dapat like video ini kerana ada gerakan daripada puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang nak terminate kan video ini daripada Youtube.
Sejak Kebelakangan ini MB melihat keyakinan rakyat kepada BN kembali pulih dimana masyarakat India telah kembali menyokong barisan Nasional dan masyarakat Melayu turun kembali yakin dengan kepimpinan Dato Sri Najib. Bagi kaum Cina juga sudah menunjukkan perubahan untuk kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti.
Jika kita mengikuti perkembangan harian PM, setiap hari bertungkus lumus PM ke sana ke mari turun ke akar umbi menyelesaikan masalah rakyat. MB pernah berjumpa secara berhadapan dengan PM pada satu majlis. Sebelum majlis yang MB hadiri ini,PM datang dari satu majlis yang lain. Dari rauk wajahnya ternyata PM kelihatan lesu kerana kekurangan rehat. MB dapat melihat betapa gigihnya PM ini memulihkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN.
Apa yang MB ingin mengulas disini adalah tentang musuh di dalam selimut di peringkat kepimpinan PM sekarang. Jika di analisis pergerakan Pakatan Rakyat sekarang, boleh dikatakan setiap perancangan yang telah di aturkan PM telah di ketahui oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Sebagai contoh banyak maklumat-maklumat sulit kerajaan telah didedahkan mereka. Malah minit mesyuarat yang mungkin ada kebenarannya turun didapati oleh mereka ini. Hal ini tidak akan terlepas ke tangan pembangkang sekiranya tiada biawak hidup yang PM pikul di dalam kementerian berkaitan.
Lebih menambahkan keburukkan ini ialah apabila pengkhianat ataupun biawak hidup ini menerima kenaikan pangkat dan diletakkan di dalam agensi yang cukup penting. Malah ada kakitangan kerajaan yang menjalankan kerja dengan penuh didikasi dan amanah telah di sekat pergerakannya dan ditukarkan ke bahagian yang tidak sepatutnya ia berada. Hal ini perlu diambil serius oleh PM bagi mengekalkan kemenangan.
Malah sangat ada kemungkinan ada pengawai khas yang rapat dengan Ketua Pengarah dan PM yang menjadi musuh di dalam selimut. Kesemua ini penting di kaji dan dianalisis kerana apa yang MB lihat hari ini dari segi ketirisan maklumat sangat membarah.
Dari khabar-khabar angin yang MB dengar, terdapat juga bekas-bekas pelajar yang semasa di IPTA dulunya PRO Mahasiswa yang sangat aktif mengecam kerajaan di ambil bekerja di dalam kerajaan malah berada di agensi yang penting. Malah jawatan yang di sandang antaranya PTD, pegawai khas, SU khas dan sebagainya.
Terdengar rintihan daripada jentera Aspirasi sendiri bahawa mereka ini tidak langsung diberi tempat apabila tamat pengajian. Malah terdapat ramai ahli politik yang menjanjikan pekerjaan di dalam kerajaan atas JASA mereka membantu pihak kerajaan yang mana akhirnya INDAH KHABAR DARI RUPA. Tidak dinafikan terdapat antara mereka yang di beri peluang untuk bekerja. Tetapi ada yang bekerja tetapi statusnya tidak dijelaskan seperti hanya untuk MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.
MB disini menyeru kepada kepimpinan PM untuk menganalisis musuh didalam selimut di peringkat kepimpinan PM dan mengantikan mereka ini dengan bekas-bekas pemimpin pelajar yang menyokong BN dan PM khususnya. Ini adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan bagi meraih kembali golongan muda kerana MB lihat pemimpin pelajar ini mempunyai pelbagai idea yang boleh digunakan. Tetapi biarlah mereka ini dipilih kerana kelayakkan mereka bukannya kerana campur tangan ahli politik tertentu.
Demi Agama,Bangsa dan Negara. Marilah kita bersatu.
MB tertarik dengan video ini. Jika dilihat didalam video ini, ada soalan daripada rakyat Pulau Pinang sendiri yang marah kepada tindakan DAP. Malah terlalu banyak isu yang diputar belikkan oleh DAP ini.
MB terkilan apabila didalam video ini ada menyatakan DAP menuntut hak samarata. Kenapa perlu dipertikaikan hak ini sedangkan di dalam perlembagaan sudah dinyatakan tentang hak keistimewaan orang Melayu.
Persoalan tentang beranikah DAP menentang PAS itu sangat menarik. Jika benar DAP berani menentang PAS untuk melawan ideologi yang diperjuangkan PAS??? Adakah PAS akan menjadi kuda tungangan DAP selepas ini???
MB tertarik untuk mengulas Program yang berlangsung di UM iaitu Majlis Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri. Banyak khabar angin menyatakan Majlis ini tidak akan mendapat sambutan kerana "orang cina" dah tidak sokong BN dah. Perghhh.... Mari MB tunjukkan benar atau tidak kenyataan itu.
MB rasa cukup dengan sekeping gambar ini. Anda boleh menilai sendiri adakah Orang Cina sekarang tidak menyokong BN lagi???
Paling best MB nak kongsi disini ialah terdapat cubaan dari pihak tertentu dalam memalukan Perdana Menteri dalam Majlis tersebut tetapi berjaya di patahkan oleh pihak polis. Dengar kata, perancangan yang di buat adalah untuk menimbulkan provokasi seperti yang dilakukan oleh puak DAP dalam satu majlis Perdana Menteri di London tempoh hari.
Ditengah ini adalah pelajar yang di rancang akan memulakan provokasi dalam Majlis tersebut. Tetapi polis berjaya mematahkan cubaannya sebelum kedatangan Perdana Menteri.
Mari MB dedahkan siapa pelajar ini. Pelajar ini baru tahun 1 dan belajar di fakulti sains sukan. Berasal dari Bandar Baru Kangkar, Pulai, Johor.
Baru tahun 1 tapi dah terpengaruhi oleh mereka yang hanya mengejar kepentingan peribadi. Selepas ditahan, terus ada peguam yang datang untuk menjamin. sungguh hebat perancangan mereka ini. Selepas itu keluar di Malaysiakini pula. Anda boleh menilai sendiri samada ia di rancang atau tidak...
Paling geli hati MB baca mengenai tangkapan mamat ini ialah ada orang yang mengutuk tindakan polis ini sebagai salah guna kuasa. Katanya mamat ini tidak patut ditangkap. Orang jika boleh ditangkap bila melakukan jenayah seperti membunuh, merompak, mencuri dan lain-lain.
Apa yang MB analisis sebenarnya mereka ini sengaja cuba menimbulkan provokasi bagi membuatkan rakyat membenci Polis. Pelajar tersebut ditahan untuk soal siasat. Takkan nak tunggu jenayah berlaku baru boleh tangkap kut. Mencegah itu kan lebih baik. Renung-renungkan wahai rakyat Malaysia.
Akhir sekali apa yang MB ingin ulaskan disini, terdapat pelbagai keinginan dan tuntutan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kita boleh meminta pelbagai perkara tetapi yang paling penting bagaimana penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang bakal timbul daripada tuntutan tersebut. Dan dalam menuntut sesuatu itu, MB mengharapkan jangan tuntutan tersebut menyentuh sensitiviti di dalam kontrak sosial.
Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti
Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta.
TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.
Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!
Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???
Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!
Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!!
Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu.
MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!!
MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!
Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.