KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 11 May 2012

MAJLIS FATWA VS PAS!!! GEMPAR!!!



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara. Adakah orang politik beragama Islam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan seumpama itu seperti Bersih 3.0 peduli dengan kenyataan itu? 

Dalam politik, perangai manusia tidak boleh dijangka. Ada yang sanggup menjilat ludah sendiri, bertindak meludah ke langit atau menepuk air di dulang. Tidak kurang juga yang membuka pekung di dada di khalayak. Begitulah sikap sesetengah pemain politik hari ini disebabkan kuasa. Pastinya orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu @ Mat Sabu tidak dapat menerima keputusan jawatankuasa itu. Mereka dan rakan-rakan lain yang sependapat akan mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ perhimpunan itu walaupun sudah jelas ia melampaui batasan agama seperti menyusahkan sesama umat, memusnahkan harta awam, mencederakan manusia dan memberi gelaran tidak baik terhadap insan yang menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara. 

Semuanya ini memperlihatkan bagaimana tindakan ‘ganas’ orang Islam dan mengesahkan pandangan sesetengah pihak di barat selepas kejadian 11 September. Maka tidak mustahil musuh Islam akan mengambil kesempatan memperkudakan orang Islam untuk mencapai matlamat mereka. Lebih mudah jika ada yang bersedia menjadi kuda tunggangan. 

Pada masa yang sama, ada juga suara yang mahu menukar perlembagaan negara. Semuanya ini tidak mustahil kerana Pas yang dulunya tegas mempertahankan negara Islam secara perlahan-lahan sudah mengubah haluan. Tentunya langkah ini bagi memudahkan Pas berkongsi kuasa dengan DAP yang suatu masa dulu pemimpinnya pernah mencabar supaya langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam. Jika dulu Pas bersendirian di atas ‘kapal’nya tetapi kini sudah ada tiga kapten - Pas, DAP dan PKR. Maka haluan kapal akan sentiasa berubah asalkan ia sampai ke matlamat yang dituju. Sebagai anggota di dalam kapal yang sedang dalam pelayaran, ketiga-tiga parti ini pastinya tidak mahu ‘karam’ di tengah lautan sebelum sampai ke destinasi. Maka apa juga tindakan yang boleh ‘menyelamatkan’ kapal itu akan dituruti walaupun langkah itu bertentangan dengan adat, budaya dan agama. 

Dalam hubungan ini juga, soal agama diletak sebelah kerana pada fikiran mereka, tindakan seperti menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu satu perjuangan menentang kemungkaran. Hakikatnya merekalah yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran itu tidak akan berlaku jika ia tidak didorong oleh manusia yang mengingkari peraturan dan undang-undang negara. Apa yang berlaku pada hari tersebut disebabkan kegagalan manusia yang berakal bertindak secara berhemah dengan mematuhi undang-undang negara. Kemungkinan kemungkaran di jalanan tidak berlaku jika perhimpunan berlangsung di stadium. 

Justeru dalam hal ini seorang sahabat bertanya, apakah tindak tanduk di sekitar Dataran Merdeka baru-baru ini dan jika diselak kembali beberapa isu lain sebelum ini akhirnya akan meruntuhkan Rukun Negara? Adakah Rukun Negara tidak lagi relevan? Penulis hanya menjawab jika ajaran dan nasihat agama pun mereka sanggup ketepikan, diri sendiri diperkudakan, inikan pula Rukun Negara ciptaan manusia. 

Apa pun pertanyaan sahabat ini perlu direnungi bersama. Adakah Rukun Negara sekadar ikrar? Masihkah ia relevan. 

Eloklah diselak kembali lima prinsip Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara, setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara. 

Secara ringkas lima prinsip itu ialah:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini menjadikan bangsa dan negara ini satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara. 

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga di peringkat negeri.

3. Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah sumber perundangan tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan. Hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang. Hak dari kebebasan yang dijamin Perlembagaan tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat ini paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.-Utusan

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia masih berpegang kepada lima prinsip ini?


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/05/5-prinsip-rukun-negara-yang-dibina.html#ixzz1uPxSPfpb

KEINSAFAN DAN KESEDARAN PMI!!! RENUNGKAN!!!



MB menyeru seluruh mahasiswa seluruh Malaysia hayati sedalam-dalamnya apa yang cuba dipaparkan di dalam video ini. Jangan kamu lakukan dosa kerana ini akan ditanggung oleh ibu bapa kamu.

PERHATIAN KEPADA GAMBAR-GAMBAR MEREKA DIBAWAH INI :


 




 


 


INSAFLAH WAHAI ANAK BANGSA KU! JANGAN BIARKAN ANASIR-ANASIR BUSUK MEMPENGARUHI PEMIKIRAN KAMU!!! KASIHANILAH ORANG TUA MU DI HARI PERHITUNGAN NANTI DI SEBABKAN KEJAHILAN KAMU!!!

SILA TENGOK KEPADA SEMUA KAKI DEMO MAHASISWA!!!

 


KEPADA MEREKA DI ATAS!!! SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH DAN HAYATI APA YANG CUBA DISAMPAIKAN!!!



PAS WAJIB JAWAB!!!


PENDEDAHAN YANG MB RASAKAN PRESIDEN PAS HARUS JAWAB. NYATAKAN PENDIRIAN TENTANG NEGARA ISLAM INI.

BERSATULAH WAHAI BANGSA KU. SEDARLAH BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH.

PENGUMUMAN PILIHANRAYA!!! HARAP MAKLUM!!!


PENGUMUMAN PILIHANRAYA! NAK TAHU??? TENGOK VIDEO DI BAWAH:-



:)

JANGAN TENGOK KALAU ANDA TAK TAHAN!!!AHHHH....AHHHH....


MB harap anda dapat memahami apa yang disampaikan. 

Sila jawab PMI, SMM dan Adam Tiang... Inilah anda sebenarnya....

Kahkahkah....


APA YANG ANDA DAPAT SIMPULKAN BERHUBUNG KERATAN HARAKAH INI???
ANDA PIKIRKANLAH!!!

BANGKITLAH PEJUANG SEBENAR PAS!!!


Renung-renungkan siapa sebenarnya Bang Anwar Bin Ibrahim ini....
Jangan biarkan dia rosakkan dan menghancurkan ISLAM.

MB harap PAS dapat kembali kepada landasan ISLAM yang sebenarnya. Sudah cukup lama PAS dihancurkan secara perlahan-lahan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini.

Bangkitlah wahai penyokong PAS. Hapuskan petualang-petualang didalam PAS yang ada sekarang ini demi ISLAM. MB benar-benar mengharapkan Dato Dr Harun Din dapat memulihkan kembali perjuangan PAS yang sebenarnya.

ANWAR TERNGANGA MENJAWAB SOALAN!!!


MB tertanya-tanya kenapa Anwar tidak dapat menjawab soalan yang di ajukan malah menghalau brader ni keluar??? Terlalu banyak fakta yang Dsai sembunyikan disini. 

Renung-renungkan.

Thursday, 10 May 2012

TIDAK PERLU MASUK PAS UNTUK MEMARTABATKAN ISLAM!!!


MB terkedu apabila mendengar kata-kata dari srikandi yang baru sahaja memeluk ISLAM ini. Sungguh besar cabaran yang dilaluinya. Bagi MB ini adalah satu kaedah atau pendekatan yang harus di gunakan dalam menyampaikan ajaran ISLAM yang sebenarnya.

MB harap pihak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dalam menjadi coretan srikandi ini sebagai pedoman. Jangan merosakkan atau mengubah pendirian srikandi ini dengan tingkahlaku KAMU yang Jahil sekarang ini yang bersekongkol dengan FAHMI KOMUNIS sehingga kamu lupa ISLAM sebenarnya.

SEKILAS LALU UNTUK RENUNGAN SELURUH RAKYAT!!!


ANDA FIKIRKANLAH APA YANG TELAH TERJADI DAN ADAKAH KEPINCANGAN INI HENDAK DIBIARKAN BEGITU SAHAJA???

KEBENARAN YANG PERLU DIKETAHUI RAKYAT!!!



1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.



AGENDA YAHUDI TERKANTOI


MB HARAP SELURUH RAKYAT SEDAR TENTANG PARASIT-PARASIT YANG SEDANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN HALUS INI UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA.

RAKYAT MALAYSIA BAKAL TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HAJI!!!





MB difahamkan bahawa Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terlibat dengan demotrasi atau perhimpunan aman yang berlaku di Mekah dan di Madinah seperti mana yang telah berlaku pada 26 April 2012. 

Malah kerajaan Arab Saudi kini dalam pertimbangan untuk menyekat ataupun menggantung kemasukkan jemaah haji dari Malaysia pada musim-musim akan datang ekoran daripada kegiatan tidak beradab beberapa penyokong bersih di Tanah Suci itu. Perkara ini dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei 2012 yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini. Dinyatakan juga supaya rakyat Malaysia di sana mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi.

Persoalan disini yang MB utarakan ialah sekiranya Kerajaan Arab Saudi menyekat kemasukkan jemaah dari Malaysia, siapakah perlu dipersalahkan? Seperti sedia maklum menteri luar telah berusaha keras untuk mendapatkan tambahan kuota untuk jemaah dari Malaysia. Tapi akhirnya kerana "setitik nila, rosak susu seperiuk".


Adakah ini merupakan agenda tersembunyi antara 2 orang penting di dalam menjayakan Bersih 3.0 dalam menghancurkan ISLAM di Malaysia? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.....

PENDEDAHAN TERSENTAK SEKETIKA!!!


Tertarik dengan fakta yang di Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang bancian faktor utama rakyat Malaysia tidak berkahwin.

Anda berada di mana???
:)

BERSAMA YAHUDI DEMI MENJADI PM!!! INSAFLAH!!!


DEMI kepentingan peribadi Bang Anwar Bin Ibrahim, mereka sanggup menggunakan dana dari YAHUDI untuk menumbangkan kerajaan. Inikah perjuangan sebenar-benarnya tanpa mengambil kira hukum halal haram?




Ini risalah-risalah yang dijumpai di beberapa masjid di sekitar negeri Kedah. Anda fikir-fikirlah di mana diri anda sebenarnya??? 

Wednesday, 9 May 2012

LUAHAN HATI DR HASSAN ALI KEPADA AZMIN ALI!!! MANTAP!!!


MB menyeru kepada Azmin Ali agar bertaubatlah segera selagi masih sempat!!!

Jangan tertipu dengan ayat-ayat manis oleh Bang Anwar Bin Ibrahim.



“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu"




SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU WAHAI AZMIN ALI....

MENANGISLAH SEKARANG DARIPADA MENANGIS DI KEMUDIAN HARI.....

PERCANGGAHAN KEBENARAN MAJLIS PEGUAM TERKANTOI


MB mendesak pihak Majlis Peguam menjawab segala percanggahan dan persoalan yang di timbulkan oleh salah seorang ahli Majlis Peguam iaitu Mr. Ranjit Singh Dhillon. Terlalu banyak keraguan yang MB perhatikan berlaku sejak kebelangkangan ini yang ditimbulkan oleh Majlis Peguam.

MB mendesak agar Majlis Peguam menjadi satu badan yang adil dalam memartabatkan keadilan di negara ini bukan menjadi "Pak Turut" kepada Bang Anwar Bin Ibrahim serta sekutu-kutunya yang hendak menghancurkan negara. Tidak cukup lagikan Majlis Peguam melihat segala yang Pakatan Pembangkang lakukan dalam menimbulkan ketegangan dan ketidaktenteraman di negara Malaysia tercinta ini.

Ayuh Majlis Peguam bangkit mengikut landasan sebenar ia ditubuhkan. MB berharap semakin ramai ahli di dalam Majlis Peguam ini bangkit menyatakan bantahan terhadap ahli-ahli yang merosakkan nama Majlis Peguam ini.


JAHILNYA PAKATAN PEMBANGKANG DALAM ISU FELDA!!!


MB mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Najib kerana berjaya memberi durian runtuh RM 1.69 bilion kepada 112,000 peneroka Felda di seluruh negara. MB merasakan betapa untungnya menjadi peneroka Felda. 

Dalam suasana yang masih panas dek pengumuman ini, ternyata ia telah memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana mereka telah mengeluarkan kenyataan dalam malaysiakini dengan mendesakkan kerajaan Barisan Nasional memberi RM50ribu kepada peneroka. Inilah yang dikatakan orang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikecapi.

Satu masa dulu semasa kerajaan hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), mereka dengan lantangnya mempersoalkan dan membantah perkara ini hingga menyuruh 'kuli-kuli' mereka berdemo membantah hal ini. Tetapi hari ini mereka merintih meminta lebih pula. 

MB harap peneroka-peneroka Felda di Seluruh Malaysia mula sedar tentang pembohongan yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang ini dan apa yang mereka cuba lakukan untuk menghancurkan negara.

JASA ANAK KEPADA IBU YANG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN


Inilah yang dikatakan anak tanggang zaman moden. MB tidak dapat terima dek akal betapa sanggupnya seorang anak sanggup membuang keluarga malah ibu yang mengandung dengan bersusah payah dan membesarkannya dengan begitu sahaja.

Adakah anda ingin membiarkan seluruh anak bangsa diperbodoh dan dipermainkan oleh DSAI???
Anda renung dan hayati kesedihan hati seorang ibu.

PENDEDAHAN KEGAGALAN BERSIH 3.0!!! TERBAIK!!!


MB tertarik untuk mendedahkan video kebenaran ini. Inikah yang dikatakan duduk dan bantah???
Jika dilihat didalam video ini bagaimana sepatutnya Bersih 3.0 ini boleh berakhir dengan suasana aman tetapi telah dicemari oleh DSAI yang memberi arahan rempuh. Dimana DSAI selepas kuli-kulinya merempuh masuk ke dataran merdeka?? Bacul melarikan diri entah ke mana.

Didalam video ini juga anda boleh melihat bagaimana polis di kecam dan provokasikan. Ada ditunjukkan juga polis yang diterima rawatan dalam ambulan di kacau dan di maki hamun dengan perkataan-perkataan keji.Persoalan MB cuba ketengahkan disini, siapa yang akan menjaga keselamatan negara sekiranya tiada polis??? Adakah mereka ingin melihat penjenayah-penjenayah bermaharajalela???


Sama-sama kita mendedahkan kebenaran sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia. Mari sebarkan kebenaran ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...